Wednesday 29 February 2012

65 BLOG PILIHAN MAJALAH InTrend



Sambil duduk menunggu servis kereta ni, terpandang majalah InTrend keluaran Mac 2012. Kat depan cover majalah tu ada tulis ’65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan InTrend'. Siapa punya blog antara yang 65 tu? Check it out kat bawah ye.. Korang nampak tak nama blog ni kat senarai bawah tu? Eh…tak nampak? Kalau tak nampak kena tambah power spec tu tak pun kena pakai teropong..hehehe…Sesiapa yang suka shopping ke, cari blog pasal wedding ke, cerita pasal baby ke ..etc…jom blogwalking!

FESYENISTA
HIJABISTA
SANTAPAN
USAHAWAN
SI CILIK MANJA
MAHLIGAI CINTA

ANUGERAH KHAS JURI InTrend


Thank you for reading this blog!




Thursday 23 February 2012

LARIAN SEMPENA WORLD KIDNEY DAY 2012



 
Satu lagi larian yang saya akan join sempena World Kidney Day 2012. Larian ini adalah salah satu kempen untuk diorang galakkan kita semua menderma organ. Kali ni yang bestnya lari dalam KL start dari Dataran Merdeka! Ini adalah 2nd time saya join larian. Hopefully ok la kan..7km category Women Open.. Larian saya yang pertama dulu adalah Mizuno Wave Run. Boleh baca kat sini dan dapat finisher medal 10km kat sini.
Tapi untuk larian World Kidney Day 2012 ni nanti finisher medal untuk 150 orang yang pertama sahaja. Macam tak dapat je hahaha..hari tu lari pun semput. Tak apela, janji saya nak enjoy dengan larian saya dan dapat jumpe kawan-kawan lama..dulu masa kat Mizuno jumpe 11 orang kawan lama! Semua ex-officemate. Best betul macam reunion.
Lagi satu, masa larian World Kidney Day 2012 ni nanti, ada cabutan bertuah dan hadiah untuk individu/team yang lari dengan mesej bertemakan ‘Kidneys For Life’. Cuba korang bagi idea apa mesej yang saya boleh buat/tulis kat baju saya nanti ok?

Sape2 nk join klik sini ok. Kita jumpe kat Dataran Merdeka 4 Mac for World Kidney Day 2012 nanti!

p/s ada sesiapa yang dah registered untuk menderma organ? Boleh share your opinion kat sini ok.




Thank you for reading this blog!










Wednesday 22 February 2012

Monday 20 February 2012

PRAKTIKAL KURSUS MENGAJAR ALQURAN UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK

Beberapa minggu yang lepas, saya ada pergi Kursus Mengajar Al Quran Untuk Bayi dan Kanak-Kanak anjuran Islamic Parenting Network. Rasa rugi sangat sebab tak tahu kaedah dari awal. Anak-anak Puan Lina (Pengasas IPN) ni telah menghafaz 30 surah dalam Juzu’ ‘Amma pada usia 3 tahun! Masya Allah..hebat kan..
Peserta Kursus. Saya datang  dengan kawan saya Hafizah. Peserta lain yang datang ni semua hebat-hebat belaka dari segi pekerjaanya..ada peguam, pengsyarah kanan doctor etc..masing-masing impikan anak-anak yang celik AlQuran dan menghafaz AlQuran.. Insya Allah


Bila dada anak-anak di penuhi AL-Quran, InsyaAllah selamat untuknya dunia dan akhirat. Allah akan melindungi anak kita dgn berkat Al-Quran. Belajar Al-Quran diperingkat usia bayi menggalakkan stimulasi otak bayi secara keseluruhan iaitu otak kiri dan kanan, jika dibandingkan dengan mendengar muzik, membaca ataupun mengira yang hanya stimulate bahagian tertentu sahaja.

Sebuah artikel menarik tentang Al Quran dan kuasanya kepada otak manusia. Menguasai AlQuran menyebabkan Islam menguasai dunia satu ketika dahulu dengan munculnya pelbagai nama ilmuan ternama yang menjadi rujukan hingga ke zaman sekarang. Sebut sahaja siapa Ilmuwan Islam..Al Khawarizmi (Sarjana Matematik/Geografi/Astronomi), Ibnu Khaldun, Ibnu Sina (Perubatan/Falsafah), Al Farabi (Perubatan/Pembedahan), Al Razi (Perubatan/Kimia/Falsafah) dan ramai lagi..semua nya bermula dengan AlQuran..


Antara petikan artikel tersebut “…Muslim religious scholars will say something about how the Muslims were the leaders when the Quran was the center of their education, and only when their abandoned the Quran that they lost their reign. The amazing thing about this is that while Muslim religious scholars are typically talking about spiritual and moral about realities, there is a material reality to what they’re saying, which takes place in brain. Read more here.
ducation, and only when they abandoned the Quran that they lost their reign. The amazing thing about this is that while Muslim religious scholars are typically talking about spiritual and moral realities, there is actually a material reality to what they’re saying, which takes place in the brain” ducation, and only when they abandoned the Quran that they lost their reign. The amazing thing about this is that while Muslim religious scholars are typically talking about spiritual and moral realities, there is actually a material reality to what they’re saying, which takes place in the brain”

Untuk bacaan lanjut, sila ke http://muslimvillage.com/2012/02/08/19385/how-the-quran-shapes-the-brain/


Bila balik di rumah..sikit-sikit saya buat praktikal apa yang saya belajar..sebab mana boleh nak tiru semuanya sebijik-sebijik sekaligus kan…
1)     Kerap pasang/perdengarkan bacaan Al-Quran. Puan Lina sarankan seperti yang beliau buat, pasang 30 surah Juzu’Amma antara maghrib dan Isya’ dan masa nak tidur sampai esok pagi (diulang-ulang dan jangan tutup) surah-surah pilihan seperti Ar-Rahman, Luqman, Waqiah dll. Reasonnya adalah untuk bagi kanak-kanak ni familiar dengan ayat AlQuran sebelum mereka mula membaca dan menghafaz kelak. Biarlah ayat-ayat Alquran adalah perkara pertama yang dia dengar sebelum yang lain. Tapi, cara saya, saya pasang waktu pagi sebelum saya kejutkan diorang bangun, sebab saya tak ada radio, kena pasang vcd kt player..Alhamdulillah…saya nampak perubahan Ammar dia senang bangun pagi untuk ke sekolah dan dah tak meragam bila nak mandi!..Masya Allah..hebat kuasa Mu ya Allah.. dan dia start tiru Qari cilik tu baca bismillah….berlagu lagi..

2)     Cut the noise. Saya cuba nak kurangkan diorang ni tengok tv, main games, dan menonton vcd. Sebab semua ni banyak mempengaruhi especially Ammar dengan ultraman dia. Tapi tak boleh la buang terus..kena slow2..sesekali nak tengok apa salahnya.. Minda bawah sedar dia yang menyerap apa yang dia tengok dan lihat, cuba bayangkan jika saya dedahkan dengan AlQuran, mesti yang ada dalam fikiran dia adalah AlQuran. Melihat anak-anak Puan Lina walaupun bermain tapi mulutnya sentiasa membaca ayat-ayat AlQuran yang dihafaz nya..Subhanallah..sejuk telinga mendengarnya… Semalam (ahad) saya sorokkan remote astro, Alhamdulillah saya tengok diorang ok je..ada sesekali minta tapi saya buat tak tahu je..tapi lepas tu diorang main macam biasa..dari pagi sampai malam..saya rasa lgi ok mcm ni..

3)     Saya selalu bercakap dengan Ammar dan Adam supaya jadi anak yang soleh dan boleh menghafaz AlQuran, especially bila diorang nak tidur, time diorang dah mengantuk sangat tu..sambil peluk dan cium dia..cakap kat telinga..memang menyerap..sebab diorang akan mengiyakan je ape yang kita cakap. Dengan harapan minda bawah sedar dia menyerap perkara positif ini.


4)     Selalu berdoa!  Saya selalu berdoa semoga anak-anak saya ini dilembutkan hatinya dan dikurniakan akal yang cerdas untuk menimba segala ilmu.  Setiap masa..lepas solat dan especially time memasak..biarlah anak-anak saya makan makanan yang telah dibacakan dengan doa dan ayat AlQuran dan menyerap menjadi darah daging.

Ada banyak lagi tips yang Puan Lina kongsikan..nanti Isnya Allh jika ada masa saya kongsikan di sini pula..


Puan Lina ni bukan ustazah begitu juga saya. Tapi semangat Puan Lina ni mendidik anak-anak menjadi AlHafiz sangat menjadi inspirasi kepada saya. Walaupun saya lambat bermula, insya Allah jika istiqamah..mesti mendapat ganjarannya. Saya tidak akan membandingkan anak-anak saya dengan anak orang lain kerana Allah mencipta seseorang itu dengan kebolehan yang berbeza-beza. Marilah kita semua wahai para ibu, ikutilah jejak langkah Ibu Sultan Muhammad Al Fateh.. mulakan didikan anak dengan al Quran. Ajaibnya seorang bayi yang yang cuma bayi biasa tapi dibesarkan oleh ibubapa yang bercita-cita besar, tabah dan SABAR dalam mendidik anaknya. Umurnya belasan tahun sudah menguasai 6 bahasa dengan kepakaran bidang ketenteraan, sains dan matematik. Dialah yang berjaya menakluki kota Konstatinopal dan penaklukannya itu berlaku pada umurnya 21 tahun! Itulah Sultan Muhammad Al Fateh!



Video Darwish 3yo (anak Puan Lina yang bermain sambil menghafaz Ayat AlQuran). Teruja kan nak anak-anak kita pun macam ni..mari mulakan dari sekarang..

Perjalanan saya baru bermula..semoga Allah memberkati dan permudahkan jalannya..Ameen..


Thank you for reading this blog!


Friday 17 February 2012

SEBAIT DOA DI HARI LAHIR KU... (16 FEB)

Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam. Alhamdulillah…syukur kepada Mu Ya Allah….Tuhan yang mencipta langit dan bumi, bintang dan matahari dan seluruh alam semesta…Alhamdulillah…syukur Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Ya Allah..Ya Rahman..syukur dengan pemberian Mu Ya Allah..aku hidup dikelilingi suami yang penyayang, anak-anak yang soleh..ibu bapa yang masih sihat, ahli keluarga yang mengambil berat..Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.



Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapan Mu. Kalau bukan kepada Mu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.



Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merindui Mu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan Kaabah Mu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.



Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba Mu ini... pimpinlah hati hamba Mu ini... pimpinlah langkah hamba Mu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.



Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali Mu.



Terimalah permohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Barakallah fi umrina (semoga Allah memberkati usia kita)




Telah menghadiahkan diri sendiri dengan buku ini.. jom baca sama-sama..:)




p/s Thanks to my husband for your birthday gift and wishes, doakanlah isterimu ini supaya sentiasa taat kepada Allah dan kepadamu..dan cepat2 hantar thesis..:)
Also thanks to my friends for all your wonderful birthday wishes..Semoga Allah juga memanjangkan umur kalian dan dimurahkan rezeki selalu Ameen…




Thank you for reading this blog!



Wednesday 15 February 2012

(VIDEO) ABANG AJAR ADIK BACA IQRA'

Alhamdulillah..
Seronok bila tengok keletah anak-anak. Video ni saya ambil lepas saya mengajar Ammar (abang) baca Iqra’ pada satu malam tu. Lepas tu dia pulak nak ajar adiknya Adam. Seronok tengok gelagat diorang sbb tu saya rakam..nasib baik sempat. Pandai jugak Ammar ni mengajar dan sabar jugak dia melayan karenak adik dia yang kadang2 sebut tak betul dan main-main..hehe
Insya Allah, moga anak-anak saya bijak Al-Quran dan saya mahu ada di antara mereka menjadi Al Hafiz, kerana ibubapa yang mempunyai anak yang menghafaz Al-Quran ni senang masuk syurga..biiznillah..










The 1st Commandment from Almighty is "Read". So please Read because reading is knowledge and knowledge is power.





Thank you for reading this blog!




Tuesday 7 February 2012

MARILAH HIDUPKAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Entry ni sempena Maulidur Rasul 1433H yang lepas. Saya nak share something kat bawah ni yang saya dapat dalam facebook saya..dah ramai yang share kat fb so, saya nak share kat blog ni..orang yang post ni p un galakkan kita share..so tak salah rasanya saya share kat sini..semoga kita sama2 memanfaatkan ilmu ini. Tanda kita cintakan Rasullullah ialah dengan mengamalkan sunnah baginda..Tapi kita tak pernah berjumpa dengan baginda, masakan boleh bercinta? Boleh baca entry mengenai ‘Cinta Kepada Lelaki Ghaib itu’ di sini








[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama




4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)



Thank you for reading this blog!