Anak-anak saya memang lasak, nama pun
lelaki kan. Tambahan pula, anak-anak saya bukan anak-anak gadget yang ada ipad,
PSP or any tablet yang boleh buat diorang duduk diam. Betul cakap Wardina, anak-anak
yang tiada gadget ni lebih lasak berbanding yang ada ipad dan segala benda tu.
Diorang ni biasanya suka explore benda-benda di sekeliling mereka. Biasa kan
kita tengok sekarang kat mana-mana sahaja dengan smartphone ataupun tablet. Nak
bagi anak makan, sementara tunggu makanan sampai dalam kereta, kat rumah, masa
beraya hari tu mesti banyak kita lihat kan. Sampai iklan raya Maxis keluar
tagline ‘Disconnected to get connected’. Kami pun pernah la jugak sekejap dalam
fasa tu bila baru-baru ada smartphone, tapi cepat sedar yang benda ni tak bagus
pun. Bukan bermakna gadget ni tak ada kebaikan langsung. Sekali sekala
anak-anak nak main ok, kita yang control bila dan lama mana diorang boleh main.
Kadang-kadang tu kesian juga, Ammar akan minta ambil dia lewat kat transit
sebab dia main PSP dengan kawan dia. Ada sistem barter dengan kawan dia, dia
bawak mainan ultraman ke kereta ke, so tukar dengan kawan yang bawak PSP. Dapat
main sekejap pun jadila katanya.
Bila tak ada gadget, satu cara yang
biasa saya buat ialah, ke mana sahaja pergi, mesti ada pen dan kertas dalam
kereta atau pun dalam beg sebab diorang memang suka melukis dan menulis. Kami
tahu yang diorang pun nak sesuatu untuk mengekspreskan perasaan diorang. Kadang-kadang
anak-anak ni nak pergi mana-mana akan bawak mainan sendiri untuk main dalam
kereta. Tapi end up diorang akan minta pen dan kertas juga. Dah biasa macam tu.
Kalau terlupa bawak kertas, korek-korek juga kat dalam beg, jumpa kertas resit
pun boleh buat diorang conteng-conteng kat bahagian belakang tu.
Dalam smartphone, hanya games
tertentu shaja boleh download itu pun dengan kebenaran since diorang pandai
download sendiri kat playstore tu kan…
Ni salah satu game yang diorang
download sendiri. Cita-cita nak jadi doctor kan…pandai pulak download game ‘Virtual
Knee Surgery’…
Di bawah ni adalah video anak-anak
saya melukis dalam kereta, dalam perjalanan nak pergi sekolah. Saya kagum
dengan bakat melukis dan bakat bercerita diorang. Sometimes, lukisan tu
conteng-conteng je tapi ada cerita disebaliknya yang sangat menarik dan buat
kita hargai lukisan tu. Enjoy!
Satu scene yang biasa dalam kereta…Ammar
melukis sambil bercerita..
Ada cerita disebalik lukisan ini..
Saya mungkin bukan calon ibu terbaik
bagi orang lain, tapi saya cuba jadi yang terbaik untuk anak-anak saya. Bolehlah
kongsikan kat sini kalau ada gadget, apa applications yang anda benarkan untuk
anak anda bermain, dan kalau tiada, apa yang anda buat? Boleh bagi idea pada
saya nanti.
Thank you for reading this blog!