Friday 19 December 2014

DAPAT PLAYHOUSE FREE..SAPE TAK NAK KAN...

Setiap kali pergi showroom rumah, suka sangat tengok model rumah. Cantik kan. Walaupun tak beli, dapat tengok model rumah pun dah rasa best. Haritu ada pergi office Seri Pajam Development sebab diorang launch perumahan baru fasa 2 D’ Mayang Sari. Saya pun pergi la bawak anak-anak sebab diorang memang suka tengok model rumah.
 
Sembang-sembang dengan Miss Jane, tanya la dia ada tak model rumah yang dah tak nak pakai? Dia cakap.. "ada. Kebetulan we all nak kemas store esok nak buang mana yang tak pakai. Datangla ambil ye.. You nak buat ape?"
 
"I nak buat playhouse untuk anak-anak"
 
"Wah..tak terfikir pulak saya.. ok la bagi anak main. Kalo tak buang je ni..tapi sayang..nak buat ni mahal"
 
Pucuk dicita ulam mendatang orang kata…dah memang nak sangat2 kan. Sanggup la pergi sendiri dengan perut memboyot ni dengan Adam. Dia yang paling excited sampai takleh tidur malam.
 
Ada banyak model rumah yang diorang nak buang. So saya pilih mana yang elok dan saiz pun bersesuaian la sebab kalau besar sangat, tak muat nak letak dalam bilik dan berat pulak nak mengangkat. Adam dok teringin rumah yang ada swimming pool tapi besar sangat la. Tapi yang kitorang ambil ni pun ok. Model rumah semi D single storey. Best la main lagipun lampu led masih berfungsi..cantik bila pasang lampu.
 
Diorang main susun-susun kereta kat tepi rumah. Saya tanya kenapa banyak sangat kereta ni.
 
Diorang cakap.. ‘beli rumah baru kan..kena la buat kenduri kesyukuran’..
Hehe..kids see kids do kan…
banyak la conversation diorang yang buat saya tergelak..diorang ni memang suka berlakon…
“eh saya dengar orang bagi salam la..cuba tengok sape datang rumah kita..macam ustaz je.. Ustaz Don kot?”
 
“Eh..betul la Ustaz Don datang rumah kita..yeay bestnya..”
“Mak awak pergi buang sampah tak pakai tudung ke? Mak kita pakai tau..malu la orang tengok rambut..”
 
‘Kita kena kemas rumah kita selalu…barula cantik..bersih je..”
 
Macam-macam lagi la diorang dok bersembang. Puas hati sangat saya tengok diorang happy main. Play house free..tak yah nak beli. Saya pun main gak sebab dulu kecik-kecik tak dapat main..hehe 
 
 
 





 
 
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 

Wednesday 17 December 2014

DAH KONVO PHD YEAYYY!!

 
 
Alhamdulillah..finally, we have made it. Double celebration with my En. Husband. Kitorang konvo sama2. Memang kitorang plan dulu2 pernah nak konvo sama2. Patutnya saya dah konvo tahun lepas, tapi ada halangan pulak, so this is the time..yeyeah!!!.... Sama sidang dan sesi pulak tu (Hari Sabtu 1 Nov 2014, Sidang 1, Sesi 1), so senang nak uruskan.

 

Parents we all masing2 tak dapat datang. Anak-anak pulak saya mintak tolong kakak dan adik saya jagakan. Plannya, bila kitorang nak kluar dewan baru diorang datang. Malangnya, hujan lebat, jalan sangat jammed. Diorang pun patah balik.

 

Pagi-pagi sebelum masuk dewan dah bergambar siap2 sebab takut tak sempat. Memang betul pun. Bila keluar dewan, hujan baru berhenti, bertembung pulak dengan orang yang nak masuk sidang petang, sangat crowded jadinya. Jalan pun lecak..habis kasut kitorang haha..

 


Us! Alhamdulillah

 

Sempat snap ni masa En. Husband naik stage.

 



Me. Nampak gemuk tak? hehe..preggy @27 weeks. Alhamdulillah


 




My cinta hati. Juga personal doktor saya. Dari sekecil-kecil penyakit semua saya mengadu haha...

 



Thanks Yana for coming and bagi hadiah. Yang berkonvo sama tu ialah schoolmate saya dulu dan coursemate husband saya, Dr. Maryam.

 

Alhamdulillah. Rasa sangat bersyukur dan gembira sangat walaupun sedih mak dan abah saya tak dapat datang tengok saya bergraduat. Terima kasih kepada semua yang banyak menyokong saya dan En. Husband saya. Kami dah lalui perit jerih ni bertahun-tahun bersama-sama, dan pada masa yang sama membesarkan 2 orang anak. Memang sangat meletihkan tapi berbaloi dan bermakna kan untuk dikenang sepanjang hayat.

 

Thank you for reading this blog!
 
 

Monday 15 December 2014

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENYELIA DAN PEMAKAIAN JUBAH GRADUAN UMBI


 
 
Salam semua..


Dah lama tak update blog ni. Memang ada niat nak update. Ada banyak sangat cerita tapi tak berkesempatan. Kali ni nak cerita satu moment yang saya tak dapat lupakan sepanjang hidup saya. Alhamdulillah, tahun ni saya berkonvo utk ijazah Phd dan buat julung kalinya institute meraikan graduan dengan mengadakan Majlis Pengiktirafan Penyelia dan Pemakaian Jubah Graduan (31 Oktober 2014). Majlis ni sehari sebelum konvo dan di buat di institute. Best sangat sebab penyelia yang sarungkan jubah untuk kita.Rrasa nak nanges dan terharu sangat masa tu. Dengan muzik yang syahdu, dan the whole dewan meraikan kejayaan kita. Masa pemakain jubah tu En. Husband record video, so boleh tengok la macam mana caranya dan agak sedikit kelakar sebab saya terkial-kial nak button up jubah tu. Sepatutnya, tak perlu pun, just pegang dan rapatkan je jubah hehe..orang pertama dan tak pergi rehearsal memang buat silap kikikiii….

 
 
 

 
 
Majlis ni formal, bermula dengan perarakan masuk akademik. Penyarah semua pakai jubah konvo.



Saya jadi wakil graduan menyampaikan ucapan penghargaan kepada pensyarah, staf, ahli keluarga dan rakan-rakan. Masa saya dok praktis baca skrip tu, sebak sangat dan saya takut masa atas stage pun saya nanges..tapi nasib baik tak la kan. Nanti terbuat drama air mata pulak kat atas tu hehehe….

 
 
 
5 orang graduan UMBI 2014.

 
 
 
Bergambar dengan pensyarah selepas tamat majlis.

 
 
With my backbone, my En. Husband. Thank you very much B. Love you so much!

 
 


Dengan rakan-rakan seperjuangan.
 
Dengan sebahagian staf pentadbiran dan staf makmal yang banyak membantu saya dulu. Terima kasih banyak-banyak. Jasa korang hanya Allah yang dapat membalasnya.

 
 
 

Inilah tempat saya berjuang dulu. Alhamdulillah dan terima kasih semua.
 
 
Thank you for reading this blog!