Friday, 22 July 2011

Resepi puding koktel yummylicious..



Ni adalah resepi dari keluarga mertua..disebabkan my husband suka sangat mkn, so kena la bljr buat tp dia sendiri pon pandai je buat sendiri… puding koktel ni jugak menu wajib pada hari raya, open house ataupun birthday party kt rumah saya dan kakak-kakak ipar..kalau masa cuaca panas mcm sekarang ni lagi sesuai sbb puding sedap bila mkn sejuk (bila simpan dalam fridge). Malam tadi prepare puding ni sbb ada potluck dengan kwn2 ex-office..so, bwk puding koktel ni jela..



Bahan-bahan

10g agar-agar
1 tin susu Ideal
13 gelas air (kalau dh biasa buat, boleh ejas brp byk air, nk keras ke, nk lembut ke..kalo yg ni tekstur dia mcm mkn tau foo fa)
1 gelas gula
Secubit garam
Daun pandan
1 tin koktel, nata de coco, laici atau buahan segar (anggur, strawberry)



Cara-cara membuatnya

1)      Masuk agar-agar, daun pandan dan air dalam periuk. Masak hingga hancur kesemuanya.

2)      Masukkan gula. Biar gula larut.

3)      Masukkan susu Ideal dan secubit garam. *Jika suka boleh letak bbrp titik esen vanilla untuk mengurangkan bau susu.

4)      Masak sehingga mendidih dan tutup api.

5)      Biarkan sejuk seketika, baru tuang ke dalam mangkuk atau bekas. Sejukkan di dalam peti sejuk.

6)      Bila nk makan, masukkan koktel, nata de coco, laici atau buahan segar (ikut kesukaan). Masukkan air dlm tin koktel tu sekali untuk rasa yang manis..

SELAMAT MENCUBA


bila nak makan, sendukkan ke dalam mangkuk kecil..hmm yummeh..



thank you for reading this blog!




4 comments:

Nurhasliza Jeffry said...

Jahatnyeh. Wat teliuq jer.

husna said...

hahaha..itula tujuannye..tgh lapar ke mlm2 ni?

Bit Zamri said...

sedap nye...nak cuba gak.. :) tq 4 sharing

husna said...

dh cuba share la kt sini..ok..selamat mencuba..