Monday, 6 June 2016

Laundry Area (Home Decor)

Salah satu tempat yang selalu  terabai kat dalam rumah ni ialah kawasan mendobi. Eh, tak taula rumah korang, mungkin kemas kot dan mungkin jugak lebih kurang kitorang je hehee. Yelah, macam rumah saya ni sederhana sahaja, guna je ruang yang ada melainkan rumah korang besar dan banyak bilik, bolehla dedicated kan satu bilik untuk mendobi siap ada mesin basuh, mesin pengering, storage, penyidai, iron dan iron board. 

Ruang mendobi kat rumah ni sebenarnya adalah laluan ke bilik air melalui dapur. Maknanya, kalau tetamu datang nak guna bilik air, mesti lalu dapur, kawasan mendobi ni dan baru jumpa bilik air. Semak mata memandang jugakla sebenarnya.


Disebabkan ruang ni kecil, kitorg rasa boleh buat sendiri. So, kitorg pun plan la buat cantik2 dan takdela malu sangat kalau org tengok. Biasanya, memang orang akan jeling2 jugak tengok. Plannya, nak cat dan pasang rak. Takde pulak gambar sebelum kitorang make over tempat ni. Tapi memang berlemoih la haha..


So, kerja-kerja dimulakan dengan bersihkan tempat dan kikis/scrub cat lama kat dinding tu. Pastu gosok dengan kertas pasir. Eh chop! Yang buat kerja2 ni of course la En. Suami hehe...Puan Isteri ni tukang amik gambar je kehkeh..dan sumbang idea.



Selepas tu, rawat dinding dengan lapisan antifungal untuk musnahkan kulat dan juga spora dan untuk mengelakkan pertumbuhan kulat di kemudian hari. Ini adalah langkah berjaga-jaga kerana kawasan ni lembap dengan kerja2 laundry dan juga terdedah kepada air termasuklah tempias hujan. Nak guna fungicidal wash ni kena sabar. Lepas sembur/sapu kena tunggu semalaman/24h. Lepas tu basuh/sembur dengan air dan sapu fungicidal wash ni lagi sekali sebagai barrier coat antara dinding dengan cat asas (undercoat) nanti. Ini untuk memastikan jika ada sebarang spora dormant selepas proses mengecat dapat dihapuskan sebelum ia dapat menembusi lapisan cat. Hopefully tahan lama la nanti cat dinding ni daripada serangan kulat, alga, bacteria dan seumpamanya. Fuhhh..sangat berinformasi saya tulis ni kan hihii...






Kemudian, cat keseluruhan dinding dengan white undercoat. Dah puas hati dengan coating ni, baru mula buat garisan dan letak masking tape sebab nak cat belang biru putih.

Buat susah-susah je kan. Korang ingat senang? Pakai pembaris 30cm je tu. Memang menyusahkan diri haha..tapi korang tengokla hasilnya nanti. Kenape biru putih?. .barula rasa mcm berada dan berjalan-jalan di bumi Greece  kahkahkah..nak basuh baju je pun kan. Eh, bukan tadi cakap ni laluan ke bilik air ke..so, samalah tu..berjalan-jalan . Baik punye justification.



Warna cat biru ni ialah Teramont Blue, dan cat putih tu cat putih lah .
Dinding yang ada pintu masuk ke bilik air je cat belang putih biru ni. Dinding yang lain warna biru.
Ada satu bahagian dinding di bawah tingkap (tingkap bilik sebenarnya) di sebelah kiri pintu bilik air, terasa gatal tangan nak cuba buat sesuatu.




Guna masking tape dan buat corak 'autumn tree' dan cat. Bila cat dah kering, tanggalkan tape tu, nanti korang tengokla hasilnya kat bawah nanti. 






  


Ini cat dan fungicidal wash yang digunakan.
Bila dah siap mengecat, kerja2 pemasangan rak pulak. Rak ni beli kat IKEA. Suka barang2 IKEA ni sebab mudah pasang dan tahan lama. Bila tengok di showroom bahagian laundry, akan jumpa rak bertingkat yang boleh kita design bersama2 dengan mesin basuh. Yes! Rak ni kita boleh beli setiap satu tu ikut keperluan dan design sendiri. Dan semua ni di bawah nama ALGOT.
Nak tengok hasil keseluruhan?
.
.
.
Taraaaaaa....



Inilah keseluruhan ruang mendobi. Itu adalah pintu ke bilik air. Nak beli setiap part ALGOT ni kena betul2 ukur ikut kesesuaian ruang. Panjang batang besi sebelah kanan tu 196cm, dan yang sebelah kiri tu kena pasang 2 batang besi berukuran 56cm sebab ada suis kat situ. Mesin basuh tu dah hampir10 tahun umurnya. Teringin nak pakai masin basuh pintu buka depan, jadi boleh buat platform kat atas mesin tu nanti.




Rak yang nak dipasang kat batang besi tu ada pelbagai jenis.



Boleh pilih nak platform kayu, besi, penyidai ataupun bakul. Sangat variety dan flexible kan. Suka sangat.



Tempat penyidai ni paling saya suka sebab biasa kita kat dapur lepas guna kain buruk terus basuh, perah pastu tak tau nak sidai kat mana. Malas nak pergi sidai kat ampaian luar terutamanya kalau malam la kan. Sekarang setel masalah yeayyy..



Haaa...inilah design 'autumn tree' tu...
Nampakla ceria sket hehe. Tingkap tu adalah tingkap bilik. .



Ini keadaan buat masa sekarang hanya ada benda2 ni.




Yang ni asalnya tong sampah tapi convert jadi bekas letak sabun basuh. Saya suka sebab nak synchronize kan dengan tong sampah besar kat bawah tu. Orang ocd macam saya tak boleh tengok banyak2 bentuk bekas dan warna. Nak sama jugak.




Kat bahagian tepi rak tu letak hook untuk sangkut penyapu dan mop.
Itu sajela yang saya nak share. 


Semoga menginspirasi untuk deko rumah anda.

Terima kasih.

Thursday, 2 June 2016

Cantik Semulajadi Dengan Sabun Anggur Merah


Alhamdulillah

Saya nak berkongsi dengan anda semua sesuatu yang best.

Saya nak bantu lebih ramai wanita ...
diluar sana 100% KONFIDEN &
YAKIN untuk keluar rumah tanpa
secalit mekap pun dimuka.

.

Pakai bedak sikit & sunblock
je dah cukup.

.

Masa bersiap jimat, duit jimat
& yang penting jauh dari dosa
Tabarruj.

.

Cantik untuk suami yang penting...
ye dak? ;)

Memperkenalkan SABUN ANGGUR MERAH

 
 




Sabun Anggur Merah ini diperbuat daripada 4 bahan utama/aktif seperti di bawah:

ü  Grape Seed Oil

ü  Marula Oil

ü  Ekstrak Aloe Vera

ü  Collagen

 

Ini adalah diantara 15 manfaat & fungsi utama Sabun Anggur Merah:

·         Merawat &menghilangkan jerawat

·         Memudarkan parut jerawat

·         Mencerahkan kulit yang kusam

·         Menghilangkan masalah muka yang berminyak

·         Menghilangkan bintik hitam/putih

·         Memudarkan kesan jeragat

·         Mengecilkan liang pori yang terbuka

·         Meratakan tona kulit yang tidak sekata

·         Memperbaiki sel kulit yang rosak

·         Bertindak sebagai pelindung UV

·         Melembapkan kulit yang kering

·         Menegang dan menganjalkan kulit

·         tinggi oksida

·         Juga sesuai untuk masalah alergi kulit (ruam dan gatal-gatal)

 

Seketul sabun saiznya 60g. Boleh tahan dalam 2 bulan jugaklah.

Sesuai untuk semua jenis kulit (lelaki dan wanita)

Tidak menyebabkan penggelupasan dan tidak menipiskan kulit

Bebas SLS & Paraben

Halal & 100% selamat

Lulus KKM dan dibuat dikilang bertaraf GMP

 

Boleh WA saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian ok!

 

013-3735900

 

Boleh tengok gambar-gambar saya di bawah.

Dinner di hotel. Tak perlu make up tebal nak menutup cela di wajah


 Berjalan-jalan di Zoo, muka tak berminyak pun

Selepas seharian berjalan, balik ke rumah berjumpa anak saudara
 



 

DIY Dapur dan Mesin Basuh Mainan


Arissa..walaupun umur baru masuk 1tahun 4 bulan tapi dia dah tunjuk minat dan kesukaan dia. Contohnya, set dapur mainan kanak-kanak yang kat IKEA ni. Mula-mula dia tengok dari jauh, makin lama makin dekat dan terus melekat kat situ. Lama dia main kat situ. Saya tengok je gelagat dia tu. Tapi maknye menangis bila tengok harganya...mak aiiiii...



Tak apela Arissa, mama buatkan yang cantik punye ok. Korang pun mesti kagum tengok ni kuikuikui...

Bertungkus-lumus lah mamanye ni..akhirnya...taraaaa...

Mehla baca cerita Arissa ni..



Ok, hari ni kita masak ayam goreng ye puan-puan..eh...eh..tak sampai pulak nak ambil sudip..



Senang je rupenye memasak ni. Kacau kacau dan kacau haha..jaga2 ye api panas. Alamak sinki pulak dah penuh tu..mesti mama membebel jap lagi. Mama pesan sambil masak boleh kemas dan basuh sikit2. Aihhh...tak menang tangan rupanya. Sape cakap jadi surirumah senang huhuu



Sambil-sambil masak tu, kita multitasking ye..letak kain dalam mesin..tekan-tekan, (mesin basuh ni mama dengan Arissa yang buat)



Pastu, tutupla mesin tu..mesin auto kan..biarkan jela, takyah tunggu depan mesin tu mama pesan.



Sambil-sambil tunggu ayam masak, mesin basuh berhenti, kita baca buku dulu..tgk buku resepi ke..pernah nampak mama buat camni.


Menangis pulak baby ni..kena la dukung sambil masak hihii.. Mama pun selalu dukung saya kalau saya meragam haha.. Nak rasa sketla sedap tak..kot2 ada yang terkurang.
 
 

Tengah pujuk baby ni..tak nak duduk pulak. Susah la nak masak sambil dukung dia.



Tengah kemas la ni mama..tu baby dah tidur dah tu..(telungkup habis)
 
 
Inilah dapur saya, cantik kan mama buat untuk saya? - Arissa
 
 
 
 
Yang ni pula, mesin basuh pun mama yang buat. Cantik kan!
 
Terima kasih semua