Thursday 2 August 2012

TAK PUAS HATI DENGAN PERODUA SERVICE NILAI!!

Bila pindah kat tempat baru ni, rutin kita pun turut bertukar dan salah satunya ialah tempat nak service kereta which normally I go to Perodua Service Centre Cheras, Balakong or Bangi. Kalau mula-mula dulu mmg selalu buat appointment dekat Cheras tapi sebab ramai orang, so lebih suka walk in kat Bangi. So far, dah 8 tahun saya pakai kereta Perodua saya ni, tak de major kerosakan sebab memang jaga baik punye, tapi ada la tukar sket2 spare part dan enjin still in good condition. Last week, saya pergi ke Perodua Service kat Nilai which recommended by my husband’s friend. And without any doubt, saya pergi on Saturday 21st July 2012 due to masalah brake yang kritikal and at the same time boleh service terus. Tapi diorang minta datang balik on Monday lepas buat appointment. I insist diorang check the brake tp diorang kata datang sekali nanti terus buat walaupun saya cakap brake berbunyi teruk. Ok fine. Tapi dah start merungut masa ni. 


Isnin tu on our third day puasa, saya sampai tepat 8.30am saya dah ada kat sana. The chronology and detail perbualan saya, saya cerita semua kat sini.



Masa registration and nak serah kunci tu, saya ada buat 3 komplen pasal kereta which are:
1)      brake berbunyi and most probably brake pad kena tukar dan saya minta diorang tukar (based on our experience before)
2)      ada abnormal bunyi kat bahagian belakang kereta, eeeek ekkkk bunyi memang sangat annoying ok kalau drive, boleh tolong check?
3)      lampu yang kat bumbung (door lamp) tu menyala kelip2 especially bila kat selekoh..kalau malam2 seram je kan. Ada kena mengena sensor dah loose ke, boleh tolong check tak?

Masa nak serah kunci tu, saya cakap kat SA tu nnti panggil saya bila nak bawa masuk kereta sebab kereta tu ada security system bila nak start enjin. And he noted.

Tapi sampai pukul 9.30am, saya pelik apsal tak panggil2 ni. Bila jenguk keluar rupanya kereta dah bawak masuk workshop. Menyirap la kan darah ni. Dah pesan tadi suruh panggil. 

Tak lama lepas tu, foreman call cakap kereta ada leaking kat power steering and kena ganti. Saya cakap, ‘boleh tak masuk jumpe saya kat sini, cakap telefon tak paham la’.

Bila dia masuk dan dah explain semua, saya tanya la, ‘ tadi macam mana start kereta? Tadi saya pesan suruh panggil saya bila nak bawak masuk kereta?’ tercengang-cengang la orang tu. 


Dia cakap, ‘tak taula, tadi diorang cuba2 boleh start'.

Saya cakap, ‘kalau rosak, you all ganti ye.’ Muka saya memang marah la masa tu. Nampak dia takut jugak.


Dah nak pukul 11am lebih tu sekali lg dia datang jumpa tanya macam mana nak start kereta tu. Saya terus pergi kereta nak tunjuk, tapi on the way nak pergi tu dah dengar alarm berbunyi, which diorang force to start the engine. Sampai sana, saya marah la diorang.

Habis lewat jugak sebab buat major service plus mungkin diorang nak settle kan komplen saya tu. Bila dengar je nama panggil, terus diorang suruh buat bayaran. Saya cakap mana report service and complain, saya nak tengok dulu. Kalau service sahaja, then ok la kita terus bayar tapi sebab saya ada buat komplen, saya nak la kan tengok report. Saya pergi jumpe SA kat kaunter, dia pun terkial-kial la cari report tu. 


SA:         semua ok Puan.
Saya:      apa yang ok? Dia sibuk dok belek2 report tu nak baca. Macam mana brake?
SA:        Kalau ikut report kat sini, brake tu ok lagi, boleh pakai sampai next service.

  I was like.. ‘haa? dah bunyi teruk pun boleh pakai lagi?’
 
SA:         itu foreman kita dah test drive. dia kata ok lagi.
saya:       Ni yang lampu pintu menyala ni, ada masalah? Dah settle?
SA:         Errr..pintu Puan tak tutup rapat kot? Kat sini dia cakap ok je

  Saya dah buat muka tak puas hati,

              Saya: kalau pintu tak rapat mestila lampu indicator kat dashboard tu menyala!’

  Dia diam

Saya:     Lagi satu komplen yang bunyi kat belakang tu, dapat detect kenapa?
SA:      Ok je Puan. foreman cakap tak ada bunyi pun.

saya memang marah masa tu, sampai terlupa nak tanya kenapa tak panggil bila nak bawak masuk kereta tu.


Saya:     Mana boleh tak ada apa2.
SA:        Kalau Puan dengar ada bunyi lagi, Puan datang buat second complain ye.

Saya bayar dan amik kunci, terus keluar. Start enjin, jalan sikit je dah dengar eeeekkk eekkk. Hangin la saya kan, ni service ke tak ni?

Masuk balik office, jumpa SA tu.

Saya:     Ada bunyi la, macam mn boleh tak ada bunyi. Awak ikut saya naik kereta sekarang!
SA:         kejap Puan, saya panggil foreman.

saya terus tunggu kat kereta.


SA:         Puan, foreman kita keluar test drive kereta customer.
Saya:     takpe, saya tunggu.

Dia masuk dalam, pastu keluar balik.


SA:         Puan, masuk kejap kat dalam office


Dia bagi report yang dia pegang tu kat kawan dia, kawan dia pun terpinga-pinga apahal kan. SA ni nampak sangat tak tau ape2. Main pas pas pulak. Macam mana la korang keje ni.


Dia pun tunjuk kat saya, kat belakang report yang saya pegang tu, ada tulis senarai alat ganti yang saya kena tukar (rear both bearing, rear lower Arm (both), rear both absorber dan Axel bar), sebab tu ada bunyi-bunyi kat belakang.


Saya:     Banyaknye? Tadi kenapa tak cakap?
SA:         Tak perasan tadi Puan.
Saya:     Saya nak salinan report ni boleh?
SA:         tak boleh Puan, ni salinan untuk kami je.
Saya:     Kalau tak bagi, mcm mn saya nak tau apa yang saya kena tukar?

Diorang diam

Saya:     Tulis untuk saya atas kertas. Macam mana la korang ni buat keje. Macam tak serius je.


Diorang mintak maaf je la. Nak kata apa lagi kan, dah memang salah diorang.


Esoknya pegi keje, makin teruk bunyi brake tu. Macam takut brake tak makan je..tapi pagi tu sampai PPUKM dengan selamat, tapi bila saya nak keluar tengahari tu, nak menangis saya drive dah fikir yang bukan2. 


Saya call Perodua Service Nilai, dan komplen la kan pasal brake tu. Dia cakap mungkin greasing oil tak cukup diorng letak semalam. Dan mintak saya datang balik sana. Saya cakap mana boleh pergi sana, nak bawak pun tak sanggup dah ni, lagipun husband saya tak habis keje lagi, anak-anak kat sekolah lagi. Lepas saya marah the way diorang buat keje yang tak teliti tu saya call husband.




Atas nasihat husband, saya call Perodua Service Cheras, mintak diorang tengokkan. Bila call nasib baik diorang terima sebab kalau bab keselamatan ni dikira kes kecemasan. Bila diorang check brake tu, CONFIRM BRAKE DAH HAUS KENA TUKAR BRAKE PAD!. Dan bunyi2 kat belakang kereta tu adalah disebabkan spare tyre yang tak ketat, tak perlu pun tukar semua-semua yang macam dioarng cakap tu!



Lepas je tukar brake pad tu, sedap je bawak kereta tanpa rasa takut-takut lagi. Aduhhh, memang saya bengang betul dengan Perodua Service Nilai ni. Buat keje tak serius.



Daripada penilaian saya:

        SA yang saya jumpa tu tidak menjalankan kerja dia dengan baik. It’s like tak ada communication between SA dan foreman. Tak macam Perodua service yang lain, apa2 masalah, yang datang bgtau kat customer segala masalah atau perlu ganti alat adalah SA, bukan foreman tu. Ni, bila saya tanya SA, kejap2 tanya foreman. Sepatutnya, dia patut tahu bila customer tanya. Dahla semua SA yang kat kaunter tu, duduk je melangut tunggu customer, mcm free sangat diorang ni. Ni kes malas buat keje la ni. Foreman pun buat keje tak serius dan dia tak check betul-betul.



To Perodua Service Nilai (PRIMA KEMBARA SDN. BHD.):

-          Saya ingin tahu kenapa terdapat percanggahan diagnosis terhadap komplen yang saya buat?
-          Kenapa saya perlu ganti 4 alat ganti seperti dinyatakan di atas sedangkan tiada symptom yang menunjukkan alat-alat tersebut rosak atau berada di dalam keadaan yang tidak baik?
-          Apa ujian yang dijalankan untuk menguji kerosakan seperti yang saya nyatakan di atas?
-          On what basis yang menunjukkan brake pad kereta tu masih elok sedangkan saya dah nyatakan masalah, dan ini melibatkan keselamatan dan nyawa orang.
-          Saya perlukan penjelasan dan juga permohonan maaf daripada staf yang telah mencuba-cuba menghidupkan enjin kereta tanpa pengetahuan saya (yang saya anggap kes pencerobohan).



Saya amat terkilan, kecewa dan sangat marah dengan kejadian ni. FYI Perodua, kami adalah pengguna setia kereta Perodua, dan sepatutnya as a loyal customer we deserve to have good treatment. Atas apa yang berlaku pengalaman yang tak pernah saya hadapi masalah dengan Perodua Service selama 8 tahun yang lalu, bagi saya NO MORE PERODUA SERVICE NILAI!! Silap besar la korang buat hal dengan blogger, kan dah tersebar cerita ni kan.




thank you for reading this blog!




21 comments:

Cik Ruru said...

slm.. akak, sy baru ingt nk service kereta kenari kt produa nilai tuu.. btl ke servis dye cm2?

Husna said...

salam..
ntahla..nasib tak baik agaknya..
kalau service biasa ok kot..
tryla..maybe masa tu first day puasa staf pun lemau semacam je kan..

Unknown said...

Assalammualaikum...

Nak tanya... Kalau kat Cheras ada dua... Mana satu yg ok? Desa Tun Razak atau Shamelin Perkasa? Yang Bangi tu servis memang ok ke?

Tula... Perodua ni kdg2 sesuka hati je... Kita sevis kat centre dia nak dptkan yang terbaik... Alih2 buat cincai je... Dah la mahal...

Husna said...

salam mazni,

sorry lambat reply.
yg kat cheras biasa pegi yg kat Desa Tun RAzak..

yg kat Bangi pun ok..boleh walk in.

sue said...

salam...sy pon dah terkena ari tu...mmg sama situasi sy kena ngan akak tau...sy dgr bunyi kat bahagian enjin keta sy bunyi semacam je..sy hantar bengkel biasa la..cina tu ckp water pump sy problem..harga lam rm320...so sy pon terfikir2 jugak nak bt..sy hantar la kat perodua service nilai...sy bgth ade bunyi sbb sy takut sy kena tipu je ngan cina tu...sampai perodua service ape yg sy ckp sume dia catat...kira cam doktor la gayanye..huhuhu...sy ckp service aircond..sbb rata2 ckp aircond sy problem sbb ade bunyi2...dah service aircond..SA tu ckp dah x de bunyi dah...owh..lega sy..sy pun bawak la..tup2 ade lg bunyi..rupe2nye bukan aircond yg bunyi..sy ckp ade dengar bunyi pape x td? diorg ckp x de pon...sy kata ade sbb ni keta sy..sy th la klu bunyi ckit pon sy boleh cam tau...sy siap tunjuk lg mane yg bunyi tu..ade la lam 4 org foreman yg tgk keta sy..termasuk la bos dia...sorg pon x dgr...adui ai...sy ckp kat diorg mungkin water pump problem kot...diorg mane la nak dgr ckp pempuan cam sy ni..hurmmm...pastu sy masuk dlm tgu je...then SA tu ckp sy punye belting air cond problem walaupun x cukup haul lg kena tukar..td kata belting sume ok......so sy kata tukar la..pastu dia tanye pulak bateri penah tukar tak? sy kata x penah..diorg suh tukar..sy kata ok...sy total2 sume dah dekat rm400 dah ni...adui...dr jauh sy tgk je diorg tgk keta sy..pastu sy nampak foreman tu jumpa SA tu..dr gerak mulut dia sy nampak dia ckp confirm WATER PUMP sy problem...haaaa tgk...sy ckp so camne skunk? ada waranty lg x water pump sy td? klu x de aku suh ko bukak balik ape yg x rosak td tu..pasang balik n aku akan bayar water pump tu je..duit aku dah x de ni...SA tu dah resah dah...dia check2 pastu dia ckp nasib baik ade waranty lg...(yes nasib baik tuk ko kan) so..sy suh tukar..brg pulak x de...tgu brg sampai..ok...blik je..tekan2 hon x bunyik...adoi aiiii..ape la di colek dek foreman ni..sampai hon aku dah x bunyi ni...bila tanya SA tu..dia ckp foreman tu kata hon mmg x bunyi...eh..suke hati je kan..aku br je hon kambing td..adoi..mmg rase nak nangis gak la ptg tu sbb mcm2 jd...skunk sume dah selesai..Alhamdulillah...

L said...

Puan Husna. hye! sy x-staf service center situ. SETUJU sgt dengan post akak ni. dulu jd S/A and jaga part. kita yg kerja dgn diorg ni pun makan hati jugak gak. kdg2 tu komen customer kita sampaikan kt mekanik buat slumber jek. setuju sgt kalau Puan Husna marah. u paid for the service. not f.o.c.

Husna said...

@Sue
memang kena cek balik lepas dioang buat keje kan. Kalau tak, huuu...

Husna said...

@ L,
yeke..
kalau buat service ni komen customer kenala take note. bukan company sendiri boleh la..tapi silap2 kena buang keje

sam said...

salam...
lepas baca nie rasa takut plak nak pi situ...
tumpang tanya, lepas kejadian admin p mane ye untuk servis kereta??

Husna said...

Saya pergi samada Balakong, Desa Tun Razak Cheras atau Bangi

Unknown said...

Hek...sy duduk nilai kata org sana bagus tp bila da dgr mcm ni takot jdnya nk servis kat sana..slalu wat kat bangi jerk...

DeanEyza said...

saya pun baru servis kat situ. lepas tu baru perasan macam ada something wrong. bila check balik dgn sales kat perodua, baru tahu.. prima kembara tu dealer.. bukan branch. so, next time kena pastikan buat servis kat servis center produa yang betul. tak pasal2 duit raya tahun ni 'ter'bagi kat dealer servis yang bermasalah nie. huhu..

Unknown said...

Mmg bermasalah.. dh lar servis lambat.. baik hntr workshop luarr.. bodoh perodua servis nilai ni

Unknown said...

Memang betul problem kat servis centre sane...bgkel paint n body dia pun bnyk mslh staf2 dia..baru2 ni kete eksiden panel insurns hantar sane, lps dah buat repair body yg rosak kene langgar, jadi mslh lampu gear auto xberfungsi, refer balik kate sane, dorg kate bukan under wrntty claim insurans..hangen jek..nak lepas tangan jek dorang ni...

ariena said...

Dengar camni takut pula saya nak g service sana. 1st time nak services. Saya duduk nilai. Produa services mana yg dekat & terbaik.

mat tokbali said...

Saya baru service 27000km..dkt tempat yg yg sama tadi panggil rotation tyre blkng sbb baru tukar, charge allignment dgn balancing. Rm51. 00 nasib baik smpai tyre baru tu ada marking lagi, dia orang tak tukar.. Call balik baru dia panggil dtng balik. Semua service rm341. 50

Unknown said...

laa..teruknya..baru nak antar hri rabu ni

sofia said...

mmg betul pun service xok.. mak sy pnh service at sana.. tukar mnyak hitam.. blh pulak pntup mnyk hitam x dttup.. selama 1 bulan juga mak sy bru perasan.. gi complaint sana.. just chck .. xd pe pe lah kan.. tpii cm mnyesal hntr sana.. bbter pergi tmpt lain.. kreta hsbnd pun sama.. claim insurans atas pesalah yng lnggar nk dkt 2 mnth xsiap.. nk cept kan bgi duit kt bngkel soh cepat .tk kesah lah . bila dh renew rodtx bru tau insurans kreta sendrii yng di claim.. ncd turun lah.. redha je lah .

hidayah.ida said...

Akk Terus buat report email kat perodua... Bior kene warning... Buat keje main2...kite bayo bukan murah... Kite nk terbaik... Saya kene kat perodua tasik...kite melangut duk ctu tggu Nama panggil... Not satisfied!

Jesyca@Dayungdared said...

Omg I just saw your post will not sent to them again an yet till now the service still not good thanks for the shared

Unknown said...

Sama juga pusat servis perdua Kancil autocity juru bukit Mertajam pulau Pinang

kekurangan pekerja alasan pekerja kuarantin ... Bukan masalah kita..