Monday, 1 August 2011

Resepi Daging Dendeng



Resepi dapat dari keluarga mertua kerana menjadi salah satu menu wajib pada hari raya, sedap dimakan dengan nasi impit dan kuah kacang. Semalam sengaja buat dendeng ni, nak dijadikan lauk tambahan ketika berbuka dan bersahur. Kalau simpan dalam fridge mmg tahan lama… Pernah bawak pergi office, kawan-kawan ckp sedap dan terus mintak resepi. Yang dah mencuba Alhamdulillah diorang kata menjadi..just follow betul2 resepi yang diberi katanya… So, apa kata cuba ni untuk bulan puasa ni atau hari raya nanti..

Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahan:

1 kilo daging batang pinang (atau bahagian yang lembut)

8-10 ulas bawang merah

5-6 ulas bawang putih

9 batang serai                                

1 inci halia

RM 1 cili kering -dikisar berasingan dengan bahan-bahan di atas.

¼ botol kicap masin

½ botol kicap manis

¼ - ½ batang gula melaka (jika perlu)



Cara membuat:

1)     Rebus daging hingga empuk

2)     Potong daging nipis-nipis, kemudian ditumbuk hingga separa hancur. Simpan air rebusan untuk menumis kelak

3)     Perap daging yang telah ditumbuk tadi dengan kicap masin dan kicap manis sekurang-kurang 1 jam

4)     Goreng daging yang telah diperap tadi sehingga garing

5)     Tumis bawang putih, bawang merah, serai dan halia yang telah dikisar tadi sehingga naik bau

6)     Masukkan cili kering yang telah dikisar, dan biarkan cili hingga betul-betul masak. Boleh masukkan air rebusan daging.

7)     Setelah bahan tumisan agak pekat dan cili telah masak, masukkan daging yang telah digoreng tadi.

8)     Seimbangkan rasa masin dan manis serta warna hitam daging dengan kicap manis atau kicap masin. Boleh tambah gula melaka jika perlu. Tidak perlu ditambah gula putih atau garam. 

9)     Masak sehingga betul-betul kering.

10)  Sedia untuk dimakan.



SELAMAT MENCUBA



p/s tima kasih k.ngah sbb bg resepi ni..kena byk lg menimba ilmu ngan k.ngah ni... especially asam pedas...hehehe




Thank you for reading this blog!






5 comments:

dhiera zainudin said...

pagi2 nampak makanan..sedap2...

salam perkenalan dan selamat berpuasa!

Husna said...

hehe..
salam perkenalan juga...
dan selamat menjalankan ibadah puasa dan ibadah sunat yg lain

ieza ashaari said...

wah.. ini lah makanan yg selalu roomate bw..

Husna said...

izfanora
lepas ni boleh masak n bwk utk roomate plk..hehehe

nourieib punyer ceriter said...

gud try sis... daging rebus kat dlm fridge dah slamat wat mende len...tunggu raya je la nnt wat dendeng...;)