Bila time birthday anak-anak, mesti pening kepala fikir nak beli hadiah apa? Tahun ni, Ammar akan genap 4 tahun pada 23 Sept 2011 dan Adam genap 2 tahun pada 5 Julai 2011 yang lepas. Nak celebrate birthday utk diorang mesti kena buat sekali, dah macam kembar jadinya.
Ammar dan Adam ni mempunyai karakter yang berbeza. Walaupun kedua-duanya sangat manja, tapi Ammar sebagai yang sulung memang nampak karakter abang yang penyayang. Ammar ni kreatif. Apa sahaja yang ada kat tangan dia boleh create benda jadi seperti apa yang dia bayangkan sampai kita pun tak terpikir macam tu. Contohnya, dia jumpa sayap robot dia yang dah patah dalam kereta. Dia belek-belek benda tu, then dia tanya ape yang dia buat tu. Kita pon teka macam-macam. At last dia cakap, kalau buat macam ni jadi pisau, macam ni jadi pistol, kalau macam ni jadi laptop? Laptop? Hahaha..benda kecik macam tu pun dia boleh imagine laptop: ada keyboard dan skrin. Nanti saya nak satu entri khas pasal kreatifnya Ammar ni. Ammar ni dia dah ada minat pada sesuatu watak dan sekarang ni dia suka ultraman. Dulu masa dia kecik2 dia suka Barney. Kalau tengok movie ultraman tu dia boleh stay depan tv or computer sampai habis dan membuat aksi2 lawan macam ultraman!
Adam pulak dia banyak terikut2 abangnya. Ape yang abang dia buat dan main, dia akan ikut tapi tak lama sebab dia cepat bosan. Dia ni tak takut orang, dan kalau budak buat dia dia akan lawan balik. Kalau Ammar, dia jarang melawan unless jika perlu contoh berebut mainan.
So, untuk birthday diorang, plan nak beli some educational toys. Something yang boleh membantu lagi perkembangan minda diorang ni based on their age.
Jom tengok ape yang dicari dan dibeli..
Ni dekat Jusco MidValley.
Plan nak beli untuk Ammar Zoob-Bot (The Moving Mind-Building Modeling System. Untuk Adam kat sini tak jumpe yang sesuai tapi KIV the Drawing Board Case tu.
Ni dekat Toys ‘R’ Us MidValley. Jumpe fishing set ni, mungkin boleh beli untuk Adam sebab dia suka fish. Tapi ape skill yang nak diasah sebenarnya kalau beli ni? Just for fun is it?
3-in-1 Learning Easel Drawing board ni boleh guna untuk diorang berdua
Haa..yang ni nampak best. Magic Gears Junior Engineer from Gigo. Sesuai untuk Adam untuk dia start kreativiti dia dengan membina dan mencipta.
Ada banyak yang kitorang rasa sesuai untuk kreativiti contohnya Playdoh dan some online educational toys.
So, nak tau ape yang kitorang beli untuk hadiah harijadi Ammar dan Adam? Tunggu next entry..bye
Thank you for reading this blog!
Suka baca entry ni. Klik ‘Like’ ok. Thank you
No comments:
Post a Comment