Tuesday, 31 July 2012

Top 10 Rude Malaysian Habits, Kuala Lumpur Ranked 34 out of 36 major cities in the world. Nak ubah atau nak kekal?



Rasanya ramai yang baca dan alert dengan berita Top 10 rude Malaysians habits ni. Kuala Lumpur tersenarai almost at the bottom of a list of least courteous cities, placing it at 34th place out of 36 major cities in the world (Reader's Digest). As for me kalau nak senaraikan memang banyak terkena dengan sikap orang-orang yang tak pandai berbudi bahasa ni. Korang tak terasa ke bila baca ni? Kalau tanya saya, saya jawap malu walaupun saya tak pernah buat tapi saya pernah terkena dengan sikap buruk orang-orang macamni. Ye, memang malu sebab semua ni melambangkan attitude dan nilai diri kita di mata masyarakat. Mungkin ada yang berfikiran ‘lantak la bukan diorang kenal pun kan’. ‘Ada aku kesah?’ Tapi hakikatnya benda-benda macam ni akan jadi terbiasa bila depan kawan-kawan, adik beradik dan orang yang kenal kita.



Saya pernah terkena masa saya naik LRT dan sarat mengandung. Tempat duduk dalam LRT tu penuh diduduki oleh lelaki-lelaki dan ramai jugak masa tu lelaki foreigner. Ada yang buat-buat tidur, ada yang buat-buat tak nampak dan pandang tempat lain. Saya saja tunjuk gagahlah pergi berdiri dekat depan diorang, konon saje jela kan, tapi haram….sorang pun tak bangun nak bagi tempat duduk.




Kalau pasal lift pulak, contoh terdekat dengan saya ialah masa saya duduk apartment dulu. Tak tolong pegang kan pintu bagi kita masuk satu hal, ni yang bila kita nak keluar lift, sibuk anak-beranak terus rempuh nak masuk lift. Excuse me!!!bagi laluan orang nak keluar dulu boleh? Nak je kan cakap macam tu. Anak-beranak sama je, kalau parents tak ajar macam mana la anak-anak tu nak tahu apa yang diorang buat tu adalah tidak beradab. Pernah juga saya dan suami tegur dan cakap kuat-kuat dengan anak-anak saya untuk beri laluan orang keluar lift dulu, dan masa tu ada satu keluarga dan anak-anak dia nak naik lift jugak. Tapi bila anak-anak dia sibuk nak rempuh masuk lift bila ada orang nak keluar, mak bapak dia boleh tak tegur.Mungkin bagi diorang itu adalah perkara kecil, dan masih budak-budak. Oh NO! Masa budak-budak la kita kena banyak tegur.




Pernah masa saya kat bookstore, saya baru nak pegang satu buku ni dan dah pegang dah pun, then tiba-tiba ada sorang budak datang terus ambil dari tangan saya dan tunjuk kat mak dia yang dia nak beli buku tu.Saya pandang mak dia dan dia boleh buat tak tau je. Tegurla anak dia tu, atau at least jegilkan mata kat anak dia pun buat saya dah puashati yang dia marah dengan tindakan anak dia tu.




Kalau pasal troli kat shopping complex pulak, yang ni memang banyak berlaku. Pernah tu yang letak belakang kereta kitorang. Ewah ewah..senangnye keje ye..apalah salah nye letak kat tepi sikit kalau malas sangat nak hantar kat tempat parking troli tu.





Kalau nak berhenti tepi jalan pulak atau menurunkan penumpang especially kat area sekolah ke, pasar malamke, kita yang tengah follow kereta dia dari belakang tiba-tiba dia berhenti dengan tak bagi signal sesuka hati dia je. Dah terpaksa brek mengejut dan nak kena tunggu pulak tu. Apalah salahnye bagi signal dan pandu ke tepi jalan, dan berilah laluan kat kereta belakang nak lalu. Sama jugak kalau tengah tunggu nak masuk parking.. tolonglah bawak kereta tu ketepi sikit dan bagi laluan kereta kat belakang nak lalu. Ni yang selalu jadi jem especially kat parking shopping complex. Selfish betul!





Bila kat TV sibuk berkempen iklan budi bahasa, saya rasa memang parah! Nak ucap ‘terima kasih’ pun nak ada orang ajar..memang parah! So, memang betul pun yang rakyat Malaysia ni kurang budi bahasa, tu yang keluar senarai top 10 dengan ranking tu.





Dengan keluarnye ranking dan senarai Top 10 rude Malaysian habits tu, kat sini saya nak berkempen, marilah menjadi orang berakhlak seperti akhlak Rasullulah, ke mana sahaja baginda pergi, sentiasa memuliakan orang lain termasuk bukan muslim. Kita bentuk diri kita menjadi peribadi muslim dan didik anak-anak kita supaya bersopan santun dari segi percakapan, perbualan dan perbuatan. Ubah sikap kita dari panas baran kepada penyabar, dari selfish kepada memikirkan risiko keatas orang lain, dari biadap kepada berakhlak mulia. Boleh la nyanyi lagu “Budi Bahasa” yang Siti Nurhaliza nyanyi tu..banyak senarai akhlak mulia dalam lagu tu. Bila kita semua berakhlak, kurang la stress, bila kurang stress, kurang lah risiko dapat penyakit seperti hypertension, jantung dan lain-lain. Bila kita sihat, ada banyak perkara-perkara dalam hidup ni yang boleh kita nikmati dengan gembiranya. Dan saya perasan, sejak saya berkahwin ni, banyak tindak tanduk saya dipengaruhi oleh teguran dan juga akhlak yang ditunjukkan oleh suami saya.





Ingatlah, berakhlak mulia juga adalah satu bentuk dakwah.





Thank you for reading this blog!






Home Expo 2012 @ Stadium Nilai 2-5 Ogos 2012




Nak hebah-hebahkan pada sesiapa yang tengah membuat persiapan rumah, nak raya ke, nak masuk rumah baru ke atau saje-saje nak cuci mata, jom pergi ke Home Expo iaitu expo perabot terbesar di Negeri Sembilan bertempat di Stadium Nilai 2-5 Ogos ni. Sesiapa yang tak tau Stadium Nilai kat mana, tempat ni dekat2 dengan USIM. Moh le kita.. Saya pun ada barang jugak nak cari ni, jumpe kat sana ok! bye! 





thank you for reading this blog!





Monday, 30 July 2012

Rezeki 9 Ramadhan: Nasi Minyak Hujan Panas dan Puding Koktel



Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-10 kita berpuasa. Ada yang berat dah turun berkilo-kilo ke? Saya tak timbang pun lagi. Semalam berbuka puasa menu special untuk kami sekeluarga. Saya cakap special sebab husband saya memasak! Dia buat puding koktel dan saya masak nasi minyak hujan panas dengan ayam masak merah dan salad with thousand island. Bukan senang nak rasa air tangan suami memasak kan. Walaupun hanya masak puding, kecoh jugak la kat dapur tu..hehehe. Dia kata saya kacau dia, last2 saya keluar dapur pergi tengok melodi.

Nasi minyak hujan panas dan puding koktel ni memang biasa saya masak, pernah buat untuk birthday party Ammar dan Adam tahun lepas (boleh baca sini). Masak dalam lebih kurang untuk 30-40 orang makan.  Resepi Nasi minyak hujan panas klik sini dan resepi puding koktel kat sini. Insya Allah, raya nanti kalau ada rezeki saya masak untuk tetamu yang datang beraya.



 Ni puding koktel air tangan en. suami. Bila buat ikut resepi ni, dapat 3 bekas, bila banyak jadi rezeki jiran-jiran nampaknya. Bekas paling kecik (kanan) tu untuk jiran selang sebuah rumah sepasang suami isteri (jiran sebelah tak de orang). Bekas yang tengah tu untuk keluarga jiran belakang rumah dan yang paling besar of course la untuk kitorang hehehe.. Malam tadi jugak habis satu bekas besar tu kitorang dok ulang-ulang makan.



Tips puding koktel:
Sedap di makan sejuk, jadi sediakan awal untuk disimpan dalam fridge. Kalau nak buat buka puasa ni, boleh juga sediakan malam. Sejuk je masuk dalam tekak tambah-tambah bulan puasa ni kan.







 nyum nyum super yummylicios.. sila lap dan lap lagi air liur kat tepi bibir tu ye hehe..






Thank you for reading this blog!






Wednesday, 25 July 2012

Kes Pecah Rumah dan Tips Keselamatan

 

Minggu lepas, jiran selang sebuah rumah telah dimasuki pencuri semasa waktu bekerja which means siang hari. Masa dengar tu I was like aaaaaa…terkejut. Sangat terkejut. Yela sebab selang sebuah je kan. Saya baru je post entry pasal Paradox Alarm System hari selasa lepas then balik rumah malam tu dengar pulak cerita macam ni. Modus operandi nye ialah, diorang pecahkan mangga, umpil keluar grill yang kat sliding door  (Farah and Fizi, correct me if I’m wrong). Diorang selongkar habis master bedroom and I believe diorg cari duit dan barang kemas. Barang-barang macam tv, dvd player tak terusik pun. Tapi laptop dan perfume je diorang ambil. Dari cerita tu dan juga cerita-cerita sebelum ni, saya membuat beberapa kesimpulan yang pencuri-pencuri ni memang dah aim rumah yang diorang nak pecah masuk tu. Diorang buat keje2 ni masa orang semua pegi keje. Agak professional la jugak tapi mungkin keje budak2 based on what barang yang diorang ambil. Atau mungkin diorang fikir boleh datang second round? 

 

 

Saya rasa perlu ada pondok polis di PCH ni memandangkan banyak sangat kes-kes pecah rumah ni dan tingkatkan rondaan especially time orang pg keje. Luluh hati kan bila balik rumah tengok rumah kena pecah. But lagi malang kalau berlaku waktu ada orang dalam rumah, ikat then berparang-parang, dan ada pulak kes rogol..Nauzubillahiminzalik..

 

 

Diorang yang aim rumah kita ni mesti tahu pukul berapa kita keluar dan balik rumah, dan saya suggest jika boleh biarlah rutin harian kita berbeza supaya diorang tak dapat kesan. Tapi yang ni memang susah, sbb kebanyakan daripada kita bekerja suami isteri kan. 

Apa yang penting, berbaik-baiklah dengan jiran ok. 

 

 

 

Saya perasan ada beberapa motor budak-budak muda yang lalu lalang di depan rumah saya sambil menunjuk-nunjuk rumah seolah-olah diorang mmg diorang ni stalker. Dan ada sebuah kereta pada hari ahad lepas juga yang berhenti dan lepak menghisap rokok ditepi sebelah luar tembok rumah saya. Disebabkan rumah saya bertinted, dan tembok melepasi paras ketinggian manusia, orang luar memang tak nampak kita kat dalam, dan saya sempat mengambil gambar dan juga no plat kereta. Husband saya yang sedang mencuci grill di tingkat atas yang perasaan diorang ni. Apa yang pelik kenapa berhenti kat situ? kalau tunggu kawan, kenapa kat situ sebab jalan tepi rumah saya tu bukanlah jalan favourite untuk orang lalu-lalang. Ada 3-4 orang dalam kereta wira kelabu tu, sorang keluar hisap rokok, dan yang lain2 bukak pintu tapi still duduk di dalam kereta. Tapi perbuatan diorang ni memang mencurigakan.

 

 

 

 

Kat bawah ni ada Tips Pencegahan Jenayah Rompak, Samun dan Pecah Rumah yang saya petik dari satu website untuk kita share dan consider jika masih praktikal untuk keselamatan.



1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.


15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
 

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

 





Pesanan khidmat masyarakat saya:


Berdoa dan bertawakal lah kepada Allah selepas segala usaha yang kita lakukan. Mari amalkan ayat 1000 dinar (klik untuk baca) seperti entry saya yang lepas selepas solat 5 waktu, Insya Allah mudah-mudahan kita mendapat perlindungan daripada kezaliman orang-orang tamak.






 
Thank you for reading this blog!







Tuesday, 24 July 2012

Clover Autogate by Grilles.My

Owh.. cerita pasal rumah memang tak habis-habis kan. Kali ni nak cerita pasal autogate. Sebenarnye autogate ni satu keperluan jugak tapi bila dah berlebih-lebih tu lebih kepada kehendak sebenarnye .. tapi bila dah ada autogate memang senang, selain memudahkan keluar masuk, ada ciri-ciri keselamatan juga.Boleh je tambah motor pada gate yang sedia ada, tapi nak juga yang cantik. Kehendak ni..kehendak...:)




We chose clover autogate from Grilles.My. Memang masa mula-mula tengok memang sudah jatuh cinta pandang pertama. Clover ni ada makna tersendiri dalam psychology of home decoration (ni reka sendiri haha!)

"The four-leaf clover is a symbol of hope, faith, love and luck. Its appeal lies in its rarity and simplicity. Add a touch of allure to your home today".. Grilles.My


Grilles.My is part of CS Group. Their products designs are owned by CSA (CS Alloy Design Sdn. Bhd.). So sesape yang pernah tengok autogate CSA, material diorang ni sama ye. CSA ada banyak design cantik2..memang rambang mata tapi poket tak cukup penuh nak beli..



Kitorang beli autogate ni masa Perfect Livin 2012. Saya pernah cerita kat entry ni dulu Abah sibuk discuss, Ammar sibuk menulis as usual..



They claim autogate diorang dibuat daripada besi tempa (wrought iron), aluminium dan jugak alloy. Kalau ikut sejarah, besi yang digunakan oleh Blacksmith, sehingga 1700, mempunyai kandungan karbon yang sangat rendah (0.04%) dan boleh dianggap sebagai besi yang hampir tulen. Ia adalah sangat mulur dan mudah dibentuk, tetapi agak lembut, dengan struktur bergentian kekotoran dan hanya boleh keras selepas meningkatkan kandungan karbon. Grilles.My menggunakan aloi karbon besi yang dikenali sebagai "Sweet" atau "ringan" Keluli dengan kandungan karbon yang lebih tinggi di antara 0.2% dan 0.6% dan dengan kekuatan yang unggul. Tukang besi moden akan menggunakan kimpalan elektrik untuk gabungan lebih cepat dan lebih dipercayai.


Untuk meningkatkan kekerasan, penampilan terhadap logam asas dan daya tahan terhadap karat, besi ni disadur atau electroplating dengan chromium atau dipanggil ‘Chrome plating’. Lepas tu sadur atau galvanize dengan zink to produce a product of coating zinc-iron alloy. 


As a summary, diorang  nak cakap besi diorang ni tahan karat dan kuat.





Kerja-kerja pemasangan ni sebenarnya before kitorang pindah lagi. Yang bestnye, masa ukur 2 minggu sebelum tu yang datang ialah bos sendiri, pakai kereta Toyota Camry, pakai smart kemeja tuck in dan kasut berkilat. Kagum seminit haha! Ingatkan dia nak suruh staff dia ukur, rupanya dia sendiri yang buat. Tapi kejap je ukur tu, 5 minit dah siap. Good perception kan!





Auotage kitorang ni jenis folding dan ada track. Ada pilihan swing gate kalau nak. Biasa swing gate untuk gate yang luas bukaan nye kecil. Teringat masa kitorg nak beli autogate ni. The minimum size gate yang diorang ada adalah 12 kaki panjang. Kitorang punye la cakap gate kitorg tu size kecik je..10 kaki kot. So dia kata still kena beli yang 12 kaki then nanti potong ikut panjang gate kitorg. Alamak, rugila kan.. sebab bayar harga 12 kaki, tp nak pakai 10 kaki je. Balik tu kitorang ukur sendiri..pastu dang!!! Panjang gate kitorg adalah 15 kaki haha!..extra money lagi kena keluar adala...





Selain autogate, kitorang beli jugak lampu tiang dan juga plate number design Clover. Cuma pintu tong sampah je tak..  




Clover yang membuatkan saya tak sabar nak balik rumah..haha poyo.
Our doa moga the symbol of four-leaf clover: hope, faith, love and luck menyebelahi kami Ameen.




Tips dan pesanan khidmat masyarakat saya:

1)     Make sure autogate tu dah tertutup sepenuhnya barulah keluar dari kereta atau gerakkan kereta kalau nak keluar rumah lah. Sebab takut ada penceroboh menyelinap masuk tanpa kita sedari especially bila kita balik malam kan gelap. Nanti tanpa kita sedar, dah ada orang acu pisau kat leher...Sangat bahaya..


2)     Selain berfungsi sebagai autogate, ia boleh jugak sebagai alat penggera/alarm. Kalau nampak orang tak dikenali dan mencurigakan, tekan je button alarm untuk menakutkan orang tu. Nak halau salesman pun boleh hahaha.. So far tak pernah buat lagi ni..;)


3)     Kalau takut anak-anak main bukak tutup autogate ni, ada function button lock, so takdela diorang dok tekan2 remote control tu.





Please contact jika berminat. Sekali lagi pesan saya belilah masa exhibition, ada diskaun sket.

GRILLES.MY SDN BHD
1-3, Jalan 1/114,
Kuchai Business Centre,
Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Please call at
Tel: 1800 88 3989 (Hotline) / +603 7984 5359
Fax: +603 7980 8063
Or Email at
Contactus@grilles.my





Thank you for reading this blog!







Monday, 23 July 2012

Resepi Fettuccine Creamy Carbonara


 
Salam Ramadhan semua,
Alhamdulillah, sudah masuk hari ketiga kita berpuasa. Semalam baru saya berkesempatan memasak untuk berbuka. Menu fettuccine creamy carbonara as requested by encik suami. Walaupun banyak resepi ni boleh google je, tp saya nak share jugak kat sini. Saya belajar buat ni dulu pun kat internet, tp dah tak jumpe link tu, tp saya olah banyak ikut selera tekak saya. Dalam resepi tu tak ada sukatan and banyak bahan yang saya tambah-tambah sendiri. Saya pun tak reti  nak bagi sukatan so korang agak2 la berapa orang nak makan. Actually boleh je guna Prego tu je kan, tapi saya nak rasa lain sket plus Prego alone tak sedap sangat kot. Resepi asal hanya guna fresh cream and mushroom base, tapi saya combine fresh cream, mushroom base dengan Prego.  So dapat la kuah banyak sket. Saya pernah masak untuk open house rumah saya dulu untuk 30-40 orang makan. So… cekidaut..

Bahan-bahan A
-          Butter
-          Chopped onion dan garlic
-          Shitake mushroom

Bahan –bahan B
-          Chopped onion and garlic
-          Daun parsley
-          Coarse black pepper
-          1 kotak kecil Fresh cream
-          1 tin kecil Prego Mushroom Carbonara
-          White grape juice
-          Ayam
-          Mushroom dalam tin (ayam brand)
-          Green peas
-          Broccoli
-          Parmesan Cheese

Bahan-bahan C
-          Fettuccine or spaghetti biasa pun boleh
-          Air untuk merebus
-          Sedikit minyak masak
 
Cairkan butter dan tumis bawang sehingga layu Masukkan shitake mushroom dan tumis hingga layu dan keluar air mushroom tu. Ini adalah base untuk carbonara kita. Put aside.
 Ni adalah rupa base mushroom untuk carbonara


Di dalam periuk yang lain, tumis bawang dan daun parsley. Daun pasrley ni wajib ada kalau buat carbonara ni, kalau xde tak sedap. Masukkan coarse black pepper, jgn yang blend tu ye..Then masukkan ayam. Terpulang pada selera masing2 nak masukkan ape, seafood ke, tapi jarang buat carbonara dengan daging..and no crab stick please! Nanti spoil the taste.

Lepas ayam masak, masukkan base cendawan yang kita sediakan tadi. Kalau mat saleh diorang guna bacon so kita ganti cendawan sebagai base. Then boleh masukkan fresh cream dan white grape juice. White grape juice ni nak ganti white wine..so dengan letak grape juice ni, kite kurang guna gula sebab rase jus tu dah manis..and grape tu sendiri bagi kick kat flavour.. So bolehla tambah lagi black pepper tu sebab nak lawan rasa dull cream tu. Then masukkanlah segala bahan-bahan yang lain tu, green peas, mushroom tin, broccoli. Saya suka masukkan sayuran warna hijau sahaja. Resepi asal sampai sini shj, so kena adjust rasa dengan play around dengan black pepper (pedas), white grape juice (manis), dan cheese (masin).

Tapi saya tambah Prego Mushroom Carbonara. So yang ni optional la untuk korang, mana la tau tak jumpe nak beli prego, tapi jumpe pulak fresh cream kat supermarket. Owh..99 Speedmart tempat saya tak ada jual fresh cream ye..

kuah yang sedap akan rase lemak,pekat,pedas yg tak seberape, cheesy and ade sweet after taste.....lastly letak finely chopped parsley...done



Untuk rebus fettuccine/spaghetti, masukkan air dan sedikit minyak masak supaya tak melekat. Bila dah masak, toskan dan siram bawah air paip yang mengalir.



Tips dan pesanan khidmat masyarakat saya:


-          Bila makan carbonara ni, kitorg suka makan dengan fettuccine, kalau dengan spaghetti kureng sket. Mungkin sbb nak lawan rasa cream yang tebal tu, so kena makan dengan pasta yang jenis tebal macam fettucine tu. Kalau dengan spaghetti kitorg rasa macam tak balance in term of flavour. Kitorg rasa la..tapi ikut suka korang la nak makan dengan ape pun kan. Janji ditepati sedap kena dengan selera tekak korang.


-          amat lah tidak disarankan untuk aktiviti makan tambah menambah..sebab kuah carbonara ni pekat and creamy...so kalau nak makan banyak pun, ambik one medium portion...then after few hours ambik lagik satu portion...jangan makan banyak one go...trust me..hehhehe

plating masa sahur tadi, semalam berbuka mana sempat nak snap gambar kan.. melayan suami dan anak2 makan..sambil2 je suap makan kat diri sendiri.


 Sila lap air liur tu..





Selamat berpuasa dan menjalankan ibadah-ibadah lain di bulan Ramadhan ini.



Thank you for reading this blog!



Tuesday, 17 July 2012

Langsir Jakel dan Blind Baagus. Tidak menjengkelkan dan bagus-bagus saja haha!

Langsir ni adalah salah satu benda yang paling susah saya nak beli. Dah la tak pandai sangat bab-bab langsir ni. Pastu cerewet plk kan.. Banyak jugak la kedai saya survey: kedai-kedai kat Nilai 3 tu, Macy, Carrie, Jakel, Elyza’s. Saya nak kain yang murah tapi nampak mahal (boley camtu??) dan design eyelet kat sliding door dan French pleat untuk tingkap. Punya banyak kedai kat Nilai 3 tu satu pun tak berkenan, ada kain berkenan takde pulak warna yang nak. Plus kat Nilai 3 tu charge mahal untuk datang ukur dan installation… bukan nye jauh pun.. 5km je pun nak charge sampai RM100. Mintak pasangkan rod pun dia nak charge sampai Rm12 sekaki!! Belum harga rod nye lagi. Gile kan?

Pergi Jakel Shah Alam. Pening jugakla pilih2 kain ni. Karang lari tema la, apa la. Since dioarng offer boleh datang dan pasang free, so kira kena buat sampai jadi jugakla ngan Jakel ni. 



 Punye la lama memilih sampai saya terus terduduk kat lantai Jakel tu sampai la ada orng hulurkan kerusi hihihik… Ni tengah tunggu dia p cari kain dalam store. Ada lagi rupenye kain dalam store tuu, nape tak letak luar..? sbb tak cukup ruang pulak katanya..

Ulang-alik sampai 4 kali jugak la masa tu last2 confirm buat dengan Jakel SA. Yang bestnye, walaupun ada diskaun, boleh bg diskaun lagi. Dah total semua pun boleh diskaun lagi sampai jadi dan puas hati. Nanti bolehla cari staff nama Aisyah, sabar je dia layan kitorg yang macam-macam ni. Disebabkan nak raya ni kan, lebih kurang 2 minggu jugak la kena tunggu diorg dtg pasang. Nasib baik saya mintak diorang pasang terus rod dan rail masa datang ukur sebab boleh pakai dulu langsir yang ada lagipun bila kerja2 drill ni berhabuk..kalau rumah dah bersih dan mop, kena mop lagi ye...

So nak tengok hasilnya..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
taraaaaa........

(orang Jakel blk je, husband saya sibuk dok betul2kan langsir tu)
Tema warna: kelabu
Design: eyelet, combine kain bunga 25%, kain plain 75% (sliding door living hall), kalau kat dining hall pulak 50% kain bunga + 50% kain plain.
Saya suka design eyelet ni nampak kemas je. Kain yang plain tu jenis velvet, so dia berat dan jatuh cantik je...



 Ni gambar bila kita buka langsir bila siang. Nak ikat kat tepi pun boleh..








Ni langsir kat bilik Ammar dan Adam. Tema ‘Cars’. Punye la dia seronok sampai lari pusing-pusing bilik lepas siap pasang. Actually Ammar sendiri cakap nk langsir warna biru. Spesifically biru terang katanya. Tapi ada kain ni je kat Jakel. Sib baik ada jugak biru. Seminggu sblm pasang tu hari-hari dia tanya ‘Langsir Ammar warna biru kan? Langsir Ammar warna biru kan mama?’ Penat nak jawab. 'Ye sayang..warna biru'. Kang dia tanya lagi..'kenapa mama cakap sayang?'... dah panjang pulak conversation dia. Kain ni sedap sangat bila pegang dan boleh jugak nak buat cadar. Nanti ingat nak beli buat cadar Ammar dan Adam.

Bagus staf Jakel nni. Diorang buat kerja cekap dan pantas. Pastu tak berkira, siap offer untuk pasangkan langsir2 yang dah sedia ada kt rumah ni.


 Untuk tingkap kat dapur, tangga dan family area saya guna blind. Beli kat Baagus masa ada mid year sale haritu. Diskaun 70%. Blind ni pun orang Jakel yang pasangkan. Diorang tak kenakan extra charge pun. Memang sangat dedicated diorang buat kerja.


 Memborong blind..borong ke???

Ni contoh blind Baagus yang kitorg beli…pasang tingkap tangga. So far ok.


Disebabkan saya nak langsir warna putih untuk master bedroom, dan nak murah sket so saya tempah je la kat Nilai 3. Tapi geram betul bila dah siap..workmanship hancussss..dengan langsir kat sliding tu hanging dan tak sama panjang!!..so cahaya boleh tembus la.. hangin la saya. Ingat nak pergi balik tapi langsir dah gantung susah nak bawak turun, ni pun org Jakel yang volunteer tolong pasangkan. Bila buat design eyelet nak kena buka screw kat rod tu..kalau yang cangkuk tu sendiri bikin boleh lagi. Nak redho je ke or nak pegi komplen? Sakit mata bila masuk bilik je terus nampak langsir sliding door tu..huh!

tengokla langsir yang menyakitkat mata tu! minggu ni kasi turunnnnn...


So, nak ucapkan thanks to En. Jo (Floor Manager, Curtain Department), Aisyah (SA), dan tukang ukur dan pasang Hilman and sorry sorang lg tak tau nama. Tunggula 5-10 tahun lagi baru tukar langsir baru hehehe…

Korang dah baca IMPIANA keluaran Julai 2012? ada 60++ fesyen langsir inspirasi terkini sambut lebaran..pelbagai idea, konsep, fabric dan jenama.. sape yang still dok fikir2 pasal konsep moden kontemporari ke, English ke, mewah ke, shabby chic ke, retro ke.. apa lagi pergi beli sekarang sebelum kehabisan.


pesanan khidmat masyarakat saya:
1)     Tips pilih kain, jangan cari yang keras kejung ye..nanti macam langsir pakai skirt kembang plk kan.

2)     Dapatkan anggaran (at least) tinggi dan lebar tingkap masa pergi survey harga. Ukur sendiri dulu. Kalau dah ada rod atau rail kat tingkap tu lagi senang nak ukur. Untuk yang belum ada, nanti bila diorang datang ukur akan terlebih terkurang sket je. Biasanye lebih la kan. Bila dah ada ukuran, nanti diorang boleh kirakan berapa harga anggaran walaupun tak tepat tapi kita boleh bajet brp nak berhabis untuk langsir. Macam saya dah ada bajet sendiri, so kena cari langsir yang fit that bajet. Kalau mahal reject..terus keluar kedai. Errr..saya senyum jela ckp..’nnti kalau saya confirm saya datang lagi ye.’ Maka confirm saya tak masuk dah kedai tu! Tak sanggup nak berhabisan sampai RM7K-RM8K yang macam Elyza’s quote tu!

3)     Macam saya, saya suka beli warna-warna yang tak di telan zaman (bukan bermusim) dan design yang simple. Sebab langsir ni kita nak pakai lama. Biasa org pakai 5-10 tahun baru tukar kot. Tapi terpulang pada citarasa masing2 dan juga bajet.

4)     Untuk nampak efek siling tinggi, langsir biasanya di pasang lebih daripada tinggi atau hingga paras siling. Tapi masa pilih kain, contohnya kain bidang 110 inci, kalau corak kat kain tu melintang, paling tinggi boleh buat langsir adalah 104 inci, ni dah tolak lipat basi. So, jangan berangan nak langsir sampai siling ye. Kalau nak jugak, pilih kain yang sesuai yang tak kacau corak kain. Kalau kain bidang 110 inci, tak banyak guna kain tapi harga kain jd double dengan harga yang 60 inci.


Contoh kain yang corak melintang..so kalau nak buat menegak kena ikut la berapa panjang/tinggi langsir yang korang boleh buat.





itu saje la pengalaman saya beli langsir. Semoga korang dapat langsir impian dan selamat mendeko-deko untuk raya dan juga rumah baru anda.



Thank you for reading this blog!




Hidup Tenang dengan Paradox Alarm System

Saya pernah cerita dalam entry ni yang kami beli alarm system untuk pasang kat rumah baru kami. Area saya duduk sekarang ni dah banyak saya dengar kes pecah masuk rumah. Tapi sebenarnya dudukla kat mana2 pun sebenarnya kita tetap berisiko. Selain kitorang dah tinggikan tembok tepi rumah, cermin semua tinted dan pasang grill, kami rasakan kami tetap perlukan alarm system sebagai ciri-ciri keselamatan.





So far dah hampir seminggu jugak kitorg installed alarm system ni.  Rasa tenang la sikit nak tinggalkan rumah. Tak macam sebelum ni, masa awal2 pindah belum pasang alarm lagi, mmg rasa takut-takut jugak. Ada kes kat sini, dia baru keluar rumah dalam 15 minit, rumah dia dah kena pecah masuk, nmpak sangat pencuri tu mmg dah aim rumah tu dan perhatikan orang keluar masuk. Baca tak paper metro kot baru-baru ni yang pasangan husband and wife tu tidur dalam kereta sebab trauma rumah dia kena pecah masuk sebnyak 2 kali dalam tempoh seminggu. Kalau saya pun trauma tambah2 yang acu pisau ke parang ke kan.. Eh, Mawi dah pasang alarm system belum kat banglo dia tu? *Sibuk*.



Di dalam rumah kita ni akan dibahagikan kepada beberapa zon untuk kita tahu bila ada dengar alarm, zon mana yang berbunyi. Di setiap pintu dan tingkap diletakkan magnetic supaya kalau ada gegaran pada grill disebabkan cubaan untuk menceroboh, alarm akan berbunyi. Kalau korang beli system yang boleh hantar sms terus ke handphone, korang akan terus dapat tahu masa tu jugak. Kalau tak, pihak company akan call bgtau yang alarm berbunyi. So, mmg kena ada connection wayar telefon. Motion sensor pula diletakkan ditempat2 tertentu, so alarm akan berbunyi kalau dia detect ada orang kat situ. Tapi kalau korang nak bangun tengah malam nk ke dapur minum air ke, boleh off dulu alarm tu atau letak alarm dalam sleep mode. Kalau siang hari pun kalau kita ada kat rumah kita boleh letak alarm dalam sleep mode tapi dengan syarat jangan bukak pintu. Duduk sorang2 kat rumah bahaya jugak kan. Kalau ada tetamu yang bermalam pun kita kena inform diorang dan better letak alarm dalam sleep mode. Sleep mode ni bermaksud alarm masih berfungsi tapi dia tak detect pergerakan (motion sensor off). Bila keluar rumah (tiada orang di rumah) letak dalam mode ARM (full alarm). Bila balik rumah je, lepas bukak pintu perkara pertama yang orang kena buat ialah kena off kan alarm, kalau tak..berbunyi la alarm tu. Kita boleh set sendiri berapa lama masa yang kita nak untuk selang masa dari bukak pintu untuk off kan alarm…30 saat, 45 saat, 3 minit..terpulang. Nak off alarm hanya perlu tekan password. Masa dok testing testing alarm ni, ada sorang guard tiba-tiba je datang rumah, so maknanya alarm ni akan alert kan security guard jugakla dan juga jiran-jiran. 



 Kat luar rumah ada pasang box ni, pencuri pon fikir banyak kali kot kalau nak ceroboh masuk  jugak kalau nampak ni. 




So senang kan. Sesiapa yang rasa nak install Paradox Alarm System ni boleh hubungi number kat bawah ni. Saya suggest korang beli time exhibition macam HomeDec ke sebab akan ada diskaun. Murahla sket. Harga saya pernah mention jugak entry ni.  So tagline saya ialah.. ‘Hidup tenang dengan Paradox Alarm System’. *Hiperbola* haha!!


Ions Technologies Sdn Bhd
Mr. Pang (Seremban): 0126083450
Eira (KL): 012-6436861








Thank you for reading this blog!