Monday, 19 September 2011

Open House Raya cum Birthday Party Ammar and Adam

Biasanya, birthday Ammar dan Adam kitorg buat masa raya sekali dengan open house. Tapi tahun ni tak buat open house kat rumah, so tumpang open house rumah along (abang ipar) untuk buat birthday party Ammar dan Adam pada 16 Sept 2011 yang lepas. Birthday Adam dah lepas (5 Julai) birthday Ammar pulak 23 Sept. So, buat sekali harung je la ye.

Saya masak Nasi Minyak Hujan Panas, Ayam Masak Merah dan Salad. Husband saya buat puding koktel tapi sayangnye tak sempat amik gambar.Bawak semua makanan ni ke rumah along kat Bandar Tun Hussein Onn. Tak jauh pun dari rumah dalam 5-10 minit dah sampai. Untuk open house, kak long masak laksa, mee tomyam dan puding diraja.


Nasi Minyak Hujan Panas. Ammar dan Adam panggil nasi cantik





Ayam masak merah




Salad with Thousand Island


 
The King’s Ice Cream Cake. Apela org kedai ni, orang soh tulis lain dia tulis lain..



(Nyanyi) Happy Birthday to Ammar dan Adam, Happy birthday to you… Potong kek..


 
Kejap ade..



Kejap tak ade..hehehe



Alhamdulillah..licin. Diorang kata sedap. First time masak nasi banyak2 macam ni. Bukan ape, takut nasi tu mentah ke lembik ke..dulu memang xreti nak masak nasi selain dari nasi putih



(Atas) Puding koktel yang husband saya buat. Dah habes br ingat nak amek gambar. Sedap sebab buah-buahan segar (strawberry, anggur, epal dan mini puding)  campur dengan nestle yogurt bliss. Sedapppp!!
 (Bawah) Puding diraja air tangan kaklong



Habis Ammar dan Adam makan kek ais rim. Sedap mama..sedap..diorang cakap. Sedap sangat sampai tangan Adam pun dah cenggitu. Nak jadi Usop Wilcha ke dik?



Hadiah!! Nak tau ape hadiah yang Ammar dan Adam dapat dari uncles and aunties, nenek diorang juga dari mama dan abah?..tunggu next entry bye..


Thank you for reading this blog!



Kalau suka klik ‘Like’ ok..thank you





No comments: