Semenjak dua menjak ni suka sangat
makan pancake. Itu je snack yang saya rasa semua orang dalam rumah ni makan
termasuk the kids. Susah sebenarnya nak masak nak bagi budak-budak ni makan. Selalu
sangat mintak nak makan burger, burger dan burger. No. NO!! Sekali sekala kita
bagi la jugak tapi kalau selalu memang tak menyihatkan. So, saya cari-cari
resepi, ubah sana-sana ikut apa yang ada kat dapur so saya dah cuba 3 jenis
pancake sekarang ni. Plating lebih kurang sama je kan sebab guna bahan yang
sedia ada. Saya tak ada resepi spesifik. Semua saya campak-campak je ikut suka
hati. The main ingredients adalah nama pancake tu sendiri ye.
Milo Oat Pancake. Pancake pertama saya haha! Plating amboi... Anak-anak saya suka pisang, so hias dengan pisang. Ada almond and honey. Habis licin. Laku pancake yang pertama ni.
Banana Oat Pancake. Kali ni hancurkan pisang campur dengan oat chocolate. Makan pulak dengan ice cream Wall's Strawberry Cheese Cake..wa lah.. sedap banget!
Cheesy Cauliflower Pancake. Yang ni rebus cauliflower dan hancurkan. Masukkan mozarella cheese. Rasa masin cheese tu cover dengan ice cream yang manis-manis masam tu. Sedap juga. Tak rasa pun that cauliflower tu. Actually, pancake ni inspired daripada cauliflower pizza crust yang orang dok buat tu. Saya teringin nak buat pizza tapi tak ada oven lagi kan. So buat pancake la.
Boleh la buat idea berbuka puasa nanti ke kan. Siapa yang follow instagram saya mesti pernah nampak ni. Kebanyakan aktiviti bergambar saya ada di Instagram sebab takkan semua benda masuk kat blog kan. So selamat mencuba!
Thank you for reading this blog!
No comments:
Post a Comment