Rasanya ramai yang baca dan alert
dengan berita Top 10 rude Malaysians habits ni. Kuala Lumpur tersenarai almost at
the bottom of a list of least courteous cities, placing it at 34th place out of
36 major cities in the world (Reader's Digest). As for me kalau nak senaraikan
memang banyak terkena dengan sikap orang-orang yang tak pandai berbudi bahasa ni.
Korang tak terasa ke bila baca ni? Kalau tanya saya, saya jawap malu walaupun saya
tak pernah buat tapi saya pernah terkena dengan sikap buruk orang-orang macamni.
Ye, memang malu sebab semua ni melambangkan attitude dan nilai diri kita di
mata masyarakat. Mungkin ada yang berfikiran ‘lantak la bukan diorang kenal pun kan’. ‘Ada aku kesah?’ Tapi hakikatnya benda-benda macam ni akan jadi terbiasa
bila depan kawan-kawan, adik beradik dan orang yang kenal kita.
Saya pernah terkena masa saya naik
LRT dan sarat mengandung. Tempat duduk dalam LRT tu penuh diduduki oleh lelaki-lelaki
dan ramai jugak masa tu lelaki foreigner. Ada yang buat-buat tidur, ada yang
buat-buat tak nampak dan pandang tempat lain. Saya saja tunjuk gagahlah pergi berdiri
dekat depan diorang, konon saje jela kan, tapi haram….sorang pun tak bangun nak
bagi tempat duduk.
Kalau pasal lift pulak, contoh terdekat
dengan saya ialah masa saya duduk apartment dulu. Tak tolong pegang kan pintu bagi
kita masuk satu hal, ni yang bila kita nak keluar lift, sibuk anak-beranak terus
rempuh nak masuk lift. Excuse me!!!bagi laluan orang nak keluar dulu boleh? Nak je kan cakap macam tu. Anak-beranak
sama je, kalau parents tak ajar macam mana la anak-anak tu nak tahu apa yang
diorang buat tu adalah tidak beradab. Pernah juga saya dan suami tegur dan cakap
kuat-kuat dengan anak-anak saya untuk beri laluan orang keluar lift dulu, dan masa
tu ada satu keluarga dan anak-anak dia nak naik lift jugak. Tapi bila anak-anak
dia sibuk nak rempuh masuk lift bila ada orang nak keluar, mak bapak dia boleh tak
tegur.Mungkin bagi diorang itu adalah perkara kecil, dan masih budak-budak. Oh
NO! Masa budak-budak la kita kena banyak tegur.
Pernah masa saya kat bookstore, saya baru
nak pegang satu buku ni dan dah pegang dah pun, then tiba-tiba ada sorang budak
datang terus ambil dari tangan saya dan tunjuk kat mak dia yang dia nak beli buku
tu.Saya pandang mak dia dan dia boleh buat tak tau je. Tegurla anak dia tu,
atau at least jegilkan mata kat anak dia pun buat saya dah puashati yang dia marah
dengan tindakan anak dia tu.
Kalau pasal troli kat shopping
complex pulak, yang ni memang banyak berlaku. Pernah tu yang letak belakang kereta
kitorang. Ewah ewah..senangnye keje ye..apalah salah nye letak kat tepi sikit kalau
malas sangat nak hantar kat tempat parking troli tu.
Kalau nak berhenti tepi jalan pulak atau
menurunkan penumpang especially kat area sekolah ke, pasar malamke, kita yang
tengah follow kereta dia dari belakang tiba-tiba dia berhenti dengan tak bagi
signal sesuka hati dia je. Dah terpaksa brek mengejut dan nak kena tunggu pulak
tu. Apalah salahnye bagi signal dan pandu ke tepi jalan, dan berilah laluan kat
kereta belakang nak lalu. Sama jugak kalau tengah tunggu nak masuk parking.. tolonglah
bawak kereta tu ketepi sikit dan bagi laluan kereta kat belakang nak lalu. Ni
yang selalu jadi jem especially kat parking shopping complex. Selfish betul!
Bila kat TV sibuk berkempen iklan budi
bahasa, saya rasa memang parah! Nak ucap ‘terima kasih’ pun nak ada orang
ajar..memang parah! So, memang betul pun yang rakyat Malaysia ni kurang budi
bahasa, tu yang keluar senarai top 10 dengan ranking tu.
Dengan keluarnye ranking dan senarai
Top 10 rude Malaysian habits tu, kat sini saya nak berkempen, marilah menjadi
orang berakhlak seperti akhlak Rasullulah, ke mana sahaja baginda pergi,
sentiasa memuliakan orang lain termasuk bukan muslim. Kita bentuk diri kita menjadi
peribadi muslim dan didik anak-anak kita supaya bersopan santun dari segi percakapan,
perbualan dan perbuatan. Ubah sikap kita dari panas baran kepada penyabar, dari
selfish kepada memikirkan risiko keatas orang lain, dari biadap kepada berakhlak
mulia. Boleh la nyanyi lagu “Budi Bahasa” yang Siti Nurhaliza nyanyi tu..banyak senarai
akhlak mulia dalam lagu tu. Bila kita semua berakhlak, kurang la stress, bila kurang
stress, kurang lah risiko dapat penyakit seperti hypertension, jantung dan
lain-lain. Bila kita sihat, ada banyak perkara-perkara dalam hidup ni yang boleh
kita nikmati dengan gembiranya. Dan saya perasan, sejak saya
berkahwin ni, banyak tindak tanduk saya dipengaruhi oleh teguran dan juga akhlak
yang ditunjukkan oleh suami saya.
Ingatlah, berakhlak mulia juga adalah
satu bentuk dakwah.
Thank you for reading this blog!