Wednesday, 31 October 2012

CUTI HARI RAYA HAJI YANG BERMAKNA

 
 
Petang hari raya haji haritu saya anak beranak without my husband balik kg saya kat perak tumpang kakak saya. Husband saya esoknya hari sabtu raya kedua tu oncall, tu yang tak dapat balik kg. Meriah jugak raya kali ni, hampir semua adik beradik ada kecuali adik saya yang belajar kat Indon dan jugak husband saya je yang takde. Raya haji kali ni pun sebab long weekend, kalau tengah minggu macam tahun-tahun lepas rasanya tak balik kg jugak. Adik saya yang doctor tu ada buat korban seekor lembu, tu yang semua pakat-pakat balik. Memang kecoh rumah, bila kitorg 4 beradik yang perempuan ni kat dapur.
 
inilah lembu yang ready untuk dikorbankan..dibaringkan menghadap kiblat
 
Allahuakbar..Allahuakbar…sepanjang masa abah sembelih kitorang bertakbir dan berdoa moga ibadah korban ni diterima Allah. Abah saya pesan baca Inna solati..wa nusuki..(sampai habis dan diulang2).
 
 
Alhamdulillah..setel. Moga setiap titisan darah yang mengalir, setiap bahagian daging yang disedekahkan adalah pahala. Abah saya yang jadi tukang sembelih. Kalau kt kg ni ada yang nak sembelih lembu, kambing , kerbau kebanyakannya panggil abah saya. Yang baju merah tu abanglong saya. Ingat lagi, dulu abanglong tak boleh tengok darah mesti pening2 sampai nak pengsan, now dah ok. Kalau kat tempat dia, ada jugak orang mintak tolong dia sembelih. Sorang lagi dalam family yang boleh sembelih ni ialah adik saya yang kat Indon tu. Tak ramai yang boleh sembelih lembu kambing ni, yang jadi tukang lapah memang ramai boleh buat.
 
kitorang jadi penonton, lepak2 kat sini jap lepas sembelih tu. Budak-budak ni semua muka tak mandi pagi lagi hahaha… diorang ni dikejutkan dari tidur untuk tengok tokwannya sembelih lembu. Pengalaman yang jarang2 macam ni mana boleh dilepaskan. Yang tengah tu kakak saya, anak no. 2 dalam keluarga, yang hujung sebelah kanan sekali tu adik saya (perempuan bongsu) yang buat korban ni.
 
 
 
Ni di antara yang dok melapah daging korban…2 orang abang ipar, adik and adik ipar saya.
 
 
daging-daging ni ditimbang dalam 500g satu plastic untuk diagihkan. 1/3 daripada hasil korban sahaja yang boleh kitorg ambil, selebihnya perlu disedekahkan.
 
 
 
ini bungkusan daging korban yang ready nak diagihkan. Seronok tengok adik dan anak-anak buah saya pergi dari rumah ke rumah nak bagi daging korban. Yang kelakarnya, sebelum pergi tu siap buat skrip, yela nanti orang tanya ni sape kang terkulat2 pulak nak jawab kan. Adik saya ajar anak2 buah saya ckp, ‘Assalamualaikum…saya cucu Ustaz Mohd Noor, datang ni nak bagi daging korban’. Anak-anak buah saya tu sorang form 2, sorang lagi tu darjah 5.
 
 
Orang lain sibuk dengan melapah daging korban, yang kecik2 dalam rumah ni tak boleh diabaikan. Kalau tak diberi perhatian ada yang akan menganggu/meragam dan macam-macam hal lagi. Saya memang sediakan bahan untuk buat pertandingan mewarna. Seronok tengok budak2 ni mewarna.
 
 
Ammar paling cepat mewarna. Dia siap dulu.
 
 
Paling saya tak sangka, Adam pun boleh tahan jugak saya tengok skill dia mewarna. Kalau tak, asyik conteng je dia. Bila buat pertandingan camni dan makngah nye siap janji nak kasi hadiah RM2 untuk yang paling cantik, masing-masing bersungguh-sungguh buat. At last, masing-masing dapat RM2 sebab semuanya cantik-cantik. Yelah, mana boleh nak bezakan sangat nanti ada yang terasa. Tapi memang betul pun, semua cantik-cantik.
 
 
Bila semua kerja2 hantar daging korban setel, apa lagi..saat yang ditunggu2 ialah.. terjun sungai!! Belakang rumah mak abah saya ada sungai ..sila jgn tak percaya...sangat best!
 
 
tengah hari tu makan ramai-ramai memang seronok. Kitorang buat sup tulang, daging bakar cicah air asam, daging black pepper…ni yang kitorang 4 beradik perempuan yang masak, mak saya hanya masak otak masak lemak kuning. Semua lauk pauk berasaskan daging. Tak larat nak masak macam-macam. Sape yang tak makan daging tu, nasib la ye. Yang lelaki makan kat luar..kitorang yang perempuan makan dalam rumah..
 
 
 
 
Petang tu lepak2 lepas makan, kupas tebu bawak pergi mesin kat kedai.
 
 
Hasilnya dapat 2 jug air. So fresh!!! sedap betul.
 
 
 
Lepas tu, kait buah rambutan yang tak berapa nak masak lagi..boleh la nak makan sebab ntah bila lagi nak balik kg pasni. Resam budak bandar, takde pulak budak-budak ni yang nak panjat2 pokok ..kait je la nak makan buah hehehe..
 
Dalam dok sembang2 petang tu, abah saya cakap dia dah panggil dalam 15 orang surau datang rumah malam nanti, kitorang pun..haaaaaa….kenapa tak cakap awal2…nak masak ape ni? Abah saya memang suka buat surprise. Since dah ada sup tulang, so kita buat bihun sup jela.. Nasib baik bihun sup je, kalau masak nasi hidang lauk pauk memang tak larat nak basuh pinggan.
 
 
Esoknye (hari ahad) dah nak balik dah.. sempat lagi Ammar dan Adam mandi sungai satu round.. banyak main dari mandi. ada pasir kat tepi2 tu diorang buat istana pasir.
 
 
Ammar pun dah pandai mandi sendiri..sejam main air pun tak nak naik lagi. Walaupun waktu ni pukul 1pm, tapi air sejuk macam ais..
 
 
Semalamnye air tebu, harini air kelapa muda pulak..fuuhhhhh best giller!!
 
 
Petang tu, dalam pukul 5pm bartolak balik Pajam tumpang adik saya yang duduk kat Nilai. Sampai depan pintu pagar rumah pukul 2am!! Teruk giller jem, aduhhhh. Nasib baik budak2 sangat baik masa dalam kereta and most of the time diorang tidur je.
 
Alhamdulillah, balik kg kali ni sangat best. Setiap masa dok sms je encik husband saya..live update apa yang saya dan anak-anak buat. Ammar cakap, ‘mama..tak sabar nak balik lg’. To encik husband yang hensem, sila consider cuti sekolah hujung tahun kita balik kg ye..k bai.
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 
 
 
 

2 comments:

BAHIYAH AMANI said...

Salam Husna,

Wahhh best nyer tgok Ammar dan Adam mandi sungai tuh. :)

Husna said...

best k.bai..
budak2 ni tak reti sejuk..saya jejak kaki dalam air je dah gigil...