Thursday, 18 October 2012

HOME DECO: LIVING AND DINING HALL



Hari ni nak update deko rumah mengenai living and dining hall. Ada yang tertunggu-tunggu tak? hehehe…mode perasan. Kitorang buat sikit-sikit lepas pindah sini, dan ini pun tak berapa nak complete lagi tapi so far Alhamdulillah, dah ada rupa ‘rumah’. So, bila cerita bab deko ni, semua aspek kita kena teliti in term of colour, design, konsep, accessories, aspek pencahayaan, pemilihan perabot dan susun atur dan satu lagi yang penting yang biasanya orang lupa dan tak ambil kisah ialah aroma atau bau-bauan. Kita cerita satu persatu ok. Bila dah siap plaster ceiling (klik) dalam entry yang lepas, kerja-kerja mengecat pun bermula.


1)     Warna Tema Konsep Moden Minimalis

Kitorang  pilih konsep moden minimalis. Nak yang modern dan praktikal. Kalau Nampak cantik tapi tak praktikal tolak tepi dulu. Selari dengan konsep tersebut, kitorg pilih warna kelabu. Erk..tak cantik ek kelabu? Kebanyakan rumah-rumah modern sekarang menggunakan warna-warna bumi macam coklat, kelabu, hitam hijau dan putih. Untuk living hall dan juga dining, warna feature wall atau warna utama ialah kelabu. Mengikut psikologi warna dalam hiasan rumah (klik),




KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.


BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.


 Ini adalah keadaan selepas cat feature wall. Cat adalah dari Nippon Paint jenis Satin Glo (494 Graycloth dan 495 Ganite Rock). Cat Satin Glo ni adalah dari rangkaian cat ‘green choice’ (ultra low odour, ultra low VOC, 100% free from: APEO, Heavy Metal and Fomaldehyde).
Senang dicuci kalau ada kesan kotoran. Mula-mula nak ambil Spot-less, tapi tukang cat tu kata cat tu mahal dan upah akan jadi lebih mahal sebab kena buat banyak lapisan sebab cat jenis ni susah nak apply sebab banyak kandungan air. Dia suggest ambil Satin Glo sebab kitorang concern kalau anak conteng senang nak cuci dan harga murah dari Spot-less. Dari segi functional benefits lebih kurang sama, cuma beza pada finishing. Finishing untuk Satin Glo ialah mid sheen, kalau dinding tak rata memang nampak la, tapi kalau finishing untuk Spot-less ialah eggshell/low sheen.

Tukang cat yang kitorang pilih ni claim dan tunjuk yang dia ada sijil kelayakan untuk mengecat. Dia boleh dapatkan harga cat yang murah dari supplier, sebab kitorang pernah tanya kat kedai cat and compare memang lain harganya. Dan kerja-kerjanya memang professional. Plus dia boleh consult kita pasal cat. Tapi..tapi…bukan consult cat je, dia boleh cakap husband saya hensem and kawen la 2-3, beli rumah lagi so that dia boleh datang mengecat. Nasib baik saya takde kat situ. Kalau tak nak kena apek ni..

Hanya dinding tertentu sahaja cat warna kelabu, yang lain adalah putih. So kat mana warna biru? 

2)     LIVING HALL: TV cabinet, perabot dan deko (susunan perabot dan trafik, fabric texture, mix and match, dan aspek pencahayaan)


Bila dah selesai mengecat, barulah panggil kontraktor untuk pasang TV cabinet. Selepas puas study and survey, husband saya lakarkan atas kertas untuk bagi pada kontraktor tu.

Nampak tak how serious my husband? A doctor with his middle name interior designer..try hard nak buat 3D drawing atas kertas je. Ni adalah free time masa kitorang pegi Kuantan where all the anethesiologist in Malaysia berkumpul for 3 days conference (dalam bilik hotel yang semak, tggu masa nak check out).


Taraaaaaaa…inilah lukisannye, sila simpan ketawa anda kalau tak nak kena marah dgn husband saya hehehe… Ada banyak drawing husband saya buat termasuk plaster ceiling dan gambaran keseluruhan ruang beserta ukuran yang tepat. Ukuran penting sebab senang kontraktor nak buat nanti. Bukan senang tau nak melukis untuk orang yang tak pandai melukis macam kitorang ni.. Kalau tak lukis, tak pandai pulak nak cerita kat kontraktor tu macam mana. Bila bagi kat kontraktor, diorang pun kagum. Kitorang kan nak jimat dan takde duit pun nak hire ID. Berangan dan bermimpi jela nak hire Muhsin (MAG Builders) kihkihkih…

So, inilah gambaran sebenar lukisan tu di alam nyata.. amacam? Sama tak?


Ready nak tengok bila dah siap deko?


-

-

-

-

-

-

-

-

Alhamdulillah..it turn out to a very nice combination of colours, perabot and deco. Part deko je yang ada sentuhan warna biru. Dah terjawab kan persoalan kat atas tadi hehehe… Sofa 3 seater tu je yang beli baru, yang lain-lain dari rumah lama. Kami guna konsep mix and match. Sengaja tak beli sofa 3+2+1 sebab tak nak nampak sempit. Kedudukan sofa dan kerusi dekat-dekat untuk mencipta ruang yang mesra so kalau tetamu duduk takdelah rasa terasing. Susunan ni jugak mengambil kira laluan trafik supaya tak ganggu dan tak rasa sempit untuk keluar masuk ruang tamu. Tambahan pulak kitorang kan ada hero-hero kecik kat rumah ni. Kenalah mesra dan praktikal.


Kitorang pelbagaikan fabric texture untuk kemasan lembut contohnya ada texture baldu dan sutera kat bantal sofa dan fabric baldu kat langsir. Untuk sofa ni saya tak ingat nama fabric ni, nanti saya update once saya dapat ok.


Corak fabric 3 seater sofa adalah line (vertical and horizontal), kitorang samakan dengan konsep line kat tv cabinet (mungkin tak nampak sangat dalam gambar). Kerusi fabric hitam yang single tu tu, kusyen tempat duduknya ialah fabric jenis sama tapi bercorak, supaya sama dengan langsir yang ada corak tu. Tujuannya ialah supaya ada ‘communication’ di antara barang-barang ni, takdela nampak caca-marba sangat kan kalau too many colours or corak.


Living hall ni boleh ditampilkan dalam mood yang berbeza menerusi melalui aplikasi pencahayaan bersesuaian. Aspek pencahayaan ni kita dah kena tentukan awal-awal lagi masa plaster ceiling dan wiring dibuat. Pencahayaan putih (day light) misalnya untuk urusan-urusan rasmi atau teknikal contoh bila tetamu datang, manakala untuk mood santai pula boleh guna pencahayaan kuning (warm light). Biasanya untuk menonton, kitorang hanya pasang 2 lampu LED downlight yang yang tembak dinding tv cabinet tu je (refer gambar ye). Memang sangat cozy dan selesa untuk menonton. Ni disebabkan saya nak ambil gambar, saya on semua lampu sebab nak terang dan jelas, kalau tak, kitorg bukak certain lampu shj. 

Hiasan-hiasan kat atas cabinet juga adalah minima, senang nak kemas, less maintainance dan so far nak-anak saya tak kacau sebab memang dah dilatih untuk tidak mengusik barang-barang kepunyaan mama dan abahnya. Good boys! 

Carpet pulak warna hitam jenis magnum shaggy, sangat lembut dipijak dan juga untuk tidur! Yes, betul..untuk tidur. Husband saya pernah tidur overnight hanya atas carpet ni sebab keletihan dan selesa..tu yang tak bangun-bangun bila orang kejutkan.


Drawer kat tv cabinet tu memang direka tak centre macam tu. Ruang yang kosong tepi drawer tu nanti kononnya nak letak subwoofer untuk home theatre. Dua drawer kiri dan kanan je boleh simpan barang, yang tengah-tengah ialah untuk kita access plug points.



Panel tv cabinet tu pulak direka berselang seli dengan cermin untuk efek ruang nampak luas. Warna tema ialah putih dan kelabu.

Ada bahagian dinding yang kosong kat sebelah kiri dan kanan cabinet tu kan. Yang tu hold dulu sebab ada something nak buat but due to kekangan wang dan juga puas mencari benda yang kitorang nak tu tak dapat-dapat lagi, so biarlah kosong macam tu dulu. Tak rushing pun…

Kalau Ammar pakai baju biru jugak mesti nampak dia macam hiasan kat atas sofa tu hihihihi… Day curtain memang kitorang tak pasang. Reason sebab sliding door tu dah tinted, kalau waktu siang memang orang luar tak nampak bahagian dalam, bila waktu malam kena rapatkan langsir tu sebab orang kat luar still boleh nampak bayang unless swicth on lampu kat luar so ia ada reflection. Satu lagi reason nak jimat bajet langsir masa tu. Tapi nampak tak cantik pulak kan takde day curtain. Tengokla nanti ada bajet tambah. Yang ni pun tak urgent so boleh hold dulu. Boleh check my previous entry pasal curtain kat sini (klik).


Coffee table ni saya suka sangat. Ringan nak alih sana sini dan praktikal. Dulu kitorang pernah ada coffee table yang cantik combination kayu dan kaca tapi berat sangat, nak alih sorang-sorang memang tak boleh la. So, insaf tak nak dah beli yang macam tu, nak kena maintain satu hal pulak.

Kids pun suka buat keje kat sini sebab selesa. Tapi dalam minggu ni kitorang dah beli meja dan buat satu seksyen khas untuk diorang. Diorang dah tak boleh guna meja ni. Nanti saya update pasal kids section tu ye.



3)     DINING HALL: Perabot dan deko

Dining hall ni hanya bersebelahan dengan living hall sahaja. Kitorang sengaja tak letak pembahagi supaya rumah nampak luas dan praktikal. Saya kerap guna perkataan praktikal sebab kita yang duduk of course kita nak ia berguna dan selesa untuk kita kan, bukan nak nampak cantik sahaja sebab nak tayang kat orang. Warna utama masih warna kelabu supaya tak lari sangat dari warna kat living hall sebab ia berkongsi plan lantai yang sama. Cuma untuk deko saya gunakan warna hijau untuk membezakan ruang

Set meja makan ni pun dari rumah lama. Cuma 2 kerusi putih tu kitorang beli baru sebab dua kerusi utama (arm chair) kat meja ni kitorang letak kat living hall (refer gambar kat atas).


Panjang cerita pasal meja makan ni. Kerusi dan meja ni pun mix and match jugak bukan dijual satu set macam ni. Masa nak beli dulu, kitorang dah set nak cari set meja makan yang praktikal untuk rumah kitorg masa tu apartment, agak sempit sikit. The idea is, cari kerusi yang boleh pusing-pusing, so that bila orang nak duduk atau bangun tak payah tarik or tolak kerusi tu, just pusing ke kiri kanan je. Puas mencari pusing satu KL kan, last2 jumpe jugak tapi kerusi ni sebenarnya digunakan dengan side table. Kitorang beli 2 yang ada arm dan another 4 yang tak de arm tapi kesemuanya boleh pusing 360° dan match kan dengan meja makan. Sape2 yang duduk kat kerusi ni memang suka la pusing kiri kanan. Teringat kawan saya  datang masa open house dulu dia cakap eh bestla kerusi ni..hehehe….


Bila dah kat rumah baru ni, kitorang kembalikan fungsi sebenar arm chair yang pusing-pusing tu letak kat living hall dan gantikan 2 kerusi putih kat meja makan. Kenape putih? Sebab taknak la rasa bosan sangat kalau sama je kaler nye.  Macam tu lah ceritanye..complicated kan hahaha… kitorang memang suka menyusahkan diri sendiri cari itu ini..asalkan puas hati.


Dinding pun kosong lagi. Kitorang ada plan nak buat something tapi hold dulu. Oh duit..  


4)     AROMA DALAM RUMAH

Last sekali bila cerita bab deko ini ialah bab yang selalu orang pandang remeh iaitu aspek bau-bauan. Bauan yang wangi dan segar mencipta mood yang mengalu-alukan kedatangan tetamu. Biasanya orang nyalakan lilin aroma terapi, bakar minyak yang dititik dalam air menggunakan bekas khas ataupun celup kayu yang yang boleh serap wangian dalam bentuk cecair. Kan saya cakap saya nak something yang praktikal. Again, praktikal ok. Masa rumah lama dulu dah pernah pakai Ambi Pur dan Airwick yang kita boleh set untuk semburan tapi kerap rosak walaupun dah tukar bateri. Kali ni kitorang terpaksa pakai Ambi Pur jugak yang ada semburan wangian berjadual dan dual function, odour eliminator (fresh breeze) dan juga refreshing lily. Sangat wangi dan fresh. Suka! Tengokla berapa lama tahan benda tu.

Sebenarnya kitorang suka bauan natural macam dalam hutan, kayu or bamboo. Tapi yang ada di pasaran macam stick kayu dip dalam wangian cecair tu macam tak cukup untuk ruang tamu dan ruang makan dan ia mungkin lebih sesuai dalam bilik ber aircond. Mungkin boleh tapi kena pakai lebih dari 1. Boleh cuba nanti tapi agak pricey.


Itu jelah yang nak saya kongsikan bersama. Secara keseluruhan, ruang tamu dan ruang makan dengan konsep modern minimalis, menghadirkan ruang yang saling berkait, praktikal, mesra, less maintenance dan yang paling penting sesuai dengan bajet. Kalau boleh, setiap benda yang kita buat dan setiap benda yang kita letak di rumah kita biarlah ada alasan/reason supaya ada connection antara satu sama lain, bukan sekadar ia diletakkan kat situ. Setiap orang mempunyai falsafah yang berbeza dalam dekorasi. Dan kami telah merealisasikan interpretasi falsafah rekaan yang terbaik buat masa ini untuk kediaman kami.


Thank you for reading this blog!




Tuesday, 16 October 2012

Teruskan berlari.....


Dah lama saya tak jogging, tak berlari dan tak buat exercise. Bila berat bertambah balik lepas habis raya haritu dah berazam dah nak continue jogging. Ahad lepas, malam tu saya dah tekad walau apa pun saya nak jugak jogging.


Pagi semalam keluar rumah dari Pajam hujan lebat jugak, sampai BTHO mcm dah ok sket, tapi sampai depan PPUKM hujan renyai2 lagi. Cakap dengan husband saya nak jogging jugak tepi stadium kat tasik permaisuri tu. Bila park kat tepi stadium dah ada 3-4 orang runners yang lari kat situ, dan a group of aunties yang nak senam aerobic kat situ.



Saya pun warm up then lari kat tepi2 stadium tu. Nampak mcm tak hujan je saya pun terus turun and  pusing satu pusingan tasik tu. Tapi half way tu hujan lebat sket tapi takdela basah kuyup pun.. ada beberapa org gak yang jogging sekali. Siap bawak payung sambil jogging hehehe… effort tu..


Seronok jugak lari dalam hujan..dah lama tak main hujan kan. Masa berlari biasanya saya selalu berangan, macam-macam…tu yang kadang-kadang tak terasa sangat yang kita dah lari jauh. Pastu nyanyi lagu Sudirman..'hujan yang turun bagaikan mutiara...uhuk uhuk..kang hujan makin lebat pulak kihkihkih....






Bukti saya lari semalam. Tak tipu tau..
Jarak: 2.58km
Tempoh: 21.08 minit (lambat giller..!!)
Average Speed: 7.32 km/h
Tempat: Tasik Permaisuri, Cheras
Application: MyTrack




 Rindu nak kumpul medal finisher lagi. Dah lama tak join larian, duduk Pajam ni dah susah nak pergi, maybe kalau area Putrajaya boleh diusahakan lagi, cuma nk kena cari org jagakan anak-anak sebab biasa event pada hari ahad. Bulan September dan Oktober ni banyak event larian best-best yang tak dapat join. Cerita larian yang lepas boleh tengok kat sinidan sini.



Jom berlari…



Thank you for reading this blog!





Wednesday, 10 October 2012

Saya Bukan Saleperson Seri Pajam Development

 

Sejak saya dan husband beli rumah Seri Pajam di Perdana College Heights, entry di blog ni banyak mengenai rumah baru, update terkini di Pajam dan juga rumah-rumah baru yang Seri Pajam iklankan. Tapi saya nak bagitau kat sini, saya bukan salesperson Seri Pajam tau. Walaupun saya pernah promote Aria Park, Zeta Park @Citra Hill, Seri Pajam tak pernah bagi ape2 pun kat saya hahaha… but I wish! 

Saya mendapat respon yang positif dari reader blog ni yang entry saya mengenai rumah dan juga perkembangan terkini di Pajam banyak membantu diorang. Ada yang call, sms, tinggalkan komen kat blog, emel. Terima kasih banyak-banyak semua. Saya memang tak dapat ape2 cuma saya puas hati dengan menulis dan berkongsi. Sharing is caring. Bila ramai orang beli rumah kat sini, hopefully makin cepatlah Pajam ni membangun. Tu je yang saya harapkan.

 Btw, Seri Pajam ada bagi point dalam program Member Get Member, dan points terkumpul ni kita boleh redeem barang-barang yang Seri Pajam sediakan seperti aircond, water filter dsbg. So kalau you all baca blog ni and terpaut lantas membeli rumah-rumah Seri Pajam, bolehla bgtau diorang nama kitorang so that kitorang boleh dapat points, dan korang of course akan dapat point jugak sebab korang dah beli rumah Seri Pajam. Kitorang pernah redeem aircond 1HP dengan satu kipas Panasonic 4 blades. Ok la tu kan, nak masuk rumah baru macam-macam nak beli at least membantu la sket2.

Tapi kalau korang baik hati hehehe..malu pulak nk tulis ni..boleh bagi nama husband saya kat Seri Pajam Development kalau korang jadi beli rumah:

 
Mohd Alias Ibrahim

Lot: PT 14929 (D Camelia Extra, Perdana College Heights)

 

 

Thank you for reading this blog!

 

 
 
 
 
 

Tuesday, 9 October 2012

Review: Induction Cooker Sangat Best!

 

Lagi beberapa bulan nak pindah rumah Pajam dulu, dapur gas kitorang rosak. Bila fikir-fikir balik tak guna beli dapur gas baru sebab kat rumah baru tu Seri Pajam dah bagi dapur gas hood and hob sekali dengan kitchen cabinet. So, En. Husband cakap kita beli dapur electric or induction jela. As usual, En. Husband saya ni kalau nak beli barang, dia mesti study dulu dengan En. Google and survey kat kedai pastu balik study lagi pros and cons, takut la kan barang yang kita beli tu tak berbaloi. Plus, kitorang takde experience pun pakai induction cooker ni. Hampir sebulan jugak la dok study dan berfikir-fikir, and end up kitorang beli yang single induction cooker brand Electrolux. Tapi bila pindah Pajam, induction cooker ni dok diam dalam kotak je as kitorang dah ada dapur gas. Bila start nak guna balik dapur gas ni mula lah kekok sket. Tapi 2 minggu lepas gas habis masa nak start memasak week end tu, saya pun bawak keluar balik induction cooker tu. And now I really appreciate this induction cooker. Nak tau kenape?

 

Tapi sebelum tu, saya nak bagitau macam mana sebenarnye induction cooker ni berfungsi. Bila kita tau how it works, then only we can appreciate the beauty of induction cooker.

Bila memasak menggunakan induction cooker ni, tenaga dialirkan terus kepada periuk menggunakan magnetic field. Kalau guna dapur gas atau conventional electric cooker, tenaga mula-mula ditukarkan kepada ‘heat’ dan baru dialirkan kepada periuk dan banyak tenaga pemanasan ini di bazirkan untuk memanaskan dapur (termasuk la kita pun rasa panas), instead of heating up the food. Tapi dengan induction cooker ni, tiada tenaga dibazirkan. Tenaga yang dialirkan tu hanya dalam lingkungan kawasan yang ada magnetic sahaja. Induction cooker ni dia ada sensor untuk detect berapa banyak material besi di kawasan magnetic tu would occupy. Kalau kita turn on sampai maximum, kita letak tangan and ada cincin kat jari tak rasa panas pun.

 

So, ape yang saya suka sangat dengan induction cooker ni:

 

1)     Saya takde la rasa dok dalam sauna masa memasak. Kalau pakai dapur gas, api tu kan boleh buat dapur panas, nak pasang kipas pun tak boleh. Boleh la tapi kena hala kipas arah lain masa memasak. Tu pun rasa bahangnye. Tapi, kalau pakai induction ni, boleh pasang kipas laju-laju.
 
 

2)     Bukan sahaja environment kat dapur tak panas, dapur tu sendiri pun tak panas. Even anak-anak saya pun boleh tolong memasak dan duduk dekat dengan dapur tu.
 
 
Buat burger sendiri..siap naik atas cabinet hahaha..
 
 

 
Periuk Supor yang saya pakai ni pemegangnye adalah besi, tapi tak panas kalau kita pegang direct macam tu. Tak payah pakai kain pun. Periuk tu kecik je kan, kat area yang tak ditutupi periuk dalam bulatan tu, kalau kita letak tangan pun takpe, tak panas langsung. Ingat saya cakap tadi, mcm mana fungsi induction cooker, dia hanya panaskan besi di dalam kawasan bermagnetic tu sahaja.
 
 

3)     Jimat masa. Masak guna induction memang sangat cepat. Sebab induction kan focus panaskan makanan je, saya rebus tulang buat sup pun 1 ½ jam dah siap sup, dulu kalau guna dapur gas 2 jam hanya untuk merebus tulang, lagi ½ jam baru siap supnya.



 4) Pemanasan makanan di dalam periuk/bekas memasak adalah seragam dan sekata sama ada kat tengah, tepi dan bahagian atas periuk mendapat tenaga yang sama. Kalau pakai api, kat bahagian tengah api je yang paling panas dan akan hangit dahulu kan. Ini jugak salah satu faktor sebab apa makanan cepat masak kalau guna induction cooker
 
 

5)     Boleh set masa, pastu tinggalkan boleh buat kerja lain. Biasa kerja-kerja merebus, contoh nasi impit ke, sup tulang ke, masak air ke, then bila siap dia akan turn off sendiri. Saya ni kadang-kadang terlupa ada periuk atas dapur, so sangat membantu la function ni.
 
 

6)     Saya pakai induction jenama Electrolux, actually kita boleh adjust kepanasan dari nombor 1-9. Dalam manual ada bgtau  untuk boiling no. 9, frying no.5 atau 6 etc etc… tapi bila kita dah biasa guna, macam dapur gas jugak, just adjust the number je..tengok pada keperluan. Electrolux yang saya beli ni takde pre-setting temperature. Lagi senang macam ni sebab kita tak pening nak pilih nak guna suhu apa. Lagi satu saya suka Electrolux ni, dia bukan soft pad yang mcm keypad handphone dulu2 tu, sebab saya cek jenama lain yang pakai soft pad, nanti soft pad tu boleh terkopek dan rosak. Yang saya pakai ni hanya pusing sahaja sama macam dapur gas punya knob.

 
Inilah induction cooker saya. Bila beli ni, dia didatangkan sekali dengan periuk. Dulu masa mula-mula pakai, masak ape semua pakai periuk nan satu ni shj, tp sekarang saya dah ada beberapa la cookware yang boleh guna dengan induction cooker ni. 
 
 

7)     Mobile, portable, ringan dan boleh bawak pg mana-mana. I love this idea sebab kalau nak buat makan-makan dan ada food yang perlu keep warm, boleh guna ni. Tak payah pakai lilin and chafing dish tu. Tak pun nak buat steamboat kat dining table pun boleh. Atau nak pergi vacation especially family gathering ke, masak sendiri jimat kan kalau dah ramai2 tu. Janji ada electric supply.

 
 
8)     Takdela kerap sangat nak menggosok periuk. Kalau guna dapur gas rasanye setiap kali lepas masak mesti periuk hitam jenuh nak menggosok. Dalam sebulan sekali pun belum tentu nak kena gosok periuk. Memang tak hitam periuk tu.
 
 

9)     Sesuai untuk adik-adik yang dok menyewa sendiri, tak yah nak fikir nak beli gas kalau gas habis. Nak masak pun sekali sekala je kan (eh yeke? hihihi jgn marah). Masak dalam bilik pun boleh..whooops! Kalau rumah sewa ada space kecik je, ok la pakai yang mobile and portable induction cooker ni.
 
 

10)     Orang kata, nanti bil elektrik tinggi. Actually NO. Bil elektrik saya lebih kurang sama je bila bandingkan masa tak pakai dan masa pakai induction cooker.

 


 

Tapi, mesti ada jugak cons nye kan…

 

1)      Hanya boleh guna periuk/kuali/pan dari material yang ada besi dan flat bottom saje. So, untuk orang yang ada cookware mahal macam glass, pyrex, mostly expensive aluminium etc etc tak bolehla pakai kat induction cooker. So lepas ni kalau korang nak beli cookware mungkin boleh consider yang boleh pakai untuk induction cooker. Bolek cek label sebelum membeli.
 
 

2)      kalau ada electric failure pun tak leh la nak masak kan. Tapi jarang electric failure lama-lama, kalau ada pun diorang akan inform kita kan. Tak pun korang tak bayar bil heheheh..
 
 

3)      tak boleh nak buat activity bakar-membakar (no char flame), cth nak bakar ikan, ayam etc. Setakat nak efek grill atas pan tu boleh la..

 

Untuk further reading pasal induction cooker ni, bolehla baca kat link ni:


 


So, as a conclusion saya suka pakai induction cooker ni. Lepas ni kena invest beli cookware yang boleh guna untuk induction cooker juga. Agak pricey tapi ada jugak yang murah, saya ada pan jenama Jusco ok je pakai untuk goreng ikan.. wink!
 
 

 

Thank you for reading this blog!

 

 

Saturday, 6 October 2012

JANGAN BELI SAMSUNG GALAXY NOTE 10.1!!

 
Yang ni
 
korang jangan beli tau Samsung Galaxy Note 10.1. Jangan beli!  Nak tau kenape???
sebab
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
 
 saya jeles!!! haha..
 
 
 Thank you for reading this blog!
 
 
 
 

Friday, 5 October 2012

Dental Checkup..Good boy Ammar!

 

Semalam Ammar ada dental check up kat Klinik Maxilofacial kat PPUKM. Untuk pembaca baru kat sini, tahun lepas Ammar ada buat  operation gigi. Boleh cek kat entry ni: Ammar had comprehensive dental operation (klik). Dia sangat excited untuk check up kali ni since early this week. Saya takut dia macam hangat-hangat chicken poo poo je, sebab last time dia macam tu jugak, lepas tu sampai klinik langsung tak nak duduk kat kerusi tu. Sambil dukung je doctor cek, tu pun tak nak buka mulut sangat.

 

So, semalam...while waiting, macam biasa lah..Ammar kan sentiasa dengan bukunya. But this time saya terlupa nak bawak buku dia, tapi saya dah print out siap-siap worksheet kat internet activities for 5 years old kids kat office sebelum ambil Ammar kat taska.  Ada soalan maths (addition and substraction), crossword puzzle, join the dots and etc…Easy peasy kan keje saya. Kalau saya tak ready benda2 ni semua, dia akan cepat boring dan mula dia kacau saya asyik nak berdukung saje.

 

Tak lama pun tunggu , saya suruh dia alert sendiri bila nombor keluar kat digital screen tu. Saya dengar the staff panggil nama Ammar, tapi Ammar kan dia tunggu nombor dia keluar, dia cakap belum lagi mama. Tak lama lepas tu, nombor keluar, dia yang ajak saya masuk.
 

Masa kat dalam bilik pemeriksaan, the staff kat situ memang ingat dia.. dulu Ammar datang bawak ultraman and pakai baju Ben10 pun diorang ingat. Kali ni Ammar pakai selipar Ben10 pun diorang tegur. Saje nak ambik mood budak kan. Diorang sangat nice, so Ammar pun ok je. Bila Mr Naga datang, dia greet Ammar and salam..Ammar pun ready duduk kat kerusi tu. So, dapat la saya amik gambar ni.
  
 
 
 
 So far Alhamdulillah…gigi Ammar ok. Just maintain brushing. Mr. Naga tu sapu cream kat bahagian gigi sensitive. Mr. Naga ni sangat nice orang nye. Tapi memang biasa kan Dr gigi semua baik2 especially for kids..tak nak bagi diorang takut. good boy abang Ammar. Next TCA adalah tahun depan…boleh jumpe Mr. Naga lagi.
 
 
 Before balik sempat singgah main dulu kat playland Klinik Paeds..saya cakap 5 minit je. Dia cakap ok!
 
 
 Sementara tunggu nak balik rumah, stay kejap kat office/lab saya. Tunggu Mr. husband habis keje boleh balik sama-sama. While waiting, Ammar main jigsaw puzzle games kat internet. Dia memang suka main puzzle. Sampai boring2 main. Kawan saya pun  offer main games kat tablet dia.
 


 Alhamdulillah, Ammar memang ambil pengajaran pasal gigi dia tu, sebelum tidur mesti gosok gigi. Adam pun sama, takut gigi rosak dan kena pakai gigi besi. Pada sesiapa yang ada anak-anak yang malas gosok gigi, tunjuk gambar operation Ammar (klik), mesti takut hehehe…
Thank you for reading this blog!



Tuesday, 2 October 2012

Mendidik Anak-Anak: High tech dan High Touch




Sejak saya post entry mengenai anak-anak saya ‘Rebung bercambah baik’ (klik)..Alhamdulillah.. diorang ni masih mengekalkan ape yang saya cerita haritu. Bawak buku and sibuk menulis, membaca, menghafal Surah walau di mana sahaja. Saya tak nak diorang hangat-hangat chicken poo poo je.. Saya nak otak diorang ni aktif berfikir. So, yang busy mestilah parents nye kan kena prepare activities yang sesuai dengan keadaan masa tu. Diorang tak penat..kita ni yang penat nak layan.


Dalam mendidik anak-anak ni, memang tiada kompromi. Namun kalau kita hanya bergantung pada penyusunan fizikal sahaja; nak anak cemerlang akademik, cemerlang ko-kurikulum tetapi mengabaikan pembinaan akhlak dan budi, kita bukan ibu bapa yang cemerlang. Berat tanggungjawab ibu bapa ni. Allah tanya esok di akhirat. Oleh itu, High Tech dan High Touch perlu digabungkan secara sinergi.



Nak mengajar anak-anak ni kadang-kadang macam eksperimen. Kita ajar macam ni, kalau dia tak boleh catch up, kita kena tukar method tak pun optimize method dengan troubleshoot ape yang tak kena (wah! mentang-mentang saya researcher hehehe). Kadang-kadang, kita yang salah.. salah approach. So, ape yang saya katakan pasal high tech dan high touch tu, macam ni. Kita guna segala macam kaedah dan material yang itu dipanggil high tech. Tetapi sentuhan kerohanian, pembinaan sahsiah dan akhlak yang ditonjolkan adalah high touch. Al-Quran adalah rujukan terbaik.


Teringat pulak cerita Keluarga Iskandar. Ada saya tengok satu episode tu, macam mana mak dia nak handle anak-anak dia yang suka sebut perkataan lucah. Saya pun pantang dengan budak-budak macam ni. Apa yang mak dia buat, minta anak-anak dia senaraikan perkataan lucah tu atas satu kertas..(masa tu berasap jugak la mak dia sebab banyak betul!), then bakar kertas tu sebagai simbolik la yang diorang takkan sebut lagi. That’s creative dan high tech kan!. Tapi fail, anak-anak dia still sebut dalam keadaan diprovoke atau kena marah. Sebab ape? Sebab takde high touch dan takde pendekatan kerohanian kat situ.



Orang kata, bila cakap pasal teknologi ni mesti ada Ipad, tablet dan segala bentuk gajet lah. Biasa kan kita tengok kalau pergi mana2 orang pegang benda2 high tech ni. Anak-anak dengan ipadnye, parents dengan smartphonenye. Kita boleh bagi anak-anak bermain games dsbgnya. Tapi bentuk games yang mcm mn? Contohnya main angry bird tu bagus kalau diselitkan penceritaan dengan anak-anak bagaimana nak bina strategi, team work, dsgbnya. Inilah yang dipanggil high touch.



Tapi kitorang takdelah mampu lagi nak pakai gajet2 ni lagi. Tapi tak semestinya maksud high tech dalam konteks kat sini kena guna alat teknologi canggih. As parents kena lah kreatif. Anak-anak saya ni kalau dibiarkan mula-mula diorang main elok je, pastu start la gaduh.


Kalau dalam kereta, nak bagi diorang duduk diam..biasanya kitorg akan buat games. Anything.. especially main teka-teka dan diorang ni berlumba-lumba nak bg jawapan. Cari plate number kereta, takpun kita bagi plate number, diorang kena bagitau jenis dan warna kereta. Cari signboard, atau pun bangunan2 yang diorang familiar mcm supermarket ; Giant, Tesco, Jusco, Shell, Petronas, Esso, cari huruf, numbers dsbgnya. It’s fun! Sebab diorang akan berebut-rebut nak bagi jawapan. Ini melatih kecekapan mata dan minda.



Macam Ammar, since dia kan dah pergi school, so banyak tanya dia soalan matematik tambah dan tolak, suruh dia eja perkataan-perkataan yang dah belajar and even new words!  Dah boleh sikit-sikit.


Kalau tengah tunggu kat restoren pulak, main lawan lengan...tak pun main letak jari ABC then kira bilangan jari dengan ABC. Huruf yang last sekali kita suruh diorang sebut nama haiwan ke, benda, buahan, sayuran dan macam-macam lagi. Ammar mungkin dapat meneka lebih banyak berbanding adik. Tetapi, abang akan bisikkan jawapan kat adik. Nampak tak akhlak abangnye di situ.


 Bila main lawan lengan, of course abang akan menang. Dan seperti biasa Adam akan melalak sebab kalah. Tapi untuk second round, abang Ammar buat-buat kalah, so that adik boleh menang dan happy :)



Sekarang ni, remote tv most of the time saya yang ‘pegang’. Bila saya cakap no tv, that means no tv!. Yang bagusnye, kalau saya tak bagi memang diorang tak berani, walaupun remote control diorang tengah pegang atau ambil sendiri, padahal boleh je tekan sendiri kan. Itu maknanya, diorang tetap hormat kita as parents.


Bila dah sebut no tv, kenalah bagi diorang buat something. Saya ajak anak-anak keluar rumah dan beriadah. Otak yang cerdas datangnya dari tubuh badan yang sihat kan.



 Another LCW in the making! haha..



 bersihkan longkang..bagus tolong mama.




 cabut duri semalu..melatih kecekapan mata cari duri dan latih kekuatan tangan nak cabut duri tu.

 



Bersambungan dengan cerita Rebung bercambah baik haritu, suka saya nak share kat sini ape lagi yang diorang buat.


 Ni abang Ammar ajar adik baca Iqra’. Abang Ammar rajin nak ajarkan, tapi adik Adam still malas-malas nak ikut baca...dia banyak ngelat..tapi abang Ammar sabar je..





 masa ni tengah buat homework. Elok pulak dia pakai kopiah. Dia yang ambil sendiri. Saya cakap kat Ammar, bagus Ammar pakai kopiah..dapat pahala tau tutup kepala masa belajar sebab ikut sunnah.







Ni pulak Adam. Dia takde homework tapi sibuk nak buat macam abang dia. Tak sempat siap kat rumah, sambung pulak dalam kereta..





 Ni shopping kat Aeon Cheras Selatan. Baru beli buku sebelum tu. Balik tu, dalam kereta jugak dah siap, buku nipis 20 pages cepat jelah dia buat.





Anak-anak adalah ibarat kain putih. Merekalah penyejuk mata kita. Kita perlu tunjuk contoh terbaik dan berakhlak kepada mereka. Dalam Islam, akhlak itu adalah satu ibadah. Kalau ibadah itu ibarat pokok, akhlak itu adalah buahnya. Tanpa akhlak yang baik, ibadah yang dilaksanakan takde apa2 nilai seperti menanam pokok yang tidak berbuah. Bukan ke kita tanam pokok utk mendapatkan buahnya? Macam tu lah jugak dengan ibadah… tujuannya ialah untuk melahirkan akhlak yang baik.

Selain kita berdoa untuk anak-anak kita, kita juga boleh minta diorang sendiri yang berdoa. Anak-anak kecil ni tak ada dosa lagi, doa anak-anak kecil ini dimakbulkan Allah, Insya Allah.


Thank you for reading this blog!