Tuesday, 31 July 2012

Top 10 Rude Malaysian Habits, Kuala Lumpur Ranked 34 out of 36 major cities in the world. Nak ubah atau nak kekal?



Rasanya ramai yang baca dan alert dengan berita Top 10 rude Malaysians habits ni. Kuala Lumpur tersenarai almost at the bottom of a list of least courteous cities, placing it at 34th place out of 36 major cities in the world (Reader's Digest). As for me kalau nak senaraikan memang banyak terkena dengan sikap orang-orang yang tak pandai berbudi bahasa ni. Korang tak terasa ke bila baca ni? Kalau tanya saya, saya jawap malu walaupun saya tak pernah buat tapi saya pernah terkena dengan sikap buruk orang-orang macamni. Ye, memang malu sebab semua ni melambangkan attitude dan nilai diri kita di mata masyarakat. Mungkin ada yang berfikiran ‘lantak la bukan diorang kenal pun kan’. ‘Ada aku kesah?’ Tapi hakikatnya benda-benda macam ni akan jadi terbiasa bila depan kawan-kawan, adik beradik dan orang yang kenal kita.



Saya pernah terkena masa saya naik LRT dan sarat mengandung. Tempat duduk dalam LRT tu penuh diduduki oleh lelaki-lelaki dan ramai jugak masa tu lelaki foreigner. Ada yang buat-buat tidur, ada yang buat-buat tak nampak dan pandang tempat lain. Saya saja tunjuk gagahlah pergi berdiri dekat depan diorang, konon saje jela kan, tapi haram….sorang pun tak bangun nak bagi tempat duduk.




Kalau pasal lift pulak, contoh terdekat dengan saya ialah masa saya duduk apartment dulu. Tak tolong pegang kan pintu bagi kita masuk satu hal, ni yang bila kita nak keluar lift, sibuk anak-beranak terus rempuh nak masuk lift. Excuse me!!!bagi laluan orang nak keluar dulu boleh? Nak je kan cakap macam tu. Anak-beranak sama je, kalau parents tak ajar macam mana la anak-anak tu nak tahu apa yang diorang buat tu adalah tidak beradab. Pernah juga saya dan suami tegur dan cakap kuat-kuat dengan anak-anak saya untuk beri laluan orang keluar lift dulu, dan masa tu ada satu keluarga dan anak-anak dia nak naik lift jugak. Tapi bila anak-anak dia sibuk nak rempuh masuk lift bila ada orang nak keluar, mak bapak dia boleh tak tegur.Mungkin bagi diorang itu adalah perkara kecil, dan masih budak-budak. Oh NO! Masa budak-budak la kita kena banyak tegur.




Pernah masa saya kat bookstore, saya baru nak pegang satu buku ni dan dah pegang dah pun, then tiba-tiba ada sorang budak datang terus ambil dari tangan saya dan tunjuk kat mak dia yang dia nak beli buku tu.Saya pandang mak dia dan dia boleh buat tak tau je. Tegurla anak dia tu, atau at least jegilkan mata kat anak dia pun buat saya dah puashati yang dia marah dengan tindakan anak dia tu.




Kalau pasal troli kat shopping complex pulak, yang ni memang banyak berlaku. Pernah tu yang letak belakang kereta kitorang. Ewah ewah..senangnye keje ye..apalah salah nye letak kat tepi sikit kalau malas sangat nak hantar kat tempat parking troli tu.





Kalau nak berhenti tepi jalan pulak atau menurunkan penumpang especially kat area sekolah ke, pasar malamke, kita yang tengah follow kereta dia dari belakang tiba-tiba dia berhenti dengan tak bagi signal sesuka hati dia je. Dah terpaksa brek mengejut dan nak kena tunggu pulak tu. Apalah salahnye bagi signal dan pandu ke tepi jalan, dan berilah laluan kat kereta belakang nak lalu. Sama jugak kalau tengah tunggu nak masuk parking.. tolonglah bawak kereta tu ketepi sikit dan bagi laluan kereta kat belakang nak lalu. Ni yang selalu jadi jem especially kat parking shopping complex. Selfish betul!





Bila kat TV sibuk berkempen iklan budi bahasa, saya rasa memang parah! Nak ucap ‘terima kasih’ pun nak ada orang ajar..memang parah! So, memang betul pun yang rakyat Malaysia ni kurang budi bahasa, tu yang keluar senarai top 10 dengan ranking tu.





Dengan keluarnye ranking dan senarai Top 10 rude Malaysian habits tu, kat sini saya nak berkempen, marilah menjadi orang berakhlak seperti akhlak Rasullulah, ke mana sahaja baginda pergi, sentiasa memuliakan orang lain termasuk bukan muslim. Kita bentuk diri kita menjadi peribadi muslim dan didik anak-anak kita supaya bersopan santun dari segi percakapan, perbualan dan perbuatan. Ubah sikap kita dari panas baran kepada penyabar, dari selfish kepada memikirkan risiko keatas orang lain, dari biadap kepada berakhlak mulia. Boleh la nyanyi lagu “Budi Bahasa” yang Siti Nurhaliza nyanyi tu..banyak senarai akhlak mulia dalam lagu tu. Bila kita semua berakhlak, kurang la stress, bila kurang stress, kurang lah risiko dapat penyakit seperti hypertension, jantung dan lain-lain. Bila kita sihat, ada banyak perkara-perkara dalam hidup ni yang boleh kita nikmati dengan gembiranya. Dan saya perasan, sejak saya berkahwin ni, banyak tindak tanduk saya dipengaruhi oleh teguran dan juga akhlak yang ditunjukkan oleh suami saya.





Ingatlah, berakhlak mulia juga adalah satu bentuk dakwah.





Thank you for reading this blog!






4 comments:

PearlKaz said...

Saya sangatlah setuju dgn apa yg ditulis dlm entry ni... Kalau dulu org selalu ckp org cina singapore kiasu.. skrg semua org kiasu.. anak2 jd kurang adab, sampai sanggup rampas buku yg dipegang mcm tu, mcm reflection mak dia pun mcm tu... honestly, kalau saya pun terkedu.. tp kalau kena kat abg ipar saya benda2 yg kena kat akak tu, mmg dia sound terus... huhuhu..

Husna said...

@Pearl Kaz

kannn..kadang2 tu tak paham ngan diorang ni..asyik nk pentingkan diri sendiri je..kalau org yang saya kenal most probably saya tegur jugak.. org luar ni susah sket

BAHIYAH AMANI said...

Wahh...entry ni mmg best. Kat paper mana kuar ni Husna?. Kat umah akak pun ada 1 family ni, bila bapak dia benti kete kat tepi lif jek..anak2 dia berlari ke lif dan tutup button lif tu sambil ckp kat sape2 yg tiba kat situ supaya tunggu mak dia. Padahal ada 2 lif kat situ, tak lama pun nak tunggu coz satu blok ada 4 lif. Terpaksa le kita ni tunggu mak dia ambik baby pahtu ambik barang2 dlm kete. Hampeh!!!!

Husna said...

dlm The Star, survey ni by Reader's Digest. Last week punye paper. dengar kat radio hotfm haritu diorg bincang pasal ni