Salah
satu tempat yang selalu terabai kat dalam rumah ni ialah kawasan mendobi.
Eh, tak taula rumah korang, mungkin kemas kot dan mungkin jugak lebih kurang
kitorang je hehee. Yelah, macam rumah saya ni sederhana sahaja, guna je ruang
yang ada melainkan rumah korang besar dan banyak bilik, bolehla dedicated kan
satu bilik untuk mendobi siap ada mesin basuh, mesin pengering, storage,
penyidai, iron dan iron board.
Ruang mendobi kat rumah ni sebenarnya adalah laluan ke bilik air melalui dapur. Maknanya, kalau tetamu datang nak guna bilik air, mesti lalu dapur, kawasan mendobi ni dan baru jumpa bilik air. Semak mata memandang jugakla sebenarnya.
Ruang mendobi kat rumah ni sebenarnya adalah laluan ke bilik air melalui dapur. Maknanya, kalau tetamu datang nak guna bilik air, mesti lalu dapur, kawasan mendobi ni dan baru jumpa bilik air. Semak mata memandang jugakla sebenarnya.
Disebabkan
ruang ni kecil, kitorg rasa boleh buat sendiri. So, kitorg pun plan la buat
cantik2 dan takdela malu sangat kalau org tengok. Biasanya, memang orang akan
jeling2 jugak tengok. Plannya, nak cat dan pasang rak. Takde pulak gambar
sebelum kitorang make over tempat ni. Tapi memang berlemoih la haha..
So,
kerja-kerja dimulakan dengan bersihkan tempat dan kikis/scrub cat lama kat
dinding tu. Pastu gosok dengan kertas pasir. Eh chop! Yang buat kerja2 ni of
course la En. Suami hehe...Puan Isteri ni tukang amik gambar je kehkeh..dan
sumbang idea.
Selepas
tu, rawat dinding dengan lapisan antifungal untuk musnahkan kulat dan juga
spora dan untuk mengelakkan pertumbuhan kulat di kemudian hari. Ini adalah
langkah berjaga-jaga kerana kawasan ni lembap dengan kerja2 laundry dan juga
terdedah kepada air termasuklah tempias hujan. Nak guna fungicidal wash ni kena
sabar. Lepas sembur/sapu kena tunggu semalaman/24h. Lepas tu basuh/sembur
dengan air dan sapu fungicidal wash ni lagi sekali sebagai barrier coat antara
dinding dengan cat asas (undercoat) nanti. Ini untuk memastikan jika ada
sebarang spora dormant selepas proses mengecat dapat dihapuskan sebelum ia
dapat menembusi lapisan cat. Hopefully tahan lama la nanti cat dinding ni
daripada serangan kulat, alga, bacteria dan seumpamanya. Fuhhh..sangat
berinformasi saya tulis ni kan hihii...
Kemudian, cat keseluruhan dinding dengan white undercoat. Dah puas hati dengan coating ni, baru mula buat garisan dan letak masking tape sebab nak cat belang biru putih.
Buat
susah-susah je kan. Korang ingat senang? Pakai pembaris 30cm je tu. Memang
menyusahkan diri haha..tapi korang tengokla hasilnya nanti. Kenape biru putih?.
.barula rasa mcm berada dan berjalan-jalan di bumi Greece kahkahkah..nak
basuh baju je pun kan. Eh, bukan tadi cakap ni laluan ke bilik air ke..so,
samalah tu..berjalan-jalan . Baik punye
justification.
Warna cat biru ni ialah Teramont Blue, dan cat putih tu cat putih lah .
Dinding
yang ada pintu masuk ke bilik air je cat belang putih biru ni. Dinding yang
lain warna biru.
Ada
satu bahagian dinding di bawah tingkap (tingkap bilik sebenarnya) di sebelah
kiri pintu bilik air, terasa gatal tangan nak cuba buat sesuatu.
Guna masking tape dan buat corak 'autumn tree' dan cat. Bila cat dah kering, tanggalkan tape tu, nanti korang tengokla hasilnya kat bawah nanti.
Ini cat dan fungicidal wash yang digunakan.
Bila
dah siap mengecat, kerja2 pemasangan rak pulak. Rak ni beli kat IKEA. Suka
barang2 IKEA ni sebab mudah pasang dan tahan lama. Bila tengok di showroom
bahagian laundry, akan jumpa rak bertingkat yang boleh kita design bersama2
dengan mesin basuh. Yes! Rak ni kita boleh beli setiap satu tu ikut keperluan
dan design sendiri. Dan semua ni di bawah nama ALGOT.
Nak
tengok hasil keseluruhan?
.
.
.
Taraaaaaa....
.
.
.
Taraaaaaa....
Inilah keseluruhan ruang mendobi. Itu adalah pintu ke bilik air. Nak beli setiap part ALGOT ni kena betul2 ukur ikut kesesuaian ruang. Panjang batang besi sebelah kanan tu 196cm, dan yang sebelah kiri tu kena pasang 2 batang besi berukuran 56cm sebab ada suis kat situ. Mesin basuh tu dah hampir10 tahun umurnya. Teringin nak pakai masin basuh pintu buka depan, jadi boleh buat platform kat atas mesin tu nanti.
Rak
yang nak dipasang kat batang besi tu ada pelbagai jenis.
Boleh pilih nak platform kayu, besi, penyidai ataupun bakul. Sangat variety dan flexible kan. Suka sangat.
Tempat
penyidai ni paling saya suka sebab biasa kita kat dapur lepas guna kain buruk
terus basuh, perah pastu tak tau nak sidai kat mana. Malas nak pergi sidai kat
ampaian luar terutamanya kalau malam la kan. Sekarang setel masalah yeayyy..
Haaa...inilah
design 'autumn tree' tu...
Nampakla ceria sket hehe. Tingkap tu adalah tingkap bilik. .
Nampakla ceria sket hehe. Tingkap tu adalah tingkap bilik. .
Ini
keadaan buat masa sekarang hanya ada benda2 ni.
Yang ni asalnya tong sampah tapi convert jadi bekas letak sabun basuh. Saya suka sebab nak synchronize kan dengan tong sampah besar kat bawah tu. Orang ocd macam saya tak boleh tengok banyak2 bentuk bekas dan warna. Nak sama jugak.
Kat bahagian tepi rak tu letak hook untuk sangkut penyapu dan mop.
Itu
sajela yang saya nak share.
Semoga menginspirasi untuk deko rumah anda.
Terima kasih.
2 comments:
salam sis..salam ukhuwah..singgah blog ni :)
simple n penuh inspirasi
Post a Comment