Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, 5 September 2013

RESEPI: CHEESE CAKE (Cream Cracker layered with Cream Cheese)

 
Salam semua.
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan sangat sedap. Sebab saya sangat mesmerized dengan rasa kek ni dan husband dan anak-anak pun suka, so saya buat satu entry mengenai kek ini.
 
Cara nak buat kek ni tak lah sesusah mana, dan bahan-bahan pun sangat simple. Tak perlukan oven ataupun pengukus. Dah siap nanti simpan dalam fridge saje. Actually, resepi ni inspired by @cikepal dan kawan saya @sato_oreo. Resepi boleh dapat kat blog diorang jugak tapi resepi kat bawah ni dari air tangan saya.
 
Bahan utamanya ialah: biskut cream cracker, cream cheese (saya pakai Philadelphia), susu pekat, dan susu cair. Bahan2 lain adalah sebagai sampingan dan perasa bagi kek ni. Saya guna serbuk milo, chocolate oatmeal dan nestum. Kalau anda kreatif, boleh letak kacang, caramel, kismis etc etc. Tapi saya guna barang2 kat atas tu sahaja. Bagi saya, once dah tahu principle atau basic, the rest is up to you. Tekak masing2 yang nak makan kan….
 


Mula-mula, campurkan cream cheese (1 blok tu) dengan susu pekat menggunakan mixer. Saya guna susu pekat tu tak sampai separuh tin pun dah ok rasa dia. So, saya suggest masuk kan susu pekat tu sedikit demi sedikit then rasa. Kalau tak ok, tambah susu lagi tapi jangan manis sangat. Kena balance kan rasa susu dengan cheese tu. Kalau banyak susu, nanti rasa cheese tu tenggelam…rasa manis susu je tak sedap plk kan..  Saya agak2 dalam suku daripada tin tu la. Ok, siap bahagian yang ni.
 


Ambil satu bekas, tuang sedikit susu segar. Tak ada susu segar, susu lain pun tak apa, susu full cream ke, tak pun bancuh susu tepung anak pun boleh. Susu ni tujuan nya untuk rendam biskut, so susu apa guna pun tak jadi masalah. Rendam jangan lama sangat. Sekejap je, cukup sekadar biskut tu basah.
 


Susun biskut yang telah direndam tadi dalam bekas atau loyang. Kena la patah kan biskut nak bagi penuh satu bekas tu.
 


Lepas dah susun biskut, kita sapukan campuran cream cheese yang kita sediakan awal2 tadi ke atas biskut. Ratakan dan sapuan tu nipis je.
 
 


Dah siap ratakan cream cheese, saya taburkan nestum, choc oatmeal dan juga serbuk milo. Part ni yang saya kata ikut selera masing-masing nak letak apa. So dah siap satu layer, kita buat layer kedua dengan susun biskut lagi. Ulang balik step tadi sampaila cream cheese tadi habis. Saya dapat dalam 5 layer kot. Dan bahagian atas sekali saya letak cream cheese tebal sikit. Simpan dalam fridge, bila dah sejuk boleh potong dan makan. Bila potong tu, macam potong kek sebab biskut tu dah lembut.
 
 
Nak tengok hasilnya?
 
Taraaaaaaa
-
-
--
-



Sangat sedap! Macam tak percaya, dari biskut boleh turn out jadi kek macam ni. Untuk sesiapa yang takde oven mcm saya ni, kita still boleh buat kek ok hehehe…  Terima kasih la kepada orang cipta resepi ni. Cuba la.. week end mesti ada lagi tetamu yang nak datang beraya kan. Selamat mencuba!
 
 
 
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga
 
Post gambar kat Instagram, cikepal pun komen hehehe…(saje nak tunjuk lalalala..)

 
 
Thank you for reading this blog!


 

Friday, 2 November 2012

SIAPA YANG MEMANDU KOMUTER?

 
Orang lain sibuk balik kg sehari sebelum raya haji haritu kan, eh kitorang pun sama. Tapi kitorang balik kg dekat je…Sg Besi hehehe. Encik husband saya masih bekerja hari khamis (sehari sebelum raya haji tu), tapi petang tu plan nak balik rumah maknye kat Sg Besi. So takkan dia nak balik amik kitorang kat Pajam and pergi Sg Besi sebab dia memang dah ada kat Cheras kan. So……..inilah masanya nak perkenalkan kepada anak-anak iaitu KOMUTER. Yeay!! balik kg naik komuter yeay!!.. Diorang ni memang sangat excited, first time kan. Dah kecoh start dari rumah lagi.
 

Ini kat Stesen Komuter Batang Benar. Dari rumah nak ke stesen ni dalam 1.5km je. Baru je tunggu tak sampai seminit dah kecoh mana komuter tak sampai2 lagi ni.
 


Penat berdiri, duduk kat bangku tepi tu.  




tapi tak sampai 5 minit pun tunggu..komuter pun sampai..yeay!! and the journey begins….

 

 
Kat dalam coach ada seat yang kat tepi2 tu je yang kosong. Ammar duduk sebelah kanan saya. Dia cakap takpe duduk sorang kat sini. Mula2 masuk tu diorang senyap jap sebab terkesima kot.

Then barulah Ammar bukak mulut…

‘bestla mama naik komuter…sejuk je..ingatkan panas.’

‘Mama..kenapa ramai orang..diorang nak pergi mana?’

‘Kenape tempat duduk ni banyak?’..

’Macam mana keretapi ni jalan mama..?’

dan banyak lah lagi soalan kenape..kenape..kenape.. 


  Saya tak bagitau pun dan tak perasan sangat yang kitorang masuk kat coach for ladies. Bila sampai kat stesen mana ntah,ada penumpang masuk.

Ammar tanya… ‘mama, kenape dia masuk kat tempat girl? ni kan tempat girl..’ sambil tunjuk kat lelaki tu.

I was like..hah? ‘errr.. mcm mana Ammar tahu ni tempat girl?’

‘Tu kan ada gambar girl je…untuk girl je la kan mama..’

‘Owhhh..ya…betul untuk girl je’.

walaupun coach utk wanita saje tapi ada gak lelaki yang masuk tapi kena halau dengan polis bantuan.
 
 
 

Adam pulak dengan hal dia sendiri dan tiba-tiba dia tanya..

‘Mama, sape nama dia?’
 
‘Siapa?’sambil tengok sekeliling..ada jugak budak2 kat situ.

‘Ala…sape nama dia? Mama kan tahu..’

Lepas puas tanya Adam, siapa yang dia tanya tu..at last dia cakap..

‘Mama..sape yang bawak keretapi ni? Sape nama dia?’

Hahahahahaa…tergelak saya kat situ. “mana mama tau dik nama orang yang bawak keretapi ni, tapi dia adalah driver keretapi..’

‘Owhhh..cakapla driver keretapi..mama ni asyik tak nak cakap je..’

Hahaha….mcm2 hal kan…penat nak layan soalan-soalan bijak diorang ni....




Yeay!! dah sampai Stesen Bandar Tasik Selatan (BTS). Perjalanan dari Batang Benar-BTS lebih kurang dalam 30 minit. Kalau dulu, tertunggu2 jugak bila la nak bawak budak2 ni naik komuter..kali ni for one solid reason. Dan diorang sangat happy!
 
 

Thank you for reading this blog!



Wednesday, 31 October 2012

CUTI HARI RAYA HAJI YANG BERMAKNA

 
 
Petang hari raya haji haritu saya anak beranak without my husband balik kg saya kat perak tumpang kakak saya. Husband saya esoknya hari sabtu raya kedua tu oncall, tu yang tak dapat balik kg. Meriah jugak raya kali ni, hampir semua adik beradik ada kecuali adik saya yang belajar kat Indon dan jugak husband saya je yang takde. Raya haji kali ni pun sebab long weekend, kalau tengah minggu macam tahun-tahun lepas rasanya tak balik kg jugak. Adik saya yang doctor tu ada buat korban seekor lembu, tu yang semua pakat-pakat balik. Memang kecoh rumah, bila kitorg 4 beradik yang perempuan ni kat dapur.
 
inilah lembu yang ready untuk dikorbankan..dibaringkan menghadap kiblat
 
Allahuakbar..Allahuakbar…sepanjang masa abah sembelih kitorang bertakbir dan berdoa moga ibadah korban ni diterima Allah. Abah saya pesan baca Inna solati..wa nusuki..(sampai habis dan diulang2).
 
 
Alhamdulillah..setel. Moga setiap titisan darah yang mengalir, setiap bahagian daging yang disedekahkan adalah pahala. Abah saya yang jadi tukang sembelih. Kalau kt kg ni ada yang nak sembelih lembu, kambing , kerbau kebanyakannya panggil abah saya. Yang baju merah tu abanglong saya. Ingat lagi, dulu abanglong tak boleh tengok darah mesti pening2 sampai nak pengsan, now dah ok. Kalau kat tempat dia, ada jugak orang mintak tolong dia sembelih. Sorang lagi dalam family yang boleh sembelih ni ialah adik saya yang kat Indon tu. Tak ramai yang boleh sembelih lembu kambing ni, yang jadi tukang lapah memang ramai boleh buat.
 
kitorang jadi penonton, lepak2 kat sini jap lepas sembelih tu. Budak-budak ni semua muka tak mandi pagi lagi hahaha… diorang ni dikejutkan dari tidur untuk tengok tokwannya sembelih lembu. Pengalaman yang jarang2 macam ni mana boleh dilepaskan. Yang tengah tu kakak saya, anak no. 2 dalam keluarga, yang hujung sebelah kanan sekali tu adik saya (perempuan bongsu) yang buat korban ni.
 
 
 
Ni di antara yang dok melapah daging korban…2 orang abang ipar, adik and adik ipar saya.
 
 
daging-daging ni ditimbang dalam 500g satu plastic untuk diagihkan. 1/3 daripada hasil korban sahaja yang boleh kitorg ambil, selebihnya perlu disedekahkan.
 
 
 
ini bungkusan daging korban yang ready nak diagihkan. Seronok tengok adik dan anak-anak buah saya pergi dari rumah ke rumah nak bagi daging korban. Yang kelakarnya, sebelum pergi tu siap buat skrip, yela nanti orang tanya ni sape kang terkulat2 pulak nak jawab kan. Adik saya ajar anak2 buah saya ckp, ‘Assalamualaikum…saya cucu Ustaz Mohd Noor, datang ni nak bagi daging korban’. Anak-anak buah saya tu sorang form 2, sorang lagi tu darjah 5.
 
 
Orang lain sibuk dengan melapah daging korban, yang kecik2 dalam rumah ni tak boleh diabaikan. Kalau tak diberi perhatian ada yang akan menganggu/meragam dan macam-macam hal lagi. Saya memang sediakan bahan untuk buat pertandingan mewarna. Seronok tengok budak2 ni mewarna.
 
 
Ammar paling cepat mewarna. Dia siap dulu.
 
 
Paling saya tak sangka, Adam pun boleh tahan jugak saya tengok skill dia mewarna. Kalau tak, asyik conteng je dia. Bila buat pertandingan camni dan makngah nye siap janji nak kasi hadiah RM2 untuk yang paling cantik, masing-masing bersungguh-sungguh buat. At last, masing-masing dapat RM2 sebab semuanya cantik-cantik. Yelah, mana boleh nak bezakan sangat nanti ada yang terasa. Tapi memang betul pun, semua cantik-cantik.
 
 
Bila semua kerja2 hantar daging korban setel, apa lagi..saat yang ditunggu2 ialah.. terjun sungai!! Belakang rumah mak abah saya ada sungai ..sila jgn tak percaya...sangat best!
 
 
tengah hari tu makan ramai-ramai memang seronok. Kitorang buat sup tulang, daging bakar cicah air asam, daging black pepper…ni yang kitorang 4 beradik perempuan yang masak, mak saya hanya masak otak masak lemak kuning. Semua lauk pauk berasaskan daging. Tak larat nak masak macam-macam. Sape yang tak makan daging tu, nasib la ye. Yang lelaki makan kat luar..kitorang yang perempuan makan dalam rumah..
 
 
 
 
Petang tu lepak2 lepas makan, kupas tebu bawak pergi mesin kat kedai.
 
 
Hasilnya dapat 2 jug air. So fresh!!! sedap betul.
 
 
 
Lepas tu, kait buah rambutan yang tak berapa nak masak lagi..boleh la nak makan sebab ntah bila lagi nak balik kg pasni. Resam budak bandar, takde pulak budak-budak ni yang nak panjat2 pokok ..kait je la nak makan buah hehehe..
 
Dalam dok sembang2 petang tu, abah saya cakap dia dah panggil dalam 15 orang surau datang rumah malam nanti, kitorang pun..haaaaaa….kenapa tak cakap awal2…nak masak ape ni? Abah saya memang suka buat surprise. Since dah ada sup tulang, so kita buat bihun sup jela.. Nasib baik bihun sup je, kalau masak nasi hidang lauk pauk memang tak larat nak basuh pinggan.
 
 
Esoknye (hari ahad) dah nak balik dah.. sempat lagi Ammar dan Adam mandi sungai satu round.. banyak main dari mandi. ada pasir kat tepi2 tu diorang buat istana pasir.
 
 
Ammar pun dah pandai mandi sendiri..sejam main air pun tak nak naik lagi. Walaupun waktu ni pukul 1pm, tapi air sejuk macam ais..
 
 
Semalamnye air tebu, harini air kelapa muda pulak..fuuhhhhh best giller!!
 
 
Petang tu, dalam pukul 5pm bartolak balik Pajam tumpang adik saya yang duduk kat Nilai. Sampai depan pintu pagar rumah pukul 2am!! Teruk giller jem, aduhhhh. Nasib baik budak2 sangat baik masa dalam kereta and most of the time diorang tidur je.
 
Alhamdulillah, balik kg kali ni sangat best. Setiap masa dok sms je encik husband saya..live update apa yang saya dan anak-anak buat. Ammar cakap, ‘mama..tak sabar nak balik lg’. To encik husband yang hensem, sila consider cuti sekolah hujung tahun kita balik kg ye..k bai.
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 25 September 2012

DOSA POPULAR DI HARI RAYA


Tamat sudah sebulan kita berhari raya kan. So, sudah muhasabah diri dengan ape yang berlaku di Universiti  Ramadhan dan Konvokesyen Syawal?  Di bulan Ramadhan kita semua sibuk kumpul pahala selain ibadah khusus, ada yang rajin dengan ibadah-ibadah sunat..Alhamdulillah.. 

Tapi selepas beramal soleh di bulan Ramadhan, ada yang sedar atau tanpa sedar melakukan kesilapan. Saya sempat menonton rancangan Assalamualaikum di TV Al Hijrah beberapa hari sebelum raya membincangkan topic ini, saya pun cari lagi maklumat di internet dan saya tertarik untuk menulis di sini.

 
 
 
 

1.      BERSALAMAN DAN BERSENTUHAN

Bila hari raya biasanya kita bermaafan tetapi bila bermaafan bukan dengan semua orang kita boleh bersalaman. Masa kecik-kecik dulu ye kita diajar dan disuruh bersalaman dengan semua orang; sepupu, jiran, kawan-kawan sebagai tanda hormat. Tetapi bila kita dah besar dan faham ajaran Islam kita kena tahu dengan siapa boleh dan tidak boleh.

Ada tips dari Ustaz kat TV Al Hijrah tu cakap kalau ada orang yang bukan mahram hulurkan tangan nak salam. Kita tak boleh memalukan orang tu tapi ada cara berhemah yang boleh kita buat. Antara yang saya ingat ialah  meletakkan tangan di belakang sambil tunduk menghormati orang tersebut (sambil senyum), atau letak tangan di dada dan tunduk kepala sedikit dan kata 'maaf; atau pun cakap yang kita sedang berwudhu’.
 
 
Jom cekidaut rajah yang saya petik dari fanpage Ustaz Don. Ada dua, untuk lelaki dan untuk perempuan. Sila study dan fahamkan dan AMALKAN. Saya ingat semua orang dah tahu perkara ni, tapi bila ramai yang komen kat fb Ustaz Don yang ckp selama ini diorang main salam je..Oh My Allah!!
 
 
 
 
 
 

2.      AURAT SESAMA IPAR

Aurat sesama ipar juga mesti dijaga. Tak boleh bersalaman, sama la juga tak boleh dedahkan aurat ketika di dalam rumah. Ramai yang tak ambil kisah perkara ni. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. Mungkin sebab rimas dan panas kot nak bertudung sepanjang masa di dalam rumah tapi kita tetap wajib jaga aurat kita.

 
 
 

3.      TIDAK MENGHORMATI TETAMU/KURANG MENGUNJUNGI

 

Tetamu yang bertandang ke rumah mestilah dialu-alukan kedatangan mereka. Selain memastikan rumah dalam keadaan yang bersih, anak-anak mestilah diajar keluar bersalaman dan berjumpa dengan tetamu, bukan dibiarkan menonton tv dan berkurung di dalam bilik.

 

 
 
4.      MENINGGALKAN SOLAT

Meninggalkan solat kerana sibuk berhari raya. Tambahan pula yang perempuan tu  make up ala artis, tudung lilit-lilit..sayang pulak nak tanggalkan ye. Sungguh malang!
 
 
 
5.      PAKAIAN

Memakai pakaian yang mendedah aurat. Semua bijak menilai kan apa itu aurat dan pakaian yang mendedah aurat. Jangan sampai tabarruj (berlebihan dalam menghias diri, kerana mampu mengundang fitnah dan umpat kata orang selain menambah riak dalam jiwa)

 
 

6.      MENONTON RANCANGAN YANG TIDAK BERFAEDAH
 

Buang masa dan buat penat je sibuk kejar lailatulqadar bila time raya sibuk tengok rancangan yang merosakkan iman dan akhlak. Banyak sangat hiburan yang melalaikan. So pilih dan tapislah.

 
 
 
 

7.      PEMBAZIRAN

Biasanya di musim perayaan memang banyak sangat makanan. Bersederhanalah..selain membazir itu adalah amalan syaitan, kesihatan juga perlu di jaga.

 

Habis Ramadhan dan Syawal, apa patut kita buat? Teruskan amalan soleh yang kita buat dulu di bulan Ramadhan. Marilah berjemaah dengan saya untuk solat sunat malam. Semoga Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini membawa sejuta rahmat dan menjadi platform untuk kita terus-terusan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

  

Thank you for reading this blog!
 
 
 
 

Monday, 10 September 2012

OPEN HOUSE + HOUSEWARMING CUM BIRTHDAY PARTY



Alhamdulillah..cuti hujung minggu sempena Hari Kemerdekaan yang lepas sangat bermakna. Long weekend kan..so full aktiviti kitorg. Actually kebetulan je mak n abah saya dari Perak datang KL sebab nak tengok rumah yang adik saya baru pindah kat Cheras. Dok fikir2, alang2 kan diorang datang dan kebetulan adik-beradik saya yang ada kat area KL/Shah Alam/Klang/Nilai pun free, saya jemput kesemuanya datang ke rumah beraya. Sebab tak berjumpa masa balik kg hari tu sbb ikut giliran kan, so inilah masanya. Kecuali abanglong saya, diortang duduk Taiping, so susahla sket.
Bila confirm je mak n abah saya jadi datang KL, bermulalah episode tak keruan saya mengemas rumah sampai sempat tidur 2-3 jam je since hari selasa lagi. Cuci 4 toilet, berus lantai, bersihkan laman, kemas bilik, mop lantai etc etc etc…ada yang saya buat sama2 dengan husband mcm kemas laman, tapi husband saya kan kerja dan dia oncall hari rabu tu, so terkejar2 la jugak saya. Imagine saya bangun pukul 3 pagi untuk mop lantai dan berus toilet..taktaula kalau jiran saya dengar ke tak.. Nak cuci awal2 anak2 saya kacau. Lepas solat subuh terus hantar budak2 ke sekolah..beli barang nak masak dan disebabkan mencari barang itu takde ini takde..sampai rumah dah pukul 12 tengahari..baru nak start masak. Untuk menu makan malam tu saya masak sup tulang, sambal udang, ayam goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lepas makan-makan, kitorang tunggu semua sampai, ada buat baca yassin untuk anak-anak buah yang akan UPSR dan juga sempena kami masuk rumah baru. Then, ada buat meeting keluarga untuk adik saya yang nak kawen insya Allah bulan 2 tahun depan.



Esoknya, bila mak abah dan adik beradik dah balik..start kemas rumah balik dan cari barang untuk makan2 pada hari sabtu pulak. Jadi penat sebab cari barang tak jumpe, susah la duduk sini. Giant, tesco, pasaraya Ah Boy semua nak kena masuk.. tak boleh ke kat satu tempat je semua barang ada? Huh..
Lepas maghrib, husband saya ajak pegi rumah abang dia kat Seri Kembangan, mula2 tak nak pegi sebab banyak tak setel lagi..tapi apa pulak diorang cakap kan.. so pegi jugakla.. pukul 12 tengah malam sampai rumah, terus saya masuk dapur rebus nasi impit, goreng ayam, kupas bawang dan sebagainya lah. Ikut hati tak nak tidur malam tu, tp takut pengsan pulak kan. Pukul 3.30am tu merehatkan badan seketika. Lepas subuh sambung balik memasak.
Menu: Nasi minyak hujan panas + ayam masak merah + salad, fettucine carbonara, nasi impit +daging dendeng, puding koktel, air oren tropical. Gambar lupa nak amik hahaha…..
Elok je habis memasak pukul 1.00pm, kawan saya pun sampai. Legaaaa..
tetamu pertama kategori kawan2.. Ezanee + husband and kak Farliza.


Ezanee (kanan) 4 hari lepas open house tu dah berlepas ke Belfast for her PhD study. All the best Ezanee!!



 Su and family.. Su ni kawan sama2 buat PhD.. All d best to us jugak!!


Sebelah malam pulak, adik beradik husband saya penuh satu rumah. Menu tambahan untuk malam saya masak sup tulang, dan kakak ipar saya bawak spaghetti seafood dan mee siput. Alhamdulillah makanan tak membazir sangat. Untuk acara malam tu, ada sambutan birthday Ammar, Adam dan anak-anak buah saya yang lain. Dan penyampaian hadiah diorang main bowling sebelum ni. Habis acara.. sesi bergambar pulak.. Memang meriah malam tu..bila bergelak ketawa tu hilang kejap rasa penat.
 Ni antara family members husband saya..


Thanks to Jaja..mainkan lagu Happy Birthday


Happy birthday guys..moga jadi anak2 yg soleh..

 Ramai sambut birthday malam tu...
Sesi bukak hadiah..seronok tengok diorang happy. Diorang tak sedar pun mama n abahnya tak bagi ape2 hehehe..
Ada yang overnight kat rumah kami sebab esok tu nak ke KLIA untuk hantar anak buah husband saya balik US. Balik dari KLIA saya pening-pening sebab tak cukup tidur, nak tidur tak boleh sebab si kecik Adam tak tidur…dok melayan dia nak itu ini..tapi dapat baring merehatkan badan pun dah cukup.
Mintak maaf sebab tak dapat jemput ramai sebab tak cukup bajet hehe.., tapi kalau ada sesiapa nak datang beraya jemputla datang.. ni nak kata open house tu tak la just makan2 je..
Tapi kalau jemputan ramai rasanya tak larat saya nak masak..ni pun dlm anggaran 50 orang yang datang. Tapi kalau anak2 tak kacau Insya Allah rasanya mampu kot..tengokla tahun depan mcm mana kalau ada rezeki lebih kan..
 Semoga tetamu yang datang membawa rahmat kepada keluarga kami. Post mortem tak buat lagi tapi dalam kepala ada banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk masa akan datang.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Thank you for reading  this blog!