Saturday 30 July 2011

Ramadhan Kareem: Pahala Solat Sunat Terawikh

Malam esok, Insya Allah kita semua akan mula berterawikh menandakan bermulanya bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan. So, dah bersedia untuk berterawikh ke? Jom cek ganjaran yang Allah janjikan pada kita..boleh print ni dan tampal kat tempat yang biasa/selalu pergi e.g kt tepi cermin meja solek ke, kt peti ais sebelah Jadual Berbuka ke..mana2 la. Agak2 rasa malas nak pergi terawikh je, baca dulu, mesti menyesal kalau tak buat kan....




Malam1:       Dosanya dihapuskan seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya.

Malam 2:      Diampunkan dosanya, juga dosa-dosa kedua ibu bapanya, jika keduanya itu Muslim.

Malam 3:      Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan, "Beramallah, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu."

Malam 4:      Diberi pahala yang sama dengan pahala orang- orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.

Malam 5:      Diberi pahala umpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.

Malam 6:      Diberi pahala umpama orang yang bertawaf di Baitullah; batu-batu dan pasir-pasir turut memohon ampun untuknya.

Malam 7:      Seperti orang yang hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa, yang membantunya mengalahkan Firaun dan Hamman.

Malam 8:      Diberi Allah segala apa yang pernah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam 9:      Pahala menyembah Allah baginya seperti Rasulullah SAW dan nabi-nabi menyembah Allah.

Malam 10:   Dikurniakan Allah kebaikan di dunia dan Akhirat

Malam 11:   Keluar dari dunia sepertimana oia dilahirkan - bersih dari segala dosa.

Malam 12:   Di Hari Qiamat wajahnya bercahaya dan bersinar umpama bulan purnama.

Malam 13:   Di Hari Qiamat keadaannya aman dari segala kejahatan dan keburukan.

Malam 14:   Malaikat akan menjadi saksi (atas sembahyang Tarawihnya itu) di Hari Qiamat - ia dibebaskan Allah dari segala kemudaratan.

Malam 15:   Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi berselawat dan meminta ampun untuknya.

Malam 16:   Dituliskan baginya lepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:   Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi.

Malam 18:    Malaikat berseru: "Wahai hamba Allah! Bahawasanya telah redha Allah  kepadamu dan kedua ibu bapamu."

Malam 19:   Diangkat darjatnya kedalam Syurga Firdaus.

Malam 20:   Diberikan pahala para syuhada dan solehin.

Malam 21:   Dibina untuknya istana dari nur di dalam Syurga.

Malam 22:   Di Hari Qiamat, ia akan diamankan dari segala dukacita dan kerisauan.

Malam 23:   Dibangunkan untuknya sebuah bandar di dalam Syurga.

Malam 24:   Dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan dimakbul oleh Allah.

Malam 25:   Diselamatkan dari siksa kubur.

Malam 26:   Dianugerah pahala ibadah baginya selama 40 tahun.

Malam 27:   Dapat melintas titian Sirat di Akhirat kelak, kelajuannya seperti kilat.

Malam 28:   Diaugerah baginya 1,000 darjat di Akhirat.

Malam 29:   Dikurniakan pahala 1,000 ibadah haji yang mabrur.

Malam 30:   Diseru oleh Allah dengan seruan, "Wahai hamba-Ku! Makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan air Salsabil (sebatang sungai yang mengalir dalam Syurga) serta minumlah dari Telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu dan engkau adalah hamba-Ku."



Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak…dan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa dan Ibadah Sunat yang lain



Thank you for reading this blog!


Thursday 28 July 2011

Kenapa Kita Tak Boleh Gadoh Lebih Dari 3 hari?

sekadar gambar hiasan. Sumber: Google


Ingat lagi dulu masa kecik-kecik zaman sekolah dulu bila gaduh ngan kawan, berhari-hari jugakla tak bertegur sapa. Kadang-kadang bergaduh sbb perkara yang sgt kecil dan tak masuk akal. Pernah tak dengar, orang akan cakap: tak baik gaduh2 dan tak tegur kawan (esp mintak maaf) lebih dari dari tiga hari. Nak tahu kenapa? Meh dengar apa pesan Rasulullah…..



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.”
(Muslim)



So, sape yang tengah bergaduh tu, cepat-cepat pegi minta maaf hari ni..haaa hari ni hari khamis kan.. Tak baik bergaduh dan bercerai berai sesama umat Islam..


p/s dah tua-tua ni dah tak gadoh2..cuma sekadar berbeza pendapat, tapi tak ada la sampai tak bertegur sapa kan..esp dengan encik hasben hehehe... 



"Tiada kejayaan paling sempurna melainkan dalam sunnah Baginda Rasulullah"



Thank you for reading this blog!

tips bangun pagi tanpa jam loceng?

Sumber: Google



Sebelum kita tidur, ingat pesan Rasulullah ni. Insya Allah, terhindar dari mimpi buruk dan   senang bangun pagi tanpa jam loceng. Tapi sebelum tu ambil wudhu' dulu ye..Niat dalam hati untuk bangun pagi pada waktunya.. nak bangun sahur nnti pon senang je..


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberi mu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

- Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

- Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

- Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.

- Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".



P/s tapi saya tetap kunci alarm, bukan ape takut tertidur balik. Alhamdulillah...biasanya saya akan bangun sebelum jam berbunyi..kadang-kadang tido blk tggu jam berbunyi hehehe..




"Tiada kejayaan paling sempurna melainkan dalam sunnah Baginda Rasulullah"




Thank you for reading this blog!




Wednesday 27 July 2011

Dr. Halina: You've just made my day






Dr Halina read my blog! J



Thank you for reading this blog!





Tuesday 26 July 2011

Header cun woh!


Taraaaaa.. blog ni dah ada header..

Cantik kan..!

Dibuat oleh si cantik manis Marya Hana

Thanks Marya..

mcm tau2 je akak suka pelangi..

Sape tak pernah pergi blog Marya Hana, pergi sekarang!




thank you for reading this blog!

Monday 25 July 2011

Sophea Isabella- A Beautiful Newborn of Datuk Dr SMS dan Datin Dr Halina




First of all nak ucapkan tahniah pada pasangan ni on their beautiful newborn- Sophea Isabella. Dahla mmg teringin nak baby girl, tengok baby Sophea ni aduhai… Sorry Dr. Halina, I amik gambar ni dari facebook you without your permission dulu..


Anyoyonyo..comel nye kamu..mcm dh besar, padahal umur dia baru a few days.




Tengokla tu..dah pandai senyum..





So jealous la dengan you Dr. Halina..maintain cantik right after bersalin.. I dulu hahaha..takut nak tengok muka sendiri..kembang2



Actually Dr. Halina and my husband are friend masa sama2 posting kat Anaesthesiology Dept, Hospital Selayang. Now my husband kt HKL.  Last year, we got their wedding invitation 10.10.10.



What a lovely invitation card.. and i still simpan kad ni.



And we were there!





Dear Datuk Dr SMS and Datin Dr. Halina,

Congratulations on your new addition;
A baby girl is a treasure rare;
A sweet pink angel, a little doll,
Nothing else can quite compare.
Her smiles and coos will bring you joy;
She’ll fill your hearts with love and pleasure;
So cherish these special infant times,
With your little girl, your precious treasure.




 
thank you for reading this blog!









Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1432H/2011M

Sebagai persiapan awal menyambut Ramadhan, sila print dan tampal ni kt peti ais. Senang nanti tak tercari-cari.





Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Thank you for reading this blog!




Pelaburan yang menguntungkan

Plan nak cari rumah sewa bertukar kepada mencari rumah untuk dibeli. Ini semua cerita tahun lepas selepas tak tahan duduk apartment yang banyak karenah persatuan penduduk. Dok pusing-pusing cari potential area kat mana nak keje nnti, hubby boleh posting kt gov hospital mana..nak cari rumah baru or nk beli rumah atas tangan..so, mcm2 sangat pikir, then byk lak tu kriteria rumah:

1)      Harga murah, saiz besar..

2)     Corner lot..nnti nak buat taman yang ada pegola, herbs garden utk tanam serai, daun pandan, ulam-ulaman..

3)      Dekat dgn tempat keje, hospital, sekolah

4)     Bumbung porch tu tak nak share dengan rumah sebelah..nnti ada yang warna lain2..sorang nk cat merah, sorang nk cat hijau..haru! kebanyakan rumah camtu…mgkn boleh bincang dgn jiran. Tp kalo diorg suka mcm tu xpela..selera masing2..


Contoh rumah yang share bumbung car porch..xtau rumah sape..hmm xnak mcm ni. Ada tu, dah tinggal separuh kena potong..sorry ye kalau ada yang terasa..Sumber: Google

5)     Nak pulak yang ada balkoni kat bhgn atas, nnti boleh buat taman ke, boleh minum2 kopi ke..tengok bulan bintang mlm2 ke kihkihkih..berangan tak nak kalah..

6)     Kalau boleh rumah kat row paling depan, tak menghadap rumah orang lain..kurang la sikit org parking tepi2 jalan sbb akan ada rumah yang lebih dari 2 kereta..haa mana nk parking kalo tak tepi jalan.. Lagi satu senang kalau nk buat kenduri. Kalo pasang khemah tutup jalan, xde la kacau org sangat kan.. Lg best kalo dapat yg jln mati..

Dengan kriteria rumah kt atas, mana nk dapat tengah-tengah KL ni kan..habis la pusing Mahkota Cheras, BTHO, S. Alam, Puncak Alam, Alam Impian, Kajang, Bangi. Semua website developer kitorang register, if diorang update untuk launch rumah msti akan dapat jemputan. Berbulan-bulan jugak la dok mencari. Bila ada MAPEX 2010 (Malaysian Property Fairs and Exhibitions) kitorg pon pegi. Jalan-jalan kt MAPEX tu, tgk semua rumah mahal2… cane ni? Rumah yang murah ada tp jauh dari pusat bandar KL mcm kat Semenyih dan Rawang. Dalam byk2 booth tu, singgah booth Seri Pajam Development, jumpa sales agent Syiril, bersungguh-sungguh dia ajak datang tgk rumah contoh kt Pajam. Balik dari MAPEX kitorg amik masa jugak..pikir, nk rumah murah dan besar tapi jauh atau rumah biasa2 harga lebih kurang tp dekat. Since Pajam baru nak membangun, so harga rumah boleh tahan, dan still boleh nampak nombor ‘2’ lagi kt permulaan starting price dia untuk teres 2 tingkat. Lgpon dah ada LEKAS, so kitorg pikir kawasan tu nnti boleh jadi kawasan yang maju.

Setelah bbrp kali tgk rumah contoh, hampir tiap2 minggu masa tu, akhirnya kitorg decide nk beli kt situ. Tp since rumah yang tgh naik tu, corner lot dh abes, kitorg booking rumah corner projek yang belum launch, itupon tggl 1 unit je, corner yg paling kecil sebelah TNB house.

Ni lokasi rumah yang mula2 kami nak beli..sempat melawat tapak masa tu sebab projek tak start lagi even launch pon belum.


Ammar pon sempat lagi main baling-baling batu, ni buat tak sabar nak tunggu rumah siap, tengok anak2 berlari-larian di halaman rumah...owh my...



Allah dah tentukan rezeki yg lebih baik dari itu. Lepas dh bayar harga booking rumah RM2K, ada org yang beli rumah corner yang sederet dengan rumah yg kami nk beli tarik diri. So kitorg decide nk amik rumah tu sbb extra tanah lebih besar. Lepas dah setel semua SNP, gedebak gedebuk kat Bahagian Pinjaman Perumahan Putrajaya, sekarang tggu je rumah siap. Sejak tu, kitorg start beli majalah Impiana, and kalau jumpe design yang rasa sesuai dan berkenan, gunting dan simpan dalam fail senang utk future references. Bukan nk apply sebijik mcm tu, at least amik idea then nnti kita garapkan ikut kemampuan dan kreativiti sendiri. Projek Camellia Extra ni start Ogos 2010, ikut perancangan amik masa 2 tahun untuk siap. Alhamdulillah atas rezeki ini. Checklist kriteria kt atas tu semua Ö kecuali nombor 3. Moga-moga ini pelaburan yang menguntungkan, ameen.

Fail yang simpan segala information dan design rumah


Asalnya, rumah yang dibeli betul2 sebelah TNB house tu, tp bertukar ke hujung corner row yang sama..cer teka cer teka berapa no rumah?





 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!”
(Riwayat Ibnu Hibban)



Thank you for reading this blog!





Friday 22 July 2011

Resepi puding koktel yummylicious..



Ni adalah resepi dari keluarga mertua..disebabkan my husband suka sangat mkn, so kena la bljr buat tp dia sendiri pon pandai je buat sendiri… puding koktel ni jugak menu wajib pada hari raya, open house ataupun birthday party kt rumah saya dan kakak-kakak ipar..kalau masa cuaca panas mcm sekarang ni lagi sesuai sbb puding sedap bila mkn sejuk (bila simpan dalam fridge). Malam tadi prepare puding ni sbb ada potluck dengan kwn2 ex-office..so, bwk puding koktel ni jela..



Bahan-bahan

10g agar-agar
1 tin susu Ideal
13 gelas air (kalau dh biasa buat, boleh ejas brp byk air, nk keras ke, nk lembut ke..kalo yg ni tekstur dia mcm mkn tau foo fa)
1 gelas gula
Secubit garam
Daun pandan
1 tin koktel, nata de coco, laici atau buahan segar (anggur, strawberry)



Cara-cara membuatnya

1)      Masuk agar-agar, daun pandan dan air dalam periuk. Masak hingga hancur kesemuanya.

2)      Masukkan gula. Biar gula larut.

3)      Masukkan susu Ideal dan secubit garam. *Jika suka boleh letak bbrp titik esen vanilla untuk mengurangkan bau susu.

4)      Masak sehingga mendidih dan tutup api.

5)      Biarkan sejuk seketika, baru tuang ke dalam mangkuk atau bekas. Sejukkan di dalam peti sejuk.

6)      Bila nk makan, masukkan koktel, nata de coco, laici atau buahan segar (ikut kesukaan). Masukkan air dlm tin koktel tu sekali untuk rasa yang manis..

SELAMAT MENCUBA


bila nak makan, sendukkan ke dalam mangkuk kecil..hmm yummeh..



thank you for reading this blog!




Saturday 16 July 2011

Blog Oh Blog....

Aku sokong 100% dengan entry Ayeem Ayam pasal Blog yang menyakit hati sbb aku pun pernah terkena camtu tp tak ingat blog yang mana entah..mmg sekali tu je la masuk..annoying betul. Aku pon pakai broadband jugak..blog yang berat nak loading tu mmg auto reject la unless kalo perlu sangat..kalo nak jugak letak lagu, buat manual jgn auto play ok...so, sebagai blogger baru mmg aku amik pengajaran..make it simple and nice.. Hopefully bila otai blogger Ayeem Ayam ni yg buat entry teguran mcm, org akan ikut la..



aku ada komen kt entry Ayeem Ayam tu, pasal org yang suka tinggal link untuk entry baru dia kat ruang komen.. baca bawah ni


so, jgn letak link kt ruang komen ye..mmg saya takkan bukak blog tu and tak follow..




 Happy blogging to all.


Hari ni keluar rumah pakai baju kuning..kena tangkap tak? heheehe..(jangan buat pasal ok)
bye..



thank you for reading this blog


Wednesday 13 July 2011

#Wordless wednesday

Anyonyonyo...(tetibe pelat kan bila tgk baby hehehe)
Sumber: Google

Tuesday 12 July 2011

jom makan laju-laju..

salam semua..
xyah cerita panjang..amik ni g bawak ke Mc Donald berhampiran...
cakap Cik Puan Husna belanja saya 1 double cheese burger kalau saya beli 1 double cheese burger kui kui kui..sila la melantak puas-puas ye..
sempat lagi hari ni dan esok..

print black and white pon boleh





Monday 11 July 2011

Kuah tumpah ke nasi..

Hari ni  nak bercerita pasal anal-anak especially anak yang sulung Muhammad Ammar Husayn yang berumur 3 tahun 10 bulan. Budak-budak biasanya time-time mcm nila sibuk nk mainan itu ini sampai kt rumah tu dh 2 kotak besar mainan. Kalau boleh tu hari-hari nak mainan, memang pantang la lalu kedai mainan. Sampai kitorg kalau pegi shopping mall or pasar malam, kalau dh tau ada kedai jual mainan, kitorg sanggup pusing jauh sbb nk elak kedai tu.  Kalau mainan yang dia nak tu educational toys, then tak ralat sangat nak membelinye..ni kalau tak pistol, pedang, ultraman….oh no no ok..

So, tips sebelum pergi shopping mall contohnya, kat rumah lagi dh pesan kat dia, no toys ok..buku takpe..then dia pon ok..so, bila sampai je jusco (biasa g Jusco Cheras Selatan sbb dekat je ngan umah) mesti pergi ke Popular Book Store dulu..beli buku or jigsaw puzzle..bila dh ada benda dia dapat, biasanya dia takkan mintak yg lain..tp sejak dia begitu obsess dengan jigsaw puzzle, bila dia mengamuk nak toy,  ajak pegi beli jigsaw puzzle..mesti dia ok..at least berfaedah sikit kan drpd mainan yg ntah ape2 dia nk tu..

Next,  layan gambar pulak..tgk la karenah dia..bila dh ada buku, pen or kertas..kt mana2 pon dia boleh buat…kelakar jgk kadang2 tu..mane tumpah kuah kalo tak ke nasi kan…mamanye pon sama gak hahahha..kt tangan msti nk ada bhn bacaan sama ada mag or novel or paper..biasakan diri anda dengan membaca ok..
ni gambar tahun lepas..lepas beli buku, dah xsempat balik rumah..atas stroller adik pon boleh la..

yang ni pulak depan kedai Popular ada bangku..kt situ jugak dia nak menulis..

yang ni sementara tunggu makanan sampai..lepas beli buku cepat2 ajak dia pergi Secret Recipe..

ni kat KFC Jusco Cheras Selatan. lepas makan

dalam kereta, ikut mama pergi Bengkel Penulisan Saintifik kt PPUKM

mama sibuk berbengkel, Ammar main jigsaw puzzle..

bersungguh-sungguh Ammar buat jigsaw puzzle..yg ni 96 pieces..dia dh boleh buat sendiri tanpa bantuan..kagum tgk dia buat..dia pandai match kan setiap keping tu ikut warna yang kt papan tu..dia buat try and error..and paling aku kagum..tahap kesabaran dia tinggi..

sejak belikan medical kit ni, dia mmg bercita-cita nk jadi doktor mcm abahnye..

Adik Adam pun dh terjebak main jigsaw puzzle ni..yang best tengok Ammar akan ajar adik dia letak setiap kepingan tu bila adik dia buat salah

bila mama sibuk guna komputer dia pon nak jugak, bg dia guna jap, soh dia tulis ABC..tp yg gmbar tahun lepas..tgk la awal2 je betul..tp sekarang dh boleh tulis sampai habis..

seronok tengok kepuasan dia selepas dia berjaya buat jigsaw puzzle dia..sama mcm kita, bile settle sume keje mesti rasa puas dan lega kan..

colouring time and also bonding time..suka tgk Ammar mcm mn dia handle adik dia..ciri-ciri abang tu mmg ada..

ni kt rumah sepupu diorg.. Tasnim Amani..selain main, ni jgk aktiviti yg diorg selalu buat bile jumpe..


 So, nak melentur buluh biar dari rebungnya..di mana kuah tumpah kalau tidak ke nasi..aku tak suka sangat bila bdk2 too obsess dengan games mcm ps2 ke psp ke..hopefully bdk2 ni tak mcm tu..boleh nk main, tp jgnla sampai melekat sangat..semoga menjadi anak-anak yang yang cemerlang wahai anak-anak ku..



The 1st Commandment from Almighty is "Read". So please Read because reading is knowledge and knowledge is power.