Friday, 3 August 2012

KUIH RAYA: JOM MEMBELI SAMBIL MENDERMA



 
Anybody is still looking/searching or don’t know what order for kuih raya? Introducing butter cookies K-Rogers, sell by my friend Sis Nadia Suyat.



In four delish flavours that will sure tantalizes your taste buds:

 
1. ALMOND & COCOA CHIPS
2. BLUEBERRY
3. RASPBERRY & ALMOND CHIPS
4. CORNFLAKES & CEREAL



Comes in its own exclusive container, it is also a great additional to your Raya hampers.

The butter cookies are selling at RM20/tin (400 gram).

And, to make this more interesting and barakah (InsyaAllah), she wish to contribute RM1 for every tin sold to Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah, Pulau Pinang.



To order, click here


Please state your:
 
1. Flavour
2. Quantity




Self collection is available at Shell/Petronas Seksyen 7 BBB, Petronas Nanding Hulu Langat and Damansara Perdana. Postage will be charged accordingly for orders outside of KL.  



Selamat membeli dan menderma. 




Thank you for reading this blog!





Thursday, 2 August 2012

TAK PUAS HATI DENGAN PERODUA SERVICE NILAI!!

Bila pindah kat tempat baru ni, rutin kita pun turut bertukar dan salah satunya ialah tempat nak service kereta which normally I go to Perodua Service Centre Cheras, Balakong or Bangi. Kalau mula-mula dulu mmg selalu buat appointment dekat Cheras tapi sebab ramai orang, so lebih suka walk in kat Bangi. So far, dah 8 tahun saya pakai kereta Perodua saya ni, tak de major kerosakan sebab memang jaga baik punye, tapi ada la tukar sket2 spare part dan enjin still in good condition. Last week, saya pergi ke Perodua Service kat Nilai which recommended by my husband’s friend. And without any doubt, saya pergi on Saturday 21st July 2012 due to masalah brake yang kritikal and at the same time boleh service terus. Tapi diorang minta datang balik on Monday lepas buat appointment. I insist diorang check the brake tp diorang kata datang sekali nanti terus buat walaupun saya cakap brake berbunyi teruk. Ok fine. Tapi dah start merungut masa ni. 


Isnin tu on our third day puasa, saya sampai tepat 8.30am saya dah ada kat sana. The chronology and detail perbualan saya, saya cerita semua kat sini.



Masa registration and nak serah kunci tu, saya ada buat 3 komplen pasal kereta which are:
1)      brake berbunyi and most probably brake pad kena tukar dan saya minta diorang tukar (based on our experience before)
2)      ada abnormal bunyi kat bahagian belakang kereta, eeeek ekkkk bunyi memang sangat annoying ok kalau drive, boleh tolong check?
3)      lampu yang kat bumbung (door lamp) tu menyala kelip2 especially bila kat selekoh..kalau malam2 seram je kan. Ada kena mengena sensor dah loose ke, boleh tolong check tak?

Masa nak serah kunci tu, saya cakap kat SA tu nnti panggil saya bila nak bawa masuk kereta sebab kereta tu ada security system bila nak start enjin. And he noted.

Tapi sampai pukul 9.30am, saya pelik apsal tak panggil2 ni. Bila jenguk keluar rupanya kereta dah bawak masuk workshop. Menyirap la kan darah ni. Dah pesan tadi suruh panggil. 

Tak lama lepas tu, foreman call cakap kereta ada leaking kat power steering and kena ganti. Saya cakap, ‘boleh tak masuk jumpe saya kat sini, cakap telefon tak paham la’.

Bila dia masuk dan dah explain semua, saya tanya la, ‘ tadi macam mana start kereta? Tadi saya pesan suruh panggil saya bila nak bawak masuk kereta?’ tercengang-cengang la orang tu. 


Dia cakap, ‘tak taula, tadi diorang cuba2 boleh start'.

Saya cakap, ‘kalau rosak, you all ganti ye.’ Muka saya memang marah la masa tu. Nampak dia takut jugak.


Dah nak pukul 11am lebih tu sekali lg dia datang jumpa tanya macam mana nak start kereta tu. Saya terus pergi kereta nak tunjuk, tapi on the way nak pergi tu dah dengar alarm berbunyi, which diorang force to start the engine. Sampai sana, saya marah la diorang.

Habis lewat jugak sebab buat major service plus mungkin diorang nak settle kan komplen saya tu. Bila dengar je nama panggil, terus diorang suruh buat bayaran. Saya cakap mana report service and complain, saya nak tengok dulu. Kalau service sahaja, then ok la kita terus bayar tapi sebab saya ada buat komplen, saya nak la kan tengok report. Saya pergi jumpe SA kat kaunter, dia pun terkial-kial la cari report tu. 


SA:         semua ok Puan.
Saya:      apa yang ok? Dia sibuk dok belek2 report tu nak baca. Macam mana brake?
SA:        Kalau ikut report kat sini, brake tu ok lagi, boleh pakai sampai next service.

  I was like.. ‘haa? dah bunyi teruk pun boleh pakai lagi?’
 
SA:         itu foreman kita dah test drive. dia kata ok lagi.
saya:       Ni yang lampu pintu menyala ni, ada masalah? Dah settle?
SA:         Errr..pintu Puan tak tutup rapat kot? Kat sini dia cakap ok je

  Saya dah buat muka tak puas hati,

              Saya: kalau pintu tak rapat mestila lampu indicator kat dashboard tu menyala!’

  Dia diam

Saya:     Lagi satu komplen yang bunyi kat belakang tu, dapat detect kenapa?
SA:      Ok je Puan. foreman cakap tak ada bunyi pun.

saya memang marah masa tu, sampai terlupa nak tanya kenapa tak panggil bila nak bawak masuk kereta tu.


Saya:     Mana boleh tak ada apa2.
SA:        Kalau Puan dengar ada bunyi lagi, Puan datang buat second complain ye.

Saya bayar dan amik kunci, terus keluar. Start enjin, jalan sikit je dah dengar eeeekkk eekkk. Hangin la saya kan, ni service ke tak ni?

Masuk balik office, jumpa SA tu.

Saya:     Ada bunyi la, macam mn boleh tak ada bunyi. Awak ikut saya naik kereta sekarang!
SA:         kejap Puan, saya panggil foreman.

saya terus tunggu kat kereta.


SA:         Puan, foreman kita keluar test drive kereta customer.
Saya:     takpe, saya tunggu.

Dia masuk dalam, pastu keluar balik.


SA:         Puan, masuk kejap kat dalam office


Dia bagi report yang dia pegang tu kat kawan dia, kawan dia pun terpinga-pinga apahal kan. SA ni nampak sangat tak tau ape2. Main pas pas pulak. Macam mana la korang keje ni.


Dia pun tunjuk kat saya, kat belakang report yang saya pegang tu, ada tulis senarai alat ganti yang saya kena tukar (rear both bearing, rear lower Arm (both), rear both absorber dan Axel bar), sebab tu ada bunyi-bunyi kat belakang.


Saya:     Banyaknye? Tadi kenapa tak cakap?
SA:         Tak perasan tadi Puan.
Saya:     Saya nak salinan report ni boleh?
SA:         tak boleh Puan, ni salinan untuk kami je.
Saya:     Kalau tak bagi, mcm mn saya nak tau apa yang saya kena tukar?

Diorang diam

Saya:     Tulis untuk saya atas kertas. Macam mana la korang ni buat keje. Macam tak serius je.


Diorang mintak maaf je la. Nak kata apa lagi kan, dah memang salah diorang.


Esoknya pegi keje, makin teruk bunyi brake tu. Macam takut brake tak makan je..tapi pagi tu sampai PPUKM dengan selamat, tapi bila saya nak keluar tengahari tu, nak menangis saya drive dah fikir yang bukan2. 


Saya call Perodua Service Nilai, dan komplen la kan pasal brake tu. Dia cakap mungkin greasing oil tak cukup diorng letak semalam. Dan mintak saya datang balik sana. Saya cakap mana boleh pergi sana, nak bawak pun tak sanggup dah ni, lagipun husband saya tak habis keje lagi, anak-anak kat sekolah lagi. Lepas saya marah the way diorang buat keje yang tak teliti tu saya call husband.




Atas nasihat husband, saya call Perodua Service Cheras, mintak diorang tengokkan. Bila call nasib baik diorang terima sebab kalau bab keselamatan ni dikira kes kecemasan. Bila diorang check brake tu, CONFIRM BRAKE DAH HAUS KENA TUKAR BRAKE PAD!. Dan bunyi2 kat belakang kereta tu adalah disebabkan spare tyre yang tak ketat, tak perlu pun tukar semua-semua yang macam dioarng cakap tu!



Lepas je tukar brake pad tu, sedap je bawak kereta tanpa rasa takut-takut lagi. Aduhhh, memang saya bengang betul dengan Perodua Service Nilai ni. Buat keje tak serius.



Daripada penilaian saya:

        SA yang saya jumpa tu tidak menjalankan kerja dia dengan baik. It’s like tak ada communication between SA dan foreman. Tak macam Perodua service yang lain, apa2 masalah, yang datang bgtau kat customer segala masalah atau perlu ganti alat adalah SA, bukan foreman tu. Ni, bila saya tanya SA, kejap2 tanya foreman. Sepatutnya, dia patut tahu bila customer tanya. Dahla semua SA yang kat kaunter tu, duduk je melangut tunggu customer, mcm free sangat diorang ni. Ni kes malas buat keje la ni. Foreman pun buat keje tak serius dan dia tak check betul-betul.



To Perodua Service Nilai (PRIMA KEMBARA SDN. BHD.):

-          Saya ingin tahu kenapa terdapat percanggahan diagnosis terhadap komplen yang saya buat?
-          Kenapa saya perlu ganti 4 alat ganti seperti dinyatakan di atas sedangkan tiada symptom yang menunjukkan alat-alat tersebut rosak atau berada di dalam keadaan yang tidak baik?
-          Apa ujian yang dijalankan untuk menguji kerosakan seperti yang saya nyatakan di atas?
-          On what basis yang menunjukkan brake pad kereta tu masih elok sedangkan saya dah nyatakan masalah, dan ini melibatkan keselamatan dan nyawa orang.
-          Saya perlukan penjelasan dan juga permohonan maaf daripada staf yang telah mencuba-cuba menghidupkan enjin kereta tanpa pengetahuan saya (yang saya anggap kes pencerobohan).



Saya amat terkilan, kecewa dan sangat marah dengan kejadian ni. FYI Perodua, kami adalah pengguna setia kereta Perodua, dan sepatutnya as a loyal customer we deserve to have good treatment. Atas apa yang berlaku pengalaman yang tak pernah saya hadapi masalah dengan Perodua Service selama 8 tahun yang lalu, bagi saya NO MORE PERODUA SERVICE NILAI!! Silap besar la korang buat hal dengan blogger, kan dah tersebar cerita ni kan.




thank you for reading this blog!




Wednesday, 1 August 2012

Aria Park Single Storey Terrace @Citra Hill Pajam, Register Now!





Seri Pajam Development ada buat projek perumahan single storey kat Aria Park @Citra Hill, Pajam. Sesiapa yang ada lalu LEKAS highway, bila nak sampai exit Pajam/ Nilai tu boleh nampak iklan besar. So, sesiapa yang berminat nak dapatkan rumah single storey cepat register kat link ni http://www.seripajam.com.my/register.php. Harga dari RM261, 915K. Boleh call tanya diorang. Biasanya diorang akan bagi invitation untuk launching. Dan launching nye ialah 5hb Ogos (Ahad).  Show house pun dah ada kalau nak datang tengok. Tapi from my experience, kalau nak dapat lot yang best (corner ke, facing mana2 ke), korang pergi je terus ke office Seri Pajam tu dan terus booking. Biasanya time launch tu tinggal berapa unit je, corner memang dah tak ada la. 
 
 
 
 
Spesifikasi:

 22'X70', 
freehold,
 build up from 1340sqf,
 4 bilik, 2 bilik air, 
guarded community,
underground cabling, 
tinggi siling dari lantai 13 kaki, 
plaster ceiling,
kalau corner dah ada sekali wet kitchen.




Double storey Zeta Park fasa 2 still available kalau yang mencari rumah. Cepat korang  beli rumah, harga rumah sekarang dah mahal.




Ni nombor telefon office Seri Pajam Development

06-7581988



p/s kalau korang baik hati hehehe..malu pulak nk tulis ni..boleh bagi nama husband saya kat Seri Pajam Development kalau korang jadi beli rumah, you all dapat points, kitorang pun dapat points dalam Member Get Member Program. Boleh redeem aircond lagi letak kat bilik budak pulak.

 
Mohd Alias Ibrahim
Lot: PT 14929 (D Camelia Extra, Perdana College Heights)


 

Thank you for reading this blog. 



*update