Thursday 18 August 2011

Hikmah Ayat 1000 Dinar dan Rezeki yang tidak disangka-sangka





Setiap hari berdoa agar dimurahkan rezeki, diperluaskan rezeki dan macam-macam berkaitan dengan rezeki. Rezeki Allah sangat luas maksudnya. Rezeki itu bukan dari gaji semata-mata. Rezeki itu kadang-kadang datang dari tempat yang kita tak sangka-sangka. Kadang-kadang rezeki itu datang dengan Allah kurangkan perkara-perkara kecemasan yangg perlu keluar duit seperti tayar pancit, tv rosak, anak sakit, kereta rosak dan sebagainya. Rezeki itu juga tidak datang dalam bentuk material.

Pernah saya cakap dengan kawan saya, ketenangan hati juga adalah rezeki dari Allah yang tidak ternilai. Then ada another kawan amik ape yang saya ckp tu dan buat entry pasal ketenangan hati juga adalah satu rezeki kat blog dia. Memang betul, ketenangan hati itu adalah rezeki yang tiada tolok bandingnya..


Bila cakap pasal rezeki ni ada ayat yang famous yang biasa orang amalkan iaitu Ayat 1000 dinar. Bagi saya, ayat ini bukan sahaja 1000 dinar tapi lebih kepada berjuta malah berbillion. Bila amalkan ayat atau doa ini, selalu mendapat rezeki yang tak disangka-sangka kurniaan Allah. Praktikal yang paling simple saya nak share kat sini, kebiasaannya time-time nak raya macam ni kalau masuk shopping complex Sogo ke Mid Valley ke, susah betul nak dapat parking, especially kalau datang lewat. Saya akan cakap dengan husband, bacala doa cari parking..hehehe..husband saya cakap ada ke doa cari parking? Saya amalkan doa ni, stay kat 1 lorong yang takde kereta lain menunggu nak parking jugak, ulang2 saya baca..tak sampai 5 minit tunggu, ada orang datang nak keluar.. Alhamdulillah..dah banyak kali saya buat macam ni dan dengan bantuan Allah, Allah permudahkan urusan kita. Bukankah itu juga satu rezeki?


Let’s check it out Ayat 1000 dinar ni. Ayat seribu dinar merupakan sebahagian ayat 2 hingga 3 bagi surah At-Talaq. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.



Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.


Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya Allah si pesakit akan sembuh.


Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah.



Bagi peniaga-peniaga yang amalkan doa ni untuk mendapat keuntungan perniagaan, diharap mengamalkan dengan sebaik-baiknya. Jangan la menipu di dalam perniagaan. Jika kita betul-betul fahami maksud ayat ini dengan pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini iaitu bertaqwa dan bertawakal, insya Allah rezeki sentiasa ada.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
 

p/s ingatlah, rezeki itu bukan dari duit gaji semata-mata dan bukan dalam bentuk material shj. Hebatnya Allah!
 
Thank you for reading this blog!
 

3 comments:

ieza ashaari said...

betul tue. kdg rezeki Allah tue tak diduga. paling elok, solat sunat dhuha, biar rezeki di lagit diturunkan dan rezeki di bumi dinaikkan..

btw, rezeki melimpah ruang tue puan. xnk bg duit raya ke kat adik2 blogger yg student nie.. hihi..:)

Husna said...

izfanora..
Alhmadulillah atas kurniaan rezeki..thanks ingatkn psl solat dhuha tu..

insya Allah, akan ada nnti rezeki untuk adik2 blogger..tgk nnti kalo boleh buat giveaway..hehehe doa2kanla...

Mohd Firdause said...

kenapa dalam ayat 1000 dinar ayat ke2 surah AtTalaq tu diambil sebahagian je...