Tuesday, 17 July 2012

Hidup Tenang dengan Paradox Alarm System

Saya pernah cerita dalam entry ni yang kami beli alarm system untuk pasang kat rumah baru kami. Area saya duduk sekarang ni dah banyak saya dengar kes pecah masuk rumah. Tapi sebenarnya dudukla kat mana2 pun sebenarnya kita tetap berisiko. Selain kitorang dah tinggikan tembok tepi rumah, cermin semua tinted dan pasang grill, kami rasakan kami tetap perlukan alarm system sebagai ciri-ciri keselamatan.





So far dah hampir seminggu jugak kitorg installed alarm system ni.  Rasa tenang la sikit nak tinggalkan rumah. Tak macam sebelum ni, masa awal2 pindah belum pasang alarm lagi, mmg rasa takut-takut jugak. Ada kes kat sini, dia baru keluar rumah dalam 15 minit, rumah dia dah kena pecah masuk, nmpak sangat pencuri tu mmg dah aim rumah tu dan perhatikan orang keluar masuk. Baca tak paper metro kot baru-baru ni yang pasangan husband and wife tu tidur dalam kereta sebab trauma rumah dia kena pecah masuk sebnyak 2 kali dalam tempoh seminggu. Kalau saya pun trauma tambah2 yang acu pisau ke parang ke kan.. Eh, Mawi dah pasang alarm system belum kat banglo dia tu? *Sibuk*.



Di dalam rumah kita ni akan dibahagikan kepada beberapa zon untuk kita tahu bila ada dengar alarm, zon mana yang berbunyi. Di setiap pintu dan tingkap diletakkan magnetic supaya kalau ada gegaran pada grill disebabkan cubaan untuk menceroboh, alarm akan berbunyi. Kalau korang beli system yang boleh hantar sms terus ke handphone, korang akan terus dapat tahu masa tu jugak. Kalau tak, pihak company akan call bgtau yang alarm berbunyi. So, mmg kena ada connection wayar telefon. Motion sensor pula diletakkan ditempat2 tertentu, so alarm akan berbunyi kalau dia detect ada orang kat situ. Tapi kalau korang nak bangun tengah malam nk ke dapur minum air ke, boleh off dulu alarm tu atau letak alarm dalam sleep mode. Kalau siang hari pun kalau kita ada kat rumah kita boleh letak alarm dalam sleep mode tapi dengan syarat jangan bukak pintu. Duduk sorang2 kat rumah bahaya jugak kan. Kalau ada tetamu yang bermalam pun kita kena inform diorang dan better letak alarm dalam sleep mode. Sleep mode ni bermaksud alarm masih berfungsi tapi dia tak detect pergerakan (motion sensor off). Bila keluar rumah (tiada orang di rumah) letak dalam mode ARM (full alarm). Bila balik rumah je, lepas bukak pintu perkara pertama yang orang kena buat ialah kena off kan alarm, kalau tak..berbunyi la alarm tu. Kita boleh set sendiri berapa lama masa yang kita nak untuk selang masa dari bukak pintu untuk off kan alarm…30 saat, 45 saat, 3 minit..terpulang. Nak off alarm hanya perlu tekan password. Masa dok testing testing alarm ni, ada sorang guard tiba-tiba je datang rumah, so maknanya alarm ni akan alert kan security guard jugakla dan juga jiran-jiran. 



 Kat luar rumah ada pasang box ni, pencuri pon fikir banyak kali kot kalau nak ceroboh masuk  jugak kalau nampak ni. 




So senang kan. Sesiapa yang rasa nak install Paradox Alarm System ni boleh hubungi number kat bawah ni. Saya suggest korang beli time exhibition macam HomeDec ke sebab akan ada diskaun. Murahla sket. Harga saya pernah mention jugak entry ni.  So tagline saya ialah.. ‘Hidup tenang dengan Paradox Alarm System’. *Hiperbola* haha!!


Ions Technologies Sdn Bhd
Mr. Pang (Seremban): 0126083450
Eira (KL): 012-6436861








Thank you for reading this blog!





6 comments:

Mrs Saifuddin: Hidupku cintaku impianku said...

Tq Husna share info. Akan akak cuba cari RM tuk pasang jgk nanti kat PS2. Husband akak pun ckp yang area Semenyih, Beranang tu salu kes pecah masuk..scary le jugak. Tapi takkan sebab tuh xbeli rumah plak kan. Area lain xmampu plak nak beli nyer.

Husna said...

welkam k.bai..mmg kn byk menyimpan dgn rumah baru ni..mcm2 nk beli kan

DaughterSez said...

kak..how much ye masa u pasang alarm system ni

Husna said...

@DaughterSez

kos dalam RM2400
detail boleh cek entry saya sblm ni

http://husnamn.blogspot.com/2012/05/langkah-langkah-masuk-rumah-baru-apa.html

Yan Kah Luke said...

I am using CQDT Alarm System, but PARADOX is nice too!

Sebastian Loon said...

The most effective home defense systems are by IWATCHS. The systems can actually sense motion and sound with great accuracy and can tell wen the motions are made by bad guys or by home owners. The alarm sound is also often an effective deterrent to burglary unlike other systems.

The downside is that the systems tend to demand walks and can drool on the furniture.