Macam-macam perlu buat bila nak masuk
rumah baru. Semua kerja-kerja ni kena lah disusun dengan teratur supaya tak
mendatangkan masalah dikemudian hari. Biasa kita akan buat mana yang priority
dulu iaitu keperluan then baru kehendak. Tapi kadang-kadang tu kehendak yang
lebih, benda yang perlu tapi kehendak nak yang cantik la, nk mcm tu la mcm ni
la..boleh lari budget. So, apa2 hal sediakan budget dahulu dan buat anggaran
perbelanjaan untuk setiap item. Actually boleh start survey harga sebelum rumah
siap, so baru boleh buat anggaran harga.
Kami taklah terikat sangat sampai
kena tunggu siap satu benda baru boleh buat yang lain. Ada perkara yang boleh
jalan serentak.
Kami pilih kontraktor yang spesifik
untuk setiap tugas contohnya, kontraktor grille lain, tinted dengan org lain,
wiring dan plaster ceiling orang lain. Kos akan jadi lebih murah tetapi kualiti
dijamin sebab diorg ni mmg pakar dengan kerja tu je kan. Mula-mula kami cari
sorang kontraktor untuk buat semua, tapi bila kita tanya pasal grille dia sibuk
call sana call sini kejap cakap boleh, kejap cakap tak boleh..lepas tu dia
quote harga pon jadi mahal sbb dia sub dekat org lain, dan dia mark up kat dia
jugak.
Di kawasan perumahan baru, biasanya
akan berkeliaran kontraktor2 cari customer, yang datang approach cakap dia
provide service tu service pasang ni..so kena betul-betul pilih. Bila kami deal
dengan aunty Wendy dan Uncle Ben yang pasang tinted rumah, dia perkenalkan
orang yang dia kenal untuk buat wiring, cabinet, grille. Bagus org2 cina ni
berniaga, saling tolong menolong. Orang kat Perdana College Heights memang
kenal la dengan diorg ni sebab saya tengok ramai yang ambil diorang ni untuk
buat kat rumah diorng. So, kitorang pon deal la dengan Ah Wuen pasang grille,
Ah Choong buat plaster ceiling dan wiring, Ah Yap buat TV cabinet dan wardrobe
dan ayah Ah Wuen buat kerja-kerja naik tembok dan tutup tingkap. Diorang ni
adalah kawan masa sekolah dan pakar dalam bidang masing-masing. Bukan kami nak
diorg control semua projek kat PCH ni tapi kita consider dengan kerja-kerja
yang diorg dah buat dan puas hati dengan hasil kerja mereka.
Pihak pemaju minta kita pasang grille
dulu, baru dia akan pasang kepala paip dan meter sebab takut hilang. Terpulanglah
kepada pembeli, kalau nak diorang pasangkan jugak boleh ambil langkah dengan
mengunci meter dan sebagainya. Bila meter dah pasang, kita boleh check ada paip
bocor ke, tersumbat ke kan. Ada tips dari forum, kita boleh banjirkan lantai
tingkat atas semalaman, dan tengok keesokan harinya ada tak kebocoran di
tingkat bawah. Itu pentingnya bila dah ada air kat rumah awal2.
Tapi memandangkan kami nak pasang
tinted, so tak boleh pasang grille lagi. Kalau dah pasang grille susahla nak
tinted, nanti kena buka balik grille tu. Biasanya kontraktor2 ni tahu, diorang
akan tanya kita dulu sebelum diorg pasang.
So, let’s check it out apa yang perlu
di buat untuk masuk rumah baru.
1
Pasang glass tinted/window
film. Memandangkan
rumah kami ni corner yang mengadap matahari terbenam, memang sangat panas. So,
kami pun tinted dengan Sun Gard/Glass Gard™ dengan 5 tahun warranty warna silver/black.
Dari luar nampak mcm cermin (silver), dari dalam warna hitam. Kalau tengahari
kan panas, sejuk la sikit. Kalau
pasang aircond nanti takla teruk sangat aircond tu bekerja nak sejuk kan ruang.
So, boleh jimat elektrik dan langsir pun tak cepat lusuh. Uncle Ben dan Aunty
Wendy ni dah lebih 20 tahun buat kerja ni. Harga tinted satu rumah corner RM1600.
Rumah tak banyak tingkap mesti lagi murah. Boleh contact diorang:
Ben-Cool Marketing Enterprise
Ben 019-2381 577
Wendy 019-2986 077
2
Pasang grille. Nak pasang wrought iron untuk satu
rumah tak mampu, tambahan warna wrought iron (warna macam karat) tak masuk tema
rumah kami. Kami nak design yang simple sebab rumah modern kan, tak nak la yang
kerawang2. Design modern kebanyakan nya horizontal line je dan bunga sikit2 kat
tepi. Kami minta Ah Wuen custom made grille untuk sliding door dan beberapa
tingkap, yang lain2 pakai horizontal line sahaja. Harga dia charge RM4600.
Han Wuen Iron Workshop
Ah Wuen 012-636 8223
3
Pasang alarm wiring. Ada orang buat ni dulu sebelum
grille, tapi sebab kami deal lambat dengan orang alarm, so lambat la sikit.
Tapi takpe as long as sebelum orang plaster ceiling buat kerja. Nak pasang
alarm wiring ni, diorang akan hack dinding, tapi diorang takkan tutup balik, so
kita kena cari kontraktor lain. Kontraktor yang buat plaster ceiling nanti yang
akan tutup balik dinding yang diorang hack tu. Reason nya, orang alarm wiring
tu tak ada kepakaran nak plaster dinding, so kita serahkan pada yang pakar ye. Lagi satu reason kenapa pasang grille dulu ialah nnti org alarm system ni nk masukkan magnetic sensor kat grille tu, so bila ada vibration kalau ada orang umpil grille ni, alarm akan berbunyi.
Alarm system ni kami pilih Paradox dari
Ions Technologies Sdn Bhd. Deal masa kat Homedec 2012 haritu. Ada member
husband saya yang recommend Paradox ni. Ada juga survey ADT tapi lebih kurang
sama je dengan Paradox tapi ada pulak monthly fees RM75. So, kami pilih Paradox
jela. Kitorang ambil pakej yang paling murah (SP 5500), normal price RM1480,
tapi harga exhibition RM1180. Kos pasang RM700, tambah RM60 untuk 3 magnetic,
RM200 (xingat plk untk ape) dan RM250 untuk maintainance selama 2 tahun. So
total adalah RM2390.
4
Buat wiring. Kita kena tentukan kat mana suis
atau plug tambahan yang kita perlukan kat setiap bilik dan ruang. Macam kami
banyak jugakla yang perlu ditambah, contohnya wiring kipas, lampu tambahan kat
bilik, nak ubah kedudukan lampu/suis. Wiring untuk aircond pun boleh buat
serentak walaupun kontraktor berbeza. Kipas dan lampu tu boleh minta diorang pasangkan
sekali tapi kita kena pergi beli barang2 nya sendiri. Pening jugak la survey
kipas, lampu dan aircond. Setiap kali pergi cari lampu chandelier kan kena
mendongak..pastu bila dah bnyak sangat tak tau nak pilih yang mana satu..haru!
5
Buat plaster ceiling. Actually rumah ni dah siap dengan
plaster ceiling dengan downlight tapi sangat simple. Alang-alang nak tambah
lampu, kitorg fikir buat la sekali, tapi sikit je tambah dekat living dan
dining hall. Dekat dining hall tu ada 2 beam yang tak simetri kedudukannya dan
jadi tak center kalo nak letak meja makan. So, terpaksa ratakan dan rendah kan
sikit ceiling tu. Kerja-kerja wiring dan plaster ceiling adalah orang yang
sama.
Contact Chiew Chee
Choong (Ah Choong) 012-2717195
6
Mengecat rumah. Satu rumah kena cat balik selepas
diorang hack sana tebuk sini untuk pasang wiring. So, alang2 nak cat balik tu,
boleh pilih terus cat yang spotless sebab kat rumah ni kan ada 2 hero kecik.
Haritu masa Homedec 2012 ada pergi booth Nippon paint. So dah kenalpasti warna
yang nak, lepas ni kena pergi beli kat kedai yang berhampiran jela..
7
Pasang build in cabinet. Kitorang hanya pasang build in TV
cabinet dengan wardrobe kat masterbedroom je dulu..ni pon dah mahal. So, bilik
budak boleh pakai almari lama dulu, nanti ada duit sket2 tambah la. Kalau yang
nak budget mungkin boleh beli loose furniture, murah sket dan boleh tukar2
kedudukan bila suka. Nasib baik rumah ni dah dilengkapi dengan kitchen cabinet,
hood dan hob, so jimatla sket kan. Cuma kena tambah tall unit dan cabinet untuk
oven/microwave dan peti ais, tapi boleh buat kemudian. Yang ada ni pun dah
cukup sekarang. Buat mana yang priority dulu.
LM Woodwork
Yap Boon Loong (Ah Yap)
013- 373 3737
8
Pasang autogate dan
alarm. Perkara
terakhir yang perlu buat. Kalau pasang awal2 susah nanti kontraktor nak buat
keje. Bila kita nak duduk baru panggil diorang pasang. Tapi kita boleh panggil
diorang awal untuk datang ukur sebab diorang pun ambil masa jugak nak siapkan.
Autogate ni kitorang beli masa Perfect Living 2012 haritu..sampai 3 hari
berturut-turut pergi PWTC tu then balik fikir nak beli ke tak nak. Design yang
kitorg pilih ni lain la sket dari yang lain. Tapi bukan Unigate ye..Unigate sangat mahal, paling murah RM9900. Dah siap pasang nanti baru boleh
tunjuk gambar ok.
9
Tukar semua kunci
pintu. Semasa kita
buat kerja2 dengan pihak maintaince dan juga kerja2 pemasangan, kita bagi
diorang kunci sebab kita bukan ada masa boleh datang dan tunggu diorang buat
kerja. Bila selesai semua, kita tukar semua kunci untuk tujuan keselamatan.
10
Pindah masuk rumah baru
yeay!..
bolehla
pasang langsir dulu sebelum betul2 pindah dan duduk..
Ada apa-apa yang saya tertinggal? Boleh
share kat sini ok.
Thank you for reading this blog!