Thursday, 15 March 2012

WORLD KIDNEY DAY RUN 2012

World Kidney Day 2012 disambut dengan menganjurkan World Kidney Day Run 2012 pada 4 Mac  yang lepas di Dataran Merdeka. Seronok join larian ni sebab lari dalam KL dan juga highway KL! ). Ada 2 event larian pagi tu selain kitorg kt Dataran Merdeka, satu lagi ialah 1Vision Run 2012 kat Padang Merbuk. So KL sibuk dengan org berlari-larian di tengah-tengah jalan sebab hari ahad pagi jalan mmg sangat lengang!



Adakah anda tahu 1 dalam 10 rakyat Malaysia yang mengidap penyakit buah pinggang?
FAKTA: Terdapat lebih daripada 12,000 orang dalam senarai menunggu untuk pemindahan buah pinggang dan hanya 22 buah pinggang telah didermakan tahun lepas? Itulah bagaimana kritikal kekurangan buah pinggang di negara ini!
  




Dah ramai sebenarnya yang sedar pasal organs donation ni Cuma kempen ni perlu diperluaskan lagi. Saya  pun berkempen pasal organs donation ni dengan tampal kat baju saya:
‘DON’T TAKE YOUR ORGANS TO HEAVEN. HEAVEN KNOWS WE NEED THEM HERE!'





Pagi tu sebelum subuh saya dah keluar rumah, dan bersembahyang di masjid yang berhampiran dengan stesen LRT. Kalau solat kt rumah mmg tak sempat nk sampai sana. Pergi dengan kawan (ex-office mate) dulu, K.Bai. Sampai sana dalam 7.10am so sempat la nk pergi toilet la nk warm up la etc...


Route map 7km




Larian start tepat pukul 7.30am jam kat Dataran Merdeka tu. Berlari bersungguh-sungguh kali ni, sebab dulu masa Mizuno Wave Run byk ngelat..hehehe.. Alhamdulillah kali ni dapat jugak Finisher Medal 7km.


Evidence! Muka poyoh-poyoh (read: peluh-peluh sebab Adam pelat)



Cantik kan medal ni!



Habis je larian tu ada perasmian Hari Buah Pinggang dan juga penyampaian hadiah oleh TPM. Kitorang ni pulak sanggup stay sebab nk menang lucky draw ipad! Hahaha..berangan la kan kot2  la boleh dapat free. Saya dapat jgk luck draw tapi USB flash drive dengan voucher Brooks RM50. Jadila kan.. saya bg husband sbg upah jaga anak dan benarkan saya join larian ni. Thank you B!




Me (muka merah baru lps berlari neh), K. Bai and Ezanee (org yang introduce dan juga galakkan kitorg join larian)




Kita geng!
Saya dan k.bai ni kira beginner la..diorg mmg marathoner..half marathon (21km) pun dah complete!



Malam sebelum esoknya saya pergi berlari, saya dah masak siap2 soto, sebab balik penat2 dah malas nk masak kan.. bila balik rumah lepas lari tu..bestnya dapat makan soto!


 
Thank you for reading this blog!




4 comments:

Unknown said...

Bagus ikut aktiviti mcm ni, boleh sihatkan badan .. ^__^

www.anastasyea.com

madammondoq said...

wah.. hebatnya u boleh berlari cam ni.. kalau i dah sesak napas dah.. ehe..

Unknown said...

such a pure hearts :)

Ezad Skytech said...

best kalau join aktiviti mcm ni...:D