Lagi beberapa bulan nak pindah rumah
Pajam dulu, dapur gas kitorang rosak. Bila fikir-fikir balik tak guna beli
dapur gas baru sebab kat rumah baru tu Seri Pajam dah bagi dapur gas hood and
hob sekali dengan kitchen cabinet. So, En. Husband cakap kita beli dapur
electric or induction jela. As usual, En. Husband saya ni kalau nak beli
barang, dia mesti study dulu dengan En. Google and survey kat kedai pastu
balik study lagi pros and cons, takut la kan barang yang kita beli tu tak
berbaloi. Plus, kitorang takde experience pun pakai induction cooker ni. Hampir
sebulan jugak la dok study dan berfikir-fikir, and end up kitorang beli yang
single induction cooker brand Electrolux. Tapi bila pindah Pajam, induction cooker
ni dok diam dalam kotak je as kitorang dah ada dapur gas. Bila start nak guna
balik dapur gas ni mula lah kekok sket. Tapi 2 minggu lepas gas habis masa nak
start memasak week end tu, saya pun bawak keluar balik induction cooker tu. And
now I really appreciate this induction cooker. Nak tau kenape?
Tapi sebelum tu, saya nak bagitau
macam mana sebenarnye induction cooker ni berfungsi. Bila kita tau how it
works, then only we can appreciate the beauty of induction cooker.
Bila memasak menggunakan induction
cooker ni, tenaga dialirkan terus kepada periuk menggunakan magnetic field.
Kalau guna dapur gas atau conventional electric cooker, tenaga mula-mula
ditukarkan kepada ‘heat’ dan baru dialirkan kepada periuk dan banyak tenaga
pemanasan ini di bazirkan untuk memanaskan dapur (termasuk la kita pun rasa
panas), instead of heating up the food. Tapi dengan induction cooker ni, tiada
tenaga dibazirkan. Tenaga yang dialirkan tu hanya dalam lingkungan kawasan yang
ada magnetic sahaja. Induction cooker ni dia ada sensor untuk detect berapa
banyak material besi di kawasan magnetic tu would occupy. Kalau kita turn on
sampai maximum, kita letak tangan and ada cincin kat jari tak rasa panas pun.
So, ape yang saya suka sangat dengan
induction cooker ni:
1) Saya takde la rasa dok dalam sauna
masa memasak. Kalau pakai dapur gas, api tu kan boleh buat dapur panas, nak
pasang kipas pun tak boleh. Boleh la tapi kena hala kipas arah lain masa
memasak. Tu pun rasa bahangnye. Tapi, kalau pakai induction ni, boleh pasang
kipas laju-laju.
2) Bukan sahaja environment kat dapur
tak panas, dapur tu sendiri pun tak panas. Even anak-anak saya pun boleh tolong
memasak dan duduk dekat dengan dapur tu.
Buat burger sendiri..siap naik atas
cabinet hahaha..
3) Jimat masa. Masak guna induction
memang sangat cepat. Sebab induction kan focus panaskan makanan je, saya rebus
tulang buat sup pun 1 ½ jam dah siap sup, dulu kalau guna dapur gas 2 jam hanya
untuk merebus tulang, lagi ½ jam baru siap supnya.
4) Pemanasan makanan di dalam periuk/bekas memasak adalah seragam dan sekata sama ada kat tengah, tepi dan bahagian atas periuk mendapat tenaga yang sama. Kalau pakai api, kat bahagian tengah api je yang paling panas dan akan hangit dahulu kan. Ini jugak salah satu faktor sebab apa makanan cepat masak kalau guna induction cooker
4) Pemanasan makanan di dalam periuk/bekas memasak adalah seragam dan sekata sama ada kat tengah, tepi dan bahagian atas periuk mendapat tenaga yang sama. Kalau pakai api, kat bahagian tengah api je yang paling panas dan akan hangit dahulu kan. Ini jugak salah satu faktor sebab apa makanan cepat masak kalau guna induction cooker
5) Boleh set masa, pastu tinggalkan
boleh buat kerja lain. Biasa kerja-kerja merebus, contoh nasi impit ke, sup
tulang ke, masak air ke, then bila siap dia akan turn off sendiri. Saya ni
kadang-kadang terlupa ada periuk atas dapur, so sangat membantu la function ni.
6) Saya pakai induction jenama
Electrolux, actually kita boleh adjust kepanasan dari nombor 1-9. Dalam manual
ada bgtau untuk boiling no. 9, frying
no.5 atau 6 etc etc… tapi bila kita dah biasa guna, macam dapur gas jugak, just
adjust the number je..tengok pada keperluan. Electrolux yang saya beli ni takde
pre-setting temperature. Lagi senang macam ni sebab kita tak pening nak pilih
nak guna suhu apa. Lagi satu saya suka Electrolux ni, dia bukan soft pad yang
mcm keypad handphone dulu2 tu, sebab saya cek jenama lain yang pakai soft pad,
nanti soft pad tu boleh terkopek dan rosak. Yang saya pakai ni hanya pusing
sahaja sama macam dapur gas punya knob.
Inilah induction cooker saya. Bila
beli ni, dia didatangkan sekali dengan periuk. Dulu masa mula-mula pakai, masak
ape semua pakai periuk nan satu ni shj, tp sekarang saya dah ada beberapa la
cookware yang boleh guna dengan induction cooker ni.
7) Mobile, portable, ringan dan boleh
bawak pg mana-mana. I love this idea sebab kalau nak buat makan-makan dan ada
food yang perlu keep warm, boleh guna ni. Tak payah pakai lilin and chafing
dish tu. Tak pun nak buat steamboat kat dining table pun boleh. Atau nak pergi
vacation especially family gathering ke, masak sendiri jimat kan kalau dah
ramai2 tu. Janji ada electric supply.
8) Takdela kerap sangat nak menggosok
periuk. Kalau guna dapur gas rasanye setiap kali lepas masak mesti periuk hitam
jenuh nak menggosok. Dalam sebulan sekali pun belum tentu nak kena gosok periuk. Memang tak hitam periuk tu.
9) Sesuai untuk adik-adik yang dok
menyewa sendiri, tak yah nak fikir nak beli gas kalau gas habis. Nak masak pun
sekali sekala je kan (eh yeke? hihihi jgn marah). Masak dalam bilik pun
boleh..whooops! Kalau rumah sewa ada space kecik je, ok la pakai yang mobile
and portable induction cooker ni.
10) Orang kata, nanti bil elektrik
tinggi. Actually NO. Bil elektrik saya lebih kurang sama je bila bandingkan
masa tak pakai dan masa pakai induction cooker.
Tapi, mesti ada jugak cons nye kan…
1) Hanya boleh guna periuk/kuali/pan
dari material yang ada besi dan flat bottom saje. So, untuk orang yang ada
cookware mahal macam glass, pyrex, mostly expensive aluminium etc etc tak
bolehla pakai kat induction cooker. So lepas ni kalau korang nak beli cookware
mungkin boleh consider yang boleh pakai untuk induction cooker. Bolek cek label
sebelum membeli.
2) kalau ada electric failure pun tak
leh la nak masak kan. Tapi jarang electric failure lama-lama, kalau ada pun
diorang akan inform kita kan. Tak pun korang tak bayar bil heheheh..
3) tak boleh nak buat activity
bakar-membakar (no char flame), cth nak bakar ikan, ayam etc. Setakat nak efek grill atas pan tu boleh la..
Untuk further reading pasal induction
cooker ni, bolehla baca kat link ni:
So, as a conclusion saya suka pakai
induction cooker ni. Lepas ni kena invest beli cookware yang boleh guna untuk
induction cooker juga. Agak pricey tapi ada jugak yang murah, saya ada pan
jenama Jusco ok je pakai untuk goreng ikan.. wink!
Thank you for reading this blog!
36 comments:
yes...induction cooker ni memang berbaloi kalai beli dan pakai....
memang selamat kalau nak masak sebab tak perlu risau melecur bagai..hehe...
betul tu...now anak2 saya suka tolong kat dapur, so far Alhamdulilah takde jadi perkara yang tak diingini, tapi kita still kena monitor diorang buat. Yang penting keje kita senang dan cepat guna induction ni.
Hurm....elok juga eh....saya selalu agak was2 untuk mencuba sesuatu yang baru.....
biasa kitorg akan survey n dapatkan maklumat dulu sblm beli..cr review n komen org psl produk tu.. kalau kena caranya apa salahnye mencuba kan
Tanx sbb share your own experience bout induction cooker ni...de rs nk bli n tgh google cri pro n con die la so klau jd ape2 kt dh expect kn..
rs cm nk bli satu la..cm handy..
salam nak tanya mana nak beli ni
@Aku Wani
Beli kat Harvey Norman ritu. Kat Sen Heng and mana2 kedai elektrik ada..
Salam.
Saya selalu travel over sea. Bila asyik takde di rumah, maknanya kami selalu makan di luar. Ingat nak cari juga induction cooker mcm ni supaya boleh masak2 simple kat bilik hotel.
Terima kasih atas info yg diberi. Kalu tak keberatan, agak2 berapa RM peralatan ini.
Harga bape ea?? Hehe.. yg trmahal d jual pd hrga bape ea n brand ape ea??
Saya beli pensonic thru senheng online.. bole dpt rm120 je... tp da setahun lps.. now baru gne sbb gas abis... huhu.. mmg cepat bila memasak...
Sy pun dah terjatuh cinta dgn induction cooker..
i love it..sgt2 memudahkan kerja d dapur..ruang dapur x panas..nk cuci dapur tersgtlah mudah.
Tq for th info. .the same step survey dulu . .in sya allah xsbr nk beli. .
myseriarmourezs.blogspot
bpe harga dapur ni?? tengah mencari² dapur ni
macam mne nak pilih induction cooker nie sesuai untuk kite
macam mne nak pilih induction cooker nie sesuai untuk kite
Tefal pan boleh guna atas inductn ni x?
Thanx dear. Post awak ni sgt membantu org macam sy yg baru guna induction cooker. Skrg tgh mencari cookware yg sesuai utk dapur ni. Agk mhl tp berbaloi kn.
Thanx dear. Post awak ni sgt membantu org macam sy yg baru guna induction cooker. Skrg tgh mencari cookware yg sesuai utk dapur ni. Agk mhl tp berbaloi kn.
Thanx dear. Post awak ni sgt membantu org macam sy yg baru guna induction cooker. Skrg tgh mencari cookware yg sesuai utk dapur ni. Agk mhl tp berbaloi kn.
Salam.. Sis sy nk tanye cikit mne nk riper dapur induction cooker ni ae??? Boleh bg tau x??
Salam.. Sis sy nk tanye cikit mne nk riper dapur induction cooker ni ae??? Boleh bg tau x??
Assalammualaikum sis...sy nak tanya...kebiasaannya harga dia berapa??
Assalammualaikum sis...sy nak tanya...kebiasaannya harga dia berapa??
Tuan/Puan, boleh tak kita gunakan induction cooker untuk lembutkan sotong besar yg liat tu dan daging lembu ?
Sapa2 yg berminat guna dapur induction ni bole beli brand sugawa sbb ada 2 panel sebelah hanya bole guna induction cookware yg satu bole guna pelbg cookware mcm kita guna cookware yg nk masak kt gas cuma mcm admin ckp kena guna flat bottom cookware
Kk. Nak tanya beli kat mna brand sugawa ni
Kk. Nak tanya beli kat mna brand sugawa ni
Assalamualaikum sis.. Terima kasih share pasal induction cooker ni. Tgh pening nak buh dapur apa kat rumah baru.. Sbb jenis pangsa..
salam . boleh tk puan share kan step nk guna . dri awal sampai siap masak ? haaritu first time sy guna , habis meletup letup . try google semua dok bebel panjang tp xde pun bgtahu cara gunaa . i means dri segi suhu and so on . really nak tahuu . thank youu
Il tempo è gratis ma( van bướm ) non ha prezzo. Non puoi possederlo,( van bi ) ma puoi usarlo. Puoi usarlo, ma non puoi tenerlo.( van điện từ ) Una volta perso, non sarai( van cửa ) in grado di recuperarlo.
Salam nak tanya, masa On induction cooker ni, power elektrik sama ke macam kita pakai cerek electrik tu?tqvm
Hrga dekat rm4k. Siap smua hadiah la Tu.
Kalau meruap stay tumpah Masa memasak kat lingkungan panas tu bahaya Tak....
Bole senaraikam Tak kuali2 yg bole d gunakam utk induction cooker elba
Sama ke induction cooker yg lain cth elba (Jenama)
Post a Comment