Tuesday, 7 February 2012

MARILAH HIDUPKAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Entry ni sempena Maulidur Rasul 1433H yang lepas. Saya nak share something kat bawah ni yang saya dapat dalam facebook saya..dah ramai yang share kat fb so, saya nak share kat blog ni..orang yang post ni p un galakkan kita share..so tak salah rasanya saya share kat sini..semoga kita sama2 memanfaatkan ilmu ini. Tanda kita cintakan Rasullullah ialah dengan mengamalkan sunnah baginda..Tapi kita tak pernah berjumpa dengan baginda, masakan boleh bercinta? Boleh baca entry mengenai ‘Cinta Kepada Lelaki Ghaib itu’ di sini








[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama




4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)



Thank you for reading this blog!

No comments: