Tuesday 9 July 2013

Enjoying My Glowing Green Smoothies-Beauty Detox Food


Saya baru sahaja mula minum green smoothies ni dalam 2 minggu lepas. Pernah dengar kan? Kawan saya cakap saya minum air sayur hehehe..  Memang betul, air sayur yang sedap.. nak bagi mat saleh sket bunyinye jadila green smoothies. Ni pun sebab saya baca dan tengok youtube  Kimberly Synder- celebrity nutritionist and author of The Beauty Detox Solution and Beauty Detox FoodsKonsepnya, 70% vegetables, 30% fruits.  Actually, green smoothies ni just nak cover up our daily vege intake. Macam saya, kalau makan nasi berlauk kat luar, kalau tengok sayur tu diorang masak layu semacam je..terus tak makan sayur tu. Tak pun pergi makan pizza ke burger or any fast food yang tak ada vege, so this smoothies really help me. Boleh juga membantu for those yang ada masalah constipation sebab green smoothies ni packed with fiber. Ala-ala popeye la makan bayam ni haha!

My first smoothie on 27thJune 2013. Contain spinach, celery, mango, green apple and banana. My first impression, sedap! Memang tak ada rasa bayam, celery a bit tapi rasa tu di cover dengan fruits. Normally, a batch yang saya buat saya buat stock dalam fridge for about 2-3 days. The taste is  still good. So, istiqomah la saya dengan minum ni every morning, 30 minutes before taking any food.

  

Habis je batch pertama, saya buat lagi for another 3 days stock. I'll keep the spinach and celery in the recipe with any additional fruit that I have in fridge. Spinach, celery, mango, green apple and mango.




I just played around with the mixture of fruits. For those yang takut dengan warna hijau, this is the best solution. It changed the green colour to purple but not much in taste. For those yang susah nak makan pitaya or dragon fruit macam tu je, but still nak kan benefit from it pun boleh buat macam ni.



Purple smoothie...




This is what I had this morning. Normally, I prepare my ggs ni waktu malam sebab takut tak sempat kan pagi-pagi tu. Tak pun saya bangun awal just to make sure I get the benefits of green smoothies every morning.


So, are you ready? Let's start your green smoothies today!



Thank you for reading my blog!



Monday 8 July 2013

Pancake Oh Pancake

Semenjak dua menjak ni suka sangat makan pancake. Itu je snack yang saya rasa semua orang dalam rumah ni makan termasuk the kids. Susah sebenarnya nak masak nak bagi budak-budak ni makan. Selalu sangat mintak nak makan burger, burger dan burger. No. NO!! Sekali sekala kita bagi la jugak tapi kalau selalu memang tak menyihatkan. So, saya cari-cari resepi, ubah sana-sana ikut apa yang ada kat dapur so saya dah cuba 3 jenis pancake sekarang ni. Plating lebih kurang sama je kan sebab guna bahan yang sedia ada. Saya tak ada resepi spesifik. Semua saya campak-campak je ikut suka hati. The main ingredients adalah nama pancake tu sendiri ye.
 


 
Milo Oat Pancake. Pancake pertama saya haha! Plating amboi... Anak-anak saya suka pisang, so hias dengan pisang. Ada almond and honey. Habis licin. Laku pancake yang pertama ni.
 
 
 
 
 Banana Oat Pancake. Kali ni hancurkan pisang campur dengan oat chocolate. Makan pulak dengan  ice cream Wall's Strawberry Cheese Cake..wa lah.. sedap banget!
 

 
Cheesy Cauliflower Pancake. Yang ni rebus cauliflower dan hancurkan. Masukkan mozarella cheese. Rasa masin cheese tu cover dengan ice cream yang manis-manis masam tu. Sedap juga. Tak rasa pun that cauliflower tu. Actually, pancake ni inspired daripada cauliflower pizza crust yang orang dok buat tu. Saya teringin nak buat pizza tapi tak ada oven lagi kan. So buat pancake la.
 
Boleh la buat idea berbuka puasa nanti ke kan. Siapa yang follow instagram saya mesti pernah nampak ni. Kebanyakan aktiviti bergambar saya ada di Instagram sebab takkan semua benda masuk kat blog kan. So selamat mencuba!
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 

Wednesday 3 July 2013

PhD Writing Up

 

Ini adalah cerita pengalaman saya menulis thesis hari tu dan mungkin boleh jadikan tips untuk sesiapa yang sedang menulis.

1)     Do it everyday. Memang hari-hari kena buat walaupun sikit. Sebab once kita stop writing, then nak start balik..memang susah. Kalau boleh pc or laptop tu jangan off. Biar sentiasa nampak je kat depan mata. Kalau balik kg ke, curi-curi buat sket jadila. At least buat editing ke, betulkan grammar ke, margin ke..do something yang tak perlu nak perah otak sangat. Ini membantu momentum supaya still keep on moving.
 

2)     Have a daily aim/objective. Hari ni nak siap kan bahagian analisis ke, hari ni nak menulis at least 10 pages ke..macam tu la. By the end of the day..mesti capai that aim ok. Jangan ngelat!


3)     Minimise the distraction like facebook, email, Instagram..now dengan Keek bagai kan... Nasib baik kat rumah takde internet dan at that time saya takde smartphone lagi. Nasib baik sangat2! Memang melekakan la smartphone ni. Tapi to start wring up PhD thesis needs 500% motivation tau tak!! So shopping online dulu hahaha!

 4)     Saling ingat-mengingati dengan kawan-kawan yang sedang menulis thesis jugak. Kawan-kawan rasa down, kita up kan balik. Bila kita rasa down, of course diorang akan tolong bagi semangat balik.
 

5)     Buat dateline sendiri untuk siapkan thesis. Contohnya: Saya buat dateline untuk Bab 1 habis pada sekian-sekian tarikh. Bab 2, 3 dan seterusnya....

 
6)     Update your reference as frequent as possible. Cari new article regarding your work. Weekly or monthly. Percayalah..akan sentiasa ada je update new article tau. Tapi jadi habit jugak saya ni...download je tapi tak baca-baca hehehe..bila nak buat reference barula cari balik. Jangan tiru yang buruk ni tau..

 

7)     Pastikan istilah-istilah yang digunakan dalam penulisan adalah standard penulisan yang betul. Gambarajah dan jadual mestilah berlabel dengan baik dan dinyatakan di dalam text. Format rujukan juga mesti berpandukan format yang betul.
 

8)     Selalulah berhubung dengan supervisor. Saya hantar chapter by chapter kepada supervisor saya supaya mudah dia nak semak. Bila semua dah ok baru compile kan semua, then bagi semula pada supervisor. 

9)     Perkara yang terakhir sekali buat bila supervisor dah puas hati baru buat pagination dan isi kandungan. Kalau buat awal2 nanti nak kena edit pulak kalau ada pembetulan.
 

10) Then, masa yang dinanti-nantikan iaitu PRINTING!! Yeay!

 






Saya bawak laptop ke dapur sambil-sambil tunggu kari masak ke, air mendidih ke, masak burger untuk anak-anak ke..Saya suka macam ni sebab tak nak saya lost momentum. Kalau tengah bersemangat nak menulis tu orang lain takleh kacau sebenarmya..tapi nak buat macam ni saya ni kan isteri dan juga mak budak..Tapi ni buat editing je bahagian reference, tak pun check ejaan.
 
 
 
Kat sini la spot saya kalau kat library. Saya ambil gambar ni sebagai kenangan, tempat saya tulis thesis saya selama 3 bulan. PC no 16!
 
 
Tiga bulan terakhir sebelum saya hantar thesis tu memang saya pulun habis-habisan. Sebelum ni melepak banyak sangat. Saya buat jadual, dari pukul 8am-5pm saya ke library dan habiskan writing yang perlukan saya guna internet, then balik rumah lepas masak dan uruskan anak-anak dan suami makan dan segala hal kebajikan diorang,. Lepas tu saya buka laptop dan buat kerja2 yang takyah nak perah otak pun macam editing or review jurnal yang baru saya download ke. Bila kat rumah, ada gangguan anak-anak. Dahla kita pun penat kan, so tak yah nak concentrate sangat writing tu sebab dah habiskan masa siang kat library kan. Kalau saya tidur awal, saya akan bangun awal dalam pukul 4am dan sambung menulis lagi. Tapi, kadang-kadang jela kalau badan tak penat. Dan alang-alang bangun malam, sebelum start keje tu Alhamdulillah saya sempat solat sunat dulu.

Masa tiga bulan terakhir ni jugak la banyak kenduri kendara la..adik nak kawen la..mak abah datang rumah la..memang sangat mencabar. Saya curi-curi juga masa buat segala hantaran adik saya tu..ulang alik pergi Nilai 3 (nasib baik tak sampai 10 minit dari rumah). Bila ada tetamu kat  rumah kita of course la kena masak sarapan, tengahari..malam lagi..dan segala keperluan lain.

Tapi Alhamdulillah. Bila dah hantar rasa batu besar kat bahu ni hilang macam tu je. Serius! Ringan sangat kepala. Sampai saya tak tahu nak buat apa masa tu bila rasa lapang sangat. Yang bestnya, masa saya hantar thesis tu, dapat pulak baucer buku BB1M tu, apa lagi..borong novel la hehehe.... Keesokan hari selepas sahaja hantar thesis tu dapat reward dari En. Suami jeng jeng jeng..Samsung Galaxy Note II!

 

Thank you for reading this blog!