Thursday 29 March 2012

MAKNA BACAAN SOLAT

Mari belajar makna bacaan solat, supaya lebih khusyuk bila kita menghadap Allah SWT. Kadang-kadang kita rasa kita tahu..tapi apa salahnya kita cari ilmu, tambah ilmu, dan perkukuhkan ilmu tersebut. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan pada orang yang berusaha buat video ini. Kalau kita boleh tonton youtube dengan segala macam hiburan kenapa tidak dengan ilmu agama, kan? Sama-sama kita manfaatkan.







Thank you for reading this blog!




Tuesday 27 March 2012

Sambil Shopping Boleh Baca Al-Quran dan Berzikir




Inilah gelagat anak-anak saya, Ammar dan Adam. Ingat tak kisah saya pada entry yg lepas mengenai Praktikal KursusMengajar Alquran Pada Bayi dan Kanak-Kanak? (klik untuk baca). Alhamdulillah..nampak perkembangan positif pasal anak-anak saya ni. Kat mana-mana, bibir mereka basah dengan ayat-ayat Alquran dan juga zikir. Kalau di rumah ni, sambil main, panjat sana panjat sini kadang-kadang terselit bacaan surah-surah pendek yang dihafal, bacaan dalam solat, dan zikir-zikir harian. Ini sekadar ingin berkongsi sebab anak-anak anda mungkin lebih hebat dari ini, Alhamdulillah.


Ni masa shopping kat Aeon Cheras Selatan ahad lepas, tengah tunggu abah pilih barang. Ammar baca Surah Al-Ikhlas. Suka dengar qalqalah kubra dia..sangat jelas!



Lama diorang kat dalam shopping trolley ni, Alhamdulillah tak mengamuk sebab kat tangan dah ada air dan makanan. Ammar dan Adam berzikir tanpa menghiraukan suasana bising dan orang lalu- lalang…





Insya Allah, semoga dengan berkat Al Quran, Allah lembutkan dan terangkan hati anak-anak saya untuk menerima segala jenis ilmu yang bermanfaat, dan memelihara mereka di dunia dan akhirat. Ameen.




 
Thank you for reading this blog!

Wednesday 21 March 2012

Alhamdulillah..dah dapat kunci rumah baru..






Alhamdulillah..skrg kunci rumah baru dah ada di tangan. Sabtu lepas pergi ambil. Disebabkan rasa sangat teruja, esoknya jugak kitorg dtg buat defect checking. Of course la ada defect kan..mana ada benda yang perfect. Ada masa sebulan untuk buat komplen defect tu. Kira kitorg ni sebenarnya antara org2 yang lambat jugak ambik kunci sbb masa kitorg pergi tu jiran sederet rumah ada yang dah pasang grill, tinted, dan ada yang buat minor renovation. Kitorg target nak masuk rumah tu dalam bulan Jun atas faktor2 tertentu. So, slow and steady la ni. Ok jugak, dapat tgk mcm mn org lain décor rumah dulu kan. Untuk defect checking ni, kitorg bahagikan ikut area, dan setiap area tu dibahagikan pulak kepada beberapa item yang lebih spesifik. Buat list dulu, then baru pergi pusing satu rumah. Penat jugakla..



Abah buat defect checklist..Ammar pon sibuk nk buat buku aktiviti dia..padahal cikgu tak pernah bagi homework pun…dah jadi habit dia pergi mana2 mesti nak bawak buku..




Bila mama and abah sibuk round rumah..diorg sibuk pulak main dan berlari satu rumah…





Rumput dah panjang..diorang akan potong bila dah ready nk masuk rumah nanti..ingatkan nk kena tarah sendiri..hewhewhew..


Kid’s fav spot.. Si comel Adam dengan peace style dia…(dia yg suruh amik gambar ni)




The boys in my life..love them so much!


So, banyak perkara yang nak kena buat pasni..sementara tunggu diorg betulkan defect tu, boleh cari supplier grill, perabot, langsir dan sebagainya. Ada Perfect Living kan bulan 4 ni. Luckily pasal kitchen area tak yah pikir sangat dah sebab diorg dah pasangkan kitchen cabinet, hood and hob sekali. Ada sesape yang nk bg quotation grill dialu-alukan hehehe..



Thank you for reading this blog!










Thursday 15 March 2012

WORLD KIDNEY DAY RUN 2012

World Kidney Day 2012 disambut dengan menganjurkan World Kidney Day Run 2012 pada 4 Mac  yang lepas di Dataran Merdeka. Seronok join larian ni sebab lari dalam KL dan juga highway KL! ). Ada 2 event larian pagi tu selain kitorg kt Dataran Merdeka, satu lagi ialah 1Vision Run 2012 kat Padang Merbuk. So KL sibuk dengan org berlari-larian di tengah-tengah jalan sebab hari ahad pagi jalan mmg sangat lengang!



Adakah anda tahu 1 dalam 10 rakyat Malaysia yang mengidap penyakit buah pinggang?
FAKTA: Terdapat lebih daripada 12,000 orang dalam senarai menunggu untuk pemindahan buah pinggang dan hanya 22 buah pinggang telah didermakan tahun lepas? Itulah bagaimana kritikal kekurangan buah pinggang di negara ini!
  




Dah ramai sebenarnya yang sedar pasal organs donation ni Cuma kempen ni perlu diperluaskan lagi. Saya  pun berkempen pasal organs donation ni dengan tampal kat baju saya:
‘DON’T TAKE YOUR ORGANS TO HEAVEN. HEAVEN KNOWS WE NEED THEM HERE!'





Pagi tu sebelum subuh saya dah keluar rumah, dan bersembahyang di masjid yang berhampiran dengan stesen LRT. Kalau solat kt rumah mmg tak sempat nk sampai sana. Pergi dengan kawan (ex-office mate) dulu, K.Bai. Sampai sana dalam 7.10am so sempat la nk pergi toilet la nk warm up la etc...


Route map 7km




Larian start tepat pukul 7.30am jam kat Dataran Merdeka tu. Berlari bersungguh-sungguh kali ni, sebab dulu masa Mizuno Wave Run byk ngelat..hehehe.. Alhamdulillah kali ni dapat jugak Finisher Medal 7km.


Evidence! Muka poyoh-poyoh (read: peluh-peluh sebab Adam pelat)



Cantik kan medal ni!



Habis je larian tu ada perasmian Hari Buah Pinggang dan juga penyampaian hadiah oleh TPM. Kitorang ni pulak sanggup stay sebab nk menang lucky draw ipad! Hahaha..berangan la kan kot2  la boleh dapat free. Saya dapat jgk luck draw tapi USB flash drive dengan voucher Brooks RM50. Jadila kan.. saya bg husband sbg upah jaga anak dan benarkan saya join larian ni. Thank you B!




Me (muka merah baru lps berlari neh), K. Bai and Ezanee (org yang introduce dan juga galakkan kitorg join larian)




Kita geng!
Saya dan k.bai ni kira beginner la..diorg mmg marathoner..half marathon (21km) pun dah complete!



Malam sebelum esoknya saya pergi berlari, saya dah masak siap2 soto, sebab balik penat2 dah malas nk masak kan.. bila balik rumah lepas lari tu..bestnya dapat makan soto!


 
Thank you for reading this blog!




Monday 5 March 2012

MALAYSIA’S NEXT TOP BLOGGER





Hari nk join segmen yang dianjurkan oleh Mak Dara iaitu MALAYSIA’S NEXT TOP BLOGGER dan perlu list kan 3 blogger tegar. Tapi saya nak list kan 3 blog favourite saya ni dengan buat kategori iaitu:

1)     BLOG PERKONGSIAN ILMU: http://keretamayat.blogspot.com/

Cara perkongsian ilmu agama yang disampaikan oleh Hamka@Kereta Mayat ni sangat santai. Apa persoalan yang diajukan, beliau cuba rungkaikan dengan memberi perumpamaan yang senang kita nak faham dan juga kelakar! Sesuai utk org yang nak cari ilmu tp boleh berhibur dengan lawaknya. Trademark dia bila dia gembira dia akan ckp woha!





2)     BLOG MOMMY DAN SI CILIK: http://barelysupermommy.com/

Sape tak kenal isteri angkasawan negara Datin Dr. Halina kan.. blog ni byk cerita pasal baby dia yang kiut miut tu Sophea Isabella. Walaupun baru berblogging, tapi saya suka cara penulisan yang santai dan humble…tak caya, pergila terjah..






3)     BLOG LIFESTYLE: http://madammondoq.com/
Blog madammondoq ni lebih kurang blog retis la jugak..selalu post madammondoq ni pasal lifestyle dia dan juga update pasal perkembangan terkini..mengenai ape2 aje disekelilingnya..sesuai dengan tagline dia tu..’what I get, I give back..’

 
All the best kepada semua blogger..keep writing and updating your blog sebab saya suka baca blog korang hehehe..

Thank you for reading this blog!





8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah


1.      Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.


2.      Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.


3.      Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.


4.      Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.


5.      Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).


6.      Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.


7.      Apabila meninggal dunia dan suaminya redha, nescaya ia akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi).


8.      Seseorang wanita apabila mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
 
(Hadis Riwayat Anas bin Malik)





Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum dalam satu perkataan iaitu TAAT.

                                                                      




p/s Jadi, janganlah kita mengeluh lagi..
 


Thank you for reading this blog!