Tuesday, 18 October 2011

Ammar had Comprehensive Dental Procedure under General Anaethesia!

 
Tahun ni Ammar 4 tahun, tapi masa Ammar umur 2 tahun lagi kami perasan yang gigi dia dah start rosak especially 2 gigi depan. Kakak saya kata, memang ada budak yang gigi cepat rosak macam anaknya yang sulung, dan ada yang elok je sampai gigi kekal tumbuh. Tapi, this is multifactorial jugak la kan bergantung cara penjagaan gigi.. Ammar ni, most of the time dia kat nursery..dan cikgu dia cakap dia gosok gigi sendiri..salah kami jugak tak check semua ni dulu..saya perasan yang dia ckp sakit bila gosok gigi..dan as expected memang gigi dia byk lubang dan rosak. Disebabkan saya ni ’bekerja’ di hospital (PPUKM), saya kenal dengan one of the dentist/pensyarah yang juga sama-sama buat PhD dengan saya kat institut ni. So, after check up, we agreed to put Ammar on surgery under General Anaesthesia (GA). Yela kan, budak-budak memang susah nak bukak mulut untuk check up gigi..so kenala bius penuh. As for anaesthesiologist (my husband), to put Ammar under GA adalah amat merisaukan, sebab dia lebih tahu risiko2 GA, lagipun dah biasa tengok budak yg under GA ni..kesian tau..

So, procedure yang nak dibuat ni dinamakan Comprehensive Dental Procedure under General Anaethesia dan dibuat pada 13 Oct 2011. Prosedur ini tak perlu masuk wad, pagi buat petang dah boleh balik..


Tiba di Day Care PPUKM @7.40am



Ammar tak suka pakai gelang tangan ni..tapi bila balik rumah dia tanya pulak, sib baik saya masih simpan..buat kenangan



Sementara tunggu doktor datang, ajak Ammar main Angry Bird and layan movie..nak jaga mood dia supaya ok je, tak meragam dan tak mintak makanan! Kena puasa dari malam ye..



Susah nak ajak Ammar tukar OT Attire ni..puas jugakla pujuk..masa ni dia layan movie Ultraman..nasib baik dia nak jugak sebab saya pujuk nak bawak dia pergi playground.



Posing dulu…


Saya tak masuk ke dalam OT sebab tak nak nanti pesakit lain pun nak parents diorang masuk. Kalau ikutkan boleh je, at least biarla sampai Ammar dibius. So husband saya dapat masuk dan tengok procedure tu sampai habis atas tiket dia sebagai doktor. Kalau orang awam, seorang je boleh temankan masuk sampai pesakit dibius, lepas tu kena keluar. So, saya bernasib baik husband saya masuk, at least kurang risau saya.

Masa abahnya dukung Ammar, saya sempat pesan kat Ammar:

Ammar jangan nangis ye..Ammar kan hero..kena kuat’..dan dia pun ok je saya tengok masa tu..

Tapi bila kat dalam husband saya cerita dia tak nak duduk, husband saya riba dan peluk dia barula doktor dapat bius dia, dan dia pun tidur.

So, apa jadi lepas tu..layan gambar je la ye..


Ni doktor dah bius dan intubate..tiub tu untuk salurkan oksigen



Kesian kan tengok ammar masa ni..saya dulu pernah jugak GA masa bersalinkan dia..






Masa ni dah ready untuk lakukan procedure..


Disebabkan gigi dia banyak berlubang yang tak boleh ditampal macam biasa tu, doktor pasang ’crown’ atau kita panggil gigi besi..




Akibat daripada ditolak2 dengan besi tu, keesokan harinya ada kesan luka, calar-calar kat tepi bibir Ammar dan dalam mulut penuh ulcer!



Ni la besi yang pasang kat 8 gigi molar Ammar! Nanti bila gigi susu tu tanggal, besi-besi ni pun tanggal la jugak..



dua gigi depan yang tak elok tu dicabut..


Ni post operation..dia lemah lagi..dan ubat bius masih ada lagi..overall procedure dalam 3 jam..



Mulut Ammar bengkak sket..



Ni abah pujuk Ammar makan..tapi dia tak nak..bagi aiskrim pun dia tak nak..



Sementara tunggu discharge, Ammar main dulu kat playland kat situ dan dapat kawan baru...pukul 3.00pm dah boleh balik rumah..



’Tengokla saya ada 8 gigi besi! Sape kacau saya, saya gigit!



Si kecik Adam pun sibuk nak tunjuk gigi dia..kihkihkih..menyibuk je kan..


So, sekarang ni senang bila ajak gosok gigi pagi dan malam sebelum tidur..Ammar dah serik nak buat dental operation lagi.. ni adalah pengajaran untuk Ammar dan Adam, dan pada sape2 yang ada anak yang susah nak gosok gigi..tunjuk gambar ni sure takooottt!!!!


Thank you for reading this blog!

11 comments:

nita_291 said...

boleh tau tk how much is the cost? sebab plan nk buat utk anak saya jugak

Husna said...

nita..
saya buat kt PPUKM and it's free..
pakai GL. Keje government free..

EmpayarUtama said...

Menarik lah. Nanti nak usha kat GH HSA. Makasih share :)

liyana izzati said...

takut la pulak. kena jaga gigi betul-betul la lepas ni. haha

Husna said...

EmpayarUtama..
sama2..sape yg nak buat? u or anak u?

Liyana Izzati..
hehe..budak kecik je susah nak jaga gigi..kita dh besar ni senang..

anitadiana said...

kasihan nya lah kat ammmar....tengok pun kak ita dah geri dah...ne kan pulak anak kecil...seram lak...

ibu muslim said...

dah follow u, risau sgt psl gg ank kn, ank i 2thn susah sgt nk brus gg..

ibu muslim said...

dah follow u, risau sgt psl gg ank kn, ank i 2thn susah sgt nk brus gg..

ctfarazila said...

Salam kenal Husna...
Anak i umur 5 thn pon gigi teruk jugak... byk geraham yg nampak hitam je...

Bila bawak jumpa Dr gigi, Dr just ckp tunggu umur 6 atau 7 tahun then baru boleh cabut gigi tu... sekarang tak boleh buat apa-apa... betul ke?

anyway tq for reading this :)

Husna said...

@ctfaraliza

kalau gigi tu tak berlubang, just hitam je tu yg doktor suruh tunggu kot. Susah nanti dia nak makan kalau cabut gigi geraham sekarang sbb gigi kekal ni lambat lg nak tumbuh, umur 8-9 tahun doktor tu cakap.

mcm kes Ammar ni, memang berlubang dan tak boleh ditampal secara biasa, sebab tu kena buat crowning, dan doktor pun tak decide nak cabut. Gigi Ammar yang dicabut hanya 2 gigi depan dia.

memang susah nak jg gigi budak2, ada kes yang budak tu kena buat dental clearance, semua gigi dicabut sebab memang tak dapat diselamatkan dah..kesian, susah nk makan nanti.

maybe you boleh bawak pegi klinik lain for second opinion

Ahmad Hairil Nadli Anuar said...

Slm,ank sy pn ada mslh gg n next week die akn operatin .yg buat saya risau ank sy umur baru 3 taun.ada kesan sampingn atau ape2 x sleps wt operation tu.