Friday, 18 November 2011

Saya perlukan Vibrance Kegel Device

As a doctor’s wife, sedikit sebanyak saya ada belajar tentang kesihatan diri dengan Mr. Doc saya tu. Salah satu yang paling saya ingat ialah Pelvic Floor Exercise. Yela orang perempuan ni kan, dari hujung kepala sampai hujung kaki semua nak kena jaga. Saya bersalin anak pertama dulu secara caesarean and kononnya plan untuk anak kedua nak bersalin normal. So untuk menguatkan otot-otot pelvis, saya buat Pelvic Floor Excersise. Time ni je la rajin..sekarang tak buat dah..sebab malaassss. Tapi cara yang paling senang, ialah dengan menahan kencing tapi takleh la selalu kan..nanti jadi batu karang plak..

 Macam ni dulu saya buat Pelvic Floor Exercise..(eh tengok gambar orang pregnant, teringin pulak nak pregnant lagi hehehe..)



Jom belajar sket anatomy…walaupun bukan doctor, tapi kena ambil tahu serba sedikit private part ni..bila dah paham..senang la nak jaga kan..


Nak tahu benefits yang kita dapat bila otot lantai pelvis kita kuat?

Otot-otot lantai pelvis yang baik boleh membantu:

  • menahan berat akibat kehamilan;
  • menyingkatkan fasa kedua kelahiran, apabila anda menolak bayi anda keluar;
  • memulihkan ruang antara anus dan vagina anda (perineum) selepas kelahiran, dengan menambah peredaran darah ke situ.

Satu lagi faedah bagi wanita yang otot-otot lantai pelvisnya lebih kuat ialah mereka mempunyai lebih kemungkinan untuk mendapat klimaks semasa hubungan seks. Jadi, membuat senaman lantai pelvis boleh membantu anda untuk mengalami seks yang lebih memuaskan dalam hidup!



So, dah tahu benefits nya..macam mana nak buat exercise ni…? Macam mana nak dapatkan otot lantai pelvis yang kuat? Buat jela macam dalam gambar kat atas..ape susah.. Eh tak susah ek?.. takdela susah.. Cuma tak rajin kot macam saya ni..hehehe…



So, memperkenalkan Bioinfinity, Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises



 Apa benda sebenarnya Vibrance Kegel Device ni?

Vibrance Kegel Device ni adalah alat perubatan atau alat senaman kemut-kemut (sama macam kalau korang tahan kencing..cer try hahaha) untuk pelvik dimana ia akan membantu untuk menguatkan otot lantai pelvik. Alat ni ringan dan compact mudah dibawa kemana sahaja supaya korang senang nak buat rutin senaman pelvik ini hari-hari. Tapi tak yah la sampai bawak pergi ofis kot kehkehkeh..

Alat ni jugak mudah nak bersihkan. Lepas guna, basuh dengan the Vibrance Cleanser, lepas tu biar je dia air-dry dalam casing dia tu and simpan dalam room temperature. Selesai. Ia dibuat dari Medical Grade Silicone Rubber yang selamat dan tidak merosakkan otot-otot pelvic. Yela nak letak kat tempat yang sensitive kenala produk yang bagus kan.

Macammana cara nak guna alat ni ada diterangkan di dalam manual yang disediakan.. siap ada audio guided training lagi. Click je button kat device tu while exercising, nanti dia tolong track bila kita kena contract and relax during the exercise. Mudah kan!



So ladies..teruja tak nak dapatkan alat ni? Harga pasaran RM598. Fuuuuhhhh mahal kan. Tapi kak Red kata kalau korang mention yang korang ni reader Redmummy.com (sambil kelip2 dolly kehkehkeh..), harga for the Vibrance Kegel Device Boxed Set ni is only RM450 !!!! But do mention the promo code 7777 bila key in kat their online store http://www.mybioinfinity.com/

@

Beli sendiri kat  2nd  Maternity & Children Expo

Details as follows:
Date: 18-20 November 2011
Venue: Mid Valley Exhibition Centre
Booth No: 67



saya memang teruja sangat nak dapatkan alat ni..nak tahu kenapa?

1.     Bila dalam sihat, of course terpancar seri di luar juga..cantik dalaman…cantikla luaran.. I believe in inner beauty…

2.     Bila dah cantik dan sihat, of course la Mr. Doc saya tu bertambah sayang kat saya hehehe…

3.     Paling takut bila otot lantai pelvic tak kuat, senang sangat nak terkucil..sebab masa pregnant dulu mcm nila..takut nnti muda2 lagi dah kena pakai pad Poise tu..arggghhh..tidak…!!!

4.     Merapatkan hubungan intim dengan suami hehehe..yg ni paling suka..plan nk dapat gegurl plk nnti..*malu*



Untuk keterangan lanjut pasal Bioinfinity, Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises, boleh lawati http://www.mybioinfinity.com/ atau nak dengar cerita lagi best of course la kena ke blog kesayangan saya Redmummy.. Redmummy nak bagi free benda sape tak nak oiii…




Thank you for reading this blog!





FABULOUS MOTHERHOOD SMART BEAUTY GIVEAWAY..




As me also a fabulous mom, so nak join giveaway yang dianjurkan oleh Mommy Nadia (klik untuk join). Dah jadi mommy ni kena pandai jaga kecantikan diri..so harap-harap menang la GA ni tak kesah hadiah mana-mana pon. Tapi..’kecantikan abadi lahir dari hati yang tulus dan suci’.



So, korang takkan nak tengok je hadiah yang best giller kat bawah ni..jom pakat ramai-ramai join ok..





Fabulous prizes awaiting those 5 lucky winners!!

Let's be beautiful with ENUCA !!





2 Grand Prize:

7ml ENUCA serum worth for RM88 +

1 invitation to 4 hours Hands-on Personal Make up Workshop





3 Consolations prizes:
1 invitation to 4 hours Hands-on Personal Make up Workshop





Kepada Mommy Nadia, thanks sebab anjurkan GA ni..jgn lupe join GA (klik) saya pulak ok hehehe..

Thank you for reading this blog!





Sunday, 13 November 2011

Resepi Kuah Durian

Pulut durian

Hari Jumaat lepas my MIL bagi 2 biji durian. Tapi disebabkan kat rumah ni ramai hantu durian @ Opet hehehe..2 biji durian memang tak cukup la kan..so saya buat kuah durian yang boleh di makan dengan pulut atau roti. Entry ni saje nak bg korang terliur hehehe..jahat tak..






10 ulas durian
2 cawan santan
2 kiub gula Melaka (kiub sebesar kiub ais, so korang agak2 la ye byk mana)
2 helai daun pandan disimpul
secubit garam
 
Masuk je semua bahan dalam periuk dan kacau atas api yang perlahan sampai kuah pekat. Dah siap. Senang sangat.





Saya first time buat ni.. Pulut tu saya beli je sebab teringin, nak masak sendiri rasa tak berbaloi pulak sebab bukan nk makan banyak sangat pulut ni kan..so beli roti gardenia. Semua orang ulang alik dekat 10 kali makan roti cicah kuah durian ni..yang kelakar roti tak cukup malam tadi, pukul 11.30pm husband saya keluar pergi beli roti sbb Ammar dan Adam nak makan lagi. Husband saya cakap ni semua salah mama sebab masak sedap sangat …hehehe..



Selamat mencuba..


Thank you for reading this blog!





Thursday, 10 November 2011

Too obsessed with Ultraman? Inilah akibatnya…


Inilah anak saya Ammar Husayn. Suka sangat tengok ultraman…dan sekarang ni suka pulak tengok cerita kungfu Ip Man. Video ini dirakam tanpa disedari oleh Ammar masa malam hari raya haji haritu. Saya yang kat tepi tu buat-buat tak nampak, kalo tak.. tak dapat la ambik video ni..Memang gelak satu rumah lepas tu…hahaha..lawak dan sangat cute.



-         start dengan ala-ala kungfu sampai pejam-pejam mata…
-         husband saya kata dah mcm Wing Chun (martial art legend Ip Man)
-         bila saya tanya dia buat ape? dia ckp dia fire raksasa..bila tengok dlm video tu dia scan cari raksasa kat bawah takde..rupanya ada kat atas..skot..skot..skot.skootttt… hahahaha…
-         pastu gi ambik mainan adik dengan aksi gerak perlahan…hahaha..memang pecah perut gelak…


Inilah hasil kreativiti Ammar, akibat banyak sangat tengok ultraman.


Thank you for reading this blog!

Klik ‘Like’ jika suka..thanks

Wednesday, 9 November 2011

Tips for job interview


Saya dapat offer untuk job interview last week. Bukan sahaja last week tapi dalam tahun ni dah 3 kali saya pergi interview kerja walaupun saya tak submit lagi thesis saya. Alhamdulillah, semua tu saya anggap rezeki dari Allah. Walaupun secara realitinya saya langsung tak bersedia secara mental dan fizikal untuk bekerja. Tapi saya mahu juga merasa pengalaman interview, satunya sebagai persediaan di masa hadapan sebab pengalaman interview ni penting sebab different job spec, different boss, different kehendaknya. Keduanya, saja nak test market sama ada bidang saya ni marketable or not.

2 antara 3 interview yang saya pergi ni yang pujuk-pujuk saya untuk saya kerja dengan mereka. Saya ni lemah sket kalo orang pujuk-pujuk ni. The reason yang saya nampak sebab diorang ni company baru, dan diorang memang nak orang yang ada pengalaman dan good qualification compared to the other company yang memang dah establish. Ada pros and cons bila kerja dengan well established company dengan company baru. Tapi dua-dua saya suka. Company baru memang kita bersusah payah dari mula..sesuai untuk yang memang nak develop career dari mula. Dan kita yang setup sendiri everything from scratch which can show your credibility. Diorang ni takde benchmark staf lagi so senang sket buat kerja. Kalau company yang dah established, memang la senang semua dah tersedia SOP bagai kan, tapi diorang mesti bandingkan kita dengan staf yang terdahulu. Ni yang tak suka ni..

So, daripada ketiga-tiga interview ni saya dapat beberapa point yang saya nak share untuk korang yang nak apply kerja pasni boleh take these as consideration.



1.     Be prepared



a.     Resume/CV and cover letter suitable for the post applied. Setiap kali pergi interview kena check and mungkin kena edit supaya bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Macam saya, jawatan yang ditawarkan adalah Lab Manager, Molecular Biologist dan Senior Cell Culture Scientist. Ketiga-tiga ni mempunyai background yang sama iaitu kerja dalam lab tapi job spec berbeza. So, dalam  CV kena la highlight kepakaran kita bergantung pada jawatan yang ditawarkan.



b.     Gambar yang letak kat CV tu biarlah gambar yang ceria, tak semestinya gambar passport yang ambik kat kedai tu..(saya tak suka ni). Kawan saya pernah kerja kat oversea cakap boss kat sana memang tengok gambar, kalau muka nampak stress, masam je…takut nak ambil kerja.. Tapi jangan la letak gambar ambik tepi pantai pulak kan..



c.      Mentally and physically





d.     Study a little bit about your future company. Ambil tahu apa company tu buat, apa misi dan visi company sebab masa interview tu saya pernah ditanya pasal ni. Nasib baik saya dah study sebab company tu memang well established, so kalau google memang ada la..



e.     Refresh your skills and techniques. Kalau dah lama grad, memang boleh lupa dulu2 belajar apa kan.. Teori dan prinsip semua hujung jari ye...





f.       Study about the job specification. You can ask them before the interview day or google. Saya pernah telefon dan ada juga yang email..Alhamdulillah diorg reply so mudah la kan at least ada idea sket nk interview nnti



g.     Sediakan jawapan kalau ditanya contohnya



                                                              i.      kenapa anda layak untuk jawatan ini?

                                                            ii.      Apa kelebihan yang anda ada atau kenapa kami perlu mengambil anda bekerja di sini? (masa ni kena jual diri la kan…). Saya pernah bagi jawapan yang membuat interviewer tu impressed dan cakap 'I like you!'

                                                          iii.      Jika anda diterima, apa yang anda boleh lakukan untuk memajukan syarikat ni?

                                                          iv.      Describe yourself in 5 years in time. Diorang memang nak tengok sama ada kita layak dan betul-betul bersedia untuk bekerja dengan diorang.

                                                              i.      If you are a team leader, how you will motivate your  staff? (skill kepimpinan ni)





2.     Be matured



a.     Matang dari segala aspek-pakaian, cara berjalan, cara duduk, dan cara bercakap. Yang ni boleh google la sendiri ye mcm mn..



b.     Salah satu interview yang saya pergi tu, reason kenapa dia nk ambil saya bekerja adalah sebab saya dah berkahwin. Dia cakap orang yang berkahwin ni biasanya faham mengenai komitmen dan tanggungjawab. Sampai macam tu sekali kan diorang ni menilai dan saya setuju point ni. Tapi bukan bermakna orang bujang tak bertanggungjawab ye…nnti ada pulak yang kecik hati..kan saya cakap tadi, different boss different kehendak dan criteria nya..



3.      Show them that you can be trusted



a.     Anda harusla menjadi orang yang dipercayai, tapi tak kerja lagi macam mana nak tahu ye tak? Mungkin dari CV, atau previous workplace dan juga dari reference yang kita letak kat CV tu.

     Salah satu interview yang saya pergi tu, working hours untuk jawatan tu memang flexible sebab sangat bergantung pukul berapa biological samples (bergantung pada hospital dan courier) sampai, so memang tak perlu la pukul 8am dah tercongok kat ofis kan…tapi dia ada log sheet/thumb print yang dia boleh check kita datang dan balik pukul berapa. Tapi biasanya dia cakap jarang tengok pun sbb dia percaya pada staf.



Sebab tu reference tu penting, kita akan letak orang yang betul-betul kenal kita dan biasanya academician-previous supervisor, lecturer or boss.



Saya ada hantar CV saya kat satu company ni (not to big boss, just scientist kat situ), tapi disebabkan policy company tak buat staff recruitment tahun ni, dia bagi CV saya pada kawan dia yang company lain yang memang memerlukan staff dan dia cakap, ‘we are highly recommend you this job because somebody highly recommended you to us! And that person also said, if she has a power to hire you and she will do it but unfortunately she can’t. Owh..saya rasa sungguh terharu dan berterima kasih kepada orang itu.



4.     Good reputation



a.     Reputasi anda mestilah baik meskipun anda telah berhenti kerja dari sesuatu tempat kerja, berhentilah secara baik walaupun anda tak suka kat tempat lama tu.. Cerita pasal keburukan di tempat lama jangan di jaja ditempat baru apatah lagi semasa interview diorag tanya ‘Why you quitted from your previous workplace?’ jawabla secara positif yang anda mahukan pengalaman yang baru, jangan mengumpat pasal ex-boss pulak ye…nanti dia ingat anda jenis yang suka bawak mulut.



5.     Come at least 10 minutes earlier.



a.     supaya tak kelam kabut dan anda akan rasa tenang je, boleh bernafas secara normal. kalau yang kena panjat tangga tu tercungap-cungap jugak kan…



satu petua yang abah saya bagi masa nak pergi  interview ialah masa nak keluar pintu rumah baca surah Al-fatihah tapi sampai ayat ‘Ghairil ma’dhu bi ‘alaihim…stop. nanti sampai kat depan pintu nak interview, bukak je pintu sambung balik baca ‘waladhoo lliiin…’ hembus kat keliling bilik dan juga kat interviewer tu. tapi jangan hembus kuat-kuat pulak, cover-cover sket kang tak pasal-pasal kena halau hehehe.. Ni memang saya amalkan setiap kali pergi interview dan jua perjumpaan ke meeting ke.. contoh dulu masa nk pergi jumpe bos, bos nak marah pun tak jadi marah kan.. Dan berselawat la banyak-banyak untuk ketenangan hati semasa menunggu untuk dipanggil.



Semua yang di tulis di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Walaupun gaji yang ditawarkan RM4500-RM6000, ada beberapa factor lagi yang menyebabkan saya tolak kesemua tawaran ni. Saya berdoa, lepas saya submit thesis nanti masih ada tawaran yang bagus-bagus macam ni. You all pon boleh share pengalaman interview dan bagi tips yang membantu.




masa interview last week, saya dapat small box of cupcake just before we started our talk..haha nice kan..future boss yg belum tentu lg tu bagi hadiah. Ni bukan nak umpan tau.. She just came back from her maternity leaves that day..cute betul cupcake tu..







Thank you for reading this blog!




Friday, 4 November 2011

Luckily I Have a Doctor in the House

Pukul 5.00am pagi semalam terjaga..perut rasa tak selesa..tak pernah pulak rasa mcm tu..pusing kanan pusing kiri tapi xleh nak tido balik..
Tiba-tiba rasa nak muntah terus berlari ke bilik air..Owh sangat tak suka bila muntah.. masa pregnant dulu pon tak muntah-muntah..

Bila Mr. Husband bersiap nak pergi keje, dia tanya ‘ok tak ni? Boleh abang pegi keje?’… Sweet kan..

Saya ckp ‘Ok’..mmg masa tu rasa ok je..


Sampai dah muntah 3kali, diarrhoea..dan pening2..saya tak larat nak hantar budak-budak ke school…
Pukul 8.15am, bila dah start kereta, saya amik masa lama nk gerak..

Ammar cakap ‘mama, cepatla…dah lambat ni…’

Saya cakap…’jap Ammar, mama rasa nak muntah..’

Ammar.  eh mama jangan la muntah kat Ammar…muntah kat luar ye..’
Hehehe..pandai jugak Ammar ni..

Bila dah jalan sket, saya stop kat tepi jalan..rasa nak muntah lagi..tapi tak muntah pulak..

Bila dah hantar diorang masuk school…nak masuk je kereta…terus muntah kat tepi longkang depan school..aduihhhh malu jugak…tp sib baik tak ada parents yang nampak…

Balik rumah..melepek je la saya kat sofa bed depan tv..ulang-alik ke toilet lagi untuk muntah…dok pikir ape yang tak kena ntah..(ni bukan pregnant ok..)
Seharian tak makan ape pun..minum air je..



Bila malamnye Mr Husband bawak blk ni..ubat tahan muntah..yang paling kuat katanya..tp lepas 1 hour tu baru saya rasa ubat tu effective..



Luckily I have a doctor in the house..tak payah susah-susah pergi klinik.. thanks for being my personal doctor! Kalau ada doctor hensem..kena cucuk pun tak sakit…ehehe...
(note: Zofran is approved for preventing nausea and vomiting)


 
Dah lama saya tak jatuh sakit, tapi 2 hari ni Allah uji saya dengan sedikit kesakitan..Alhamdulillah…Allah masih sayangkan saya..
And again luckily I have a doctor in the house!



Thank you for reading this blog!

Tuesday, 1 November 2011

My Happiest Moment




As a super busy parents, bila ada masa terluang dengan anak-anak memang tak dilepaskan. Bila anak-anak gembira, kita turut gembira malah puas kerana dapat menggembirakan mereka. Mr Husband adalah seorang doctor, korang pun tahu la kan life doctor ni mcm mana..ada oncall, week end pun kadang-kadang kerja dan selalu balik lambat. Saya pulak still ada lab work for my PhD thesis, so masa untuk-untuk anak hanyalah pada sebelah malam. Bila dapat bawak anak-anak keluar, pergi playground pun dah cukup untuk buat diorang berhari-hari cerita keseronokan pegi playground.  One of our happiest moment dan yang paling diingati dan masih lagi ketawa bila tengok gambar adalah semasa kami ber picnic kat tepi Tasik Permaisuri. First time buat aktiviti macam ni, dan saya adalah orang yang paling excited selain anak-anak. Nasib baik hari itu cuaca cerah dan sejuk je. Ini berlaku pada cuti tahun baru, tahun yang lepas iaitu 2010.

Kami sampai kat parking Taman Tasik Permaisuri tu dalam pukul 5.30pm. Sempat saya ambil gambar masa kami berjalan masuk untuk cari spot yang sesuai. Tengokla Ammar tu (si abang), dah lari jauh ke depan..dah tak sabar-sabar..

Lepas dah dapat spot yang best menghadap tasik, saya bentang tikar dan letak bakul yang berisi makanan. Tak sempat nak keluarkan bekas makanan lagi budak-budak dah ajak main bola..so, saya main dengan diorang dulu, turn abahnya pulak ambil gambar. Masa ni, kamera Sony ada lagi sebelum kena curi…uhuk uhuk sedih…

Mama jadi coach hehehe…(saya la tu..) bukan Oh My Coach! tu tau..sape yang tengok filem Pisau Cukur mesti tau.. masih terbayang Coach (klik) yang saya nak tu sebenarnya..hahaha..sudah-sudahla tu...


Adik ajak abah main bola.. ‘Jomla abah…’.. Abahnya nak berehat dulu..



Ingat lagi at that time adalah musim bola..Malaysia baru menang Piala AFF Suzuki.. So bila tengok gaya Ammar macam ni, ada orang cakap… ‘Owh boleh ganti Safee Sali’ hahaha…saya hanya ketawa.. Dalam hati saya cakap.. ‘mama tak nak anak mama jadi pemain bola sepak’….

Ammar still continue main dengan abah…Adam dah penat..dia minta nak makan..tengokla tu sweet je muka mintak makanan kat mama.. Mama pun tak sampai hati tak nak bagi kan….

Saya tapau spaghetti bolognaise, ayam goreng, nugget, onion ring, dan air oren..


Adik makan nyum nyummmmm….dah lupe kejap pasal bola..yela asyik kena buli ngan abangnya kutip bola...haha..


Dah penat main, perut pun lapar… bila makan memang sodap…
'Eh bang, tak nampak ke mak mertua lalu belakang'..hahaha....


Ditambah dengan permandangan yang sangat cantik..dah tak hirau orang lalu lalang dan jogging kat situ..



Perut dah kenyang..sambung main balik……

Dah puas main, rehat dan baring-baring before berkemas nak balik… yang kelakarnya, abahnya ajak tidur dengan nada bergurau..tapi Ammar berlakon tidur sampai berdengkur..krohhh krohhhhh…kahkahkahkah…memang kitorang gelak giler..that was the happiest moment with our
 k-i-d-z.........

Spending the best time together is the most precious thing ever in our life. Tak semestinya kena pergi bercuti kat oversea atau berhabisan duit untuk menggembirakan hati kesayangan kita. Bagi yang mampu tak kesahla kan. But as for overseas virgin like us ( eh.. I pernah pegi Singapore pe..) my husband la tu.. apalah salahnya pergi ke tempat-tempat yang macam ni dan berpicnic as simple as this…husband saya tu jimat orangnye..dia kata ‘save the best for last’.. haha. May Allah bless my husband and my family. Ameen.










Entry ni adalah untuk join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang sponsored by Olympus…so hadiah mestilah Olympus kan…


1st prize – Olympus PEN Lite E-PL3 Kit
2nd Prize – Olympus PEN mini E-PM1 Kit
3rd – 5th Prize – Olympus PEN Leather carry-all bag


Kena buat entry dan letak gambar yang mengambarkan ‘My Happiest Moment’
Sesiapa yang nak join klik sini untuk info lanjut.


Deadline for submissions is 11.59 pm, 12 November 2011 (Saturday)




 Thank you for reading this blog!


Klik 'Like' jika suka