Wednesday, 10 October 2012

Saya Bukan Saleperson Seri Pajam Development

 

Sejak saya dan husband beli rumah Seri Pajam di Perdana College Heights, entry di blog ni banyak mengenai rumah baru, update terkini di Pajam dan juga rumah-rumah baru yang Seri Pajam iklankan. Tapi saya nak bagitau kat sini, saya bukan salesperson Seri Pajam tau. Walaupun saya pernah promote Aria Park, Zeta Park @Citra Hill, Seri Pajam tak pernah bagi ape2 pun kat saya hahaha… but I wish! 

Saya mendapat respon yang positif dari reader blog ni yang entry saya mengenai rumah dan juga perkembangan terkini di Pajam banyak membantu diorang. Ada yang call, sms, tinggalkan komen kat blog, emel. Terima kasih banyak-banyak semua. Saya memang tak dapat ape2 cuma saya puas hati dengan menulis dan berkongsi. Sharing is caring. Bila ramai orang beli rumah kat sini, hopefully makin cepatlah Pajam ni membangun. Tu je yang saya harapkan.

 Btw, Seri Pajam ada bagi point dalam program Member Get Member, dan points terkumpul ni kita boleh redeem barang-barang yang Seri Pajam sediakan seperti aircond, water filter dsbg. So kalau you all baca blog ni and terpaut lantas membeli rumah-rumah Seri Pajam, bolehla bgtau diorang nama kitorang so that kitorang boleh dapat points, dan korang of course akan dapat point jugak sebab korang dah beli rumah Seri Pajam. Kitorang pernah redeem aircond 1HP dengan satu kipas Panasonic 4 blades. Ok la tu kan, nak masuk rumah baru macam-macam nak beli at least membantu la sket2.

Tapi kalau korang baik hati hehehe..malu pulak nk tulis ni..boleh bagi nama husband saya kat Seri Pajam Development kalau korang jadi beli rumah:

 
Mohd Alias Ibrahim

Lot: PT 14929 (D Camelia Extra, Perdana College Heights)

 

 

Thank you for reading this blog!

 

 
 
 
 
 

8 comments:

Atia Adina said...

saya terjumpa blog awak ni masa google pasal nak masuk rumah baru.....sekali baca terus terbekanan.....terus follow pas tu....good entry & info.....

Husna said...

Thank you @Atia Adina
saya pun follow blog awak..suka bc entry and update pasal rumah baru awak..keep writing and updating

BAHIYAH AMANI said...

Salam Husna

Lama nyer tak jumpa. Nanti le kalo free otw blik rompin boleh pusing2 umah Husna tgok rumah area Pajam tuh. :)

Husna said...

K.bai..
lama kan tak jumpe..
singgah la rumah bila2 nanti..

ibuwafi said...

Husna, nak tanya. Lot rumah untuk bumi under project SPD memang limited ker? I plan to buy a unit under Zeta Park but was informed unit for Bumi dah sold out. So I won't be getting the 5% discount for Bumi price which is around RM15k and need to pay normal price. So rasa macam rugi pulak!

Husna said...

@ibuwafi,

sorry, lambat reply. Saya tak sure brp byk lot untuk bumi and non bumi, tapi dulu ms area rumah saya pernah ternampak pelan diorang banyak untuk bumi. Mungkin ramai bumi beli tu yg cepat habis..

MNM said...

Husna & Hubby,

Syabas dan terima kasih dgn blog ini...byk saya dpt maklumat mengenai pembangunan sekitar Pajam. Blog ini memberi saya semangat utk teruskan semula projek bina rumah saya di Pajam ini.

Saya turut promote rakan-rakan utk membeli property di Pajam ni ...sila baca thread saya di Carigold Forum >>> Pajam:Banglo Lot Mampu Milik

Property Malaysia said...

Terima kasih atas artikel dan blog anda. Anda melakukan perbuatan baik dengan menulis maklumat yang berguna untuk komuniti.