Thursday, 21 June 2012

Home Progress: Plaster Ceiling and Lightings




Kali ni nak update progress rumah iaitu plaster ceiling. Actually, rumah ni dah siap dengan plaster ceiling dan juga downlight kat living hall, dining hall, dapur, master bedroom, dan juga satu lagi bilik tidur. Mula2 kitorg fikir tak perlu buat dah plaster ceiling ni, tapi memandangkan perlu tambah beberapa lampu sbb yang sedia ada ni tak berapa terang bila malam, so buat la terus plaster ceiling yang ok sket kan. Jenuhla study mcm mn nak design. Kitorang punye konsep moden minimalis. So xdela kerawang-kerawang cornice ke, dome ke yang biasa kita tengok kat rumah2 orang. Kitorang nak yang simple, kemas dan moden. Bila buat plaster ceiling ni, satu perkara lagi yang penting adalah aspek pencahayaan. Kita kena tentukan kat mana nak letak lampu hiasan, downlight, lampu penerang, T5, LED, dan sebagainya. Impak pencahayaan ni penting sebab menghasilkan mood tertentu dan mengubah keadaan dan suasana sesuatu ruang. Next, bila dah siap design tu bagi kat contractor untuk buat. Info pasal contractor plaster ceiling ni ada kat entry ni: Langkah-langkah masuk rumah baru.

Yang bahagian depan ni adalah living hall. The idea is buat double volume pada asalnya dari hujung ke hujung, tapi bear in mind konsep double volume ni akan merendahkan siling. Sesuai untuk rumah yang mempunyai siling yang tinggi (9 kaki ke atas). Dipanggil double volume sebab ada dua lapisan ceiling, iaitu lapisan pertama adalah plaster ceiling asal rumah ni, dan lapisan kedua ialah plaster ceiling yang korang nampak macam kotak tergantung tu kan. Di antara lapisan pertama dan lapisan kedua tu untuk letak lampu T5 sebagai efek pencahayaan. Memandangkan kat tengah-tengah tu nanti nak letak kipas, so bahagian tu guna ceiling asal sahaja.. Tak adalah nampak rendah sangat kipas tu nanti kan. Kena ukur betul2 so that kipas tu tak terkena kotak ceiling tu.Kipas yang bersesuaian adalah yang panjangnye 56 inci. Lebar dan panjang kotak double volume ceiling tu adalah 4X8 kaki. Di bawah kotak tu nanti  (sebelah kanan gambar) akan ada TV cabinet yang sama panjang iaitu 8 kaki. Ni semua husband saya yang ukur dan design. Contractor tu buat je ape kita suruh. Yang bagus nye contractor ni boleh bagi pandangan mana yang sesuai dan tidak, maklumlah kitorg memang tak refer pada mana-mana interior designer. Semua design sendiri. Pandangan pihak kedua memang la sangat diperlukan.



Macam ni lah rupa plaster ceiling bila dah siap tapi belum pasang lampu dan kipas. Lampu yang kitorang guna kat ceiling bahagian TV cabinet adalah 2 LED downlight untuk tembak dinding TV cabinet, dan ada lampu gantung kat tengah-tengah kesemuanya cahaya warna kuning. Untuk ceiling yang sebelah lagi tu hanya guna downlight bentuk segiempat cahaya warna putih. Selari dengan kipas tu akan ada 2 surface light. Kedudukan lampu ni kena ukur betul2 so that takkan ada bayang bilah kipas nanti. Kitorg mmg nak rumah ni nampak terang bila waktu mlm especially bila ada tetamu ramai. Tapi kalau just kitorang je, bukak LED downlight tu dah cukup...cozy dan jimat tenaga.



Ini pulak kat bahagian dining hall. Kat area ni ada 2 beam yang menjadikan ceiling ni tak centre kalau nak letak lampu or kipas. Ini adalah pelan lantai asal rumah ni.



Sebab nak jimat kos kan so hanya ratakan dan menjadikan ceiling kat area ni rendah sedikit daripada living hall. Kitorang hanya letak downlight kat setiap penjuru and kat tengah-tengah tu ada lampu chandelier LED moden. Kipas point pun tak buat, pakai kipas berdiri jela. Simple je. Nak jmat kos kennnnn...


Itu sahajalah update mengenai plaster ceiling. Kat dalam bilik dan dapur tak buat penambahan plaster ceiling tapi ada tambah point lampu, plug 3 pin dan kipas.Kos nak buat plaster ceiling ni campur dengan wiring +kos pemasangan barang elektrik (kipas, lampu, doorbell, etc tp tak termasuk aircond tau) adalah dalam lingkungan RM3000-RM4000 juga.


dah siap...


Actually, banyak design plaster ceiling ni: siling rata, siling plaster satu lapisan, siling plaster 2 lapisan, siling pulau, siling acuan dan siling kotak L. So, sesiapa yang nak buat plaster ceiling kat rumah, study la sket apa design yang ada ni. Kadang-kadang kita rasa cantik tapi mungkin tak sesuai dengan ketinggian siling,  saiz ruang rumah dan juga konsep pilihan rumah kita. Kat bawah ni ada sedikit info yang saya petik daripada majalah IMPIANA.




5 TIP PEMILIHAN DAN PEMASANGAN SILING PLASTER
1    Siling plaster adalah sangat sensitif pada air atau keadaan yang lembap dan basah. Oleh itu, sentiasa elakkan daripada memasangnya berdekatan dengan sumber air atau paip air.
2    Pastikan ketinggian dari paras siling ke lantai sekurang-kurangnya 9 kaki supaya siling plaster tampak sesuai dengan ruang anda selain memudahkan kerja pemasangan.
3     Pastikan juga keluasan saiz ruang dalaman. Saiz ruang haruslah sesuai dengan jenis siling yang digunakan. Contohnya, jika saiz ruang kecil dan sempit, siling plaster rata sangat sesuai.
4    Untuk memastikan siling plaster kekal lama dan berpanjangan, gantikan kemasan cat putih setiap 5 tahun sekali.
5    Untuk memasang penghawa dingin built in, pastikan terdapat lubang disediakan berdekatan dengannya untuk kerja-kerja penyelenggaraan kelak.





5 TIP PEMILIHAN JENIS LAMPU PADA SILING PLASTER
1 Gunakan lampu tumpu (downlight) yang sesuai. Ia didatangkan dengan bentuk bulat dan empat segi. Penggunaan lampu jenis pijar atau jenis halogen mampu menjimatkan tenaga.
2  Gunakan lampu kalimantang jenis T5 yang mampu bertahan lebih lama dan menghasilkan kesan yang tidak berkelip berbanding lampu kalimantang biasa.
3  Elakkan daripada meletak lampu pada atas kipas bagi mengelakkan sumber cahaya menjadi bayang-bayang akibat bilah kipas.
4  Antara lampu yang boleh digunakan ialah termasukla lampu chandelier dan juga lampu pada kipas.
5  Untuk menaikkan seri siling plaster anda, tidak perlulah berlebih-lebihan dalam pemilihan lampu. Cukuplah sekadar lampu downlight pada bahagian tepi siling plaster dan jika perlu, boleh menggunakan lampu seperti chandelier di bahagian tengah.




Thank you for reading this blog!


18 comments:

Sheila Adziz said...

wow... tips yang bgs ni...:-) selamat mengubah suai rumah...

Yaati Nor said...

wah..cantiknya rumah..

Husna said...

tq Pn Sheila n Yaati..
ni je termampu setakat ni..

Khairul Ixhhar said...

salam. nak tanya kualiti contractor plaster ceiling ni ok ke dia buat?? saya tgh survey utk instal plaster ceiling di rumah. macamana dengan wiring? mereka adjust sekali ke?

Husna said...

@khairul
so far Alhamdulillah...byk rumah kt camellia ni diorg buat. kitorg dh tgk hasil keje kt rumah org that's why berani hire diorg. Dia ada member buat wiring, selalu diorg work as a team. tp diorg ni bukan kontraktor yg ada kelas kelas tu..kampung je but hasil ok.

Khairul Ixhhar said...

kontraktor nye melayu ke cina?

Husna said...

cina

redzuanharris@gmail.com said...

As Salam,

Boleh kongsi no contractor tu.. teringin nk buat plaster syiling

Husna said...

Saya dah pernah share kat entry sebelum ni:
http://husnamn.blogspot.com/2012/05/langkah-langkah-masuk-rumah-baru-apa.html

Chiew Chee Choong (Ah Choong) 012-2717195

Angah Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Angah Abdullah said...

terima kasih puan,perkongsian yang sangat baik.

Unknown said...

Tukang ubahsuai rumah kawasan kuala langat dan sekitarnya.0132286082

Unknown said...

tips dan perkongsian yg bagus dan bermanfaat..
btw, kos pendawaian elektrik 2016 bg kwsn kl/selangor blh refer sini ye. tq :)

Wan Aziz said...

Salam. Blh sy tahu brpa jumlah lampu t5 guna ya.

Unknown said...

adakah penggunaan plaster siling ni bol h menyebabkan penyakit ya? seperti siling asbestos..boleh bg pencerahan?

Husna said...

4kakix4kaki ada 4
2kakix2kaki ada 4

Husna said...

Yang ni saya tak pasti, boleh buat further reading atau bertanya pada ahli kimia

SBD Indah Cipta Enterprise said...

Terbaik.

Plaster Ceiling Kuala Langat