Thursday 22 November 2012

Homemade Playdough

 
Saya pernah berjanji nak buatkan playdough untuk Ammar dan Adam tapi tak buat-buat. Sampailah satu hari tu masa ke rumah mak ude nye kat Sungai Buaya, diorang main kat situ dan Ammar nak bawak balik. Saya cakap tak boleh ambil barang orang, nanti mama beli atau buatkan.
Esoknya masa ambil Ammar di nursery, soalan pertama yang keluar dari mulut dia ‘mama dah beli tanah liat?’
Alamak..
Sampai je rumah cari-cari resepi nak buat playdough sebab ingat dulu pernah salin dan simpan. So resepi ni saya ambil dari Mama Homeschool dan beliau pun ambil resepi ni masa tonton Martha Stewart Show. Resepi ni sama lebih kurang dengan resepi dekat Firstpallete tapi yang diorang tak masak atas api.
Resipi playdough.
2 cawan gandum
2 cawan air
1 cawan garam
1 sudu besar minyak
2 1/2 sudu teh cream of tar-tar
pewarna makanan
Cara membuatnya: Campurkan semua bahan (kecuali pewarna) kemudian panaskan atas api. Kacau constantly sampai jadi seperti mash potato. Lps tu bolehlah dibahagikan utk diletakkan pewarna. Saya pakai pewarna yang biasa saya guna untuk masak nasi minyak hujan panas. Uli dough sampai warna jadi sekata. Dah siap.
 Sekejap je buat ni, boleh mintak tolong anak-anak uli, mesti diorang suka. Tahan lama juga diorang main.
Masa untuk bermain..
Sangat jimatkan, semua barang dah ada  kat rumah sama ada rajin atau malas sahaja nak membuatnya. So, selamat mencuba.
Thank you for reading this blog!




5 comments:

Nisah Idham said...

kak, nisah baru tahu yang menda ni boleh buat sndiri, ingatkabn susah.. rupenye bahan dlm umah je kan.
suke main ni mase kecik2 dulu :)

Hanis said...

good idea! thanks for sharing

Husna said...

@NIsah

kan...
selama ni asyik nak membeli je..
kena cari alternatif ada yang boleh buat sendiri kat rumah..

@Hanis

sama2..selamat mendeko dan masuk rumah baru :)

baizura said...

NAk buat laa balik nie...tak tahu pluk boleh buat sendiri...tq for sharing...Jom laa singgah rumah saya
http://warneewarnii.blogspot.com/

Husna said...

@bai zura
Selamat mencuba...tq dtg singgah sini