Plan nak cari rumah sewa bertukar kepada mencari rumah untuk dibeli. Ini semua cerita tahun lepas selepas tak tahan duduk apartment yang banyak karenah persatuan penduduk. Dok pusing-pusing cari potential area kat mana nak keje nnti, hubby boleh posting kt gov hospital mana..nak cari rumah baru or nk beli rumah atas tangan..so, mcm2 sangat pikir, then byk lak tu kriteria rumah:
1) Harga murah, saiz besar..
2) Corner lot..nnti nak buat taman yang ada pegola, herbs garden utk tanam serai, daun pandan, ulam-ulaman..
3) Dekat dgn tempat keje, hospital, sekolah
4) Bumbung porch tu tak nak share dengan rumah sebelah..nnti ada yang warna lain2..sorang nk cat merah, sorang nk cat hijau..haru! kebanyakan rumah camtu…mgkn boleh bincang dgn jiran. Tp kalo diorg suka mcm tu xpela..selera masing2..
Contoh rumah yang share bumbung car porch..xtau rumah sape..hmm xnak mcm ni. Ada tu, dah tinggal separuh kena potong..sorry ye kalau ada yang terasa..Sumber: Google
5) Nak pulak yang ada balkoni kat bhgn atas, nnti boleh buat taman ke, boleh minum2 kopi ke..tengok bulan bintang mlm2 ke kihkihkih..berangan tak nak kalah..
6) Kalau boleh rumah kat row paling depan, tak menghadap rumah orang lain..kurang la sikit org parking tepi2 jalan sbb akan ada rumah yang lebih dari 2 kereta..haa mana nk parking kalo tak tepi jalan.. Lagi satu senang kalau nk buat kenduri. Kalo pasang khemah tutup jalan, xde la kacau org sangat kan.. Lg best kalo dapat yg jln mati..
Dengan kriteria rumah kt atas, mana nk dapat tengah-tengah KL ni kan..habis la pusing Mahkota Cheras, BTHO, S. Alam, Puncak Alam, Alam Impian, Kajang, Bangi. Semua website developer kitorang register, if diorang update untuk launch rumah msti akan dapat jemputan. Berbulan-bulan jugak la dok mencari. Bila ada MAPEX 2010 (Malaysian Property Fairs and Exhibitions) kitorg pon pegi. Jalan-jalan kt MAPEX tu, tgk semua rumah mahal2… cane ni? Rumah yang murah ada tp jauh dari pusat bandar KL mcm kat Semenyih dan Rawang. Dalam byk2 booth tu, singgah booth Seri Pajam Development, jumpa sales agent Syiril, bersungguh-sungguh dia ajak datang tgk rumah contoh kt Pajam. Balik dari MAPEX kitorg amik masa jugak..pikir, nk rumah murah dan besar tapi jauh atau rumah biasa2 harga lebih kurang tp dekat. Since Pajam baru nak membangun, so harga rumah boleh tahan, dan still boleh nampak nombor ‘2’ lagi kt permulaan starting price dia untuk teres 2 tingkat. Lgpon dah ada LEKAS, so kitorg pikir kawasan tu nnti boleh jadi kawasan yang maju.
Setelah bbrp kali tgk rumah contoh, hampir tiap2 minggu masa tu, akhirnya kitorg decide nk beli kt situ. Tp since rumah yang tgh naik tu, corner lot dh abes, kitorg booking rumah corner projek yang belum launch, itupon tggl 1 unit je, corner yg paling kecil sebelah TNB house.
Ni lokasi rumah yang mula2 kami nak beli..sempat melawat tapak masa tu sebab projek tak start lagi even launch pon belum.
Allah dah tentukan rezeki yg lebih baik dari itu. Lepas dh bayar harga booking rumah RM2K, ada org yang beli rumah corner yang sederet dengan rumah yg kami nk beli tarik diri. So kitorg decide nk amik rumah tu sbb extra tanah lebih besar. Lepas dah setel semua SNP, gedebak gedebuk kat Bahagian Pinjaman Perumahan Putrajaya, sekarang tggu je rumah siap. Sejak tu, kitorg start beli majalah Impiana, and kalau jumpe design yang rasa sesuai dan berkenan, gunting dan simpan dalam fail senang utk future references. Bukan nk apply sebijik mcm tu, at least amik idea then nnti kita garapkan ikut kemampuan dan kreativiti sendiri. Projek Camellia Extra ni start Ogos 2010, ikut perancangan amik masa 2 tahun untuk siap. Alhamdulillah atas rezeki ini. Checklist kriteria kt atas tu semua Ö kecuali nombor 3. Moga-moga ini pelaburan yang menguntungkan, ameen.
Fail yang simpan segala information dan design rumah
Asalnya, rumah yang dibeli betul2 sebelah TNB house tu, tp bertukar ke hujung corner row yang sama..cer teka cer teka berapa no rumah?
Thank you for reading this blog!
No comments:
Post a Comment