Salam semua..
Entry kali ni nak cerita pasal sekolah Adam sebab dah
janji kan kat entry yang lepas. Kami start kindy hunting untuk Adam pun dah
bulan 12 tahun lepas, sebab masih dok berfikir-fikir nak hantar ke tak nak
since saya tak bekerja buat sementara waktu ni. Adam dah biasa duduk nursery so
dia memang excited la kalau nak pergi sekolah. Kalau boleh nak hantar Adam kat
Genius Aulad macam abang Ammar, tapi area Pajam/Nilai ni tak ada lagi.
Di Perdana College Heights ni ada Tadika KEMAS dan ada
juga tadika2 lain kat taman yang berdekatan seperti Krista dan Pasti. Tapi saje
masa tu nak tengok2 yang lain juga. Tapi kebanyakannya di Bandar Seri Putra
(BSP). Kami fikir kalau sekolah di BSP ok jugak sebab En. Husband akan guna
highway PLUS untuk ke Cheras. Di antara tadika yang kami singgah ialah Brainy
Bunch International Montessori, Al-Fateh Intergrated Preschool, As-Syakirin Pra
Tahfiz Elite Kids’, The Little Caliphs Kindergarten (Tadika Mukmin Kreatif,
Nilai) dan Dzul Iman Smart Khalifah.
Saya ada 2 kindy yang saya suka iaitu Al-Fateh dan
Dzul Iman, tapi memandangkan Al-Fateh takde kekosongan dekat pusat yang kami
nak tu (Al-Fateh ada 4 pusat di BSP), so kami pilih Dzul Iman dan Adam pun suka
dengan sekolah ni walaupun kalau ikutkan dia nak pergi Brainy Bunch. Sebenarnya
dia suka sebut Brainy Bunch tu je..hehe..
Di Dzul Iman ni, mereka guna Khalifah method untuk
didik anak-anak, didik cara nabi yang penuh dengan kelembutan. So, tak akan
dengarla jeritan cikgu2 kat budak2 kan..memang penyabar sungguh cikgu2 kat
sini. Founder Khalifah method ni ialah Prof. Dr. Muhammad Al Mahdi. Boleh baca
ceritanya di SINI.
Beliau dahulunya seorang atheis, tak percaya kewujudan tuhan. Tapi apabila
beliau mendalami ilmu sains especially teori fizik, beliau percaya Tuhan itu
wujud! Akhirnya beliau memeluk Islam. Allahuakbar!
“Appreciating every child as an uncut
precious jewel, it is our responsibility as parents and teachers to shape them
into a beautiful form, pleasing to the eye of Allah” ~ Prof Muhammad al-Mahdi, founder of Khalifah
Method
Penubuhan Dzul Iman Smart Khalifah adalah semenjak
tahun 1995 dan ada banyak cawangan di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, KL, dan
Johor. Boleh pergi ke website Dzul Iman di SINI
untuk selanjutnya. Ini juga salah satu sebab kenapa saya pilih sekolah ni sebab
mereka memang dah established.
DZUL IMAN- one who posses the iman/belief
Yang bestnya, bila mendaftar anak kt Dzul Iman ni,
parents ada satu kursus keibubapaan yang wajib dihadiri (Khalifah Parenting
Course). Masa kursus ni, saya sempat berjumpa dengan salah seorang founder Dzul
Iman iaitu Puan Badariah Ismail. Sangat lembut suaranya. Lepas balik dari
kursus ni, saya pun banyak slow down sikit suara saya hehehe..takde nak marah2
budak2 ni sangat.
Ini jadual harian di Dzul Iman. Alhamdulillah, solat
dhuha setiap hari. Mama pun kena la juga cuba istiqamah buat.
First day of school.. Isnin-Khamis pakai
baju sukan sekolah.
Hari Jumaat pakai uniform sekolah. Dapat
beg sekolah percuma masa daftar haritu.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan
sekolah ni. Ada perubahan pada Adam dari segi percakapan dia, kefahaman dia,
dan yang best dia dah mula menghafal bacaan di dalam solat, beberapa surah
lazim dan beberapa ayat dari Surah Yasin. Alhamdulillah. Tapi ingatlah, walau sebagus mana pun sekolah tu, kalau anak-anak kita tak dapat adapt dan tak belajar dan kita sebagai parents pun tak mainkan peranan di rumah, tiada guna juga kan. Jadi, sekolah lah di mana pun, kita as parents yang membentuk anak-anak, jangan mengharapkan pihak sekolah 100%.
Thank you for reading this blog!
Thank you for reading this blog!
3 comments:
Thank you dear. Saya pun tengah servey tadika tuk anak saya jgk. First time dgr dzul iman ni
Thank you dear. Saya pun tengah servey tadika tuk anak saya jgk. First time dgr dzul iman ni
Thank you Puan Elly for reading this blog. Moga berjumpa tadika yang sesuai
Post a Comment