Sejak saya post entry mengenai
anak-anak saya ‘Rebung bercambah baik’ (klik)..Alhamdulillah.. diorang ni masih
mengekalkan ape yang saya cerita haritu. Bawak buku and sibuk menulis, membaca,
menghafal Surah walau di mana sahaja. Saya tak nak diorang hangat-hangat
chicken poo poo je.. Saya nak otak diorang ni aktif berfikir. So, yang busy
mestilah parents nye kan kena prepare activities yang sesuai dengan keadaan
masa tu. Diorang tak penat..kita ni yang penat nak layan.
Dalam mendidik anak-anak ni, memang
tiada kompromi. Namun kalau kita hanya bergantung pada penyusunan fizikal
sahaja; nak anak cemerlang akademik, cemerlang ko-kurikulum tetapi mengabaikan
pembinaan akhlak dan budi, kita bukan ibu bapa yang cemerlang. Berat
tanggungjawab ibu bapa ni. Allah tanya esok di akhirat. Oleh itu, High Tech dan
High Touch perlu digabungkan secara sinergi.
Nak mengajar anak-anak ni
kadang-kadang macam eksperimen. Kita ajar macam ni, kalau dia tak boleh catch
up, kita kena tukar method tak pun optimize method dengan troubleshoot ape yang
tak kena (wah! mentang-mentang saya researcher hehehe). Kadang-kadang, kita
yang salah.. salah approach. So, ape yang saya katakan pasal high tech dan high
touch tu, macam ni. Kita guna segala macam kaedah dan material yang itu
dipanggil high tech. Tetapi sentuhan kerohanian, pembinaan sahsiah dan akhlak
yang ditonjolkan adalah high touch. Al-Quran adalah rujukan terbaik.
Teringat pulak cerita Keluarga
Iskandar. Ada saya tengok satu episode tu, macam mana mak dia nak handle
anak-anak dia yang suka sebut perkataan lucah. Saya pun pantang dengan
budak-budak macam ni. Apa yang mak dia buat, minta anak-anak dia senaraikan
perkataan lucah tu atas satu kertas..(masa tu berasap jugak la mak dia sebab
banyak betul!), then bakar kertas tu sebagai simbolik la yang diorang takkan
sebut lagi. That’s creative dan high tech kan!. Tapi fail, anak-anak dia still
sebut dalam keadaan diprovoke atau kena marah. Sebab ape? Sebab takde high
touch dan takde pendekatan kerohanian kat situ.
Orang kata, bila cakap pasal
teknologi ni mesti ada Ipad, tablet dan segala bentuk gajet lah. Biasa kan kita
tengok kalau pergi mana2 orang pegang benda2 high tech ni. Anak-anak dengan
ipadnye, parents dengan smartphonenye. Kita boleh bagi anak-anak bermain games
dsbgnya. Tapi bentuk games yang mcm mn? Contohnya main angry bird tu bagus
kalau diselitkan penceritaan dengan anak-anak bagaimana nak bina strategi, team
work, dsgbnya. Inilah yang dipanggil high touch.
Tapi kitorang takdelah mampu lagi nak
pakai gajet2 ni lagi. Tapi tak semestinya maksud high tech dalam konteks kat
sini kena guna alat teknologi canggih. As parents kena lah kreatif. Anak-anak
saya ni kalau dibiarkan mula-mula diorang main elok je, pastu start la gaduh.
Kalau dalam kereta, nak bagi diorang
duduk diam..biasanya kitorg akan buat games. Anything.. especially main
teka-teka dan diorang ni berlumba-lumba nak bg jawapan. Cari plate number
kereta, takpun kita bagi plate number, diorang kena bagitau jenis dan warna
kereta. Cari signboard, atau pun bangunan2 yang diorang familiar mcm
supermarket ; Giant, Tesco, Jusco, Shell, Petronas, Esso, cari huruf, numbers
dsbgnya. It’s fun! Sebab diorang akan berebut-rebut nak bagi jawapan. Ini
melatih kecekapan mata dan minda.
Macam Ammar, since dia kan dah pergi
school, so banyak tanya dia soalan matematik tambah dan tolak, suruh dia eja
perkataan-perkataan yang dah belajar and even new words! Dah boleh sikit-sikit.
Kalau tengah tunggu kat restoren
pulak, main lawan lengan...tak pun main letak jari ABC then kira bilangan jari
dengan ABC. Huruf yang last sekali kita suruh diorang sebut nama haiwan ke,
benda, buahan, sayuran dan macam-macam lagi. Ammar mungkin dapat meneka lebih
banyak berbanding adik. Tetapi, abang akan bisikkan jawapan kat adik. Nampak
tak akhlak abangnye di situ.
Bila main lawan lengan, of course
abang akan menang. Dan seperti biasa Adam akan melalak sebab kalah. Tapi untuk
second round, abang Ammar buat-buat kalah, so that adik boleh menang dan happy :)
Sekarang ni, remote tv most of the
time saya yang ‘pegang’. Bila saya cakap no tv, that means no tv!. Yang
bagusnye, kalau saya tak bagi memang diorang tak berani, walaupun remote
control diorang tengah pegang atau ambil sendiri, padahal boleh je tekan
sendiri kan. Itu maknanya, diorang tetap hormat kita as parents.
Bila dah sebut no tv, kenalah bagi
diorang buat something. Saya ajak anak-anak keluar rumah dan beriadah. Otak
yang cerdas datangnya dari tubuh badan yang sihat kan.
Another LCW in the making! haha..
bersihkan longkang..bagus tolong
mama.
cabut duri semalu..melatih kecekapan
mata cari duri dan latih kekuatan tangan nak cabut duri tu.
Bersambungan dengan cerita Rebung bercambah baik haritu, suka saya nak share kat sini ape lagi yang diorang buat.
Ni abang Ammar ajar adik baca Iqra’.
Abang Ammar rajin nak ajarkan, tapi adik Adam still malas-malas nak ikut baca...dia banyak ngelat..tapi abang Ammar sabar je..
masa ni tengah buat homework. Elok
pulak dia pakai kopiah. Dia yang ambil sendiri. Saya cakap kat Ammar, bagus
Ammar pakai kopiah..dapat pahala tau tutup kepala masa belajar sebab ikut
sunnah.
Ni pulak Adam. Dia takde homework
tapi sibuk nak buat macam abang dia. Tak sempat siap kat rumah, sambung
pulak dalam kereta..
Ni shopping kat Aeon Cheras Selatan.
Baru beli buku sebelum tu. Balik tu, dalam kereta jugak dah siap, buku nipis 20 pages cepat jelah dia buat.
Anak-anak adalah ibarat kain putih.
Merekalah penyejuk mata kita. Kita perlu tunjuk contoh terbaik dan berakhlak
kepada mereka. Dalam Islam, akhlak itu adalah satu ibadah. Kalau ibadah itu
ibarat pokok, akhlak itu adalah buahnya. Tanpa akhlak yang baik, ibadah yang
dilaksanakan takde apa2 nilai seperti menanam pokok yang tidak berbuah. Bukan
ke kita tanam pokok utk mendapatkan buahnya? Macam tu lah jugak dengan ibadah…
tujuannya ialah untuk melahirkan akhlak yang baik.
Selain kita berdoa untuk anak-anak
kita, kita juga boleh minta diorang sendiri yang berdoa. Anak-anak kecil ni tak
ada dosa lagi, doa anak-anak kecil ini dimakbulkan Allah, Insya Allah.
Thank you for reading this blog!
4 comments:
rajin nye dia tlg mama bersihkan longkang
sejuk mata memandang
setuju.
tq syer.
sejuk perut ibu mengandung.
semoga Iman & Nuha (anak2 saya) juga seperti Ammar & Adam
thanks semua..
saya takde anak perempuan, tapi based on pemerhatian, anak2 lelaki ni kan nakal dan lasak..so kita as parents kena pandai ambik hati diorg and tau nak handle diorg mcm mn..
Post a Comment