Wednesday 25 July 2012

Kes Pecah Rumah dan Tips Keselamatan

 

Minggu lepas, jiran selang sebuah rumah telah dimasuki pencuri semasa waktu bekerja which means siang hari. Masa dengar tu I was like aaaaaa…terkejut. Sangat terkejut. Yela sebab selang sebuah je kan. Saya baru je post entry pasal Paradox Alarm System hari selasa lepas then balik rumah malam tu dengar pulak cerita macam ni. Modus operandi nye ialah, diorang pecahkan mangga, umpil keluar grill yang kat sliding door  (Farah and Fizi, correct me if I’m wrong). Diorang selongkar habis master bedroom and I believe diorg cari duit dan barang kemas. Barang-barang macam tv, dvd player tak terusik pun. Tapi laptop dan perfume je diorang ambil. Dari cerita tu dan juga cerita-cerita sebelum ni, saya membuat beberapa kesimpulan yang pencuri-pencuri ni memang dah aim rumah yang diorang nak pecah masuk tu. Diorang buat keje2 ni masa orang semua pegi keje. Agak professional la jugak tapi mungkin keje budak2 based on what barang yang diorang ambil. Atau mungkin diorang fikir boleh datang second round? 

 

 

Saya rasa perlu ada pondok polis di PCH ni memandangkan banyak sangat kes-kes pecah rumah ni dan tingkatkan rondaan especially time orang pg keje. Luluh hati kan bila balik rumah tengok rumah kena pecah. But lagi malang kalau berlaku waktu ada orang dalam rumah, ikat then berparang-parang, dan ada pulak kes rogol..Nauzubillahiminzalik..

 

 

Diorang yang aim rumah kita ni mesti tahu pukul berapa kita keluar dan balik rumah, dan saya suggest jika boleh biarlah rutin harian kita berbeza supaya diorang tak dapat kesan. Tapi yang ni memang susah, sbb kebanyakan daripada kita bekerja suami isteri kan. 

Apa yang penting, berbaik-baiklah dengan jiran ok. 

 

 

 

Saya perasan ada beberapa motor budak-budak muda yang lalu lalang di depan rumah saya sambil menunjuk-nunjuk rumah seolah-olah diorang mmg diorang ni stalker. Dan ada sebuah kereta pada hari ahad lepas juga yang berhenti dan lepak menghisap rokok ditepi sebelah luar tembok rumah saya. Disebabkan rumah saya bertinted, dan tembok melepasi paras ketinggian manusia, orang luar memang tak nampak kita kat dalam, dan saya sempat mengambil gambar dan juga no plat kereta. Husband saya yang sedang mencuci grill di tingkat atas yang perasaan diorang ni. Apa yang pelik kenapa berhenti kat situ? kalau tunggu kawan, kenapa kat situ sebab jalan tepi rumah saya tu bukanlah jalan favourite untuk orang lalu-lalang. Ada 3-4 orang dalam kereta wira kelabu tu, sorang keluar hisap rokok, dan yang lain2 bukak pintu tapi still duduk di dalam kereta. Tapi perbuatan diorang ni memang mencurigakan.

 

 

 

 

Kat bawah ni ada Tips Pencegahan Jenayah Rompak, Samun dan Pecah Rumah yang saya petik dari satu website untuk kita share dan consider jika masih praktikal untuk keselamatan.



1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.


15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
 

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

 





Pesanan khidmat masyarakat saya:


Berdoa dan bertawakal lah kepada Allah selepas segala usaha yang kita lakukan. Mari amalkan ayat 1000 dinar (klik untuk baca) seperti entry saya yang lepas selepas solat 5 waktu, Insya Allah mudah-mudahan kita mendapat perlindungan daripada kezaliman orang-orang tamak.






 
Thank you for reading this blog!







5 comments:

iya said...

huhuhu...risau laaaa.smlm pon umah kawan kena masuk.mak dia kena ikat lak tu.Alhamdulillah xde pe :(

Husna said...

saya pun risau..
redho dan tawakal sahaje atas usaha yg kitorg dah buat.

myaini said...

haih...bab-bab ni memang menakutkan....boleh berdoa jela....kalau kena masa kat rumah lagi takut...kena ikat bagai...ngerinya....kalau boleh tak nak pk pasal ni...tapi memangdangkan nanti nak pindah rumah baru...jadi takut pulak..hope semuanya ok la kan...

BAHIYAH AMANI said...

Ya la Husna, mmg trend sekarang ni dorang umpil grill senyap2 dan masuk ikut sliding door. Jiran sebelah pun xdgr. Pahtu curi barang kemas dan cash. Makin ramai orang jahat skrg ni....

Unknown said...

MasyaAllah.. risau perkara2 begini. moga2 Allah Taala melindungi kita semua ..amin