Tuesday 1 November 2011

My Happiest Moment




As a super busy parents, bila ada masa terluang dengan anak-anak memang tak dilepaskan. Bila anak-anak gembira, kita turut gembira malah puas kerana dapat menggembirakan mereka. Mr Husband adalah seorang doctor, korang pun tahu la kan life doctor ni mcm mana..ada oncall, week end pun kadang-kadang kerja dan selalu balik lambat. Saya pulak still ada lab work for my PhD thesis, so masa untuk-untuk anak hanyalah pada sebelah malam. Bila dapat bawak anak-anak keluar, pergi playground pun dah cukup untuk buat diorang berhari-hari cerita keseronokan pegi playground.  One of our happiest moment dan yang paling diingati dan masih lagi ketawa bila tengok gambar adalah semasa kami ber picnic kat tepi Tasik Permaisuri. First time buat aktiviti macam ni, dan saya adalah orang yang paling excited selain anak-anak. Nasib baik hari itu cuaca cerah dan sejuk je. Ini berlaku pada cuti tahun baru, tahun yang lepas iaitu 2010.

Kami sampai kat parking Taman Tasik Permaisuri tu dalam pukul 5.30pm. Sempat saya ambil gambar masa kami berjalan masuk untuk cari spot yang sesuai. Tengokla Ammar tu (si abang), dah lari jauh ke depan..dah tak sabar-sabar..

Lepas dah dapat spot yang best menghadap tasik, saya bentang tikar dan letak bakul yang berisi makanan. Tak sempat nak keluarkan bekas makanan lagi budak-budak dah ajak main bola..so, saya main dengan diorang dulu, turn abahnya pulak ambil gambar. Masa ni, kamera Sony ada lagi sebelum kena curi…uhuk uhuk sedih…

Mama jadi coach hehehe…(saya la tu..) bukan Oh My Coach! tu tau..sape yang tengok filem Pisau Cukur mesti tau.. masih terbayang Coach (klik) yang saya nak tu sebenarnya..hahaha..sudah-sudahla tu...


Adik ajak abah main bola.. ‘Jomla abah…’.. Abahnya nak berehat dulu..



Ingat lagi at that time adalah musim bola..Malaysia baru menang Piala AFF Suzuki.. So bila tengok gaya Ammar macam ni, ada orang cakap… ‘Owh boleh ganti Safee Sali’ hahaha…saya hanya ketawa.. Dalam hati saya cakap.. ‘mama tak nak anak mama jadi pemain bola sepak’….

Ammar still continue main dengan abah…Adam dah penat..dia minta nak makan..tengokla tu sweet je muka mintak makanan kat mama.. Mama pun tak sampai hati tak nak bagi kan….

Saya tapau spaghetti bolognaise, ayam goreng, nugget, onion ring, dan air oren..


Adik makan nyum nyummmmm….dah lupe kejap pasal bola..yela asyik kena buli ngan abangnya kutip bola...haha..


Dah penat main, perut pun lapar… bila makan memang sodap…
'Eh bang, tak nampak ke mak mertua lalu belakang'..hahaha....


Ditambah dengan permandangan yang sangat cantik..dah tak hirau orang lalu lalang dan jogging kat situ..



Perut dah kenyang..sambung main balik……

Dah puas main, rehat dan baring-baring before berkemas nak balik… yang kelakarnya, abahnya ajak tidur dengan nada bergurau..tapi Ammar berlakon tidur sampai berdengkur..krohhh krohhhhh…kahkahkahkah…memang kitorang gelak giler..that was the happiest moment with our
 k-i-d-z.........

Spending the best time together is the most precious thing ever in our life. Tak semestinya kena pergi bercuti kat oversea atau berhabisan duit untuk menggembirakan hati kesayangan kita. Bagi yang mampu tak kesahla kan. But as for overseas virgin like us ( eh.. I pernah pegi Singapore pe..) my husband la tu.. apalah salahnya pergi ke tempat-tempat yang macam ni dan berpicnic as simple as this…husband saya tu jimat orangnye..dia kata ‘save the best for last’.. haha. May Allah bless my husband and my family. Ameen.










Entry ni adalah untuk join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang sponsored by Olympus…so hadiah mestilah Olympus kan…


1st prize – Olympus PEN Lite E-PL3 Kit
2nd Prize – Olympus PEN mini E-PM1 Kit
3rd – 5th Prize – Olympus PEN Leather carry-all bag


Kena buat entry dan letak gambar yang mengambarkan ‘My Happiest Moment’
Sesiapa yang nak join klik sini untuk info lanjut.


Deadline for submissions is 11.59 pm, 12 November 2011 (Saturday)




 Thank you for reading this blog!


Klik 'Like' jika suka






8 comments:

Norliza Nordin said...

Good Luck!

Husna said...

haha thanks norliza

Sayidah Nafisah Ruslan said...

ini memang happiest moment..
semoga menang ya! :)

Husna said...

Thanks Nafisah..
huhu...sungguh terharu..

Unknown said...

lawa2 gambarnya...semua ceria...all the best...nnt ade masa asya join contest ni jugak....

Husna said...

hi aisya..
thanks for dropping by...
sempat lgi nk join contest ni..
nk jugak baca your happiest moment..
gud luck

Cik tikah said...

wah! bestnya suami doktor :) btw, anak sis sgt comel!!!

Husna said...

cik tikah..
thanks..
mmg best kalo sakit demam yg biasa2 tu xyah g klinik...ubat dtg kt rumah hehehe