Wednesday 23 January 2013

Seri Pajam akan buka kawasan baru di Batang Benar

 

Masa makan di Restoran Ana Seafood kat simpang traffic light ke Kg. Batang Benar tu, husband saya ada bersembang dengan owner kedai tu.Kitorg perasan jugak dulu lokasi kedai dia kat tempat lain, kalau lepas traffic light tu kat depan sikit dari Aki workshop and just before kilang-kilang dan stesen komuter Batang Benar. Owner kedai tu cakap Seri Pajam dah beli tanah dia untuk buat perumahan. Masa pergi cabutan bertuah untuk My property Award tu ada sembang dengan one of Seri Pajam Sale Advisor, dia cakap memang betul. Seri Pajam akan buka kawasan perumahan baru kat area Batang Benar tu. Diorang akan bina teres dan semi D.  So saya expect rumah kat situ mesti lagi tinggi harganya, dan hopefully design makin cantik. Sape2 yang plan dan berangan nak dapatkan rumah Seri Pajam, tapi tak boleh nak beli sekarang, boleh la tunggu… Mungkin sekarang tengah tunggu naik pangkat ke kan, boleh buat loan untuk rumah yang besar sket..hehehe..


Kalau betul la adanya kawasan baru ni nanti, hopefully Pajam/Nilai akan lebih membangun.
 

p/s Korang dah tengok rumah Zeta Park Type C? ..baik korang pergi tengok showhouse sekarang.. Cuba tengok kat sini.

 

Thank you for reading this blog!

 

Tuesday 22 January 2013

Beli Rumah Seri Pajam dan Tukar Points Kepada Barang-Barang Keperluan Rumah

 
Seri Pajam ada buat skim program untuk setiap pembeli rumah Seri Pajam akan dapat point mengikut harga rumah, dan setiap point tu boleh ditukar dengan barang-barang keperluan rumah. Untuk skim yang baru ni tak sama macam kitorng beli rumah dulu. Dulu, kitorang beli rumah, dapat point the boleh terus redeem barang. Tapi untuk skim baru ni, kalau you all beli umah, point tu akan dapat pada introducer, iaitu orang yang telah memperkenalkan rumah Seri Pajam pada anda, dan point anda hanya boleh diaktifkan bila anda  ada memperkenalkan pada org lain (org tu pun mesti beli rumah). Kalau tak ada introducer, point tu akan rugi macam tu je la.
 
Ada seorng pembeli ni call saya and buat satu perjanjian dengan saya which I think not bad kalau anda rasa nak buat macam dia buat. Dia minta saya jadi introducer dia (sebab dia baca blog saya ni), and of course la saya akan dapat point kan, tapi dia mintak untuk bagi pada dia point tu sedikit so that dia boleh redeem satu aircond and ada lebihan point tu dia bagi kat saya untuk saya simpan. Saya tak ada masalah pun pasal hal ni. So, saya buka tawaran ni pada sape2 yang nak buat macam tu. Memandangkan point anda akan diaktifkan hanya apabila anda introduce pada orang lain, saya boleh aturkan supaya jika ada next pembeli (dan atas persetujuan anda juga la) saya letakkan nama anda supaya anda boleh aktifkan point tu. Lepas tu pandai2 la deal supaya da win-win situation.
 
Diantara barang-barang yang anda boleh redeem ialah seperti kat bawah ni. Point kitorang masa beli rumah dulu kitorang redeem 1 kipas dan 1 aircond 1HP. Sangat membantu ok, masuk rumah baru memang banyak barang nak beli. Brand kipas masa tu saya dapat 4 blades Panasonic (with remote control) dan aircond brand Mistral. Brand barang2 ni depend pada stok dan supplier pada masa tu, ada rumah tu saya tgk dia dapat aircond Midea, ada yang Panasonic. Ok la kan.
 
 
Telefon pejabat Seri Pajam to book your dream house now @ 06-7581988
 
So, you all boleh mention nama my husband:
Mohd Alias Ibrahim (Lot PT 14929 Camelia Extra)
 
 


 
 
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 

Monday 21 January 2013

Seri Pajam Zeta Park Type C, 5 Bilik, 5 Bilik Air. Get your dream house NOW!!!

  
Saya berkesempatan melawat showhouse Zeta Park Type C semalam bersempena cabutan bertuah untuk My Favourite Property Award 2012. Balik dari showhouse rasa sangat menyesal haha! Memang cantik betul rumah tu berserta interior. Keluasan 22’X70’ tapi nampak  ok dengan 5 bilik dan 5 bilik air, not that bad la. Kalau rasa nak rumah banyak bilik tapi kurang mampu untuk rumah besar, saya rasa rumah Seri Pajam Zeta Park Type C ni memang sangat sesuai. Saya jumpe dengan seorang pembeli rumah tu, dia cakap dia beli sebab anak ramai. Kalau saya pulak reason nak banyak bilik sebab nak buat library, nak buat bilik entertainment ke, nak buat personal spa ke or gym. Ada 20 unit lagi yang tinggal, dan dengarnya lot bumi  dah habis, tinggal non bumi sahaja. Dan corner ada lagi 2 unit. Harga start from RM435K. Nak beli showhouse ni pun boleh..semua dah siap lengkap..cuci kaki dan masuk sahaja...harga? tambah la lagi RM100K kot...or maybe lebih..

 
Ini adalah foyer bila masuk pintu masuk utama. Boleh jugak buat sebagai ruang tamu pertama

 
Ini pula living hall. Nice deco kan. Cermin-cermin kat tangga tu memang design rumah ni mcm ni. One thing yang saya suka pasal rumah ni ialah kedudukan tangga kat bahagian tengah, tu yang dapat buat foyer and living hall. Dan tangga tu menghadap dapur so tak la mengganggu permandangan kat living hall tu kan. Bahagian dapur nampak tersorok sikit. So, Seri Pajam improved dari segi design sebab rumah kat Camelia PCH dari ruang tamu terus nampak dapur.

 
Ini pula ruang makan yang saya rasa privacy sebab isolated dengan ruang2 yang lain. Divider di antara foyer dengan ruang makan memang ada dah siap ada. Untungla..tak yah susah susah nk pasang divider nanti..
 
 
 
Tangga ke tingkat atas. Suka tiles yang diorang guna sebab tak licin. Ingatkan kayu..

 
Untuk yang ada anak kecil, tangga ni nampak bahaya, sebab dia besi terbuka macam tu kan. Bolehla tukar letak kaca nanti, otherwise kena la fikir solutions lain. Tapi tangga besi ni yang boleh bagi perspective yang luas.
 
 
Suka warna dapur yang cerah. Keluasan dapur not so bad. Boleh buat breakfast counter macam ni..saya suka!
 

 Dapur dari arah atas tangga. Bangun tidur terus masuk dapur ye..hehehe.. Pintu yang kat dapur tu ialah pintu ke bilik air. Salah satu special nya rumah Seri Pajam ni bilik air kat luar. Suka juga idea macam tu. Tapi tetamu kena lalu dapur la. Tapi saya suka macam ni.

 
Ini adalah bilik kat bawah yang biasa orang buat guest room kan.
 
 

 Ini adalah family hall tapi kecik sebab dah sacrifice kat bilik2 kan.Tapi kalau dah ada satu bilik kita guna untuk bilik entertainment, so hall ni boleh jadi tempat lepak or transit. Ok jugakkan.

 
Salah satu bilik..nice deco kan..sesuai untuk anak perempuan.

 
Ini pulak deco untuk bilik lelaki. Ammar suka sangat bilik ni. Bawah katil buat meja study..
 
 
 Masterbedroom. Saya hanya ambil gambar 4 bilik shj. Lagi 1 bilik korang pg tengok sendiri kat showhouse ok..(provoke hehehe)..
 
 
 
Satu lagi yang suka ialah electrical box, kemaskan mcm ni.


Dekat pintu masuk Zeta Park ni, Seri Pajam dah sediakan pam air sebab certain area mungkin air low pressure. Macam rumah kitorg, bilik air tingkat atas memang air low pressure. So, untungla sape yang tinggal kat Zeta Park ni nanti dah ada pam ni.


Overall saya puas hati dengan design, perletakan ruang dan susun atur bilik. Lagi satu special rumah Sri PAjam adalah diorng buat undergound cabling, so takkan nampak la wayar elektrik berselirat  or tiang elektrik depan rumah. Kemas je.


Saya memang suggest kepada sape2 yang nak beli rumah boleh consider rumah Seri Pajam Zeta Park Type C ni. Kalau you all baca blog ni and deside nak beli hehehe..(sambil kenyit mata) boleh la jadikan saya/husband saya sebagai introducer sebab boleh tukar points dengan barang keperluan rumah. Macammana? Nanti saya buat entry khas pasal Program Member Get Member ni ok.



Telefon pejabat Seri Pajam to book your dream house now 
067581988

So, you all boleh mention nama my husband Mohd Alias Ibrahim (Lot PT 14929 Camelia Extra) sebagai introducer (kenyit mata lagi eh eh..).

 

Yeah..more rooms, more space...and more privacy!
 

Zeta Park Type C.. your next dream house? 

  

Thank you for reading this blog!