Tuesday, 20 September 2011

Resepi Nasi Minyak Hujan Panas




Ini Nasi Minyak Hujan Panas air tangan saya masa Open House Raya cum Birthday Party Ammar dan Adam (klik)16 sept 2011 yang lepas. Resepi asal adalah dari Chef Hanieliza (Nasi Warna Warni). Saya letak resepi kat sini sebab dah tak jumpa link ke page Chef Hanieliza tu dan juga menyenangkan anda.. sangat sedap sebab anak-anak saya suka. Diorang panggil nasi cantik.

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau, merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]



Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.

Selamat mencuba.


 Thank you for reading this blog!



Kalau suka klik 'Like' je atau tinggalkan komen kat bawah ok. Thank you.

3 comments:

puanbee said...

ok boleh try nanti.. tq kongsi resepi nih :)

Husna said...

most welcome puanbee..dh buat nnti share la kt sini...

amy ahmad said...

alhamdulillah n tqvm sudi share panduan.sgt2 berguna. nextweek dpt kunci.. yeyey.. tgh dok survey harga grill, extension, cabinet segala mcm...biasala.. nak quality, nice n cheap. marah sang kontraktor!:D