Beberapa minggu yang lepas, saya ada pergi Kursus Mengajar Al Quran Untuk Bayi dan Kanak-Kanak anjuran Islamic Parenting Network. Rasa rugi sangat sebab tak tahu kaedah dari awal. Anak-anak Puan Lina (Pengasas IPN) ni telah menghafaz 30 surah dalam Juzu’ ‘Amma pada usia 3 tahun! Masya Allah..hebat kan..
Peserta Kursus. Saya datang dengan kawan saya Hafizah. Peserta lain yang datang ni semua hebat-hebat belaka dari segi pekerjaanya..ada peguam, pengsyarah kanan doctor etc..masing-masing impikan anak-anak yang celik AlQuran dan menghafaz AlQuran.. Insya Allah
Bila dada anak-anak di penuhi AL-Quran, InsyaAllah selamat untuknya dunia dan akhirat. Allah akan melindungi anak kita dgn berkat Al-Quran. Belajar Al-Quran diperingkat usia bayi menggalakkan stimulasi otak bayi secara keseluruhan iaitu otak kiri dan kanan, jika dibandingkan dengan mendengar muzik, membaca ataupun mengira yang hanya stimulate bahagian tertentu sahaja.
Sebuah artikel menarik tentang Al Quran dan kuasanya kepada otak manusia. Menguasai AlQuran menyebabkan Islam menguasai dunia satu ketika dahulu dengan munculnya pelbagai nama ilmuan ternama yang menjadi rujukan hingga ke zaman sekarang. Sebut sahaja siapa Ilmuwan Islam..Al Khawarizmi (Sarjana Matematik/Geografi/Astronomi), Ibnu Khaldun, Ibnu Sina (Perubatan/Falsafah), Al Farabi (Perubatan/Pembedahan), Al Razi (Perubatan/Kimia/Falsafah) dan ramai lagi..semua nya bermula dengan AlQuran..
Antara petikan artikel tersebut “…Muslim religious scholars will say something about how the Muslims were the leaders when the Quran was the center of their education, and only when their abandoned the Quran that they lost their reign. The amazing thing about this is that while Muslim religious scholars are typically talking about spiritual and moral about realities, there is a material reality to what they’re saying, which takes place in brain. Read more here.
Bila balik di rumah..sikit-sikit saya buat praktikal apa yang saya belajar..sebab mana boleh nak tiru semuanya sebijik-sebijik sekaligus kan…
1) Kerap pasang/perdengarkan bacaan Al-Quran. Puan Lina sarankan seperti yang beliau buat, pasang 30 surah Juzu’Amma antara maghrib dan Isya’ dan masa nak tidur sampai esok pagi (diulang-ulang dan jangan tutup) surah-surah pilihan seperti Ar-Rahman, Luqman, Waqiah dll. Reasonnya adalah untuk bagi kanak-kanak ni familiar dengan ayat AlQuran sebelum mereka mula membaca dan menghafaz kelak. Biarlah ayat-ayat Alquran adalah perkara pertama yang dia dengar sebelum yang lain. Tapi, cara saya, saya pasang waktu pagi sebelum saya kejutkan diorang bangun, sebab saya tak ada radio, kena pasang vcd kt player..Alhamdulillah…saya nampak perubahan Ammar dia senang bangun pagi untuk ke sekolah dan dah tak meragam bila nak mandi!..Masya Allah..hebat kuasa Mu ya Allah.. dan dia start tiru Qari cilik tu baca bismillah….berlagu lagi..
2) Cut the noise. Saya cuba nak kurangkan diorang ni tengok tv, main games, dan menonton vcd. Sebab semua ni banyak mempengaruhi especially Ammar dengan ultraman dia. Tapi tak boleh la buang terus..kena slow2..sesekali nak tengok apa salahnya.. Minda bawah sedar dia yang menyerap apa yang dia tengok dan lihat, cuba bayangkan jika saya dedahkan dengan AlQuran, mesti yang ada dalam fikiran dia adalah AlQuran. Melihat anak-anak Puan Lina walaupun bermain tapi mulutnya sentiasa membaca ayat-ayat AlQuran yang dihafaz nya..Subhanallah..sejuk telinga mendengarnya… Semalam (ahad) saya sorokkan remote astro, Alhamdulillah saya tengok diorang ok je..ada sesekali minta tapi saya buat tak tahu je..tapi lepas tu diorang main macam biasa..dari pagi sampai malam..saya rasa lgi ok mcm ni..
3) Saya selalu bercakap dengan Ammar dan Adam supaya jadi anak yang soleh dan boleh menghafaz AlQuran, especially bila diorang nak tidur, time diorang dah mengantuk sangat tu..sambil peluk dan cium dia..cakap kat telinga..memang menyerap..sebab diorang akan mengiyakan je ape yang kita cakap. Dengan harapan minda bawah sedar dia menyerap perkara positif ini.
4) Selalu berdoa! Saya selalu berdoa semoga anak-anak saya ini dilembutkan hatinya dan dikurniakan akal yang cerdas untuk menimba segala ilmu. Setiap masa..lepas solat dan especially time memasak..biarlah anak-anak saya makan makanan yang telah dibacakan dengan doa dan ayat AlQuran dan menyerap menjadi darah daging.
Ada banyak lagi tips yang Puan Lina kongsikan..nanti Isnya Allh jika ada masa saya kongsikan di sini pula..
Puan Lina ni bukan ustazah begitu juga saya. Tapi semangat Puan Lina ni mendidik anak-anak menjadi AlHafiz sangat menjadi inspirasi kepada saya. Walaupun saya lambat bermula, insya Allah jika istiqamah..mesti mendapat ganjarannya. Saya tidak akan membandingkan anak-anak saya dengan anak orang lain kerana Allah mencipta seseorang itu dengan kebolehan yang berbeza-beza. Marilah kita semua wahai para ibu, ikutilah jejak langkah Ibu Sultan Muhammad Al Fateh.. mulakan didikan anak dengan al Quran. Ajaibnya seorang bayi yang yang cuma bayi biasa tapi dibesarkan oleh ibubapa yang bercita-cita besar, tabah dan SABAR dalam mendidik anaknya. Umurnya belasan tahun sudah menguasai 6 bahasa dengan kepakaran bidang ketenteraan, sains dan matematik. Dialah yang berjaya menakluki kota Konstatinopal dan penaklukannya itu berlaku pada umurnya 21 tahun! Itulah Sultan Muhammad Al Fateh!
Perjalanan saya baru bermula..semoga Allah memberkati dan permudahkan jalannya..Ameen..
Thank you for reading this blog!
7 comments:
bagusnya!! thanks for sharing apa yg u blajar di sini.. boleh i praktikan jugak tuk my son.. thanks again..
sama2..Alhamdulillah..moga perkongsian ini bermanfaat.. jom sama2 kita praktikkan..
subhanallah... jazakallahu khairan.. tak tau kenapa, tp sy rasa nak menangis baca entry ni.. walaupun sy tak kawin lg.. belum ada anak (hihihi), tp insyaAllah sy pun nk yg terbaik utk anak2 sy..insyaAllah anak2 akak nnt bakal menjadi hafiz.. :) mungkin doctor/ engineer yg menghafaz al-Quran? Allah knows.. asalkan kita usaha.. kan? :D
Alhamdulillah..kalau tersentuh bc entry ni maknanya hati kita lembut..bersih...nti awak start ms mengandung lg perdengarkan dan juga baca Alquran esp surah amalan mn mengandung..dan dr baby umur satu hari dah boleh start mengajar (kalau mampu la kan..) sbb tiada had umur nak mula..kalau tak pasti caranya boleh pergi kursus atau tanya pada yang berpengalaman..jgn malu2 ok..all d best to you!
ya Allah bagusnya... rasa rugi pulak xbole tgok video tu. wifi dh block utube :(
fatin..nnti bila2 boleh, tgk tau..anak2 saya suka tgk Darwish n kakaknya Darwisha..
salam... tq kerana share tips, teringin nak pergi juga kursus tu... tgk gmbr peserta, ada kawan yang dh lama tak jumpa... hi hi... anyway, salam taaruf :)
Post a Comment