Tuesday, 20 November 2012

Art Craft: Farm Animals

Jumaat lepas, projek craft sempena pra cuti sekolah dengan anak-anak ialah Farm Animals. Kenapa pra cuti sebab Ammar tak cuti sekolah lagi, 23rd Nov baru last day school untuk Genius Aulad. Biasanya saya akan simpan kotak tak kira kotak ubat gigi ke, cornflakes dan segala jenis mak nenek kotak sebab banyak gunanya. Selain boleh guna untuk nak bagi hadiah, boleh jugak buat craft. So hari ni nak buat Farm Animals. Saya print template haiwan-haiwan ni kat sini dan saya suruh diorang warnakan.
 
Khusyuk kan diorang mewarna.
 
 
Sementara tu saya sediakan kandang/rumah untuk haiwan2 tu. Saya sediakan bahan dan minta Ammar gunting dan gam kertas hitam untuk balut kotak cornflakes. Pagar saya buat warna-warni dan saya minta Adam yang tolong gamkan.
 Dah siap warna haiwan-haiwan tu, gunting dan lekat kat kotak pastu gunting dan lekatkan both side haiwan-haiwan tu. Kerja-kerja menggunting ni saya tolong part yang susah. Ammar dah boleh menggunting sikit2.
taraaa….dah siap Farm Animals. Kaki haiwan tu guna penyepit baju so boleh la berdiri kat dalam kandang tu.
Ada cows (cute kan cow kaler hijau biru Adam yang warna), ada sheeps (hey, it’s Timmy!) and ada chicken. Diorang nak buat ni sebab seronok tengok tokwan kat kampung ada bela lembu, kambing dan ayam.
 
Best tengok diorang main. Ni haiwan-haiwan beratur nak pergi cari makanan.
Yang kagumnya, boleh pulak diorang susun buat jemaah kat dalam kandang tu, seekor jadi imam, yang lain jadi makmum..diorang cakap haiwan pun kenala solat. Cute kan!
 
Thank you for reading this blog!
 

6 comments:

Nisah Mat Noh said...

hehe cumel je, animals dorang ni. auntie plak yang teruja nak main skali.. pandainya mereka, solat kan wajib !! sweet lah ...

Husna said...

ape lg aunty nisah..jom la join main sama2 hehe..

Nisah Mat Noh said...

kalau auntie nak masuk dlm kandang animals tu, muat tak ?? (soalan tak hengat!!)

Husna said...

nanti kita buat yang besaaaar punye hehehehe....

bai zura said...

Salam creatif nyee anak-anak akak....bagus laaa niee nak follow niee

Husna said...

@bai zura..
Mak nye sama main..haha!
Buat pastu ajak anak2 main..