Tuesday 31 January 2012

LIRIK DAN VIDEO LAGU TERUKIR DI BINTANG-YUNA



Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu









p/s to my hubby..if you read this..this song is dedicated to you…kerana aku telah kau pilih..lalu engkau setia ku kasih..

thanks Yuna for a very wonderful melody..rasa nak terbang ke bintang bila dengar lagu ni..






Thank you for reading this blog!

Monday 30 January 2012

Zeta Park..@Citra Hill Pajam...your dream house..

Salam semua..
Just nak share untuk sesiapa yang tengah cari rumah baru, mungkin boleh consider rumah di Zēta Park @Citra Hill (Taman Bukit Citra, Pajam), next to LEKAS Highway, exit Pajam/Nilai. Dari tepi highway LEKAS dah boleh nampak..area perumahan ini opposite dengan Perdana College Height, hanya dipisahkan oleh highway LEKAS. Bolehla mention nama saya masa nak pergi beli nnti hehehe..boleh dapat member get member points...



  • QuikPro No:NC2359
  • Address:Nilai, Negeri Sembilan
  • Property Type:2-sty Terrace/Link House
  • Land Title:Residential
  • Tenure:Freehold
  • Land Area:22'x70'
  • Built Up:2350 sq. ft.
  • Listing Price:From RM368,505 - RM700,866
  • Bedrooms:4
  • Bathrooms:4
  • Total Units/Lots:144
  • Completion Date:December 2013 (Expected)
  • Site Tel:067581988
  • Posted Date:04/01/2012
*       Facilities:
- Gated & Guarded - Children Playground - Futsal Court - Fitness Stations - Reflexology Garden - Healing Path - Green Theatre - Maze Garden - Yoga Gazebo - Underground Cabling
Developer's Licence No: 11867-1/12-2014/1586 . (Validity:20/12/2011-19/12/2014) . Advertising Permit No: 11867-1/2749/2012(12) (Validity:22/12/2011-21/12/2012) . Approval Authority Building Plan:Majlis Perbandaran Nilai . Building Plan Reference No:MPN431/1429/2011/4. Land Encumbrance:Nil
Additional Information
- Gated & Guarded, managed by Persatuan Pemilik Zeta Park
Promotion
- Legal Fee (SPA) & Stamp Duty (MOT), absorbed by Developer*
- FREE 1 year security*
- Hassle FREE on renovation*

* terms & condition apply




 In progress…

Floor plan..




* p/s kalau korang baik hati hehehe..malu pulak nk tulis ni..boleh bagi nama husband saya kat Seri Pajam Development kalau korang jadi beli rumah, you all dapat points, kitorang pun dapat points dalam Member Get Member Program. Boleh redeem aircond lagi letak kat bilik budak pulak.

Mohd Alias Ibrahim
Lot: PT 14929 (D Camelia Extra, Perdana College Heights)




Thank you for reading this blog!

*update

Saturday 28 January 2012

(VIDEO) Adam Main Drum..inspired by '5 Emperor Drums Performance'



Beberapa minggu sebelum CNY haritu ada pergi e@Curve sebab saya nak ambil Race Pack untuk Mizuno Wave Run tu kat World of Sport. Masa kat sana ada lives show…thrilling and jaw dropping skills of the Chinese Acrobatic, Lion Dancing and 5 Emperor Drums performance. Diorang ni from China. Kagum la tengok diorang buat. Yang best sebab tengok depan mata..selalu tengok kat tv je kan. Paling nak tengok yang tukar-tukar topeng tu. Walaupun dok tunggu depan dia, memang tak nampak dan sangat cepat dia tukar topeng tu..

Sebenarnya nak cerita pasal anak saya yang kedua Adam Hariz, umurnya 2 tahun 6 bulan. Masa mula-mula dia main ketuk2 kotak tu saya biarkan aje..bila saya tengok je dia main, rupenye dia nak tiru orang main ketuk2 drum tu..bersungguh-sungguh pulak tu..siap lompat-lompat, pusing-pusing...haha..sangat comel..dan kelakar!

Presenting… 5 Emperor Drums Performance by Adam Hariz..heheh..(tapi ada satu drum aje). Layankan aje...






Thank you for reading this blog!



Friday 27 January 2012

WHAT A LOVELY HIJAB..BY SUGARSCARF AND RADIUSITE

 Saya ni perempuan normal..tapi sangat gile kan tudung..punye la banyak koleksi tudung kat rumah..husband saya cakap..kalau sambungkan tudung2 saya tu dah boleh sampai dah kampong saya kat perak nun kalau dari KL ni…(wah!)..tapi saya rasa takdela sampai mcm tu melampaunye haha… Saya ni nampak je ganas..tapi jiwa tak kental gak bila ada perkataan SALE especially kalau bab-bab tudung ni kan…
Biasanya saya shopping online sekarang ni..dah tak sempat dah ke Jln TAR nun..sejak2 dh beranak pinak ni, saya ke Jln TAR tu setahun sekali je..iaitu bila dekat2 nk raya..tu pun kalau rasa ada barang xcukup je..

So, kecintaan saya sekarang ni kat 2 butik ni..Sugarscarf dan Radiusite..cantik-cantik tudung diorang ni..tapi kalau lambat tangkap alamatnye orang lain sambar dulu..cepat sold out!..dulu diorang start dengan jualan online..but now dah ada butik sendiri…bagus kan..makin ramai sekarang ni yg bertudung so market utk jual tudung tinggi sekarang ni..saya ada terfikir gak..banyak pahala orang jual tudung contoh mcm Hana Tajima tu..orang yang tak pakai tudung dulu, tengok banyak style tudung cantik-cantik sekarang dah pakai tudung..dan dia cakap inspired by Hana Tajima..baguskan!

So, let's check it out...layan gambar cun-cun..tapi jangan meleleh air liur pulak sebab tudung ni semua dah sold out..tak caya pergila terjah website diorang (link kat bawah sekali)




BUTIK SUGARSCFARF













jom pakat ramai-ramai serbu butik Sugarscarf..dengar diorang bg diskaun special untuk customer yang datang butik sampai 17 feb ni..














Kalau tengok alamat ni, Butik Sugarscarf dengan Radiusite ni macam dekat-dekat..so bolehla sekali harung pergi kan…
kalau nak usha-usha dulu sebelum pergi butik boleh tengok kat sini


dan sini
 



Saya promote ni bukan sebab saya dpt bayaran or ada share (I wish I do J), saje sebab suka berkongsi sesuatu yang baik dengan semua orang..


Thank you for reading this blog!



Wednesday 18 January 2012

Rumah D'Camelia Extra Perdana College Height 100% Siap

Alhamdulillah..
Hari Jumaat lepas dapat surat dari Seri Pajam Development (SPD) yang mengatakan rumah D’Camelia Extra Perdana College Height yang kitorg beli tu 100% siap yeaaahhooooo!!!

Hari Ahad weekend tu baru sempat nak pergi Pajam jenguk rumah..tupun saya dok sakit2 kaki lagi sebab pagi tu saya bermarathon kat Mizuno Wave Run 2012..tapi bersemangat ni sebab nak tengok rumah kan..

Bila sampai je..nampak la tiang letrik dah terpacak depan rumah..betul la dah siap..lepas ni kena la pergi bayar deposit kat TNB dan air..




Ni dok lepak2 kat tepi rumah..sambil makan kuih pau hehehe..dok bayangkan nnti petang2 redupla kat tepi rumah ni boleh main2 or lepak minum petang kat taman eceh..berangan..sebabnya, tangki air ni blok cahaya matahari..so, tak panasla..masa kiotrg duduk2 ni pukul 6pm tapi panas lagi..(nampak tak bayang tangki air tu..)


Lampu pon dah siap pasang..
So, hopefully dalam minggu ni dapat pegi ofis SPD and settle kan deposit TNB dan air, then SPD akan arrange kan surat pengambilan kunci..yeaaahooOOO!!

Bila beli rumah ni kitorang dapat points yang boleh redeem ipad2, 2HP aircond, kipas siling boleh dapat 2, Diamond water filter (xyah  sbb sekarang ni dah ada Beyond Water), Curtain Voucher..

Kalau korang, korang nak redeem ape?





 Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!”
(Riwayat Ibnu Hibban)






p/s D’Camellia Perdana College Height Pajam…tunggu kehadiran kami…


 

Thank you for reading this blog!



Wordless Wednesday: Finisher 10km Medal of Mizuno Wave Run 2012

I got this!!  Finisher Medal Women Open 10km Category on Mizuno Wave Run 2012! Saya berjaya habiskan 10km larian dalam masa yang ditetapkan. First time join dan saya mampu. Yes I did it!!
More story on Mizuno Wave Run 2012 in the next entry okay..

Thank you for reading this blog!


Thursday 12 January 2012

'BOGEL MENUJU TUHAN' LANGSUNG DARI TANGAN ZAHIRIL ADZIM






Zahiril Adzim tandatangan buku ini. Dia masukkan dalam envelope dan pos pada saya (langsung dari tangan Zahiril Adzim)



Antara tulisan yang paling saya suka dalam buku ini:


Bogel Menuju Tuhan

Bukan Melihat Labelnya

Kita Peniru Professional

Mata Terkunci Dengan Stranger

Pencuci Mulut

Realiti dari Realiti TV

Gerabak Dari Imaginasi






Thank you Zahiril Adzim
Awak buat saya berimaginasi dengan penulisan awak
I’m the biggest fan of your work.
Keep writing ok


Selamat Pengantin Baru
Kirim Salam pada Shera Ayob
Jom terjah blog Zahiril (http://zahiriladzim.blogspot.com/)




Thank you for reading this blog!


Tuesday 10 January 2012

Use Nike+Sportband To Keep Track Your Running -Preparation For Mizuno Wave Run 2012

Ingat tak pada entry yang lepas saya ada cerita yang saya akan join marathon Mizuno Wave Run 2012 kat UPM ahad ni 15 Jan 2012 (klik sini). Ni adalah first time saya join marathon, tapi 10km je tak adela sampai full marathon. So, full marathon tu brp km? Jom cek wikipedia



The marathon is a long-distance running event with an official distance of 42.195 kilometres (26 miles and 385 yards), that is usually run as a road race. The event was instituted in commemoration of the fabled run of the Greek soldier Pheidippides, a messenger from the Battle of Marathon (the namesake of the race) to Athens.



Dalam beberapa minggu ni saya pon sibuk la dok training kan..lari sana sini..pergi kedai mamak 1.2 km pon jalan kaki, just to keep myself fit for the marathon.



Minggu lepas saya ada lari antara 3-10km depends pada tahap kelaratan hehehe..Paling jauh 10km dalam satu session. Saya guna Nike+Sportband untuk monitor saya punya larian. Dengan Nike+Sportband ni, kita boleh tengok jarak lari, masa, berapa kalori terbakar dan dia kira pace average untuk 1km kita lari. So bila tengok jumlah kalori terbakar setiap kali habis lari, memang rasa nak lari lagi..itu yang bagi semangat untuk kita terus lari. Minggu lepas saya buat 4 larian je. Jom cek graf saya untuk larian munggu lepas.






Saya start dengan larian 5.03km dalam masa 34minit pada hari isnin. Hari selasa, saya kurangkan larian sebab penat, dapat buat 3.6km je. Hari Rabu dan Khamis tak lari sebab busy urusan Ammar kat sekolah baru. Jumaat dan Sabtu saya sambung lari balik dan yang paling jauh ialah 10.01km dalam masa 43 minit. Kawan-kawan saya pesan, untuk permulaan biar lari sikit dulu, selang sehari pon takpe jangan terus nak buat 10km. Nanti pengsan pulak. Lepas tu dah rasa ok, kena maintain lari setiap hari or selang sehari supaya maintain stamina kita.



Ini adalah jarak paling jauh iaitu 10.01km dan catatan masa 43min 15 saat.



Bila guna Nike+Sportband ni jugak, dia boleh jadi personal coach kita dengan kita set berapa larian yang kita nak target. Contoh kita target nak buat larian 25km, so Nike ada buat jadual yang perlu kita ikut dalam beberapa minggu untuk kita dapat achieve larian 25 km tu. Selain tu, kita jugak boleh set goal contoh yang saya buat kat sini… I want to burn 4000 calories in 4 weeks. So, bila tengok larian saya minggu lepas, saya dah bakar sebanyak 1227 calories, so hopefully target saya tercapai la by the end of this month.





Kita juga boleh share dengan community dan share tentang larian kita dengan peope from all over the world yang pakai Nike+Sportband ni. Seronok kan. Get one for yourself and start run today!



“Running has an uncanny ability to mellow the soul, to take the edge off hard feelings, and put back into healthy perspective”- Dean Karnazes, ultra marathon runner who ran 50 marathons in 50 states in 50 days




Thank you for reading this blog!


Monday 9 January 2012

Tanpa Langkah Pertama..Tiada Langkah Beribu....Ammar di Genius Aulad

5 Januari 2012



Alhamdulillah..5 Januari yg lepas adalah hari pertama Ammar di Genius Aulad (GA) BTHO. Walaupun ada drama airmata untuk mandi pagi, tapi bila dah sampai depan school ok je..nmpk dia cool je plk..cool sama macam abahnya..relax je..





Mula-mula nk ambil gmbar ni Ammar tak bagi…bila saya cakap nak hantar gambar kat abah..abah tak dapat hantar Ammar..dia cakap, tak payahla..biarla abah work..tapi bila pujuk2 ok je..actually dia malu2 hehehe..anak bujang yang sulung ni memang pemalu orangnye..





Jalan-jalan dulu pusing kat area bawah GA tu..ambik angin supaya mood dia ok je.. Kebetulan plk sandal and beg dia sama tema kaler dengan uniform..sandal tu yang lama..Cuma beg je beli baru..tu pun dia yang pilih sendiri..dia pesan sebelum pergi beli tu..Ammar nak beg Angry Bird atau Upin-Ipin je..taknak yang lain…






Cool dan macho kan!





Bila sampai depan GA tu, dah ramai parents dengan anak masing-masing..comel tengok budak2 kecik pakai uniform..sempatla tengok drama airmata anak orang lain..meraung2…dalam hati saya berdoa semoga Ammar tak macam tu..saya ada bercakap dengan Ammar supaya jgn menangis, Ammar pergi school sebab nak belajar and meet new friends..best tau!..Dia cakap ok mama..ok mama..itu je la jawapan dia bg kat saya setelah saya tinggalkn macam-macam pesanan…nk pergi toilet bgtau cikgu, jgn gaduh dengan kawan, dengar cakap cikgu…bla bla bla..dia jawab pendek je..ok mama.. dan dia pulak pesan kat saya..mama pergila work.. (sehari sebelum tu dia suruh saya tunggu..).. mungkin dah rasa seronok kat school baru





Bila saya hantar dia kat depan pintu school…teacher greet dia pegang tangan pimpin naik tangga…muka dia selamba je..bila tengok anak tak menangis..mamanye ni yang nak menangis………. kegembiraan..Alhamdulillah…dia pegang kata-kata dia untuk tidak menangis…dan saya sempat snap gambar ni… dalam hati saya cakap dah besar dah anak aku..parents tak dibenarkan ikut naik ke kelas..so, tak adela gambar Ammar dalam kelas…



Saya terus balik rumah..tak tunggu kat situ..walaupun ada parents yg saya nampak stay kat situ. Pukul 10.30am saya datang ambik Ammar…muka cool je..tanya dia ok tak kat school baru..dia kata, ok tapi teacher tak bagi main kat playland.. hehehe..itu je yg merisaukan dia…pastu dia cakap, penatla mama…Ammar lapar ni..nak makan..Aduhh mak mana yang tak kesian kan tengok anak balik sekolah kelaparan..Saya pon bawak dia ke Mc Donald..dia makan..dan main playland kat situ..happy..!! on the way balik rumah dia cakap..Ammar nak pergi Genius Aulad lagi…Good boy Ammar!







6 Januari 2012

Alhamdulillah…bangun pagi dah takde drama masa nak mandi..tapi tak nak pakai uniform..dia cakap. ‘Ammar taknak pakai baju ni kat rumah..nanti kedut..pakai baju lain dulu…’ Aduh..anak bujang sorang ni..macam-macam.. memang kids nowadays sangat macam-macam perangai..tu belum lagi saya cerita pasal adiknya Adam. Pandai jaga baju..nak control hensem la tu kihkihkih...pakai t-shirt kat rumah..bila dah sampai depan school..tukar baju dalam kereta.. ikut kan ajela..janji pergi school..janji benda yang dia nak buat tu tak salah..




Kepada Puan Azita (principle) and all the teachers Genius Aulad BTHO
Semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh semua ibubapa..didiklah, asuhlah, dan tegurlah anak-anak kami..Insya Allah semoga mereka ini akan menjadi orang yang berguna di masa hadapan untuk dirinya sendiri, agama dan Negara.







Thank you for reading this blog!