Tuesday, 24 July 2012

Clover Autogate by Grilles.My

Owh.. cerita pasal rumah memang tak habis-habis kan. Kali ni nak cerita pasal autogate. Sebenarnye autogate ni satu keperluan jugak tapi bila dah berlebih-lebih tu lebih kepada kehendak sebenarnye .. tapi bila dah ada autogate memang senang, selain memudahkan keluar masuk, ada ciri-ciri keselamatan juga.Boleh je tambah motor pada gate yang sedia ada, tapi nak juga yang cantik. Kehendak ni..kehendak...:)




We chose clover autogate from Grilles.My. Memang masa mula-mula tengok memang sudah jatuh cinta pandang pertama. Clover ni ada makna tersendiri dalam psychology of home decoration (ni reka sendiri haha!)

"The four-leaf clover is a symbol of hope, faith, love and luck. Its appeal lies in its rarity and simplicity. Add a touch of allure to your home today".. Grilles.My


Grilles.My is part of CS Group. Their products designs are owned by CSA (CS Alloy Design Sdn. Bhd.). So sesape yang pernah tengok autogate CSA, material diorang ni sama ye. CSA ada banyak design cantik2..memang rambang mata tapi poket tak cukup penuh nak beli..



Kitorang beli autogate ni masa Perfect Livin 2012. Saya pernah cerita kat entry ni dulu Abah sibuk discuss, Ammar sibuk menulis as usual..



They claim autogate diorang dibuat daripada besi tempa (wrought iron), aluminium dan jugak alloy. Kalau ikut sejarah, besi yang digunakan oleh Blacksmith, sehingga 1700, mempunyai kandungan karbon yang sangat rendah (0.04%) dan boleh dianggap sebagai besi yang hampir tulen. Ia adalah sangat mulur dan mudah dibentuk, tetapi agak lembut, dengan struktur bergentian kekotoran dan hanya boleh keras selepas meningkatkan kandungan karbon. Grilles.My menggunakan aloi karbon besi yang dikenali sebagai "Sweet" atau "ringan" Keluli dengan kandungan karbon yang lebih tinggi di antara 0.2% dan 0.6% dan dengan kekuatan yang unggul. Tukang besi moden akan menggunakan kimpalan elektrik untuk gabungan lebih cepat dan lebih dipercayai.


Untuk meningkatkan kekerasan, penampilan terhadap logam asas dan daya tahan terhadap karat, besi ni disadur atau electroplating dengan chromium atau dipanggil ‘Chrome plating’. Lepas tu sadur atau galvanize dengan zink to produce a product of coating zinc-iron alloy. 


As a summary, diorang  nak cakap besi diorang ni tahan karat dan kuat.





Kerja-kerja pemasangan ni sebenarnya before kitorang pindah lagi. Yang bestnye, masa ukur 2 minggu sebelum tu yang datang ialah bos sendiri, pakai kereta Toyota Camry, pakai smart kemeja tuck in dan kasut berkilat. Kagum seminit haha! Ingatkan dia nak suruh staff dia ukur, rupanya dia sendiri yang buat. Tapi kejap je ukur tu, 5 minit dah siap. Good perception kan!





Auotage kitorang ni jenis folding dan ada track. Ada pilihan swing gate kalau nak. Biasa swing gate untuk gate yang luas bukaan nye kecil. Teringat masa kitorg nak beli autogate ni. The minimum size gate yang diorang ada adalah 12 kaki panjang. Kitorang punye la cakap gate kitorg tu size kecik je..10 kaki kot. So dia kata still kena beli yang 12 kaki then nanti potong ikut panjang gate kitorg. Alamak, rugila kan.. sebab bayar harga 12 kaki, tp nak pakai 10 kaki je. Balik tu kitorang ukur sendiri..pastu dang!!! Panjang gate kitorg adalah 15 kaki haha!..extra money lagi kena keluar adala...





Selain autogate, kitorang beli jugak lampu tiang dan juga plate number design Clover. Cuma pintu tong sampah je tak..  




Clover yang membuatkan saya tak sabar nak balik rumah..haha poyo.
Our doa moga the symbol of four-leaf clover: hope, faith, love and luck menyebelahi kami Ameen.




Tips dan pesanan khidmat masyarakat saya:

1)     Make sure autogate tu dah tertutup sepenuhnya barulah keluar dari kereta atau gerakkan kereta kalau nak keluar rumah lah. Sebab takut ada penceroboh menyelinap masuk tanpa kita sedari especially bila kita balik malam kan gelap. Nanti tanpa kita sedar, dah ada orang acu pisau kat leher...Sangat bahaya..


2)     Selain berfungsi sebagai autogate, ia boleh jugak sebagai alat penggera/alarm. Kalau nampak orang tak dikenali dan mencurigakan, tekan je button alarm untuk menakutkan orang tu. Nak halau salesman pun boleh hahaha.. So far tak pernah buat lagi ni..;)


3)     Kalau takut anak-anak main bukak tutup autogate ni, ada function button lock, so takdela diorang dok tekan2 remote control tu.





Please contact jika berminat. Sekali lagi pesan saya belilah masa exhibition, ada diskaun sket.

GRILLES.MY SDN BHD
1-3, Jalan 1/114,
Kuchai Business Centre,
Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Please call at
Tel: 1800 88 3989 (Hotline) / +603 7984 5359
Fax: +603 7980 8063
Or Email at
Contactus@grilles.my





Thank you for reading this blog!







4 comments:

michael said...

nice-looking gate! keep the posts coming. good reference utk saya. ;-)

Husna said...

thanks michael,
nice to have a loyal reader like you.
hope to see you in PCH nanti :)

uhibbu said...

sis, berapa yer kos autogate nih

Husna said...

Tak brp ingat harga sbnr..tapi dlm anggaran rm7000++. Tapi ni discounted harga sbb beli masa promotion. Harga sbnr mgkn lbh mahal