Monday, 9 January 2012

Tanpa Langkah Pertama..Tiada Langkah Beribu....Ammar di Genius Aulad

5 Januari 2012



Alhamdulillah..5 Januari yg lepas adalah hari pertama Ammar di Genius Aulad (GA) BTHO. Walaupun ada drama airmata untuk mandi pagi, tapi bila dah sampai depan school ok je..nmpk dia cool je plk..cool sama macam abahnya..relax je..





Mula-mula nk ambil gmbar ni Ammar tak bagi…bila saya cakap nak hantar gambar kat abah..abah tak dapat hantar Ammar..dia cakap, tak payahla..biarla abah work..tapi bila pujuk2 ok je..actually dia malu2 hehehe..anak bujang yang sulung ni memang pemalu orangnye..





Jalan-jalan dulu pusing kat area bawah GA tu..ambik angin supaya mood dia ok je.. Kebetulan plk sandal and beg dia sama tema kaler dengan uniform..sandal tu yang lama..Cuma beg je beli baru..tu pun dia yang pilih sendiri..dia pesan sebelum pergi beli tu..Ammar nak beg Angry Bird atau Upin-Ipin je..taknak yang lain…






Cool dan macho kan!





Bila sampai depan GA tu, dah ramai parents dengan anak masing-masing..comel tengok budak2 kecik pakai uniform..sempatla tengok drama airmata anak orang lain..meraung2…dalam hati saya berdoa semoga Ammar tak macam tu..saya ada bercakap dengan Ammar supaya jgn menangis, Ammar pergi school sebab nak belajar and meet new friends..best tau!..Dia cakap ok mama..ok mama..itu je la jawapan dia bg kat saya setelah saya tinggalkn macam-macam pesanan…nk pergi toilet bgtau cikgu, jgn gaduh dengan kawan, dengar cakap cikgu…bla bla bla..dia jawab pendek je..ok mama.. dan dia pulak pesan kat saya..mama pergila work.. (sehari sebelum tu dia suruh saya tunggu..).. mungkin dah rasa seronok kat school baru





Bila saya hantar dia kat depan pintu school…teacher greet dia pegang tangan pimpin naik tangga…muka dia selamba je..bila tengok anak tak menangis..mamanye ni yang nak menangis………. kegembiraan..Alhamdulillah…dia pegang kata-kata dia untuk tidak menangis…dan saya sempat snap gambar ni… dalam hati saya cakap dah besar dah anak aku..parents tak dibenarkan ikut naik ke kelas..so, tak adela gambar Ammar dalam kelas…



Saya terus balik rumah..tak tunggu kat situ..walaupun ada parents yg saya nampak stay kat situ. Pukul 10.30am saya datang ambik Ammar…muka cool je..tanya dia ok tak kat school baru..dia kata, ok tapi teacher tak bagi main kat playland.. hehehe..itu je yg merisaukan dia…pastu dia cakap, penatla mama…Ammar lapar ni..nak makan..Aduhh mak mana yang tak kesian kan tengok anak balik sekolah kelaparan..Saya pon bawak dia ke Mc Donald..dia makan..dan main playland kat situ..happy..!! on the way balik rumah dia cakap..Ammar nak pergi Genius Aulad lagi…Good boy Ammar!







6 Januari 2012

Alhamdulillah…bangun pagi dah takde drama masa nak mandi..tapi tak nak pakai uniform..dia cakap. ‘Ammar taknak pakai baju ni kat rumah..nanti kedut..pakai baju lain dulu…’ Aduh..anak bujang sorang ni..macam-macam.. memang kids nowadays sangat macam-macam perangai..tu belum lagi saya cerita pasal adiknya Adam. Pandai jaga baju..nak control hensem la tu kihkihkih...pakai t-shirt kat rumah..bila dah sampai depan school..tukar baju dalam kereta.. ikut kan ajela..janji pergi school..janji benda yang dia nak buat tu tak salah..




Kepada Puan Azita (principle) and all the teachers Genius Aulad BTHO
Semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh semua ibubapa..didiklah, asuhlah, dan tegurlah anak-anak kami..Insya Allah semoga mereka ini akan menjadi orang yang berguna di masa hadapan untuk dirinya sendiri, agama dan Negara.







Thank you for reading this blog!

12 comments:

misshannajr said...

wah seronoknya jd parents..semoga ammar akan jd anak yg cemerlang dunia dan akhirat..anak sedara sya p tadika kemas jer..bdk kg kan hehehe..

Husna said...

memang seronok..dan terasa tua bila anak dah besar..hehehe

tadika kemas pon sekarang dah ok..
saya dulu pon tadika kemas gak

madammondoq said...

wah.. good boy lah ammar!!! hope danish and Ammar enjoy at GA!! ;)

zue said...

salam husna, anak you dalam kelas 5 apa ye ? anak i pun kat situ jugak.

Husna said...

Ammar kelas 5 Baghdad. Anak Zue kelas 5 apa?

zue said...

samalah dengan anak zue . 5 Baghdad.

Cik Nor said...

good boy..:)

Husna said...

zue, anak nama ape?

bile2 boleh jumpe halo halo..heheh

zue said...

Nur Iman Khayra .Ada jugak tanya Khayra ada tak nama kawan Ammar . full name Ammar apa ye ? husna ada email ,nanti zue inbox .

Husna said...

Muhammad Ammar Husayn..
bila tanya Ammar, sape nama kwn..dia ckp tak tahu..dia kenal sorang je yg dr nursery dia dulu..Syahmina..dgn yg lain2 berkawan jgk, tp xtau nama hehe..budak2..

anything email kat sini ok: husnamn@gmail.com

Anonymous said...

I think GA is so so only lah. My kid after 4 months no improvement at all. Teacher asyik suruh menghafal dari buku Adam and Dina not emphasizing on A-D-A-M ADAM. masuk sekolah jam 130pm sampai 430pm.sejam untuk makan main. tinggal DUA JAM saja untuk belajar.overall I think I am going to send my kid somewhere else.

Husna said...

Pn Anon,

4 bulan you dah judge anak you..bagilah masa untuk diorang nak sesuaikan diri. MAsa mula2 register, you tak tengok ke silibus yg diorang nak ajar? Tp kena bear in mind, GA is enrichment and kid development centre. For me, perkembangan dia sebagai kanak2, the way dia berkawan n mix around, daya kreativiti, skills, tu yg kita nak dia develop. Diorang memang tak push budak2,kalau hari ni tak boleh tak pe, then try lg next day but they make sure budak dapat jugak later. semua atas budak tu sendiri..kalau budak boleh catch up then baguslah.. so far Ammar Alhamdulillah..mmg mula2 nampak slow..4 bulan tu mmg xnampak sgt, tp bila sampai mid year.. Masya Allah..i'm impress dgn kemajuan dia..bukan setakat akademik, malahan ilmu fardhu ain dia. Kalau orang lain sibuk nak masukkan anak ke GA, you pulak sibuk nak keluar kan anak cari sek lain. Fikir2 kanlah..