Friday 14 September 2012

TINGGAL DI PAJAM OK TAK?



Ok, ramai yang bertanya macam mana life kat rumah baru. Ada yang bertanyakan keadaan rumah, dinding senget ke tak, ada kebocoran ke tak dan ada yang bertanyakan bau busuk yang ada kalanya ‘menyerang’ penduduk2 kat Pajam ni.

Honestly, memang ada bau busuk pada masa2 tertentu which is unpredictable bila dan how strength bau busuk tu. Bau yang saya dapat tangkap ialah kadang-kadang bau sampah dan kadang-kadang bau macam kat reban ayam. Bau sampah tu datang dari rubbish dump dekat area berhampiran Taman Mulia, Pajam yang seluas 23 hektar (boleh nampak kalau lalu LEKAS menghala ke Seremban dan bau najis ayam tu dari ladang Poultry Farm. According to certain infos, bau2 ni patut dah setel lama dah tapi sampai sekarang tak setel lagi. Tapak pelupusan sampah tu dah sampai tahap maksimum, tempat ini akan ditutup dan dirawat dan sampah akan diproses untuk menjana biogas. Tapi saya harap benda ni cepat2la setel. Ceritapasal bau busuk ni, saya dengar bukan kat Pajam ni je. Ada kawasan perumahan lain jugak, contohnya husband saya cakap dulu kat Puncak Jalil area rumah kakak dia dulu, tapi now dah setel. Ada sorang blogger tu cakap kat area Bandar Seri Putra pun ada kalau saya tak silap. So, tak payahla rasa duduk di Pajam ni teruk sangat macam Pajam je la yang ada problem ni. Mungkin sebab rumah kami ni dihalangi oleh tangki air dan bukit, so sebaran bau tu terhalang sket. Kalau lalu kat highway dah nak sampai exit pajam along the way to tol pajam tu bau kuat, tapi bila kitorang sampai rumah sometimes tak ada pun bau. Macam kalau tengahari keluar rumah ok je..sampai 99 SpeedMart kat depan sederet dengan ofis Seri Pajam tu ada bau2 sampah. Lalat memang banyak, haritu masa buat makan-makan masa raya sakit hati betul dengan lalat ni. Sembur dengan ridsect keliling rumah entah berapa kali satu hari, then letak pelekat perangkap lalat.. Tapi 2-3 hari ni nampak ok sket. Time memasak pun ada seekor dua la yang degil pun. Tapi Alhamdulillah, masa tetamu datang menginap, tak ada bau-bauan ni semua.















 

So inilah realitinya, kita nak rumah murah, besar, selesa untuk keluarga dan cantik with affordable price tapi takut nak duduk luar daripada comfort zone or golden triangle area. Itu tak ade, ini takde susah kan? Macam kami mula-mula duduk sini dulu kerap mengeluh manja gitu padahal dah tahu dah sebab kitorang yang decide nak duduk agak jauh dari bandar. Yelah, dulu kitorang duduk Cheras and everything yang kitorang nak or nak pergi senang sangat nak dapat. Pernah dulu balik keje lambat kononnya plan nak order Domino’s pizza delivery untuk buka puasa. Dang!!! Sorry ye, no delivery ke Pajam. End up pukul 9 malam baru nak goreng nasi untuk berbuka (tapi dah alas perut sebelum tu dengan kuih sikit..drama je kan kalau tak berbuka lagi hiihuuhiiii).



Takkan nak beli apartment kat KL? Yela dah tak mampu nk beli landed house, dengan harga rumah yang kitorg dapat sekarang ni, dapat kondo/apartment je tau kat tengah-tengah KL nun. Saya serik duduk apartment. So, one word yang sangat relevant ialah BERHIJRAH. Berhijrah untuk keselesaan, untuk ketenangan dan mengecapi nikmat hidup sebenar. Takpe, biarlah jauh sikit sebab kita sedar kita tak afford tapi kita boleh sabar kan. Lambat laun akan ada benda2 yang kita nk tu kat sini, Insya Allah. Jangan takut untuk berhijrah, jangan takut untuk berubah dan pada perubahan. Kita akan adapt dengan keadaan tu nanti.
 
 

Cukup-cukuplah kita cerita pasal bau busuk tu, diorang yang berkenaan pun dah janji nak setelkan, so let them handle it. Well, kita-kita yang dah beli rumah kat Pajam ni tak kira la yang dah lama or baru duduk kat Perdana College Heights ni ke, Ivory Villas ke, Citra Hill ke sepatutnya memikirkan apakah pembangunan yang patut ada dan ape yang kita rasa perlu ada kat area penempatan kita ni. Masa majlis sambutan Raya Aidilfitri haritu di Seri Pajam Development Office (SPD), sempat saya jenguk-jenguk dalam ofis. Yela kalau time lain tak ada kerja kot saje2 nak pegi masuk. Actually, masuk ofis nak tengok diorang punye plan dan next pembangunan yang diorang nak buat. Satu lagi yang saya dengar orang komplen ialah after sales, salesperson yang kat situ dah malas nak layan or tak memberi layanan yang memuaskan. Alaaahh..saya rasa kalo pergi mana-mana service counter sama je..bank ke post office ke, kedai ke, balai polis ke.. Tapi bagusnye SPD ni every year mesti ada jamuan hari raya. Dari sebelum rumah siap lagi dioarng akan hantar kad invitation, sampai sekarang still diorang invite. Ok la dapat makan2 free. Dan ini jugak salah satu marketing strategy diorang nak promote rumah SPD.

 




Kalau dapat zoom, yang sold out itu adalah perumahan di Perdana College Heights. Last projek adalah Ivory Villas. Opposite LEKAS adalah Citra Hill dengan projek perumahan Zeta Park dan Aria Park
 




Ok, sambung balik pasal plan yang kitorang nampak tu. Saya teruja sebenarnya, dari plan tu, nampak akan ada stesen minyak (next to SPD office), sekolah tadika (opposite Ivory Villas), sekolah rendah (opposite teres d’ camellia..haa depan rumah saya la tu) dan semakin banyak rumah teres, dan semi D kat Citra Hill tapi tak tahulah bila. Macam sekolah tu of course kena ada certain populasi dah penuh baru boleh bukak sekolah la kan. Citra Hill fasa 1 sahaja saya rasa ada 400 unit rumah, tu belum lagi masuk Aria Park, and also semi D yang diorang tak launch lagi tu. Satu projek yang bukan under SPD yang saya nampak bila nak masuk ke PCH ialah projek under College Heights iaitu Apartment College Heights Garden Resort yang kedengaran macam mahal harganya. Saya sangat berharap shop lots yang opposite ofis SPD which is in Taman Mulia tu start dibuka. Kita perlukan Post Office, Bank, Fresh Market (Halal hub), pre-school, klinik, workshop and other services. Satu nak request bukak AEON shopping complex boleh? Hehehe… Satu lagi saya nak request HOSPITAL. Tak ada kan hospital kerajaan kat area Nilai/Pajam/Mantin? Kan bagus ada satu hospital kat area sini, dekat la husband saya nak pergi keje :).

 

 

So, dengan bertambahnya populasi penduduk kat area ni, dengan lokasinya hanya 2km dari tol Pajam, saya rasa kawasan ni boleh membangun walaupun akan ambil masa. Kita perlu pandang ke hadapan, janganlah dok mengharap nak beli rumah kat town area yang dah membangun kalau poket tak berapa nak tebal. Untuk sesiapa yang masih mencari rumah, maybe boleh consider Pajam as your next destination. Untuk kepuasan, boleh bandingkan dengan kawasan yang baru nak membangun yang radius nye lebih kurang dari Pajam ke KL in term of harga rumah, keluasan, design, facilities, keadaan sekeliling dan sebagainya. So far, kami ok je duduk di Pajam ni. Alah…Pajam ke Cheras or KL apalah sangat kan…hehehe. Yang penting, keluar je highway dah sampai rumah.



Tapi yang menjadi masalah ialah sekolah anak-anak je buat masa ni, sebab kat sini takde lagi Islamic pre-school or at least pre-school yang bersesuaian. Mungkin ada pre-school tapi tak provide transport, tak provide nursery.. susah la sket kan. Mungkin ada yang boleh bagi suggestion kat mana nak hantar anak pre-school yang best dan baik?
 
 

Satu lagi yang kena improve ialah mobile phone coverage yang sangat tak stabil. Dan juga cepat2 la masukkan broadband/unifi. Susah nak surf internet kat sini. Dulu masa kat Cheras pakai P1 Wimax, tapi tak cover Pajam lagi. Wimax dan Unifi baru sampai Nilai Impian. Hopefully cepat2 lah Pajam ni membangun. Korang2 yang dah beli rumah kat Pajam ni, cepat-cepat la duduk ye.

 

 

So, keywords kat sini ialah HIJRAH and ADAPTATION. Fikir-fikirkanlah.

 

 

 

Thank you for reading this blog!

 







 

35 comments:

myaini said...

memang susah la nak dapat 100% apa yang kita nak...kami pun rasa best dok kawasan rumah sekarang ni....semua senang...cumanya dok apartment je....tak ada tanah...kalau beli barang banyak,penat gak la nak angkat bagai....

sebab tu cari landed jugak walaupun orang cakap jauh....tapi saya rasa berbaloi...

pernah usha rumah kat Pajam...memang cantik tapi masa tu kami dah beli dah kat puncak alam.....kalau tak mesti nak grab satu dari pajam....suka tengok yang Tiara Heights kat Salak Tinggi tu.....

BAHIYAH AMANI said...

Salam Husna,

Sama le jgk husna, akak pun masa carik umah PS ari tuh ada jgk le tdgr komen2 yg -ve mcm jem + black area. Tp akak fikir2, semua tempat ada pro n kontranya. Syukur le umah husna kurang effect bau nyer, mungkin yg byk komplen tuh yg jaraknya dekat dgr sumber kot.

Alaaa...husna boleh jek g area tesco semenyih tuh, kat situ ada Mcd n pizza hut n tesco. Td akak g situ kejap tp xsempat tgok tapak umah. Jln lenggang jek kalo bukan peak hour. :-)

Husna said...

Kitorg ada bad history dok apartment...sebab tu serik nk duduk apartment, tp kalau dapat kondo/apt yg ok saya rs in terms of safety tu terjamin sket kot, tp ntahla mcm2 hal skrg ni. Nnti ada masa saya cerita kisah di apartment dulu yg sampai kesnya di bawa ke Perdana Menteri.

OneWan said...

hi husna!

thanks for dropping by my blog. dan thanks jugak banyak bagi info pasal pajam. rasanya the only blogger yg stay area pajam kot? kudos to u! apa2 latest info update la blog.. :)

salam perkenalan. :)

-wan-

Husna said...

hi Dr Wan..
tq for dropping by here too..
hehe..ada lg blogger lain lg kt sini..
sy dh menetap kt sini, insya Allah ada cerita best sy update kt blog.Dr bila masuk rumah? bolehla sy jln2 kt Ivory villas..kira kita ni berjiran la kan..hehe..

qist said...

thanks for you info..
banyak membantu..pajam pun dekat dengan mantin..kampung nenek..slalu lalu just tengok je..tapi ttbe terbooking citrahill..masa ada exhibition kat alamanda.. :)

Husna said...

Hi qist,
tq for dropping by here..
wah..dekat la balik kg..
jiran sebelah highway la kita hehe

ibuwafi said...

Thanks Husna for the info. I planned to buy a house ie Zeta Park. Last week went to Alamanda and SP buat property showcase. So dah bayar booking fee. Plan to go this Sat or Sunday to finalise the sales arrangement. Currently staying in Cheras and working in KL.

Husna said...

@Ibuwafi,
thank you sudi baca blog ni,
semoga dipermudahkan urusan jual beli..rumah kat Zeta Park cantik kan!

Unknown said...

Salam Husna...

Sy pun bakal menjadi salah seorang penghuni PCH... sama2 kita doakan agar masalah bau diselesaikan secepat mgkn.. sy rasa dah byk improvement dah.. cuma ladang ayam tu je... anyway, nak tanya Husna.. so far IBS ok? ada problem tak berkaitan ngan IBS yg SPD guna.. thanks...

Husna said...

salam En Afdzal,

so far rumah yg saya duduk ni ok, w/pun ada jugak dgr org komplen dinding senget which kita akan perasan bila kita nak gantung frame, pasang cabinet ke or buat grill. Untuk hacking just kena very carefull takut terkena besi sbb kita buat by random. Saya tak boleh nak bg more ideas pasal IBS SPD ni sbb so far tak bnyk problem. Mungkin bila tiba masa saya nak extend my house for major renovation, i need to consider this. Takde idea lg how they'll do their work untuk pecahkan the whole dinding ni nanti. Kena cari kontraktor yg bagus nnti.

btw, tq for reading this blog

Observer said...

Salam kak husna,

Dh byk kali sy bc blog ni...dh book kt zeta, dlm process loan ni...setiap kali rase cm ragu2, mesti bukak blik blog ni...sbb sye keje kt pj, kt menara tm....ramai x yg keje kt kl stay kt situ?klu keje kul 8, kul brape kuar umah..just nk prepare minda ni memandangkan skrg stay sgtla dekat dgn ofis...

Husna said...

@observer
Salam, sorry lambat reply. Sy terlepas pandang plk komen ni. Ramai jgk yg sy tahu keje kat kl ada 2-3 org tu travel by komuter sbb dekat jg dr rumah ke stesen batang benar dlm 2km je. Parking kereta diorg dh buat besar kt stesen tu. Saya nk ke cheras keluar awal 6.30am or 6.45am sbb hntr anak kt bndr tn hussein on then terus ke hukm sempat la sampai before 8am but traffic very unpredictable. Harini ok esok jem teruk...padahal keluar time sama. So, better try dl drive time peak hour dr sini ke pj or naik komuter. So selamay pindah ke rumah baru ye...

Unknown said...

Salam. saya ada tanah lot di pajam untuk di jual. Berhampiran Taman Mulia pajam. boleh hubungi saya 012 2437639 untuk keterangan lanjut . tk

Unknown said...

Salam.. Sy ada beli rumah kat Nada Alam.. Baru je dpat kunci.. Post yg puan buat ni tahun 2012.. Now dah 2015.. Pajam dah mcm mana? Ok ke?

Nur Elza... said...

Still ada bau-bau tu..esp mlm..

.: F@!n :. said...
This comment has been removed by the author.
SB Khan said...

Hi Puan
Saya baru lepas view rumah di Citra Hill 2, Phase 2 semalam..
mmg cantik rumahnya,,
rasa nak book terus tp before pergi tu ada buat research sikit2,
katanya masalah utama adalah mslh bau..
mcm mana dgn masalah tu ya? masih ada sampai sekarang?
apa puan buat utk hilangkan bau tu dalam rumah?
kalau pasang aircond, tutup semua pintu tingkap, still ada bau ke?

Husna said...

Hi,
Mslh bau tu berkurang la jgk berbanding mula2 pindah dulu. Bila tutup semua pintu tingkap psg aircond dh xde bau.

Btw, if confirm nk beli nnti boleh I jd introducer u? Nnti u get some cash, I pun dpt jgk under Seri Pajam punye program member get member. Nnti email saya ye husnamn@gmail.com

Husna said...

Wslm,
So far sy xde mslh dgn dinding IBS.

Husna said...

Salam,
Sorry ye lmbt reply.
Mslh bau still ada tp berkurang..kalo dulu almost stp hari..skrg mcm sekali sekali like sebulan 2-3 kalo je kot

Husna said...

Salam,
Sorry ye lmbt reply.
Mslh bau still ada tp berkurang..kalo dulu almost stp hari..skrg mcm sekali sekali like sebulan 2-3 kalo je kot

Husna said...

Wslm,
So far sy xde mslh dgn dinding IBS.

SB Khan said...

puan, saya ada email puan semalam but not reply. boleh email saya shazia154@gmail.com

ada few things nk tny dgn puan..tqvm!!

Vlogger said...

Salam Kak Husna,

Saya baca komen2 tahun 2015 tp just curious skrg still kerap lagi ke bau kilang ayam kat area Pajam ni? Especially time/lepas hujan.

And kalau hari xhujan bau kerap tak dlm sebulan? Biasanya malam/siang?

Bakal Penduduk Pajam,
Hanif

Babyshima said...

saya shima dah dok pajam setahun lebih dah .... bau tu bila hujan tapi saya duduk di flat seri pajam so bila balik kerje dari arah nilai mesti lalu
di tempat pelupusan semestinyer berbau tapi bila dah lpas kedepan takda dah baunye . then lalat pun ader musim agaknyer masa mula2 duduk banyak jugak la tapi skang dah ok skit.... bau ayam pun jarang la..

Iza said...

Skrg dah 2019... Ada masalah bau lg? Ada plan nk beli rumah area pajam tu yg terbaca blog ni concern juga nk tahu.. Lg satu rumah SPD ok x?

Unknown said...

jangan beli rumah seri pajam. sentiasa masalah bocor hujan .sistem binaan guna dinding konkrit pasang siap. tempat celah joint tu x ditutup betul. maka bocor 3-4x setahun. rosaklah siling, lampu2 terbakar, dinding lembap dan sebagainya. sakit mata memandang. baru duduk 2 tahun++ dah 5-6kali bocor tempat sama walaupun dibaiki. sudah habis DLP - luahan pembeli seri pajam teres 2 tingkat Nusa Intan -

Corporate President said...

https://www.sinarharian.com.my/article/24421/EDISI/Melaka-NS/Premis-proses-ayam-diarah-tutup

Premis proses ayam diarah tutup
20 April 2019

Sebuah premis yang dijadikan sebagai tempat pemprosesan ayam bagi makanan ikan diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kerana dipercayai menjadi penyebab kepada pencemaran udara di sekitar Pajam.

Premis yang sudah beroperasi lebih setahun itu dikesan oleh penduduk sekitar setelah mengeluarkan bau busuk akibat pembakaran bangkai ayam untuk dijadikan makanan ikan.

Ahli Majlis Perbandaran Nilai, V Yogeswaran berkata, pihaknya sebelum ini sudah memberi dua amaran kepada pemilik premis berkenaan agar tidak membuat lagi aktiviti membakar bangkai ayam di situ.

Namun menurutnya, teguran itu tidak diendahkan dan aktiviti pembakaran tersebut terus dijalankan dalam kebun buah-buahan di situ.

"Pada jam 5.30 petang semalam (kelmarin), saya menerima lagi aduan daripada penduduk sekitar memberitahu ada bau yang sangat busuk, saya terus menuju ke dalam kebun itu dan mendapati aktiviti membakar bangkai ayam itu sedang dilakukan.

"Ayam hidup sebelum itu direbus untuk dimatikan kemudian dibakar untuk dijadikan sebagai makanan ikan yang dijual kepada pihak luar.

"Bangkai ayam yang dibakar itu kemudiannya mengeluarkan bau yang tidak enak menyebabkan kawasan sekitar berbau busuk," katanya kepada Sinar Harian.

Yogeswaran berkata, akibat tindakan tersebut pemilik premis yang merupakan penduduk tempatan diarahkan untuk menutup premis dan dilarang untuk mengulangi aktiviti itu lagi.

Katanya, tindakan mahkamah termasuk dikenakan kompaun boleh dikenakan sekiranya pemilik premis berkenaan tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

"Walaupun aktiviti membakar ayam itu hanya dilakukan setiap dua minggu sekali tetapi ia tetap melakukan kesalahan termasuk pencemaran udara serta mengganggu ketenteraman awam akibat mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

"Saya berharap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti seperti ini dapat menghentikannya segera kerana perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan yang tidak elok kepada udara dan penduduk setempat," katanya.

CCTV Malaysia said...

Pajam berpotensi untuk membangun, pada masa akan datang. Pelbagai manfaat dan limpahan dari pembangunan berdekatan iaitu Mantin, Nilai, Semenyih, Kajang-Bangi. Dekat dengan segala kemudahan seperti stesen keretapi, klinik, hospital, sekolah, pasar basah, pasaraya besar, pejabat pos, kedai makan, bank, dll. Nikmat kehijauan di depan mata. Udara segar. Memang best.

Malaysia Hotels said...

Kepada peminat hartanah atau bakal pembeli rumah, bolehlah rujuk kepada laman web berikut untuk berita baik dan perkembangan di Pajam:-

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/03/nilai-factory-ordered-to-temporarily-shut-down-for-disposing-chemical-waste-in-unauthorised-area
Nilai factory ordered to temporarily shut down for disposing chemical waste in unauthorised area
(03 Jul 2019)

https://www.sinarharian.com.my/article/24421/EDISI/Melaka-NS/Premis-proses-ayam-diarah-tutup
Premis proses ayam diarah tutup ... dipercayai menjadi penyebab kepada pencemaran udara di sekitar Pajam.
(20 April 2019)

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/01/325348/residents-can-breathe-easier-after-stinking-pajam-poultry-farm-issue
Residents can breathe easier after stinking Pajam poultry farm issue resolved
(15 January 2018)

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/01/375795/masalah-bau-busuk-selesai
Masalah bau busuk selesai ..."Dalam isu bau busuk ladang ternakan ayam di Pajam, kerajaan negeri sentiasa memantau...
(15 January 2018)

https://www.thesundaily.my/archive/2139894-ITARCH423487
Cypark wins RM15m Nilai landfill project
Cypark Resources Bhd (Cypark) has won a job from the National Solid Waste Management Department to close and restore the Pajam Landfill in Nilai, Negri Sembilan for a contract value of RM15.1 million.
(25 January 2017)

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/cy...epejal-1.304885
"Tiada lagi masalah tapak pelupusan melebihi had, berbau, pencemaran air dan pemandangan, binatang liar dan sebagainya yang biasanya berlaku di tapak pelupusan sampah," ujarnya.
(21 Januari 2013 1:58 AM)

Property Malaysia said...
This comment has been removed by the author.
Property Malaysia said...
This comment has been removed by the author.
Property Malaysia said...

Pajam adalah sebuah pekan di dalam mukim Setul.
Di dalam daerah Seremban terdapat 8 buah mukim termasuk mukim Setul.
Pajam menjadi simpang untuk ke Beranang, Bangi, Semenyih, Kajang di utara, Lenggeng di sebelah timur, Nilai di sebelah barat,
Mantin & Seremban di sebelah selatan.
Pajam berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
Projek di Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0), antaranya meningkatkan taraf Nilai-Pajam ke lebuhraya Kajang-Seremban,
Lokasi strategik ini akan memberi banyak manfaat.
Pajam pasti akan terus menikmati limpahan pembangunan dari bandar-bandar berdekatan.
Berada dalam kawasan hijau juga mempertingkatkan nilai estetik landskap bandar.
Bijaklah dalam menguruskan sistem kewangan anda, rancang sebaiknya dalam hartanah di Pajam, untuk jaminan masa depan yang teguh.

hbc1977 said...

Hi
Citra hill and zetapark sama developer?
Quality teruk?