Thursday, 27 September 2012

Masalah Anak Nakal dan Doa Untuk Anak Yang Nakal

Entry ni adalah rentetan daripada kisah Ammar yang kena tumbuk tu. Dalam minggu ni asyik dok fikir-fikir je pasal ni. Sebenarnya saya pelik jugak dengan budak-budak yang nakal ni. Ada beberapa kejadian yang saya tak boleh maafkan yang budak-budak nakal buat kat anak saya dan benda ni berlaku depan mata saya.
 
1.      Masa Ammar 2 tahun, saya pernah bawak dia pergi alumni sekolah. Kitorang pergi berdua je, while abahnye jaga Adam yang masa tu baby lagi. Kat sana, masing-masing bawak anak la kan. Then suddenly, ada sorang budak ni tiba-tiba datang belasah Ammar. Like seriously…belasah tau!! Dia tolak Ammar, Ammar jatuh..pastu tumbuk-tumbuk.. Melalak la Ammar. Terkejut saya masa tu. Ammar masa tu tengah main sorang-sorang. Dia tak kacau sape2 pun.. Luluh hati saya masa tu tengok dia. Rupa-rupanya dia anak seorang us****h kat situ. Mak dia cakap, dia tak boleh tengok budak comel-comel ni, dia geram katanya. Aduhhh..jangan la macam tu. Ajarla anak tu bukan macam tu caranya.
 
2.      Masa kat Genting, Ammar dan Adam beratur nak main kat kids section. Kat belakang Ammar ada sorang budak C*** ni dok cubit-cubit, tolak-tolak Ammar. Ammar mengelak-elak  macam tu je, budak tu buat Adam pulak. Ammar protect adik dia. Bila saya jegil mata kat budak tu dia stop kejap je, pastu dia buat balik. Geram betul kitorg. Parents dia ada je kat situ tapi tak tegur pun anak dia. At last hasben saya beratur sekali.
 
 
3.      Masa kat Jusco dulu, tengah tengok pameran kereta. Kitorang dok sibuk2 belek kereta, then datang sorang budak C jugak, pukul Ammar. Ammar lari, dia buat Adam pulak. Yang bagusnye Ammar mesti akan protect adik dia. Bila saya datang dekat baru budak tu blah.
  
Why ha??? ada budak-budak macam tu? Kenape diorang punye ‘salam perkenalan’ macam tu? Sampai sekarang saya tak faham. Kalau kenal or diorang ni tengah main sama2 ke, then bergaduh tu saya faham la. Ni datang dari mana ntah…datang je nak pukul orang. Mak bapak nye tak tengok ke anak-anak diorang macam tu?
 
Maaf, saya agak emosi. Bila ia berkaitan dengan anak-anak, ibulah yang paling sensitive kan.
 
Mari cuba amalkan doa ini untuk anak-anak kita, boleh untuk semua tak semestinya untuk anak nakal sahaja. Moga dilembutkan hati, dan diterangkan hati dengan perkara-perkara yang baik dan menjadi anak yang soleh solehah.
 
 
 
 
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 

2 comments:

#iwrite said...

betul tu, sometime saya rimas budak yang mcm tu...rasa tak selamat jer anak kita....

Husna said...

tu la kan. sy mmg tak boleh la dengan bdk2 nakal ni.. anak2 saya pun nakal jugak tapi bukan nakal yg jenis nak buat orang ni..