Friday, 28 February 2014

HOME DECO: KIDS BEDROOM


Dah lama pasang impian nak ada bilik sendiri yang cantik untuk anak-anak. Selama ni memang diorang tidur dengan kitorg. So, dah sampai masanya kena pisahkan sebab Ammar dah 7 tahun, Adam pulak dah nak masuk 5 tahun. Ada geng la kan nak tidur sebilik. Bila ada bajet sikit so kitorg pun start la sket seberapa yang boleh. Mula-mula discuss warna cat untuk feature wall dan keseluruhan bilik. Ammar suka warna biru, dan awal2 lagi dia dah pilih langsir warna biru haritu. Boleh baca pasal langsir tu kat SINI. Bila tunjuk Nippon paint chart tu, dia pilih Story Blue. Then, we all pun decide, Story Blue untuk feature wall dan Sky Blue untuk dinding keseluruhan.

 
Untuk design feature wall, kitorang buat stripe blue-white. Ni layout yang En, Husband lukis (note: warna biru tak menggambarkan biru yang dikehendaki)
 

Mula-mulanya, plan nak cat sendiri. Bila compare nak membeli barang2 mengecat lebih kurang sama dengan upah orang mengecat, ok fine..upah jela. Kitorang pakai kontraktor yang sama yang cat rumah ni masa mula-mula masuk rumah dulu iaitu Ah Ho (0139414443). Boleh baca kat SINI cerita saya cat living hall dan SINI  senarai kontraktor lain yang saya ada.

 
Bila diorang start buat bahagian yang stripe tu berdebar giler haha..surprise sangat sebab takut tak cantik haha! Pasrah jela masa tu kan..

So nak tengok hasilnya….taraaaaa…

-

-

-

-

-

DONE! tak cukup nak impress awak2 semua..ok..tunggu bila dah masuk katil ok.

 

Masa nak beli katil pun pening jugak. Banyak tempat jugak survey. Mula-mula berangan nak beli 2 katil single. Sebab fikir biarlah diorang pakai sampai besar. Tak nak beli  yang kartun-kartun tu. Tapi bila fikir harga pun mahal kalau beli 2 terus. Saya memang ada experienced dengan double decker so, yang ni memang out of list terus. Mula2 je excited nak tidur atas, nanti bila dah mengantuk sangat memang malas nak panjat katil. Then, saya fikir budak2 ni perlukan space untuk bermain. Lepas discuss and discuss so, we decided beli satu katil single dengan pull out. Jimat sikit dari beli 2 katil dan jimat banyak dari segi ruang. Hoorey! Boleh buat play zone/study dalam bilik. Kitorang pun placed order untuk satu katil single dengan pull out, kena la tunggu 4-5 hari jugak sebab takde ex-stock. Punya la tak sabar budak-budak ni, hari-hari tanya bila lori datang hantar katil.

 

Tapi, tak sampai 4 hari pun, tokey kedai call the next 2 days tu cakap nak hantar katil. Wah! Mamanya yang tak sabar ok.. Kitorang saje tak bagitau kat Ammar dan Adam, konon nak buat surprise.

 

Tengokla..happy sangat bila lori datang hantar katil. Priceless tengok expression diorang ni.

 

Kitorang ada pergi Ikea sebab nak cari rak nak letak dalam stor, yang ni kita story lain kali ye. Rak memang dapat, tapi dapat jugak benda lain nak letak kat bilik budak2 ni.

 


 
Clothes Stand. Sebab cantik so terus berkenan. Harga RM79
 
 
 
Lamp Stand. Sebab murah terus beli. Harga RM59. Boleh jadi lampu tidur dan lampu membaca.


 



Inilah hasilnya yang cukup membuatkan budak2 ni seronok nak tidur dalam bilik baru dengan katil baru. Mama dan abahnya bertambah-tambah la seronok, nasib baik outcome cantik dan barang-barang yang di beli puas hati.


 


 


 
Malam pertama tidur di bilik sendiri berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Walaupun mamanya yang takleh tidur, kejap2 bangun pergi tengok anak2 haha!..


Ada banyak lagi projek deko kat bilik ni tapi hold dulu. Nanti ada bajet kita buat lagi ok!

 

Thank you for reading this blog!

 

10 comments:

Kemn Azmaili said...

cantik!! sama biru macam bilik my boy!!

Atia Adina said...

bagusnya...senang jugak ek nak asingkan anak2....cantik bilik....biru tu menarik

Husna said...

@Kemn Azmaili..

TQ! kita kan sama pencinta biru yang tegar..hehe

Husna said...

@Atia Adina

TQ! Alhamdulillah..senang diorang tido bilik sendiri. Excited bilik cantik agaknya. Tak sangka senang nak asingkan anak2. Alhamdulillah..moga diorang disiplin jaga bilik

Aty_Fared said...

cantik... :)

Farahida Idris said...

salam sis. Boleh tahu harga katil & beli dimana?

Husna said...

W'slm Farahida..
Tak ingt dh brp harga hehe..tp estimate dlm rm600 lbh kurang la tak termasuk tilam. Ni beli kat kedai Perabot Wira kat Nilai

naa kamaruddin said...

Nice color...suka tengok outcome dia. Good job to you and hubby ;)

Husna said...

Thanks Naa..itu pun puas fikir hehe...

Yaati Nor said...

cantiknya..rumah puan kat mn?