Malam1: Dosanya dihapuskan seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya.
Malam 2: Diampunkan dosanya, juga dosa-dosa kedua ibu bapanya, jika keduanya itu Muslim.
Malam 3: Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan, "Beramallah, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu."
Malam 4: Diberi pahala yang sama dengan pahala orang- orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.
Malam 5: Diberi pahala umpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.
Malam 6: Diberi pahala umpama orang yang bertawaf di Baitullah; batu-batu dan pasir-pasir turut memohon ampun untuknya.
Malam 7: Seperti orang yang hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa, yang membantunya mengalahkan Firaun dan Hamman.
Malam 8: Diberi Allah segala apa yang pernah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam 9: Pahala menyembah Allah baginya seperti Rasulullah SAW dan nabi-nabi menyembah Allah.
Malam 10: Dikurniakan Allah kebaikan di dunia dan Akhirat
Malam 11: Keluar dari dunia sepertimana oia dilahirkan - bersih dari segala dosa.
Malam 12: Di Hari Qiamat wajahnya bercahaya dan bersinar umpama bulan purnama.
Malam 13: Di Hari Qiamat keadaannya aman dari segala kejahatan dan keburukan.
Malam 14: Malaikat akan menjadi saksi (atas sembahyang Tarawihnya itu) di Hari Qiamat - ia dibebaskan Allah dari segala kemudaratan.
Malam 15: Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi berselawat dan meminta ampun untuknya.
Malam 16: Dituliskan baginya lepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17: Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi.
Malam 18: Malaikat berseru: "Wahai hamba Allah! Bahawasanya telah redha Allah kepadamu dan kedua ibu bapamu."
Malam 19: Diangkat darjatnya kedalam Syurga Firdaus.
Malam 20: Diberikan pahala para syuhada dan solehin.
Malam 21: Dibina untuknya istana dari nur di dalam Syurga.
Malam 22: Di Hari Qiamat, ia akan diamankan dari segala dukacita dan kerisauan.
Malam 23: Dibangunkan untuknya sebuah bandar di dalam Syurga.
Malam 24: Dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan dimakbul oleh Allah.
Malam 25: Diselamatkan dari siksa kubur.
Malam 26: Dianugerah pahala ibadah baginya selama 40 tahun.
Malam 27: Dapat melintas titian Sirat di Akhirat kelak, kelajuannya seperti kilat.
Malam 28: Diaugerah baginya 1,000 darjat di Akhirat.
Malam 29: Dikurniakan pahala 1,000 ibadah haji yang mabrur.
Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak…dan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa dan Ibadah Sunat yang lain
Thank you for reading this blog!