Friday 19 October 2012

HOME DECO: Kids Zone



Last week kitorang sibuk hunting for kid’s table, senang untuk Ammar dan Adam buat homework dan bermain. Nak pegi Ikea dah rasa jauh sangat sekarang sejak dok Pajam ni, so kitorang plan nak cari kat Toys r Us kat Alamanda tapi meja yang kitorang nak tu takde pulak. Pegi Aeon Cheras Selatan pun takde, Carefour pun semua habis stock. D
Kat Carefour BTHO. Yang ni kecik sangat dan rendah.
Yang ni saiz ok tapi warna pink la pulak..no no no..
Budak-budak dah bising-bising sikit bila balik tak beli meja diorang tapi dah janji hari selasa masa abahnya post call nak pegi beli.
Lepas lunch hari selasa lepas, kitorang pegi beli tak bawak diorang sebab masing-masing tak larat, saya jalan dah macam robot sebab semalamnye kan saya jogging (nampak sangat tak fit) hihih, husband lagi la kalau oncall kat ICU memang tak cukup tidur.
So, ke mana lagi kitorang kalau bukan Ikea. Terpaksa. Kalau dari Cheras nak ke Ikea takdela rasa jauh sangat. Ada a few choices. Suka betul kat bahagian kids ni. Banyak barang comel-comel.
Dah browse online sebelum pergi and memang target kaler biru tu. Kalau meja rectangle kaler biru atau pink sahaja, kalau bulat ada warna hijau sahaja. Limited kalernya. Suka kaler hijau tu tapi kalau bulat nanti akan ambil space.
 Beli carpet jugak, pilih yang sesuai dengan ruang dan juga boys. Dah ukur siap-siap berapa saiz ruang tu so senang nak pilih carpet.
 Saya nampak dapur ni sangat comel, teringat kat Adam. Dia kan suka tolong saya kat dapur (Ammar suka jugak tapi Adam lebih sikit). Mesti best kalau Adam dapat ni. Tak salahkan beli dapur untuk boys? Tapi saya tak beli la, mahal! Lagipun tak masuk dalam shopping list ye.
  
Petang tu bila ambik diorang kat nursery, ayat pertama yang keluar dari mulut Ammar, ‘mama dah beli meja?’
Haaa…kan, nasib baik beli sebab dah janji kan. Janji ditepati!!
Sampai je rumah, tak sabar-sabar nak pasang dan diorang pun tolong sama pasang. Memang nak diorang involve so that diorang ada rasa kepunyaan dan sayang kat barang diorang.
Ni masa pasang kerusi. Beli 3 kerusi lain-lain warna tapi sama jenis; hijau, kuning dan putih. Memang diorang dah pesan, Ammar nak kaler kuning, Adam nak kaler hijau. Saje beli 1 kerusi extra just in case ada orang datang bawak anak, boleh duduk sekali.



Baca manual dulu sebelum pasang, Ammar ni dari dulu kitorang panggil dia ‘mat protokol’ kihkihkih.. yela, nak buat keje ada protocol.
Elok Ammar habis baca manual, abah dah pasang 2 kaki meja dah. Dia sambung jela pasang selebihnya.
Yang si kecik Adam ni pun nak gak tolong.. ape yang penting..kerjasama!
= the happiness
Abang ajar adik buat homework.
kawan-kawan Adam..
Actually barang mainan diorang banyak kat atas ada 2 kotak besar lagi, tapi most of the time kitorang duduk bawah. So, buatla satu zone untuk diorang kat bawah ni. Letak sikit yang diorang nak main je kat bawah, nanti dah bosan tukar dengan yang kat atas, takdelah nampak bersepah sangat.. Nanti kalau ada tetamu yang ada anak-anak kecil, boleh main kat situ without kacau ruang tamu. Bolehla tengok-tengok jugak sambil bersembang. Kalau diorang main kat atas, kita tak nampak apa la yang diorang buat. Sebelum masuk tidur, bila tanya dah kemas tak barang mainan n meja, kalau belum diorang akan keluar balik kemas baru masuk tidur. Bila ada good commitment, ada tanggungjawab, mama pun senang hati.
Thank you for reading this blog!




11 comments:

Nora Karim said...

saya buat juga play zone untuk anak2 saya.. tp tak nampak comei mcm ni... haih nak deco play zone jugaklah...! hehe

Husna said...

thank you nora. nanti share ye dh siap deko. ni pun simple2 je. kalau kat bilik boleh deko dinding: letak sticker ke.. ni kat living hall xberani la buat nnti cacat permandangan plk

Atia Adina said...

dulu sebelum pindah selalu janji ngan atia nak belikan dia meja macam tu....tapi pas pindah...senyap jer....dia pun tak ingat dah...hahaha...tapi suka lah tgk....menarik....atia just ada kerusi jer...warna hijau

fiona emelda said...

cantikla kids room tu... carpet tu beli kat ner?So cute

Husna said...

@fiona
beli kat ikea..
actually ni bukan room pun..ada ruang sket kat tepi living hall..

NanieZara said...

sis,bape harga meja tuh eh...im looking for kids table utk buat befday present for my daughter...

NanieZara said...

sis,bape harga meja tuh eh...im looking for kids table utk buat befday present for my daughter...

Husna said...

@NanieZara
harga meja rm119. Boleh cek kt website ikea

http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/childrens_ikea/18767/

Husna said...

@NanieZara
harga meja rm119. Boleh cek kt website ikea

http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/childrens_ikea/18767/

Husna said...

@NanieZara
harga meja rm119. Boleh cek kt website ikea

http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/childrens_ikea/18767/

Unknown said...

wow katil pull out tu beli mana dan lampu tidur@belajar tu nama apa ya dari ikea kan.tx:)