Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, 8 July 2013

Pancake Oh Pancake

Semenjak dua menjak ni suka sangat makan pancake. Itu je snack yang saya rasa semua orang dalam rumah ni makan termasuk the kids. Susah sebenarnya nak masak nak bagi budak-budak ni makan. Selalu sangat mintak nak makan burger, burger dan burger. No. NO!! Sekali sekala kita bagi la jugak tapi kalau selalu memang tak menyihatkan. So, saya cari-cari resepi, ubah sana-sana ikut apa yang ada kat dapur so saya dah cuba 3 jenis pancake sekarang ni. Plating lebih kurang sama je kan sebab guna bahan yang sedia ada. Saya tak ada resepi spesifik. Semua saya campak-campak je ikut suka hati. The main ingredients adalah nama pancake tu sendiri ye.
 


 
Milo Oat Pancake. Pancake pertama saya haha! Plating amboi... Anak-anak saya suka pisang, so hias dengan pisang. Ada almond and honey. Habis licin. Laku pancake yang pertama ni.
 
 
 
 
 Banana Oat Pancake. Kali ni hancurkan pisang campur dengan oat chocolate. Makan pulak dengan  ice cream Wall's Strawberry Cheese Cake..wa lah.. sedap banget!
 

 
Cheesy Cauliflower Pancake. Yang ni rebus cauliflower dan hancurkan. Masukkan mozarella cheese. Rasa masin cheese tu cover dengan ice cream yang manis-manis masam tu. Sedap juga. Tak rasa pun that cauliflower tu. Actually, pancake ni inspired daripada cauliflower pizza crust yang orang dok buat tu. Saya teringin nak buat pizza tapi tak ada oven lagi kan. So buat pancake la.
 
Boleh la buat idea berbuka puasa nanti ke kan. Siapa yang follow instagram saya mesti pernah nampak ni. Kebanyakan aktiviti bergambar saya ada di Instagram sebab takkan semua benda masuk kat blog kan. So selamat mencuba!
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 

Tuesday, 25 September 2012

DOSA POPULAR DI HARI RAYA


Tamat sudah sebulan kita berhari raya kan. So, sudah muhasabah diri dengan ape yang berlaku di Universiti  Ramadhan dan Konvokesyen Syawal?  Di bulan Ramadhan kita semua sibuk kumpul pahala selain ibadah khusus, ada yang rajin dengan ibadah-ibadah sunat..Alhamdulillah.. 

Tapi selepas beramal soleh di bulan Ramadhan, ada yang sedar atau tanpa sedar melakukan kesilapan. Saya sempat menonton rancangan Assalamualaikum di TV Al Hijrah beberapa hari sebelum raya membincangkan topic ini, saya pun cari lagi maklumat di internet dan saya tertarik untuk menulis di sini.

 
 
 
 

1.      BERSALAMAN DAN BERSENTUHAN

Bila hari raya biasanya kita bermaafan tetapi bila bermaafan bukan dengan semua orang kita boleh bersalaman. Masa kecik-kecik dulu ye kita diajar dan disuruh bersalaman dengan semua orang; sepupu, jiran, kawan-kawan sebagai tanda hormat. Tetapi bila kita dah besar dan faham ajaran Islam kita kena tahu dengan siapa boleh dan tidak boleh.

Ada tips dari Ustaz kat TV Al Hijrah tu cakap kalau ada orang yang bukan mahram hulurkan tangan nak salam. Kita tak boleh memalukan orang tu tapi ada cara berhemah yang boleh kita buat. Antara yang saya ingat ialah  meletakkan tangan di belakang sambil tunduk menghormati orang tersebut (sambil senyum), atau letak tangan di dada dan tunduk kepala sedikit dan kata 'maaf; atau pun cakap yang kita sedang berwudhu’.
 
 
Jom cekidaut rajah yang saya petik dari fanpage Ustaz Don. Ada dua, untuk lelaki dan untuk perempuan. Sila study dan fahamkan dan AMALKAN. Saya ingat semua orang dah tahu perkara ni, tapi bila ramai yang komen kat fb Ustaz Don yang ckp selama ini diorang main salam je..Oh My Allah!!
 
 
 
 
 
 

2.      AURAT SESAMA IPAR

Aurat sesama ipar juga mesti dijaga. Tak boleh bersalaman, sama la juga tak boleh dedahkan aurat ketika di dalam rumah. Ramai yang tak ambil kisah perkara ni. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. Mungkin sebab rimas dan panas kot nak bertudung sepanjang masa di dalam rumah tapi kita tetap wajib jaga aurat kita.

 
 
 

3.      TIDAK MENGHORMATI TETAMU/KURANG MENGUNJUNGI

 

Tetamu yang bertandang ke rumah mestilah dialu-alukan kedatangan mereka. Selain memastikan rumah dalam keadaan yang bersih, anak-anak mestilah diajar keluar bersalaman dan berjumpa dengan tetamu, bukan dibiarkan menonton tv dan berkurung di dalam bilik.

 

 
 
4.      MENINGGALKAN SOLAT

Meninggalkan solat kerana sibuk berhari raya. Tambahan pula yang perempuan tu  make up ala artis, tudung lilit-lilit..sayang pulak nak tanggalkan ye. Sungguh malang!
 
 
 
5.      PAKAIAN

Memakai pakaian yang mendedah aurat. Semua bijak menilai kan apa itu aurat dan pakaian yang mendedah aurat. Jangan sampai tabarruj (berlebihan dalam menghias diri, kerana mampu mengundang fitnah dan umpat kata orang selain menambah riak dalam jiwa)

 
 

6.      MENONTON RANCANGAN YANG TIDAK BERFAEDAH
 

Buang masa dan buat penat je sibuk kejar lailatulqadar bila time raya sibuk tengok rancangan yang merosakkan iman dan akhlak. Banyak sangat hiburan yang melalaikan. So pilih dan tapislah.

 
 
 
 

7.      PEMBAZIRAN

Biasanya di musim perayaan memang banyak sangat makanan. Bersederhanalah..selain membazir itu adalah amalan syaitan, kesihatan juga perlu di jaga.

 

Habis Ramadhan dan Syawal, apa patut kita buat? Teruskan amalan soleh yang kita buat dulu di bulan Ramadhan. Marilah berjemaah dengan saya untuk solat sunat malam. Semoga Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini membawa sejuta rahmat dan menjadi platform untuk kita terus-terusan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

  

Thank you for reading this blog!
 
 
 
 

Tuesday, 31 July 2012

Home Expo 2012 @ Stadium Nilai 2-5 Ogos 2012




Nak hebah-hebahkan pada sesiapa yang tengah membuat persiapan rumah, nak raya ke, nak masuk rumah baru ke atau saje-saje nak cuci mata, jom pergi ke Home Expo iaitu expo perabot terbesar di Negeri Sembilan bertempat di Stadium Nilai 2-5 Ogos ni. Sesiapa yang tak tau Stadium Nilai kat mana, tempat ni dekat2 dengan USIM. Moh le kita.. Saya pun ada barang jugak nak cari ni, jumpe kat sana ok! bye! 





thank you for reading this blog!





Monday, 30 July 2012

Rezeki 9 Ramadhan: Nasi Minyak Hujan Panas dan Puding Koktel



Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-10 kita berpuasa. Ada yang berat dah turun berkilo-kilo ke? Saya tak timbang pun lagi. Semalam berbuka puasa menu special untuk kami sekeluarga. Saya cakap special sebab husband saya memasak! Dia buat puding koktel dan saya masak nasi minyak hujan panas dengan ayam masak merah dan salad with thousand island. Bukan senang nak rasa air tangan suami memasak kan. Walaupun hanya masak puding, kecoh jugak la kat dapur tu..hehehe. Dia kata saya kacau dia, last2 saya keluar dapur pergi tengok melodi.

Nasi minyak hujan panas dan puding koktel ni memang biasa saya masak, pernah buat untuk birthday party Ammar dan Adam tahun lepas (boleh baca sini). Masak dalam lebih kurang untuk 30-40 orang makan.  Resepi Nasi minyak hujan panas klik sini dan resepi puding koktel kat sini. Insya Allah, raya nanti kalau ada rezeki saya masak untuk tetamu yang datang beraya.



 Ni puding koktel air tangan en. suami. Bila buat ikut resepi ni, dapat 3 bekas, bila banyak jadi rezeki jiran-jiran nampaknya. Bekas paling kecik (kanan) tu untuk jiran selang sebuah rumah sepasang suami isteri (jiran sebelah tak de orang). Bekas yang tengah tu untuk keluarga jiran belakang rumah dan yang paling besar of course la untuk kitorang hehehe.. Malam tadi jugak habis satu bekas besar tu kitorang dok ulang-ulang makan.



Tips puding koktel:
Sedap di makan sejuk, jadi sediakan awal untuk disimpan dalam fridge. Kalau nak buat buka puasa ni, boleh juga sediakan malam. Sejuk je masuk dalam tekak tambah-tambah bulan puasa ni kan.







 nyum nyum super yummylicios.. sila lap dan lap lagi air liur kat tepi bibir tu ye hehe..






Thank you for reading this blog!






Monday, 23 July 2012

Resepi Fettuccine Creamy Carbonara


 
Salam Ramadhan semua,
Alhamdulillah, sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Semalam baru saya berkesempatan memasak untuk berbuka. Menu fettuccine creamy carbonara as requested by encik suami. Walaupun banyak resepi ni boleh google je, tp saya nak share jugak kat sini. Saya belajar buat ni dulu pun kat internet, tp dah tak jumpe link tu, tp saya olah banyak ikut selera tekak saya. Dalam resepi tu tak ada sukatan and banyak bahan yang saya tambah-tambah sendiri. Saya pun tak reti  nak bagi sukatan so korang agak2 la berapa orang nak makan. Actually boleh je guna Prego tu je kan, tapi saya nak rasa lain sket plus Prego alone tak sedap sangat kot. Resepi asal hanya guna fresh cream and mushroom base, tapi saya combine fresh cream, mushroom base dengan Prego.  So dapat la kuah banyak sket. Saya pernah masak untuk open house rumah saya dulu untuk 30-40 orang makan. So… cekidaut..

Bahan-bahan A
-          Butter
-          Chopped onion dan garlic
-          Shitake mushroom

Bahan –bahan B
-          Chopped onion and garlic
-          Daun parsley
-          Coarse black pepper
-          1 kotak kecil Fresh cream
-          1 tin kecil Prego Mushroom Carbonara
-          White grape juice
-          Ayam
-          Mushroom dalam tin (ayam brand)
-          Green peas
-          Broccoli
-          Parmesan Cheese

Bahan-bahan C
-          Fettuccine or spaghetti biasa pun boleh
-          Air untuk merebus
-          Sedikit minyak masak
 
Cairkan butter dan tumis bawang sehingga layu Masukkan shitake mushroom dan tumis hingga layu dan keluar air mushroom tu. Ini adalah base untuk carbonara kita. Put aside.
 Ni adalah rupa base mushroom untuk carbonara


Di dalam periuk yang lain, tumis bawang dan daun parsley. Daun pasrley ni wajib ada kalau buat carbonara ni, kalau xde tak sedap. Masukkan coarse black pepper, jgn yang blend tu ye..Then masukkan ayam. Terpulang pada selera masing2 nak masukkan ape, seafood ke, tapi jarang buat carbonara dengan daging..and no crab stick please! Nanti spoil the taste.

Lepas ayam masak, masukkan base cendawan yang kita sediakan tadi. Kalau mat saleh diorang guna bacon so kita ganti cendawan sebagai base. Then boleh masukkan fresh cream dan white grape juice. White grape juice ni nak ganti white wine..so dengan letak grape juice ni, kite kurang guna gula sebab rase jus tu dah manis..and grape tu sendiri bagi kick kat flavour.. So bolehla tambah lagi black pepper tu sebab nak lawan rasa dull cream tu. Then masukkanlah segala bahan-bahan yang lain tu, green peas, mushroom tin, broccoli. Saya suka masukkan sayuran warna hijau sahaja. Resepi asal sampai sini shj, so kena adjust rasa dengan play around dengan black pepper (pedas), white grape juice (manis), dan cheese (masin).

Tapi saya tambah Prego Mushroom Carbonara. So yang ni optional la untuk korang, mana la tau tak jumpe nak beli prego, tapi jumpe pulak fresh cream kat supermarket. Owh..99 Speedmart tempat saya tak ada jual fresh cream ye..

kuah yang sedap akan rase lemak,pekat,pedas yg tak seberape, cheesy and ade sweet after taste.....lastly letak finely chopped parsley...done



Untuk rebus fettuccine/spaghetti, masukkan air dan sedikit minyak masak supaya tak melekat. Bila dah masak, toskan dan siram bawah air paip yang mengalir.



Tips dan pesanan khidmat masyarakat saya:


-          Bila makan carbonara ni, kitorg suka makan dengan fettuccine, kalau dengan spaghetti kureng sket. Mungkin sbb nak lawan rasa cream yang tebal tu, so kena makan dengan pasta yang jenis tebal macam fettucine tu. Kalau dengan spaghetti kitorg rasa macam tak balance in term of flavour. Kitorg rasa la..tapi ikut suka korang la nak makan dengan ape pun kan. Janji ditepati sedap kena dengan selera tekak korang.


-          amat lah tidak disarankan untuk aktiviti makan tambah menambah..sebab kuah carbonara ni pekat and creamy...so kalau nak makan banyak pun, ambik one medium portion...then after few hours ambik lagik satu portion...jangan makan banyak one go...trust me..hehhehe

plating masa sahur tadi, semalam berbuka mana sempat nak snap gambar kan.. melayan suami dan anak2 makan..sambil2 je suap makan kat diri sendiri.


 Sila lap air liur tu..





Selamat berpuasa dan menjalankan ibadah-ibadah lain di bulan Ramadhan ini.



Thank you for reading this blog!



Wednesday, 24 August 2011

Sudah Khatam Al-Quran pada 24 Ramadhan, Alhamdulillah...


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pagi tadi saya dah tamat dan telah khatam Al-Quran. Saya start baca pada 1 Ramadhan sampailah 24 Ramadhan. Sebenarnya, target nak khatam 27 Ramadhan, mana la tau kan, aim tinggi-tinggi nanti tak tercapai pulak. Tapi Alhamdulillah..semua dengan kuasa Allah. Masa baca doa khatam Al-Quran tadi, tersedu-sedan dan teresak juga saya menangis. Masya Allah, perasaan tu sukar nak digambarkan…hati tenang sangat dan mendamaikan.



Dah bertahun-tahun jugak sebenarnya tak khatam masa bulan puasa. Sejak kawen ni, kalo tak bersalin, ada baby kecik..memang payah nak habiskan. Sekarang anak-anak dah besar, Ammar 4 tahun dan adik 2 tahun. Bila saya nak solat terawikh, dah pesan awal masa malam nak puasa tu lagi, mama nak sembahyang banyaaaak, lepas tu nak baca Quran. Bila malam-malam seterusnya, diorag dah paham… diorang akan cakap, mama nak solat banyak kan..lapan kan. Sekali sekala tu ada juga nak itu ini, bergaduh dan menangis sampai saya kena stop sekejap. Yang penting diorang tak kacau mama solat dan tak berebut Al-Quran macam tahun-tahun lepas.



So, pesanan khidmat masyarakat saya..Jom Baca Al-Quran..pahala berganda setiap huruf yang kita sebut. Masya Allah..rebutla peluang yang ada ini. Masih bersisa lagi 5 hari untuk kita mengerjakan ibadat puasa, masih sempat lagi untuk sesiapa yang tak start baca pon lagi. Rasa sayu Ramadhan dah sampai dipenghujungnya. Indahnyaaaaaaa dan bermakna Ramadhan tahun ini untuk saya. Moga Allah makbulkan doa-doa saya. Ameen.



Thank you for reading this blog!



Thursday, 4 August 2011

Ramadhan Kareem: Kepentingan Sahur

Siapa yang malas bangun untuk bersahur atau orang utara ckp makan soq?..nk kena babab ni. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu pentingnya bersahur. Bagi orang yang tak tahan berlapar atau ada gastritis, diorang ni mmg akan bangun sahur, tp yang lain2 tu? Sahur pukul 12 malam? Itu supper namanya..

Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam.



Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”
(Muslim)



“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)





Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar.


p/s jadi jgn malas2 sahur..bangunlah bersahur walau dengan segelas air =)


  

Thank you for reading this blog!



Monday, 1 August 2011

Ramadhan Kareem: Ahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Bulan yang dengan penuh rahmat dan keberkatan. Rasulullah SAW seringkali berdoa: “Ya..Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.” Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan.

arnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Salam Ramadhan Buat mu sekeluarga….Ampun maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita....selamat ulantahun baut anak

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.


Salam Ramadhan untuk semua kawan-kawan especially geng blogger dan pembaca serta seluruh umat Islam. Jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik…




p/s Siapa tak puasa nanti tanpa alasan yang munasabah, jangan nak salahkan setan lagi, tapi salahkan perangai yang macam setan (Ammar corrected his 22 yrs old cousin: ‘Bukan setan, syaitan la)..



Thank you for reading this blog!





Saturday, 30 July 2011

Ramadhan Kareem: Pahala Solat Sunat Terawikh

Malam esok, Insya Allah kita semua akan mula berterawikh menandakan bermulanya bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan. So, dah bersedia untuk berterawikh ke? Jom cek ganjaran yang Allah janjikan pada kita..boleh print ni dan tampal kat tempat yang biasa/selalu pergi e.g kt tepi cermin meja solek ke, kt peti ais sebelah Jadual Berbuka ke..mana2 la. Agak2 rasa malas nak pergi terawikh je, baca dulu, mesti menyesal kalau tak buat kan....




Malam1:       Dosanya dihapuskan seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya.

Malam 2:      Diampunkan dosanya, juga dosa-dosa kedua ibu bapanya, jika keduanya itu Muslim.

Malam 3:      Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan, "Beramallah, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu."

Malam 4:      Diberi pahala yang sama dengan pahala orang- orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.

Malam 5:      Diberi pahala umpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.

Malam 6:      Diberi pahala umpama orang yang bertawaf di Baitullah; batu-batu dan pasir-pasir turut memohon ampun untuknya.

Malam 7:      Seperti orang yang hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa, yang membantunya mengalahkan Firaun dan Hamman.

Malam 8:      Diberi Allah segala apa yang pernah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam 9:      Pahala menyembah Allah baginya seperti Rasulullah SAW dan nabi-nabi menyembah Allah.

Malam 10:   Dikurniakan Allah kebaikan di dunia dan Akhirat

Malam 11:   Keluar dari dunia sepertimana oia dilahirkan - bersih dari segala dosa.

Malam 12:   Di Hari Qiamat wajahnya bercahaya dan bersinar umpama bulan purnama.

Malam 13:   Di Hari Qiamat keadaannya aman dari segala kejahatan dan keburukan.

Malam 14:   Malaikat akan menjadi saksi (atas sembahyang Tarawihnya itu) di Hari Qiamat - ia dibebaskan Allah dari segala kemudaratan.

Malam 15:   Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi berselawat dan meminta ampun untuknya.

Malam 16:   Dituliskan baginya lepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:   Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi.

Malam 18:    Malaikat berseru: "Wahai hamba Allah! Bahawasanya telah redha Allah  kepadamu dan kedua ibu bapamu."

Malam 19:   Diangkat darjatnya kedalam Syurga Firdaus.

Malam 20:   Diberikan pahala para syuhada dan solehin.

Malam 21:   Dibina untuknya istana dari nur di dalam Syurga.

Malam 22:   Di Hari Qiamat, ia akan diamankan dari segala dukacita dan kerisauan.

Malam 23:   Dibangunkan untuknya sebuah bandar di dalam Syurga.

Malam 24:   Dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan dimakbul oleh Allah.

Malam 25:   Diselamatkan dari siksa kubur.

Malam 26:   Dianugerah pahala ibadah baginya selama 40 tahun.

Malam 27:   Dapat melintas titian Sirat di Akhirat kelak, kelajuannya seperti kilat.

Malam 28:   Diaugerah baginya 1,000 darjat di Akhirat.

Malam 29:   Dikurniakan pahala 1,000 ibadah haji yang mabrur.

Malam 30:   Diseru oleh Allah dengan seruan, "Wahai hamba-Ku! Makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan air Salsabil (sebatang sungai yang mengalir dalam Syurga) serta minumlah dari Telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu dan engkau adalah hamba-Ku."



Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak…dan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa dan Ibadah Sunat yang lain



Thank you for reading this blog!